Yup aku tau.. topik ni sudah lapuk tapi aku mo juga bagitau macamna pengalaman aku (first timer) mendaftarkan anak untuk masuk tahun 1.
2 tahun sebelum haikal masuk darjah 1 aku sudah daftar siap2 di sekolah berhampiran rumah. Aku pun kurang pasti apa signifikannya memasukkan anak ke sekolah berhampiran rumah kalau ibubapanya kerja jauh dari rumah (bukan kita boleh suruh majikan buat ofis sebelah rumah kita pun kan..) Anyway, sebab polisi sekolah untuk memberi keutamaan kepada penduduk yang tinggal berhampiran untuk bersekolah dekat rumah, aku rasa logik juga la. Cuma aku harap mungkin (cuma mungkin) suatu masa diorg turut mempertimbangkan tempat kerja yang berhampiran la pula.
Tahun 2008, aku sudah register Haikal untuk masuk SK Bukit Padang. Aku register kira awal 2 tahun la kunun sebab takut tiada tempat. Bila aku sampai sekolah, aku diminta untuk berjumpa Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/Pelajar (kalau tidak silap la). Haruslah diingat para ibubapa (dan aku sendiri di masa akan datang) antara benda2 yang perlu dibawa pada ketika ini termasuklah:
Salinan surat beranak anak (yang disahkan), bil elektrik (untuk membuktikan kita tinggal berhampiran)
Selepas selesai menempah tempat sekolah, sekolah akan berikan satu resit yang perlu dibawa waktu pendaftaran nanti. Nasib baik sekolah tidak perlu re-confirm balik pendaftaran pelajar. Setakat untuk reminder, sila minta no. telefon sekolah bagi memudahkan urusan di kemudian hari. Apa yang berlaku pada aku, sebab aku lupa minta kebetulan pula di resit tersebut tidak ada sebarang nombor telefon, maka terpaksa la aku meng'google' nombor telefon sekolah.
Beberapa bulan sebelum masuk ke darjah 1, aku call pihak sekolah untuk bertanyakan tarikh pendaftaran pelajar darjah 1. Diorang suruh datang ke sekolah ambil tiket (actually rupa dia mcm fail). Dalam fail tu macam2 ada. Termasuklah surat tawaran, dokumen yg perlu dibawa, dan jumlah yuran pendaftaran serta tarikh pendaftaran pelajar. Dalam kes Haikal 30.12.2010. Walaupun dalam fail tersebut yang dokumen yg perlu dibawa ketika pendaftaran hanyalah surat beranak anak serta dokumen yg diperlukan sekolah, atas dasar tidak percaya (takkan la itu saja diorg minta kan..) aku buat research sendiri. So, antara dokumen yg perlu disediakan/diperlukan adalah:
Surat tawaran/surat penempatan (actually suda kena bagi dalam fail, tinggal bawa sja), Surat beranak anak (disahkan), IC ibubapa (disahkan), Slip gaji (diorg mo tengok sma ada anak layak ka tidak terima bantuan buku teks atau lain2 bantuan), gambar ukuran passport (untuk anak sahaja, ibubapa tidak payah menyibuk) dan akhir sekali duitnya (ini yg paling penting ni).
Yuran untuk anak lelaki dan perempuan ada sedikit perbezaan. Mungkin kerana tali lehernya.. heheh mungkin la. Anyway, yuran agak berlainan mengikut sekolah. Bergantung kepada PIBG. Tapi sekolah Haikal yurannya RM96.80 (kalau tidak silap). Pengalaman aku pendaftaran sekolah agak berbeza sikit dengan pendaftaran universiti. Semua ibubapa terkial2 mencari di mana pendaftaran Darjah 1, di mana tempat ambil buku teks dan sebagainya. Sampai kaunter pendaftaran pelajar (dgn effort aku bertanya dengan security guard) settle semua yuran dan sebagainya kena suruh pula ambil buku teks (tapi tidak bagitau specific di mana). Maka berduyun2 la ibubapa macam ada aktiviti mencari harta karun lagaknya. Lepas tu semua ibubapa pun macam sombong2, tidak mo kasi tau info. Macamla ada markah klu dapat cari itu buku teks. Anyway atas rasa tidak puas hati, aku terus ke pejabat am tanya mana mo dapat buku teks, boleh pula diorg pun tidak tau.. aisehmen.. Adakah ini ujian kecergasan dan kecerdasan untuk ibubapa? Entahla.. tapi pusing punya pusing aku jumpa jugala akhirnya. Kalau la ada signboard bukan ka bagus?
Untuk makluman, time pendaftaran aku tidak bawa Haikal. Nasib baik tiada sebarang ujian dijalankan. Lepas selesai pendaftaran kami diberikan borang untuk diisi. Maka isi la borang tu dengan apa2 maklumat yang dirasakan patut. Kalau tidak tau, tinggalkan saja. Bukan diorg check sangat pun..

No comments:
Post a Comment