Itu dia!! Kalau kami berkumpul macam ni, selalunya orang panggil kami keluarga Hj. Sulaiman (FYI atuk aku la tu..). Aku pun kurang pasti apa popularnya Hj. Sulaiman ni.. tang hensem dia kot?! Sorry la.. sebagai cucu aku pun tidak boleh mo komen banyak2. Karang kamu cakap aku pilih kasih. Kalau aku tidak puji karang.. ada juga yg kena buang kampung. Tidak pasal2 terpaksalah kami jadi PTI berdaftar. Aku rasa tidak perlu aku aku introduce satu2. Bukan kamu mo kenal keluarga aku pun! Setakat mo menengok jak. Gambar kena ambil time raya 2010. Selalunya hari raya kami memang berkumpul ini macam. Patutnya lagi ramai.. tapi sebab ramai yg sudah kawin, sekali sekala mo jua dijenguk2 mentua tu kan? Sama kes la sama aku. Gambar macam ni, silap2 2 tahun sekali baru nampak muka aku.
Ini pula gambar keluarga aku yang betul punya. Lengkap satu keluarga, seorang pun tiada yang tertinggal. Ini termasuklah lemaks yang menguasai tubuh badan time2 raya.
Ini pula gambar keluarga kecil aku. Original punya family. Aku lah yang jadi PYD, aku jugalah yang jadi PPP dan sudah pasti lah aku jadi PPKnya (Ini semua terms SKT ah.. jangan kamu bingung dulu). Baru berempat. Itupun sudah sakit kepala..
kekeke... c dyana...
ReplyDelete