Jan 6, 2011

PTK oh PTK

Lebih kurang 2 mggu lalu, aku dapat perkhabaran gembira la kunun.. Peluang aku untuk naik gaji (kalau berjaya la) akhirnya tiba. Entah kenapa, ketibaan peluang naik gaji ni sangat la tidak sesuai pada masanya. Manakan tidak, orang sibuk2 bercuti plus sibuk2 mo mengurus anak sekolah (Yep!! proudly, my son is officially 'Darjah 1'), time2 tu juga la diorg mo suruh buat tugasan.

Walaupun version PTK di tempat kerja aku ni special skit, memandangkan kami tidak payah bersusah payah bersekang mata untuk study, kami diminta untuk membuat satu tugasan khas dan mungkin (mungkin saja ah..) akan diminta untuk buat presentation.

Sungguhpun aku dalam mood percutian, 2 - 3 hari ju
ga la aku terkebil2 menengok soalan yg aku dapat.. Fikir punya fikir, last2 masih juga teda idea mo buat apa. Memandangkan tugasan tersebut perlu dihantar pada 5/1/2011, padahal pada tarikh yang sama pada pukul 11 am, satu huruf pun tidak kelihatan dalam document word aku.

Tapi atas rasa tanggungjawab dan keinginan untuk sekurang2nya mencuba, akhirnya aku memulakan usaha 'menembirang' tepat jam 2
petang. Setelah berhempas pulas menjadi Fast Typer yang unggul di samping menjadi Receptionist yang serba boleh (kerja lain pun mo kena buat juga) akhirnya aku berjaya menyiapkan tugasan tersebut. Tidak seperti yang diminta tapi boleh la..

Ok, mari kita selami pula ketidakpuasan hati aku sepa
njang membuat tugasan ni. Mula2 sekali, mari aku tunjuk soalan yg diberikan.

Dalam usaha untuk memastikan kesinambungan kecemerlangan dan kejayaan sesebuah universiti, perlu ada suatu anjakan paradigma dan penambahbaikan perkhidmatan yang berterusan. Sebagai seorang Penolong Pegawai, anda perlu mengenalpasti langkah-langkah yang wajar diambil agar keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan (Delivery System) jabatan anda sentiasa mencapai kecemerlangan yang dikehendaki oleh organisasi.

Sebagai seorang Pegawai Awam Gred 29, bincangkan bagaimana kaedah dan cara terbaik bagi menambahbaik dan membuat perubahan budaya kerja cemerlang di tempat anda bertugas. Anda hendaklah menggunakan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam atau mana-mana bentuk pengurusan yang diterima pakai oleh kerajaan/universiti bagi menyokong hujahan anda.

Kaitkan hujahan anda di atas dengan kombinasi pengetahuan, sikap ,kemahiran dan tugas anda sebagai Pegawai Awam Gred 29 di jabatan anda bertugas.


Kalau soalan minta 15 hingga 20 muka surat tentang kaedah cara terbaik, aku bagi 11 muka surat termasuk 2 helai pengenalan dan 1 helai rumusan. Ini bermaksud aku bagi 8 muka surat berkenaan kaedah dan cara terbaik. Berhempas pulas juga aku mau menyampaikan 15 muka surat, rasa macam mo pitam pun ada. Apapun itu saja yang termampu aku bg.

Kalau aku bleh bagi 15 muka surat hanya berkenaan dengan kaedah dan cara terbaik dalam tempoh masa yang diorg bagi, I should be a minister by now don't you think? Hehe lain la kalau diorg minta 10 muka surat pengenalan dan selebihnya isi..

No comments:

Post a Comment