Jan 31, 2011

#24 - A letter to your pet

Is this for real? A letter to a pet? What if I don't have a pet and I don't even think I want to keep one in my whole life? Boleh bagi letter dengan pet orang lain kah? Kira macam menumpang la kunun..

Bah baiklah..

Dear Pet,

Please be kind. You don't have to be 'manja2' with me. Just keep your distance. I love you, I really do.. But it's not you. It's me..

Please forgive me. I really hope this long distance relationship will last forever for the sake of our unique relationship.

Please tell your kids and their future kids that I love them too and hopefully they will understand the reason of my absence is for their own good.

Love you bebeh!!

Yours truly,
Your ungrateful owner.

#23 - Something you crave for a lot

Well.. this could be the easy one.. Definitely not shopping. I tend to shop at fresh market.

Jewelery? Not my thing.. I don't even like to wear one (except for my bracelet - A gift from my MIL), lagipun orang cakap less is better kan? Hohoho

Shoes or handbag? Not yet.. Aku tidak tau la di masa akan datang, tapi buat masa ni tidak la pula. Kebanyakan kasut atau handbag yang aku beli setahun sekali. Tapi kalau masih boleh pakai, kita pakai sampai buruk.. kekeke Most of my handbag, aku kebas adik or my mom punya. They have plenty, daripada buruk dalam simpanan, baik aku ambil.. kesian beg2 tu..

Travel? Hmmmm.. I don't think so. Satu perkara aku suka time melancong, makanan di kapal terbang, masuk hotel lepak kejap, keluar cari makan, balik semula ke hotel tidur atau lepak, then cari makan lagi dan sebagainya. Aku sangat2lah tidak suka dengan suasana yang aku tidak familiar.. I guest that's why I don't travel much..


Food? YES!!! Absolutely!! Aku suka sangat makan (bukan makanan eksotik ok). Mana2 aku pegi, memang makanan dulu aku cari. Aku suka memasak pun sebab aku suka makan.. hehehe bolehkah macam tu? Tidaklah aku makan macam orang tidak pernah makan sebulan, tapi sebab mo rasa. Kadang2 sampai laki aku tidak boleh agak sama ada aku makan sebab mengidam atau sebab aku memang suka makan.. ngeeeeee

#22 - What makes you different from everyone else

Ayooo... is the question is getting harder and harder or my IQ is getting lower and lower? I mean come on la.. nobody is actually different from everyone else. Except for the face la. If you don't have a twin!!

Lain la kalau kita mo jawab soalan ni in "PERASAN' mode.. hahahaha. Oklah, sebab aku terima challange ni, maka aku terpaksa menjawab walaupun in "PERASAN' mode. Bagi membolehkan aku menjawab soalan ini dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.. mohon agar sesiapa yang ada persamaan sikap dengan aku, mohon buat tidak tau ja lah!! Orang sudah perasan ni tidak boleh dipertikaikan kesahihannya.. ada juga yang meroyan nanti..

Bagi aku (yang perasan ni), aku boleh berbelanja habis2an di pasar segar. Kalau pasar segar pun kamu tidak tau.. meh! Aku explain. Pasar segar ni, pasar yang jual ikan segar, jual sayur segar, jual daging segar.. Walaupun peti ais aku sudah penuh dengan stok makanan segar aku masih suka berjalan2 (kunun2 window shopping la) di pasar dan akhirnya 'terbeli' produk yang membolehkan laki aku membebel tidak pasal2.. Kunun mo beli ikan saja, complete semua jenis ikan aku beli. Complete bukan sebarang complete, cukup makanan untuk 1 bulan punya menu.. Hahaha tambah lagi la kalau aku membeli time2 lapar.

Tapi herannya bila beli pakaian, barang kemas, hand bag dan sebagainya.. terus hilang talent aku bershopping. Hehehe mungkin bukan bidang aku. Selamat la laki aku dari sebarang bencana hujung bulan kan?

#21 - A picture of something that makes you happy

Wow!! It took me 3 days to figure out what makes me happy. Nampak sangat la aku ni kurang happy kan? Hehe tapi jangan salah paham.. bukan salah ibu mengandung aku tidak happy. Walaupun benda tu membuatkan kita happy, kadang2 benda tu buat kita sakit kepala juga!! From time to time lah.

Setelah memikirkan baik buruk, positif negatif benda2 yang buat aku happy, at last aku jumpa juga lah..




Gambar ni membuatkan aku happy. Why? Sebab dalam gambar ni tiada 'Perang Saudara'. Semua pun happy. Si abang happy, si adik.. well, asal dia tidak menangis kira happy la tu kan?

Jan 27, 2011

#20 - Someone you see youself marrying/being with in the future

Apa punya soalan ini? Kalau time bujang2 boleh la.. kalau suda kawin macamna la ni? Mo gostan balik ka? Panjang list aku kalau mcmtu.. kekeke. Kalau cakap laki aku, kira asi kah juga?

Bagi tidak menimbulkan sebarang isu-isu berbangkit, aku jawab laki aku la senang!! Hehehe after all we've been married for 7 years..


The love of my life :)

Jan 26, 2011

#19 - Nicknames you have; why do you have them

Bila aku baca saja soalan kali ni, macam bersyukur ja aku ada nickname lebih dari satu. Hehehe kira mencukupi syarat la.

Nickname 1 : Burung Pangis/Neng Yatimah

Macam tidak asi la pula 2 nickname tapi dikategorikan 1 nickname. Tapi sebab kenapa aku dapat nama tu sama saja, maka sebagai pemegang m
ohor2 besar blog aku sendiri.. maka aku izinkan. Burung pangis ni dalam bahasa kedayannya bermaksud burung yang kuat menangis (ini mengikut dictiorina ah..). Aku main agak saja. Aku tau pangis tu bermaksud kuat menangis, burung tu burung lah!! Aku tidak pastilah pula kalau benda ni setakat mitos atau kisah benar. Bila aku kena panggil burung pangis (masa aku kecil) kamu boleh agak sendirila apa hobi aku di masa lapang kan? Neng Yatimah tu sama jugala ceritanya.. Satu2nya pelakon zaman dulu kalau bab menangis dialah bintang!! (Kalau kamu masih ingat, dialah yg berlakon jadi ibu si Pekan dalam Batu Belah Batu Bertangkup.. Hahaha ingat sudah aku tajuk ini movie).. Anyway Nasib baiklah anak2 aku tidak pula macam tuh.. Syukur!!!


Neng Yatimah
(sumber : lookatgame.com)


Nickname 2 : Mama Rina

Ini nama, dianugerahkan kepada aku tidak sampai setahun
aku kerja di tempat sekarang. Kebetulan pula aku pregnant time tu ditambah lagi dengan kepopularan 'Mama Rina AF6' maka secara tidak langsung aku bergelar mama Rina. Awal2 tu macam seram sejuk juga la.. tapi lama2 macam biasa pula. Sekurang2nya ada juga la nickname aku di ofis.. hehehehe


Mama Rina AF6
(sumber : suhaimy.org)

#18 - Plans/dreams/goals you have

Kalau ikutkan hati, memang la banyak plans/dreams/goals aku. Tapi sebab terlalu banyak maka terpaksalah aku pilih beberapa plans/dreams/goals aku yg sesuai untuk dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat ni.

Sebab aku malas mo taip balik2 plus aku super busy sekarang ni (sebab tu la aku terlambat sehari utk entry cabaran ke-18 ni) kamu tengok ja la dari entry aku sebelum ni.

Sekian harap maklum.

Jan 24, 2011

#17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why


Bagi aku, inilah soalan paling senang. Tutup mata pun confirm boleh jawab. Kalau tutup mata pun susah mo jawab, nda lama lagi kali tu kan?

Kalau aku boleh tukar kehidupan untuk sehari, aku confirm mo tukar sama Farouk Hussien. Kalau kamu rasa macam kenal tapi siapa? Bah baiklah.. ni aku kasi tunjuk gambar dia..





Apa?!! Masih tidak nampak kenapa aku mo switch lives dengan dia? Biar betul kamu ni.. Mari aku tunjuk apa kerja dia..





Siok kan? Kerjanya jalan.. makan.. jalan lagi.. makan lagi.. sudah la tidak payah share2, free lagi tu. Paling best, berabis2 dia makan, tengok badannya.. ramping kan??

Kalau pun aku tidak dapat part yang ramping tu, dapat sehari jadi dia.. jalan makan jalan makan pun jadila.. bukan pun boleh gemuk kalau makan sehari suntuk kan?


Jan 23, 2011

#16 - Another picture of yourself (baby pic!)


Gambar masa aku baby seingat aku cuma ada satu saja. Aku kurang pasti la kenapa ada satu saja, mgkin juga sebab org dulu2 tidak berapa suka sangat mengambil gambar budak. Bad luck kunun.. Nasib la anak2 aku semua ada gambar baby. Kalau suatu masa diorg mo main game ni, sure ada banyak option mo pilih. Hehehe macam Malaysia's Next Baby Model pula mo pilih2..

Disebabkan gambar baby aku satu tu ja, sukalah aku menjaja gambar tu sana dan sini. Mo tunjuk muka aku exactly macam Haikal masa baby. Hasilnya, aku ter'hilang' gambar tu. Aku cari dan cari dan cari lagi dengan harapan aku jumpa gambar tu balik. Aku korek sana, korek sini.. masih juga tidak jumpa2. Sorry to dissapoint you guys!! Sorry I lost that cute picture of mine!! Perasan gila nih.. Aiiyaaa.. macamna la aku terhilang tu gambar..

Anyway, sebab aku punya operasi Ops Cari Gambar, aku terjumpa la a few yang masih ada. Not totally baby picture sebab aku rasa mgkin time tu aku dalam 2-3 y/o. Kira boleh la tu.. Lain kali kalau aku terjumpa tu gambar.. I will inform you guys ASAP!! Masih lagi berharap mo jumpa tu gambar kunun..





Sorrylah kalau kualitinya tidak menepati standard SIRIM (kualiti gambar ok, bukan kualiti model) hehehe. Almaklumlah.. gambar dalam gambar. Rumah aku tiada scanner mo scan semua2 ni. Tidak apalah.. lain kali kalau aku jumpa scan, aku update balik orait!! Cheers..

Jan 22, 2011

#15 - Put your iPod on shuffle : First 10 songs that play

Aii.. macam buyuk ja soalan ni. Kalau tiada iPod apa la aku mo shuffle? Untuk pengetahuan umum, aku baru saja bercadang mo beli iPod. Bercadang saja tau, belum beli lagi. Dalam cadangan aku tu, aku mo iPod kunun2 mo pakai time2 jogging. Kasi up semangat sikit. Tapi dalam cadangan aku tu, tidak pula dimaklumkan due datenya bila.. so, kira macam pending la. Tunggu kelulusan kewangan dari perdana menteri dulu. Padahal bukan pun mahal sangat. Jadi kenapa la aku tidak beli? sebab aku rasa macam kurang kepentingan. Lain kali la kan.. kalau duit pun sampai tidak terhabis mo dibelanja.. hehehe

Ok, kalau la aku ada iPod rasa2nya apa la 10 lagu yang terpapar? Hehehe sungguhpun soalan ini agak sukar untuk dijawab, tapi untuk orang macam aku mmg senang. Tidak payah amali pun.. pakai teori saja. Kalau di ofis pun, playlist aku pendek saja. Tidak sampai pun 15 lagu. Jadi aku boleh agak apa lagu yg terpapar dalam 'iPod aku'. Aku tolak lagu yg sentimental, aku kasi masuk lagi yg rancak. Bukan pasal apa, kalau lagu sentimental, kaki aku ni tiba2 jadi sentimental juga. Slow semacam. Kalau rancak baru la.. tidak buang masa dan lagi banyak kalori terbakar kunun. Setelah ditolak tambah, mgkin ada dalam 5-6 lagu ja yg tinggal. Tidak pun sampai 10. Kalau di shuffle pun, confirm itu juga yg keluar.. hehehe Problem Solved!!! Bangga aku ni..

Jan 21, 2011

#14 - A picture of you and your family




Itu dia!! Kalau kami berkumpul macam ni, selalunya orang panggil kami keluarga Hj. Sulaiman (FYI atuk aku la tu..). Aku pun kurang pasti apa popularnya Hj. Sulaiman ni.. tang hensem dia kot?! Sorry la.. sebagai cucu aku pun tidak boleh mo komen banyak2. Karang kamu cakap aku pilih kasih. Kalau aku tidak puji karang.. ada juga yg kena buang kampung. Tidak pasal2 terpaksalah kami jadi PTI berdaftar. Aku rasa tidak perlu aku aku introduce satu2. Bukan kamu mo kenal keluarga aku pun! Setakat mo menengok jak. Gambar kena ambil time raya 2010. Selalunya hari raya kami memang berkumpul ini macam. Patutnya lagi ramai.. tapi sebab ramai yg sudah kawin, sekali sekala mo jua dijenguk2 mentua tu kan? Sama kes la sama aku. Gambar macam ni, silap2 2 tahun sekali baru nampak muka aku.



Ini pula gambar keluarga aku yang betul punya. Lengkap satu keluarga, seorang pun tiada yang tertinggal. Ini termasuklah lemaks yang menguasai tubuh badan time2 raya.


Ini pula gambar keluarga kecil aku. Original punya family. Aku lah yang jadi PYD, aku jugalah yang jadi PPP dan sudah pasti lah aku jadi PPKnya (Ini semua terms SKT ah.. jangan kamu bingung dulu). Baru berempat. Itupun sudah sakit kepala..

Jan 20, 2011

#13 - A letter to someone who has hurt you recently

Ke hadapan ah chai (bukan nama sebenar) yg menyakitkan hati

Apa masalah kau sebenarnya? Kurang kasih sayang ka? Itu la kau.. kalau tau kurang kasi sayang cepat2 la cari amoi.. kalau susah sangat mo cari pun tidak apa, ko punya mama kan ada.. sekurang2nya selalu2 la lawat.

Ini tidak, orang baru mo buka langkah pendekar.. ko sudah bom pakai meriam. Orang baru tarik napas mo cakap, ko sudah cakap yg bukan2.. bagus kalau benda positip.. ini negatip saja. Bila org diam2.. di sana la ko mo jadi CNN/CIA interogate orang buat apa.. bukan pun aku minta nasihat kau.. Sana la ko menyemak2 bagi sindiran ko yang tidak seberapa tu.. Bikin panas!!

Cuba la bawa bertenang sikit. Ambil cuti ka.. Aku tau la kau tidak banyak kerja, kurang2 diam2 ja la bah ambil cuti ka apa.. Ini tidak.. datang opis setakat mengkritik kerja org saja.. yg mendengar pun penat. Sudah la mo pikir selesaikan masalah.. cari idea dan sebagainya.. di sana la ko menyibuk membebel2 pasal apa yg org buat.. Apa ko ingat aku ni mo buat ujian stress test kendiri kah? Aiiyaaa.. manyak susah la lu..

Aku sedaya upaya juga la melarikan diri setiap kali ko mo dtg bertandang ke tempatku untuk membuat kritikan negatif.. Manalah tau kan, tiba2 aku tertumbuk pula batang hidung ko tu.. aku ni lain sikit.. klu sudah terlampau geram kadang2 ada tindakan refleks.. Tapi entah kenapa, macam tidak paham2.. lagi ko ikut aku sampai la aku menjawab persoalan ko yang tidak relevan tu..

Sudah la tu.. bawa bertenang.. bawa2 la bercuti. bukan banyak kerja pun..



Hahaha.. aku pun teda idea mo tulis surat untuk siapa.. nobody has hurt me recently. Jadi aku bagi surat untuk org yang selalu menyakitkan hati aku ja. Bukan recently ah.. dari dulu lg memang menyakitkan hati.. kadang2 sampai tidak heran.. tapi kebelakangan ni makin menjadi2 pula.. midlife crisis kali

Jan 19, 2011

#12 - How do you found out about Blogger and why you made one

Aku dapat tau pasal blog ni kira sudah lama juga la. Perancangan tu ada, cuma perlaksanaan tu ada lambat sedikit. Kalau dolu2 bila tengok blog orang tu, terhengen juga la aku mem'blog' apa2 yang boleh di blog. Asalnya aku berminat mo buat blog pasal labuan.. tapi bila kita sudah berhijrah ke luar wilayah ni, semua cerita pasal labuan tidak ter'update'. Bila balik kampung baru la macam orang sakai.. kadang2 tu lebih lagi dari pelancong. Al-maklumlah pembangunan sedang pesat.

Lepas tu, aku kira mo blog pasal minat aku. Tapi sebagai seorg yang sangat kreatif dan inovatif, semua minat aku ni separuh jalan ja.. lepas tu jadi projek terbengkalai. Buruk la pula kita mo blog separuh2 kan?

Last2, aku buat blog pasal aku ja. Lagi senang. Mula2 susah juga la mo cari idea mo blog pasal apa, tapi last2 tu aku blog sajalah apa2 yang boleh aku jadikan rujukan di masa akan datang, hobi aku, luahan perasaan (aiseh..) dan event2 penting dalam hidup aku (itooo diah!!)..

Jan 18, 2011

#11 - Another picture of you and your friends


Sila abaikan pemandangan yang luar biasa ni. Apa yang perlu anda tau, kalau semua ibu2 ni memandang ke depan semuanya molek2 belaka.. wakakakaka

Unik kan gambar ni? Masa ni kami sedang bergotong royong membuat laksa di cafe ofis terchenta. Kami la orang pertama yg merasmikan cafe ini (walaupun actually sampai sekarang tiada aktiviti memasak dilakukan di sini).

Yang paling kiri tu, pakai baju hijau memori daun pisang.. itu la aku. Time ni aku sedang angan2 jadi mandur memerhati pekerja2 dapur aku ni pandai buat kerja ka tidak. Padahal hakikatnya aku sedang membebel2 sebab pisau tidak cukup plus pisau tidak cukup tajam.

Ibu yg pakai baju pink ala2 pink panther tu pula aku punya 'geng bas sekolah', Laurah. Kepakaran dia memotong timun.

Ibu yg pakai baju cream yg berbunga merah halus2 tu lagi sorang geng bas sekolah aku, Leyana. Kepakaran dia memotong bawang.

Yang pakai t-shirt putih tu bukan ibu2 ya kawan sekalian. Itu la head chef kami. Apa yg kami buat hari tu adalah menurut perintah head chef Dino saja. Kalau buruk rasanya, dialah yang salah. Tapi kalau sedap rasanya, tu hasil air tangan kami la tuh!! kui kui kui..

Last sekali yang pakai baju hitam berbunga pink besar tu, itulah dia Mama Don. Bukan keturunan mafia.. tapi sebab anak dia nama Don. Tugas hakiki dia, mengupas ikan atau memcuci periuk belanga. Aku pun kurang pasti. Hehehe

Gambar ni diambil pada bulan Julai 2010. Dekat2 bulan puasa. Sekian harap maklum.

Jan 17, 2011

#10 - Songs you listen to when you are happy, sad, bored, hyped, mad

I need to refer to my playlist for this question..

Song I listen to when I am happy or in a good mood usually is SMILE from Uncle Kracker. Tidak tau la kenapa agaknya mungkin pasal tajuknya kali atau iramanya. Aku pun kurang pasti. Tapi selalunya lagu ni la aku suka bila aku happy.

Song I listen to when I am sad, probably The Only Exception by Paramore. Saja ja kali. Kalau sudah sedih kita terus layan lagi dengan lagu tangkap leleh.. Biar tangkap lentok lepas meleleh.. Hahaha Actually jarang juga mo sedih2 ni.. Selalunya aku sedih kalau aku tidak sihat ja. Al-maklumlah minta puji..

Song I listen to when I am bored is nothing specific. Kalau aku boring semua lagu aku dengar. Jangankan lagu, orang bergossip pun aku dengar. Kalau tiada gosip, bawa borak2 pun jadi la. Orang cakap, time aku boring adalah time untuk mendapatkan isu/gosip/petua yang berkenaan untuk mengisi ruang2 keboringan yang ada. Aku selalunya boring bila petang ja. Kalau semua kerja sudah clear, tinggal lagi beberapa minit untuk pulang.. ahhhahh!! Inilah masanya untuk boring.

Song I listen to when I am hyped normally a song by Kris Allen Live like we're dying. Saja ja tu, supaya aku boleh tone down a bit aku punya hyped. Hahaha itu kalau baca tajuk ja. Tapi bila dengar lagu bertambah2 hyped pula. Lantaklah kan.. Biasanya aku hyped kalau aku terlebih energy dari pagi. Awal pagi kalau kerja sudah menimbun menyebabkan aku terpaksa lari sana dan sini, time tu la mood hyped aku datang. Bila sampai rumah dari balik kerja, terus pitam.. hilang energy suda..

Song I listen to when I am mad is the sound of nature.. eseseh.. kalau aku marah normally aku prefer tidur. Tapi kalau time ofis hour susahlah pula mo tido kan? Jadi aku duduk2 tempat aku, membebel sendiri2 sampai aku penat (kira sound of nature la tu.. suara sendiri). Bila sudah penat baru aku dengar apa2 lagu yg berkaitan. Tapi ubat paling bagus sudah semestinya tidur. Hehehe macam komputer juga la kunun, mo jua di restart balik baru boleh jalan.. kalau tidak hang ja memanjang. Marah tidak habis2.. esok lusa lupa sudah aku mo marah pasal apa..

Kepada peminat2 lagu melayu, korea, cina atau jepun.. Minta mahap la banyak2.. Bukan sebab tidak sedap, sedap didengar tapi tidak sesuai dijadikan makanan jiwa la kunun..


Jan 16, 2011

#09 - Something you're proud of in the past few days

Of course la bila anak teruna aku masuk darjah 1. Ibu mana la yg tidak bangga cek yah oiii.. Membesar juga la anak yang aku jaga ni. Tambah2 lagi hidup di perantauan. Itu lah yang paling aku bangga sangat. Semua pun buat sendiri. Sekali sekala terpaksa jugalah aku buat panggilan hayat jam 2 - 3 pagi semata2 untuk dapatkan khidmat kaunseling free dari mama aku. Hahahaha.. Apa yang penting anak2 aku sihat dan senormal pembesaran budak lain dalam umur dia.

Paling aku bangga bila tengok dia ada kawan sendiri. Memang la waktu tadika dia ada kawan sendiri, tapi bila dia masuk darjah 1 semua kawan dia sudah pegi sekolah lain2. Jadi terpaksalah dia cari kawan baru.

Aku tidak berharap sangat la dia jadi cepat matang pada usia dia hampir 7 tahun. Cukuplah dia enjoy jadi budak2 macam kawan dia yg lain. Ada banyak masa lagi kalau dia mo jadi matang. Tapi buat masa sekarang, enjoy your childhood Haikal!!

Jan 15, 2011

#08 - Short term goals for this month and why

This should be the easy one. I intend to finish what I had started. Of course la I had a few projects need to be done, I don't think a can manage to finish all of it by the end of this month. Lagipun kira pertengahan bulan sudah ni.. Kalau projek kecil2an bolehla

So, untuk bulan ni aku kira mo habiskan permainan ni mengikut terma dan syarat dalam 30 hari. Setakat ni, alhamdullillah kira right on time la kunun..

The reason : supaya aku boleh belajar mendisiplinkan diri dalam menepati masa untuk menyiapkan projek yg kena bagi. E'eh.. boleh jadi azam baru juga ni tau.. pembangunan kendiri kunun.. hehehe

Other than that, aku sendiri tidak boleh terfikir apa lagi aku punya short term goals. So,aku assume satu saja pun kira asi la tu kan.. Apa org putih cakap tu.. One is better than nothing.. hehe

Jan 14, 2011

#07 - The picture of someone/something that has the biggest impact on you

I have a lot of things that impact most in my life. Asalnya aku mo cakap kalendar aku. Tapi bila difikir2 balik impact kalendar aku hanya pada waktu pejabat saja. Then, I decided I want to put 2 pictures of someone and something that has the biggest impact on me.


Kalendar aku ni sepertimana yang anda semua saksikan tidaklah secanggih mana. Sama ja dengan kalendar lain. Tapi sebab suasana kerja aku yang agak busy menyebabkan aku berniat menjadikan kalendar aku sebagai planner aku sepanjang tahun. Baru senang aku mo keep track apa2 benda yang terbengkalai, due date projek, meeting dan sebagainya. Bukan kami tidak kena provide Diary atau Planner, tapi sebab aku rasa senang sikit mo rujuk maka aku jadikan dia macam ni. Hehe siap color coded lagi. Harapan aku, dengan my very own version of planner ni boleh membawa perubahan sikap kerja aku dari semasa ke semasa.


Betul kata orang priority orang bujang dengan o
rang yang sudah berkahwin ni mmg lain sikit. Kalau time bujang, suruh overtime sure bersetuju tanpa sebarang terma dan syarat. Konon alasan, "tiada benda juga mo buat di rumah!". Tapi bila sudah berkahwin lain pula kejadiannya. Bila kena suruh overtime ada saja yang perlu diurus. Macam tidak habis2 la pula. Itulah sebab kenapa yang kedua ni memberi impak paling besar dalam hidup aku. Sebab mereka ni la aku bersemangat mo memperbaiki diri dan kehidupan kami. Diorang la racun diorg juga la penawar aku. (aiii.. sentimental nampak..). Biasalah la, aku rasa semua ibu/isteri pun macam ni. Kamu rasa kalau masa aku bujang aku mo cakap macam ni? Silap2 the biggest impact aku , aku tayang kereta ja. Abis cerita. Itu pun sebab tu la harta paling mahal aku ada.. kih kih kih..

Jan 13, 2011

#06 - Favorite super hero and why

Alamakkk!! Setakat ni banyak2 superhero yang ada semuanya pelik2.. makhluk asing la, pakai tights la, pakai mask la, pakai boot la, pakai cap la, pakai seluar dalam di luar la.. terus jadi tidak realistik. Apa la salahnya superhero pakai baju sukan ka, baju t-shirt sma jeans ja ka, apa2 yg biasanya org kebanyakan pakai la.

Bagi menjawab persoalan di atas, kadang2 teri
ngin juga aku pilih super 'bieber'. Boleh ka? Sebabnya senang saja, dia bukan makhluk asing, tidak pakai tights, tidak pakai mask, tidak pakai boot sampai lutut, tidak pakai seluar dalam di luar dan tidak pakai cap. Macam orang biasa saja kan? Jadi apa yg supernya? Itulah kamu tidak tau.. aku rasa berapa banyak pun org yg cakap diorg tidak suka si Bieber ni, itu semua adalah lahiriah semata2.. cakap tidak suka tapi hati suka. Ini termasuklah kelompok wanita2 berumur dan jejaka2 idaman malaya. Mesti kamu terfikir aku suka Bieber kan? kalau kamu tanya aku mmg tidak mengaku. Tapi kalau anak aku bawa pegi concert dia, sure2 aku yg paling depan hahaha (aku rasalah).


Oklah, kalau mo jua superhero yg betul2 pernah kelu
ar dalam movie, aku pilih Duke G.I. Joe. Kenapa? Sebab dia adalah superhero yang realistik. Aku tau la dia tidak boleh terbang atau melekat di mana2 dinding atau lari sepantas kilat atau keluarkan bebola api/ais atau baca fikiran orang.. tapi perlu diingat, selain daripada movie pernahkah kita jumpa manusia yg ada power macam tu? Hehe sekurang2nya dengan memilih Duke membuka peluang untuk orang2 biasa macam kita terasa macam superhero juga kan?


Jan 12, 2011

Movie : Waterworld [1995]


Actually aku pun tidak terhengen sangat mo buat ulasan pasal movie ni. Al-maklumlah klasik.. tapi entah kenapa aku mo juga share pengalaman aku masa menonton movie yang sungguh luar biasa kreativitinya ni.

Seperti yang anda semua maklum, aku suka sangat membuat ulasan2 mantap dan telus dalam movie2 yang aku tengok. Kalau la aku kerja quality control di Hollywood, aku pun kurang pasti berapa ketul la yang tinggal untuk ditayangkan sepanjang tahun. Itu kalau Hollywood, klu Bollywood atau Malaywood aku, sure aku kena suruh kerja quality control di kilang makanan saja.

Asalnya, masa aku tengah begitu asyik menekan2 butang kawalan (aisehh) Astro, seperti biasa mmg la HBO, Cinemax dan Star Movies menjadi pujaan hati ku. Alah... kalau sudah dibayar bulan2 mestilah bulan2 juga mo ditengok. Biarla buruk macamna pun movie tu, tengok saja setakat yg tertahan. Jangan sampai meroyan depan tv sorang2 sudah. Tekan punya tekan maka tertekan la aku Waterworld ni (sori ah.. channel apa aku lupa suda). Tiba2 ja la laki aku cakap, "opp.. opp.. hah! tengok cerita ni!". Kalau sudah dia pun cakap macam tu, aku pun interested juga la mo tengok. Sangat jarang2 sekali laki aku tengok cerita omputih ni.. lagi la kalau yg tidak sepopular mana seperti 'Waterworld' ni (kalau aku pun tidak tau, mmg tidak popular lah tu kan?).

Baru tengok 2 minit pertama aku sudah ketawa besar2an. Perlu diingat, cerita ini bukan cerita komedi. Adalah sikit2, tapi komedi yg org kata asal2 muat saja ni. Cerita ni mengisahkan tentang kelompok manusia yang tidak pernah terjumpa daratan. Bukan daratan yg mcm lupa daratan tu tau.. ini tidak pernah jumpa tanah pun. Kononnya, segenggam tanah tu boleh membuatkan empunya tanah jadi kaya. Seorg lelaki yang tidak diketahui asal usulnya (Kevin Costner) telah diselamatkan oleh seorg wanita berserta seorg budak perempuan. Jadi sebagai balasannya, diorg minta si Kevin ni membawa diorg mencari daratan (walhal yg membawa ni pun nda pernah tengok daratan.. akun juga dia mo bawa..).

Kalau tengok jalan cerita simple saja. Kalau cerita ni dikembangkan mengikut kelogikan yang digariskan, aku rasa mmg cerita ni bagus. Orang cakap ada adventure, imaginasi dan sebagainya la. Tiba2 wujudla pula satu kelompok manusia yang digelar sebagai Smokers (kunun sebab keja diorg bersigup saja.. makan/minum pun tidak payah.. besigup pun boleh kasi panjang umur). Kerja diorg ni kira macam lanun la, cari kumpulan lain bunuh lepas tu rampas harta diorg. Paling best Smokers ni, ada jet ski, ada kapal terbang, ada machine gun, ada kereta, ada kapal laut besar (kunun HQ diorg la tu). Kumpulan lain mcm mo mati berkayuh, diorg tiba2 ada segala macam. Tidak pula diorg sibuk2 mencari daratan. Sibuk juga mo cari budak (yg kunun ada tatoo peta lokasi daratan di belakang dia).

Itu aspek penjahat. Sekarang kita tengok aspek hero pula. Kalau dia buat hero tu biasa2 ja, aku rasa ok juga. Tapi mgkn sebab dia rasa alang2 berimaginasi biar sampai jadi karut pun tidak apa. Asalkan pengarahnya plus penulis skrip gembira, oklah tu. Dia pun cakap la dengan hero tu, "Kau, aku kasi insang plus free gift selaput di kaki supaya ko boleh berenang macam ikan dan tahan napas macam ikan". Dijadikan cerita, dia jadi mutant ninja fish la tu. Bukan pun banyak dia boleh buat klu dia jadi mcm ikan. Sama ja aku tengok mcm manusia lain.

Sepanjang2 cerita ni berjalan, ketawa saja aku tidak pandai berhenti. Sudah habis cerita baru aku cakap dengan laki aku

aku : Tidak syok pun..
Laki aku : Inilah movie yg menang anugerah filem paling teruk tahun 1995!
aku : Jadi kenapa suruh aku tengok?
Laki aku : Saja ja.. lama sudah tidak tengok cerita ni.

Haish!! macam tidak alert ja bini dia ni nda suka tengok cerita2 mengarut ni..


#05 - A picture of somewhere you've been to


Kalau anda semua rasa aku tersalah gambar, aku ingin meng'confirm'kan tidak sama sekali. Hakikatnya aku tiada gambar lain mo kasi. Sudahlah aku tidak suka sangat melancong (bagi aku tempat orang ni buat aku tidak keruan), lepas tu aku tidak gemar sangat mengambil gambar. Hasilnya inilah gambar candid yang aku ada yang jelas2 aku celok2 dalam fb aku (kena tag).

Kalau ikutkan hati, mau saja aku pegi mana2 pantai yg ada lepas tu ambil gambar lepas tu upload. Tapi macam tidak realistik la pula kan? Maka aku pun ambil la gambar ni.. Gambar ni diambil bulan Mac tahun 2009. Retreat ofis aku la kononnya. Dalam gambar ni, aku tengah bersungguh2 bersenamrobik sebab aku belum sampai sebulan masuk keja selepas cuti bersalin (2 bulan).

Lokasi kawasan ni, di Beringis Resort. Sorry la aku tidak boleh provide gambar pemandangan yg lagi meluas dari ini. Oleh itu, terpaksa la kamu semua melihat punggung anak aku disamping pandangan sisi si ibu yang kurang mantap posisinya.. hahaha what do you expect? Orang kan sedang bersenamrobik..


Jan 11, 2011

#04 - A habit that you wish you didn't have

Hmmm... where should I start..

Aku rasa macam susah betul pula soalan ni. Bukan sebab aku tidak ada bad habit, tapi sebab terlalu melambak jadi susah la aku mo membuat keputusan mana satu bad habit aku yang terpilih.

Aku rasa salah satu bad habit aku yang aku harap2 sangat aku tiada adalah sikap yg suka berputus asa bila kerja makin susah. Hehehe aku rasa bukan aku sorang saja ada masalah macam ni. Tapi inilah satu2nya habit yang aku rasa aku mo buang. Betul2 membantutkan produktiviti aku betol la.

Walaupun tidak semua aku buat separuh jalan, normally bila ada seruan atau 'nur' dalam diri tiba2 bersemangat pula mo teruskan kerja yang terbengkalai. Orang kata biarpun merangkak, masih juga aku teruskan. Tapi bila minat tu mmg tiada, sah2 la aku confirm bersara terus. Antara projek 'bersara muda' aku adalah projek menjahit baju kurung.. ngehehehe. Kununnya yang jd sifu adik aku sendiri. Tapi mgkn sebab memerlukan penelitian yang sangat2 tajam plus lagi minat yg membuak2 (mgkn juga sebab adik aku darah tinggi memanjang), tidak apa la.. aku biar adik aku ja yg ambil talent tu.. just in case kamu mo tau terer tidak terer sifu aku ni, silalah lawat blog dia di sini.

Atas sebab habit aku yg satu ni, aku buat keja yg aku rasa aku minat saja. Kalau tidak, awal2 lagi aku sudah blacklist. Kurang pasti la kalau minat tu datang bila anytime soon.. kita tunggu dan lihat sajalah..

Jan 10, 2011

#03 - A picture of you and your friends



Sungguh nostalgic sekali gambar ini.. hehehe. Gambar ni actually diambil ketika kami mewakili pasukan bola keranjang sekolah di Kota Kinabalu tahun 1994. Kebetulan malam tiada apa2 aktiviti, so cikgu pengiring kami bawa jalan2 round KK.

Biarkan aku perkenalkan satu demi satu rakan2 aku yg berada dalam gambar ini. Paling kiri sekali Kak Saimah. Tua setahun saja dari aku. Biasanya teman2 rapat dia panggil dia si Amang. Mungkin sebab senada dan seirama dengan nama betul dia, aku pun kurang pasti. Aku kenal dengan dia ni sebab kami sama2 main bola jaring (semua best friend aku tidak ikut la pula bola jaring ni).

Ke-2 dari kiri, Kak Annie Kung kalau tidak silap. Sorilah banyak2.. sebab aku sempat kenal dia 2 tahun saja (masuk masa form 4). Lagipun aku jumpa dia masa main bola keranjang ja.

Yang ke-3 dari kiri tu best friend aku. Satu kelas duduk sebelah lagi. Nama dia Siti Juridah. Sekarang dia jadi polis melengkapi generasi kepolisan keluarga dia. Aku mula rapat dengan dia masa form 4. Kebetulan form 1-3 kami berlainan kelas. Part yang paling aku bangga, dalam ramai2 kawan baik aku dia ni la paling ramai anak. 4 orang to be exact. Sekarang dia masih lagi menetap di Labuan.

Yang ke-4 dari kiri tu lah aku. Hahaha punyalah hitam. Seperti mana entry aku yg sebelum ni, aku ni termasuk dalam kategori aktif sukan. Semua sukan pun mo ikut. Itu la tidak pernah putih. Sekarang aku kerja bahagian komputer (IT person la konon), anak baru 2 org dan sekarang menetap di KK.

Yang paling kanan tu kawan baik aku yg seorang lagi. Nama dia Siti Hajar. Aku rapat dengan dia masa aku form 2. Paling best, Hajar ni actually related dengan keluarga aku. Kira pangkat makcik aku la. Sekarang dia kerja sebagai pensyarah di tempat aku kerja. So, dalam case dia aku mmg selalu jumpa juga. Lunch sama2 (walaupun bukan selalu).. Anak dia pun sma juga 2 orang dan dia pun menetap di KK.

Paling last sekali yang duduk tu. Nama dia Haslinda. My other best friend. Aku masih ingat lagi dia ni suka sangat memasak dan sangat2 genius. Aku rasa dia kerja sebagai akauntan/perunding freelance. Setahu aku anak dia 2 orang dan sekarang menetap di Perak (kalau tidak silap). Dia la rakan aku yg paling lama aku tidak jumpa. Mgkn sebab dia jauh.. huhuhu

Most of the time, me and my 3 best friends suka betul menyibuk2kan diri join apa2 saja yang meriah. Paling best, sebab minat kami sama hampir semua acara sukan kami join sma2. Hoki, bola keranjang, olahraga..

Jan 9, 2011

#02 - The meaning behind your Blogger name

I'm a bit confused about this one.. hmmm which one is actually the blogger name? The url or the one appears on the top of your blog? Never mind, I'll just have to explain both.. Here we go:
Why do I used akuygbertuah as my url? Simply because I'm feeling lucky almost all the time. Hahaha.. Nah.. simply because almost all url names I wanted to use are unavailable. Jadi terpaksa la aku guna akuygbertuah. Kononnya mo testing bertuah ka tidak nama akuygbertuah tu. Nasib baik available, so I just have to stick with it.

Why Journey of My Life? This blog is actually a diary, a note and a reminder for myself. Hehehe kita ni pun bukan makin muda.. selalu lupa2. Lagi satu aku berharap sangat suatu masa nanti anak2 aku boleh baca semua entry aku dalam blog ni, so suatu masa nanti diorg kenal luar dan dalam, baik dan buruknya mama diorg ni.. manalah tau suatu masa nanti cicit aku mo buat kajian pasal moyang diorg ni, tidak payah lagi susah2 mo pegi library (kalau aku sempat jadi famous la) hahaha...

Jan 8, 2011

#01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself



Inilah dia gambar terkini aku yang laki aku ambil pada 31/10/2010. Sorry la, aku ni bukan minat sangat ambil gambar sendiri. So ini pun kira recent juga la kan..

15 interesting facts about myself:

1) I'm the smallest in my family (and I am 155 cm according to my passport)
2) I'm married to my classmate (we're in the same class in 1994-1995)
3) I'm the most athletic member in my family (eventhough i'm the smallest)
4) Passionate about cooking (well, I got that talent from my mom)
5) Intend to make faces (whithout trying to hide it) when people asking stupid questions
6) Took Computer Science course kerana terpaksa (hated engineering even more.. :D)
7) Interested in extreme sports.
8) Did not like to shop for myself (shirts, dresses, handbags etc)
9) Had a perfect attendance record in primary school (tidak pernah ponteng walaupun sakit)
10) I am very good in arts (somehow I wonder, bukan aku selalu melukis pun)
11) Love to read mystery stories when I was young until now (if I had the time..)
12) The first grandaughter (in my mom and dad side) to study in university.. Yeay!!
13) Daddy's Girl
14) Got my first real job at 30.
15) Never had a pet.

Wheww!! Susah juga mo kasi cukup interesting facts pasal aku ni.. Ini sudah cukup untuk membuktikan aku ni kurang interesting orangnya.. hahaha

The 30 Days Challenges

Aku pun tidak pasti kenapa aku excited betul mo ikut game ni.. tapi sebab ia diperkenalkan oleh rakan sekerja aku, Laurah maka aku pun join jugala.. lagipun nampak macam interesting. Jangan tanya aku mana dia dapat ini semua, tapi kalau berminat mari kita ramai2 main bersama2.. Caranya, ada 30 cabaran yang perlu dibuat kononnya dalam 30 hari (sudah namanya macam tu). Apa yang perlu dilakukan simple saja.. blog setiap cabaran tersebut dalam blog anda.

So apalagi!! Lets The 30 Days Challenges begin...

Jan 7, 2011

Movie : The Tourist


Entry sebelum ni aku ada mention laki aku bawa tengok wayang disebabkan kami tidak dibenarkan menemankan anak menempuh hari pertama persekolahan kan? So, ini la cerita selanjutnya...

Apa?!! Mo muntah tengok entry aku yg ke-5 pada hari jumaat yang mulia ni? Hahaha biasalah busy sangat.. jadi bila berpeluang, jangan alang2..

Asalnya laki aku mo juga tengok Harry Porter. Aku pula tidak berminat mo tengok cerita2 macam tu. Anyway atas sebab rasa kasih dan sayang (chewaahhh) aku pun ikut saja la. Sekali tengok cerita Harry Porter tidak lagi ditayangkan.. ngehehehe suka hati aku. So, aku pujuk laki aku tengok The Tourist, kalau bukan pasal Johnny Depp, sanggup aku balik tanpa tengok wayang..

OK bagi memulakan semangat tahun baru ni, aku berazam mau mengulas movie ni se'positif' yang mungkin. Cerita ni bermula dengan sekumpulan polis (Scotland Yard) menghendap Elise, seorang wanita yang kebetulan ada seorg boyfriend yang sangat2 genius dalam penyamaran. Kalau tidak genius, takkan la Scotland Yard sibuk2 mo mengikut setiap langkah si Elise. Atas arahan si Boyfriend (Alexander), si Elise mula menjalankan aktiviti2 melarikan diri daripada si polis, dan akhirnya berjaya meloloskan diri untuk masuk ke dalam keretapi. Dari sudut positif, kita tidak boleh salahkan Scotland Yard sebab Sherlock Holmes sudah lama berlalu..

Dalam keretapi, Elise terjumpa dengan Frank (Johnny Depp). Jangan dipertikaikan bagaimana dia terpilih. Ini semua takdir.. (sedaya upaya untuk berfikiran positif!). Cerita punya cerita akhirnya mereka berdua sampai ke Venice. Di Venice, sekali lagi Elise mempergunakan Frank dalam proses membuatkan polis/interpol percaya bahawa si Frank ni sebenarnya si Alexander.

Sepanjang salah faham polis pada si Frank (mati2 diorg ingat dia Alexander), aku asyik2 terbayang gelagat Captain Jack Sparrow. Memang ada sekelumit kelucuan lah.. Setelah menempuh pelbagai dugaan bersama, akhirnya si Elise mula jatuh cinta dengan si Frank. Tidak kisahlah kalau diorg cuma berkenalan 2 hari 2 malam. Itulah yg dinamakan takdir.. (think positive!! come on.. you can do it).

Aku pun kurang pasti apa yang tidak kena dengan movie ni. Bila sebut nama Johnny Depp dan Angelina Jolie (dua2 pun A-list punya actor/actress) patutnya movie ni best. Tapi mungkin sebab kedua2 punya vibe pun bagus, entah kenapa yang tidak bagus tu terkena ke pengarah atau penulis skrip dia.

Sorry to say, Elise ni kununnya orang British tapi slangnya macam kurang mantap. Mungkin juga kurang latihan.. almaklumlah kan.. anak ramai. Johnny Depp pula, macam biasa2 ja lakonan dia. Masih lucu tapi kurang lucu. Tapi semuanya serba tidak kena lah.. jalan cerita dia pun simple ja. Tidak la kompleks sangat.

Keluar dari panggung laki aku cakap, "kesian polis tu kena kasi buduh2". Lepas tu aku balas balik, "kesian kesian polis, kesian lagi penonton.. sama juga kna buduh2"..

Haikal : First Day at School (Darjah 1)

Seperti yang anda semua sedia maklum, anak aku berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok darjah 1 tahun ni. Horray for Haikal and horray for me too.. hehehe

Anyway, I took 2 days leave semata2 mo kasi teman Haikal masuk Darjah 1. First day experience as a student, not bad la.. langsung tidak nangis. But First day experience as parents, almost lingkup. Ini semua gara2 tidak pasti pukul berapa sekolah bermula. We (my hubby and I) successfully manage to get Haikal to school 15 minutes late. Biasalah kalau perempuan, punyalah aku nervous sebab lambat. First day lagi tu. Anyhow, setelah berjaya memasukkan Haikal ke kelas diikuti beberapa parents yg menyertai kelab 'lambat' kami, tiba2 si cikgu tutup pintu. Kononnya tahun ni, parents tidak boleh berada di kelas macam tahun2 lalu. Jadi??!! rugilah aku ambil cutikan? Apa bleh buat, hubby pun ajak la tengok wayang. Sekali sampai panggung, baru perasan lupa kasi Haikal duit belanja. Adush!! Apa punya mama la aku ni..

Keseluruhannya, kira ok jugala.. 1st day tidak nangis, 2nd nangis sekejap (manja pnya pasal), selebihnya macam anak org juga tapi ada pemalu sikit.
.

Excited masuk sekolah baru. Kononnya 1 tu bermaksud Darjah 1..


Berbaris zaman2 sekarang. Kalau dulu siap angkat tangan p
egang bahu kawan lagi..


Aktiviti bermesra2an dan berkasih2an dgn stranger..


Anak sapa la ni.. Siap terkeluar2 baju bila balik sekolah..

DD : Happy 2nd Birthday

Sepatutnya kami celebrate birthday si kecik aku ni 24.12.2010. Tapi sebab si mama sibuk memanjang, aku dgn adik aku plan buat birthday party di Labuan pada tahun baru. Lagi pun adik aku Aiman kebetulan la pula sambut birthday 10.1.2011. Orang kata sharing is caring, the more the merrier.. so kita cuba la apply dalam kehidupan kita.

Cupcakes sumbangan ikhlas dari mamit kesayangan Dyana
(terpaksalah kesayangan, satu tu ja mamit dia.. hehe)


Apa yg dia boleh buat dalam umur 2 tahun? Lets see..

Shopping


Menunggang kuda


Bermain de
ngan harmoni
(kalau dia yg kena tolak, cuba kalau dia yg jd tukang tolak pingsan jua mo melayan)


Penternak moden
(tapi mamanya macam mo sakit jantung tengok tu anak ayam kena pegang)


video
Last but not least, menyanyi...


Happy New Year 2011

Hehehe common betul tajuk aku ni kan? Anyway I wish you all a Happy New Year. Harap2 tahun 2011 ni boleh membawa anda semua selangkah lebih maju dari tahun 2010.

Seperti mana tahun2 terdahulu, aku bukan la org yg suka berazam. Kalau aku berazam pun selalu yg bukan2. Hasilnya tidak pernah tercapai. Tapi tahun 2010, nampak gayanya ada sedikit kemajuan. Aku berazam mo buat perancangan belanjawan peribadi untuk keluarga. Hasilnya alhamdullillah, kira tercapai jugalah.. Aku rasa buat perancangan belanjawan peribadi ni mmg a good practice la. So tahun 2011, aku masih meneruskan perancangan belanjawan ni. Benda baik, takkan la mo stop buat pula kan?

Disebabkan azam baru aku tahun lepas satu saja, tahun ni aku mo buat banyak skit. Meliputi beberapa aspek lain dalam hidup aku. Setelah menapis semua azam2 yang tersenarai untuk tahun 2011, hanya 5 yg terbaik sahaja berjaya mendapat tempat. Antaranya termasuklah:

What I want to have in 2011:
1) Another child (ngehehe klu ada rezeki)

What I want to buy in 2011:
1) Digital camera (any type can do..)
2) A quality mattress for our guest's room (kesian tetamu aku sakit pinggang memanjang hehe)

What I want to do in 2011:
1) Holiday trip (other than Labuan)
2) Upgrade my technical skill

Resolution that almost made it to the final list tapi terpaksa diketepikan atas sebab2 tertentu.

1) Repainting our home (interior sja la..)
Diketepikan sebab ada 2 azam lagi (beli mattress dan digital camera) ada sebab kukuh untuk dilaksanakan terlebih dahulu.

2) Learn how to play ping pong
Kalau sudah mo pregnant tiba2 mo belajar ping pong mmg mo cari pasal la tu.. hehehe

Pendaftaran Sekolah Haikal

Yup aku tau.. topik ni sudah lapuk tapi aku mo juga bagitau macamna pengalaman aku (first timer) mendaftarkan anak untuk masuk tahun 1.

2 tahun sebelum haikal masuk darjah 1 aku sudah daftar siap2 di sekolah berhampiran rumah. Aku pun kurang pasti apa signifikannya memasukkan anak ke sekolah berhampiran rumah kalau ibubapanya kerja jauh dari rumah (bukan kita boleh suruh majikan buat ofis sebelah rumah kita pun kan..) Anyway, sebab polisi sekolah untuk memberi keutamaan kepada penduduk yang tinggal berhampiran untuk bersekolah dekat rumah, aku rasa logik juga la. Cuma aku harap mungkin (cuma mungkin) suatu masa diorg turut mempertimbangkan tempat kerja yang berhampiran la pula.

Tahun 2008, aku sudah register Haikal untuk masuk SK Bukit Padang. Aku register kira awal 2 tahun la kunun sebab takut tiada tempat. Bila aku sampai sekolah, aku diminta untuk berjumpa Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/Pelajar (kalau tidak silap la). Haruslah diingat para ibubapa (dan aku sendiri di masa akan datang) antara benda2 yang perlu dibawa pada ketika ini termasuklah:

Salinan surat beranak anak (yang disahkan), bil elektrik (untuk membuktikan kita tinggal berhampiran)

Selepas selesai menempah tempat sekolah, sekolah akan berikan satu resit yang perlu dibawa waktu pendaftaran nanti. Nasib baik sekolah tidak perlu re-confirm balik pendaftaran pelajar. Setakat untuk reminder, sila minta no. telefon sekolah bagi memudahkan urusan di kemudian hari. Apa yang berlaku pada aku, sebab aku lupa minta kebetulan pula di resit tersebut tidak ada sebarang nombor telefon, maka terpaksa la aku meng'google' nombor telefon sekolah.

Beberapa bulan sebelum masuk ke darjah 1, aku call pihak sekolah untuk bertanyakan tarikh pendaftaran pelajar darjah 1. Diorang suruh datang ke sekolah ambil tiket (actually rupa dia mcm fail). Dalam fail tu macam2 ada. Termasuklah surat tawaran, dokumen yg perlu dibawa, dan jumlah yuran pendaftaran serta tarikh pendaftaran pelajar. Dalam kes Haikal 30.12.2010. Walaupun dalam fail tersebut yang dokumen yg perlu dibawa ketika pendaftaran hanyalah surat beranak anak serta dokumen yg diperlukan sekolah, atas dasar tidak percaya (takkan la itu saja diorg minta kan..) aku buat research sendiri. So, antara dokumen yg perlu disediakan/diperlukan adalah:

Surat tawaran/surat penempatan (actually suda kena bagi dalam fail, tinggal bawa sja), Surat beranak anak (disahkan), IC ibubapa (disahkan), Slip gaji (diorg mo tengok sma ada anak layak ka tidak terima bantuan buku teks atau lain2 bantuan), gambar ukuran passport (untuk anak sahaja, ibubapa tidak payah menyibuk) dan akhir sekali duitnya (ini yg paling penting ni).

Yuran untuk anak lelaki dan perempuan ada sedikit perbezaan. Mungkin kerana tali lehernya.. heheh mungkin la. Anyway, yuran agak berlainan mengikut sekolah. Bergantung kepada PIBG. Tapi sekolah Haikal yurannya RM96.80 (kalau tidak silap). Pengalaman aku pendaftaran sekolah agak berbeza sikit dengan pendaftaran universiti. Semua ibubapa terkial2 mencari di mana pendaftaran Darjah 1, di mana tempat ambil buku teks dan sebagainya. Sampai kaunter pendaftaran pelajar (dgn effort aku bertanya dengan security guard) settle semua yuran dan sebagainya kena suruh pula ambil buku teks (tapi tidak bagitau specific di mana). Maka berduyun2 la ibubapa macam ada aktiviti mencari harta karun lagaknya. Lepas tu semua ibubapa pun macam sombong2, tidak mo kasi tau info. Macamla ada markah klu dapat cari itu buku teks. Anyway atas rasa tidak puas hati, aku terus ke pejabat am tanya mana mo dapat buku teks, boleh pula diorg pun tidak tau.. aisehmen.. Adakah ini ujian kecergasan dan kecerdasan untuk ibubapa? Entahla.. tapi pusing punya pusing aku jumpa jugala akhirnya. Kalau la ada signboard bukan ka bagus?

Untuk makluman, time pendaftaran aku tidak bawa Haikal. Nasib baik tiada sebarang ujian dijalankan. Lepas selesai pendaftaran kami diberikan borang untuk diisi. Maka isi la borang tu dengan apa2 maklumat yang dirasakan patut. Kalau tidak tau, tinggalkan saja. Bukan diorg check sangat pun..


Jan 6, 2011

PTK oh PTK

Lebih kurang 2 mggu lalu, aku dapat perkhabaran gembira la kunun.. Peluang aku untuk naik gaji (kalau berjaya la) akhirnya tiba. Entah kenapa, ketibaan peluang naik gaji ni sangat la tidak sesuai pada masanya. Manakan tidak, orang sibuk2 bercuti plus sibuk2 mo mengurus anak sekolah (Yep!! proudly, my son is officially 'Darjah 1'), time2 tu juga la diorg mo suruh buat tugasan.

Walaupun version PTK di tempat kerja aku ni special skit, memandangkan kami tidak payah bersusah payah bersekang mata untuk study, kami diminta untuk membuat satu tugasan khas dan mungkin (mungkin saja ah..) akan diminta untuk buat presentation.

Sungguhpun aku dalam mood percutian, 2 - 3 hari ju
ga la aku terkebil2 menengok soalan yg aku dapat.. Fikir punya fikir, last2 masih juga teda idea mo buat apa. Memandangkan tugasan tersebut perlu dihantar pada 5/1/2011, padahal pada tarikh yang sama pada pukul 11 am, satu huruf pun tidak kelihatan dalam document word aku.

Tapi atas rasa tanggungjawab dan keinginan untuk sekurang2nya mencuba, akhirnya aku memulakan usaha 'menembirang' tepat jam 2
petang. Setelah berhempas pulas menjadi Fast Typer yang unggul di samping menjadi Receptionist yang serba boleh (kerja lain pun mo kena buat juga) akhirnya aku berjaya menyiapkan tugasan tersebut. Tidak seperti yang diminta tapi boleh la..

Ok, mari kita selami pula ketidakpuasan hati aku sepa
njang membuat tugasan ni. Mula2 sekali, mari aku tunjuk soalan yg diberikan.

Dalam usaha untuk memastikan kesinambungan kecemerlangan dan kejayaan sesebuah universiti, perlu ada suatu anjakan paradigma dan penambahbaikan perkhidmatan yang berterusan. Sebagai seorang Penolong Pegawai, anda perlu mengenalpasti langkah-langkah yang wajar diambil agar keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan (Delivery System) jabatan anda sentiasa mencapai kecemerlangan yang dikehendaki oleh organisasi.

Sebagai seorang Pegawai Awam Gred 29, bincangkan bagaimana kaedah dan cara terbaik bagi menambahbaik dan membuat perubahan budaya kerja cemerlang di tempat anda bertugas. Anda hendaklah menggunakan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam atau mana-mana bentuk pengurusan yang diterima pakai oleh kerajaan/universiti bagi menyokong hujahan anda.

Kaitkan hujahan anda di atas dengan kombinasi pengetahuan, sikap ,kemahiran dan tugas anda sebagai Pegawai Awam Gred 29 di jabatan anda bertugas.


Kalau soalan minta 15 hingga 20 muka surat tentang kaedah cara terbaik, aku bagi 11 muka surat termasuk 2 helai pengenalan dan 1 helai rumusan. Ini bermaksud aku bagi 8 muka surat berkenaan kaedah dan cara terbaik. Berhempas pulas juga aku mau menyampaikan 15 muka surat, rasa macam mo pitam pun ada. Apapun itu saja yang termampu aku bg.

Kalau aku bleh bagi 15 muka surat hanya berkenaan dengan kaedah dan cara terbaik dalam tempoh masa yang diorg bagi, I should be a minister by now don't you think? Hehe lain la kalau diorg minta 10 muka surat pengenalan dan selebihnya isi..