Feb 27, 2011

American Idol 10

Kalau mengikut sejarah, aku ni bukan la peminat American Idol sangat. Mgkn sebab aku kurang berkenan dengan judges dia kali. Selalunya kalau aku ter'missed' pun aku tidak pernah la meroyan tidak tentu pasal. Tapi kali ni lain pula.. suka pula aku dengan judges baru dia. Randy macam biasalah, Jlo aku rasa lagi bagus dari Paula, Steven Tyler personally aku punya favorite judges. Lawak gila lah hantu rock yang satu ni..

Season ni, kalau dari peserta kira boleh la.. macam biasa juga. Tapi aku bukan mo cakap semua peserta. Aku cuma mo kasi tau aku punya favorite list sma hate list dalam top 24.


My Favorite List

Casey Abrams - Hampir semua persembahan dia aku suka. Especially masa dia main stand-up bass ni. For now, he's on the top of my favorite list.

Picture courtesy of unrealityshout.com


Jacob Lusk - This person has been under the radar since the audition started. But during his solo performance la baru aku terkial2 bila masa pula la si mamat ni audition. Anyway, pasal his solo performance la, aku masukkan dia dalam favorite list aku.


Picture courtesy of www.mtv.com


Paul McDonald - Ini lagi satu. Aku tidak perasan pun dia ni wujud. Time duet performance dengan minah ni baru aku perasan suara dia macamna. So, tidak boleh salahkan aku 100% sebab dia tidak pernah kena highlight sebelum ni.

Picture courtesy of unrealityshout.com



Scott McCreery - Sungguhpun dia ni selalu dihighlight sebab dia punya 'deep voice', persembahan dia sangatlah tidak consistent. So kenapa la aku kasi masuk dalam list ni? Sebab aku interested mo tau lagu macamna lagi dia boleh bawa dengan suara macam tu.


Picture courtesy of worldoffemale.com




MyHate List


Jordan Dorsey - Aku rasa dia ni perasan dia ni bagus sangat. Sebab tu aku tidak suka dia. Ini semua pasal pasal apa yang dia buat masa group week.

Picture courtesy of allvoices.com


Clint Jun Gamboa - Sama jugalah ceritanya. Perasan bagus dan aku sangatlah tidak suka dengan apa yang dia buat masa group week.


Picture courtesy of roccosrevolution.wordpress.com

My early prediction - 2 equally hated in my hate list would not make it to the top 12. Ngehehehe

Sorry la kalau my favorite/hate list tidak ada kehadiran wanita. Ini semua sebab favorite female aku sudah kena kick out during the group week.. huhu you'll be missed Emily Ann Reed. My female hate list pun sudah kena kick out, so I'm happy my hate list suda berkurang. Sorry aku lupa sapa nama orang tu..

Feb 22, 2011

Swimming Pool

Di suatu minggu, lebih kurang jam 3 ptg aku ni berniat mo beli barang2 rumah, entah kenapa ter'parking' la pula depan swimming pool ni.

Haikal : Mama, Haikal mo pegi swim..
Aku : Mana boleh!! Haikal tidak nampak kah tiada orang di sana? Ada buaya besar tu.
Haikal : Mana ada.. (tapi mata melilau tengok betul ka ada buaya)
Aku : Ada. Kalau tidak percaya, Haikal pegi la swim.
Haikal : Tidak mau..

Lepas shopping, ada la pula budak bertuah mandi di swimming pool tu dengan mummy dia..

Haikal : Nah kan!! Mana ada buaya. Mama ni tipu Haikal saja..
Aku : Aik?!! Mana sudah tu buaya? (pura2 la aku mencari2) Alah.. balik sudah dia.. penat tu buaya pegi swim..

Sampai bila aku mo bagi jawapan bodoh ni kan??


Inilah rupanya swimming pool yang ada buaya tu.. hehehe

Perdana Park

Seperti biasa, kalau PIL aku datang sure kami sekeluarga akan makan malam diluar. Apa yang pelik, setiap kali makan mesti juga mo makan ikan bakar. Disebabkan FIL aku ada kursus, maka kunjungan mereka kali ini jatuh pada hari2 bekerja. Nama juga orang berkerjaya, lepas kerja saja mesti penat. Kalau ikutkan hati, bagus aku masak di rumah, lepas tu boleh rehat atau tidur terus.

Mungkin juga FIL aku ni kesian tengok aku penat bekerja lepas tu balik memasak lagi, atau mungkin juga dia tidak sanggup hendak berhadapan skil memasak aku yang terlalu luar biasa hebatnya. Mungkinlah kan.. siapa tau!! kekeke

Bukan aku tidak suka makan luar dengan PIL aku ni. Aku memang suka sangat2. Jimat tenaga la sikit. Tapi yang aku tidak tahan ni, banyak betul proses untuk sampai ke kedai makan. Mo jalan2 dulu la.. mo minum panas lagi la.. Hasilnya, balik rumah mesti paling kurang jam 10 malam. Huhuhu

Entah kenapa, dalam kunjungan PIL aku kali ni laki aku excited pula mo bawa kami jalan2 tengok Perdana Park. Umumnya tempat ni boleh tahan la untuk bawa budak/cewek/keluarga jalan2 di sekitar KK ni. Mungkin kalau orang KL diorg tidak heran sangat. Tapi kalau warga KK, bagus tengok dulu..

Memang SAH!! Namanya Perdana Park. Sori banyak2 model aku tidak boleh duduk diam la..


Aikk!!! Kenapa ini gambar?? Anyway jalan masuk ke Perdana Park. Pasangan yang sedang melenggang masuk tu aku punya PIL. Aku juga la yang tertinggal.


Nampak 3 orang tu? Anak2 aku berlarian mo menengok air pancut berirama (suka ati aku ja kasi nama) bersama chaparone.


Siap boleh duduk di tepi air pancut untuk melihat pertunjukan.. Si Adik terpaksa kena pegang MIL aku, sebab takut jatuh dalam air yang dalamnya lebih kurang 1-2 jengkal.


Ok.. ok.. ini gambar bukan tersalah letak, tapi di sana pun ada taman permainan. Kamu tinggal fikir macam mana mo pujuk anak kamu pulang saja..



video
Silalah tonton..

Duit belanja sekolah

Selalunya aku bagi duit belanja sekolah anak RM2. Tapi laki aku suruh kasi kurang sebab dia bawa bekal pegi sekolah. So, turun la belanja sekolah RM1. Tapi disebabkan ramai kawan2 dia bawa bekal, so dia jarang2 pakai duit. Kadang2 RM1 tu berminggu dalam beg dia. Sebab aku risau dia tidak pandai membeli, aku kasi duit syiling 50 sen x 2 keping. Konon, satu untuk air satu lagi untuk mee/nasi. Tidak payah la makcik kantin tu, berurat2 leher panggil anak aku kalau masih ada baki.


Aku : Haikal masih ada duit belanja ka dalam beg sekolah?

Haikal : Ada.
Aku : Mana? Kasi tunjuk mama.. (masih nda pecaya ni)
Haikal : Ni.. (sambil tunjuk duit 20 sen)
Aku : Ish!! Mana cukup tu (sambil mengorek2 handbag cari syiling). Nah, simpan bagus2. Tapi kalau boleh tidak payah belanja. Makan bekal yang mama buatkan. Jangan bagi duit sama kawan (sebab anak aku ni pemurah maka aku kasi pesan macam tu)
Haikal : Mama ada duit lagi ka?
Aku : Tiada. Abis sudah. Semua mama kasi Haikal.. (saja ja tu supaya tidak kena minta lagi)
Haikal : Nah! Haikal bagi 50 sen. Untuk mama beli2.
Aku : ??? Nda payahlah. Mama masih ada duit bah. Haikal simpan la tu duit.
Haikal : Berapa lagi duit mama ada.
Aku : 5 ringgit (tidak boleh tunjuk sangat kita simpan duit banyak dalam beg kekeke)
Haikal : Mana cukup tu. Itu 5 saja. Haikal kasi 50..
Aku : Emmmmm.. cukup bah.. tempat mama tiada kantin.

Boleh kah macam tu jawapan?

Feb 14, 2011

Free Gift

Bila hujung minggu, agak normal la kalau aku dengan keluarga aku buat outing sekali sekala. Daripada non-stop buat aktiviti sit-tidakupup lagi depan tv atau terus tangkap lentok untuk memastikan tv boleh berfungsi 24 jam non-stop, mana2 pun bukan la aktiviti yang dikatakan sihat.

Objektif outing, kononnya mo mencari songkok untuk perarakan maulidur rasul laki aku. Sampai saja wisma muis, wohhhhoooo... semua orang sudah tapau. Jangankan pembeli, penjual pun tutup kedai. Tapi tidak la pula aku salahkan pekedai tutup awal (time tu dalam jam 3.30pm). Memang padan la muka kami, siapa suruh buang tebiat datang lambat.

So, kami tukar plan. Tidak mo pulang dengan tangan kosong, aku bawa laki aku buat tour di CKS (supermarket). Laki aku tiba2 mengidam kuaci putih. Alang2 sudah masuk dalam supermarket, aku beli la 2 kotak susu segar. Bukan untuk budak2, tapi untuk mama budak.

Bila sudah mencapai target, aku keluarkan recycle bag aku masukkan benda2 yang patut.. tiba2 cashier cakap "Ada free gift di luar". Biar betul? Barangan aku harga dalam RM13++ dapat free gift? Atau mungkin...

Sebelum aku masuk ke supermarket ni, aku ada nampak 1 booth promosi air oren.. mustahil la itu free giftnya kan? Sebab aku kebingungan atau mungkin sebab aku rasa cashier tu salah tengok harga, aku yang selalunya muka tidak malu ni tiba2 pula malu mo tanya kaunter customer services. Lepas operasi menolak dan mencucuk laki aku, maka laki aku akun juga la tanya kaunter customer services.

Tiba2 ja adik yang jaga kaunter tu cakap "Kita ada pakai recycle bag ka?". Aku pun dengan semangat la tunjuk recycle bag yang aku bawa. Maka, dapat la aku hadiah gelas..

Kira bagus juga la effort ni. Menggalakkan orang pakai recycle bag. Walaupun hadiahnya setakat gelas, sekurang2nya effort tu ada. Cuma satu ja yang aku pelik, sepatutnya budak yang jaga kaunter tu minta la resit aku. Ini tidak, kasi tunjuk saja recycle bag terus dia bagi gelas. Laki aku siap buat lawak (atau mungkin juga dia serius), lepas ni kita pusing.. tidak payah beli barang pun, tunjuk saja beg.. mesti banyak gelas kita dapat kan?

Hmmmm... good point!!

Feb 11, 2011

Telemovie : Ngangkung VS Hantu Kak Limah Balik Rumah

Haish!! Macam lama betul aku tidak menjalankan tugas aku sebagai pengkritik wayang tidak bertauliah ni kan? Mungkin sebab aku sudah abis modal mo tengok movie apa.


First time aku nampak iklan Ngangkung ni di Astro la. Kalau tengok iklan macam lucu betul. Tapi tidaklah aku terfikir mo tengok. Dipendekkan cerita, akhirnya aku tertengok juga la..

Di awal2 cerita aku memang ketawa besar. Memang lawaklah scene yang awal tu. Walaupun actually cerita ni cerita hantu dan hantu dia memang menggerunkan, tapi sebab lawak dia tu tidak tersempat la pula aku mo rasa seram.

Asalnya aku pun kurang pasti kenapa tajuknya Ngangkung. Last2 baru aku tau ngangkung tu bermaksud satu upacara memuja untuk mendapatkan nombor ekor. Agaknya cerita ni kena buat pun berdasarkan keadaan masyarakat kita sekarang ni yang suka sangat mo cepat kaya. Tapi disuruh kerja malas pula. E'eh.. menyempat lagi aku berceramah!

Bagi aku cerita ni kira ok la. Lagipun ia dibuat berdasarkan kehidupan masyarakat kita sendiri. Banyak juga la yang aku tidak puas hati, tapi sebab ini cerita komedi maka aku tidak mo la komen banyak2. Kalau namanya wayang komedi, buat penat mulut aku saja membebel2 pasal kemengarutan cerita. Bagus lagi ketawa and enjoy the comedy.



Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah ni pun asalnya aku tidak berminat mo tengok. Tambah lagi la kalau pelakonnya Awie. Tapi sebab salah seorang rakan ofis aku cakap cerita ni lucu gila daripada Ngangkung, maka aku pun tengok juga la. Aku rasa part yang aku paling suka, lakonan si Johan (raja lawak).. memang lawak gila la. Part yang lain tu, macam bosan juga la aku.

Actually cerita ni kesinambungan dari cerita Zombi Kampung Pisang. Kalau dulu ada Que Haidar dengan AC. Sampai sekarang aku terbayang2 betapa lucunya la mamat 2 ekor ni. Tapi dalam cerita Hantu Kak Limah ni, yang lucu tu la yang tiada. Tinggal la yg kurang lucu.. huhuhu

CNY Bowling Tournament

Angan2 saja aku ni. Tournament segala kunun kekeke. Memang lama sudah mo buat tournament ni. Tapi sori la, tournament ni tertutup kepada keluarga2 terdekat saja. Rasa tidak sanggup untuk memalukan diri sendiri di khalayak ramai. Mula2 kami plan mo main berhabis2an. Entah kenapa bertebiat pula la lane yang kami pilih ni. Bukan teda lane lain, tapi lane tu saja yang tersembunyi sikit. Memang padan juga la dengan muka kami. Last2, habis saja game pertama, terus bungkus.. balik tidur lagi untung.


Mau 3 kali juga la aku tukar saiz kasut. Alahh... bukan selalu aku main, memang patutlah aku tidak ingat. Saiz aku, 6. Tapi cuba tengok kasut bowling di Labuan, cantikkan? Laki aku siap cakap kasut bowling tu lagi cantik dari selipar jepun yang selalu aku pakai. Cis!! Yang penting selipar tu jimat dan selesa, jadi kenapa la kalau tidak cantik kan?


Mula2 macam malas juga mo bawa budak2. Takut ada yang MIA la pula. Tapi nasib baik semua pun tau duduk diam. Asal saja segala keperluan (makanan dan minuman) disediakan. Lagipun boleh juga diorg bagi sokongan moral untuk si mama dan si babah.


Ini la kunun2 yang sibuk mo lawan ni. My sister and her hubby.. budak yang dibelakang kerusi tu, adik aku yg paling kecik, Aiman. Diimport khas jadi pom pom boy bagi pihak adik aku. Pom pom boy and girl yang aku order, bukan pun bagi semangat.. sibuk pula pigi susun2 bola. Yang sorang lagi (Dyana) ke hulu ke hilir dengan keropok dia. Kalau macam ni, mo kena potong elaun ni tau..


Aku sebenarnya sangat berharap kalau korang boleh tengok sendiri keputusan game ni. Aku malas lah mo cakap (sebab aku uncit!! Hehehe).


Gaya balingan sorang2. Kalau kamu tengok betul2 aku punya gaya balingan la yang paling cantik kan? Nda kesahlah kalau uncit pun, yang penting kalah mesti ada GAYA, MUTU, KEUNGGULAN..

Feb 10, 2011

Double Celebration

Ada 2 sebab kenapa aku merdeka ni hari. Mula2 sekali sebab aku berjaya menamatkan 30 days challenge aku dengan jayanya. Yahuuuuuuu!!!!

Yang kedua, sebab PTK aku sudah berakhir. Syukurlah nak.. kamu tidak tau betapa sengasaranya aku menunggu giliran. Padahal bukan ramai sangat pun, 12 orang saja. Tapi agaknya sebab Panel2 kami tu strict sikit maka ramailah mereka2 yang tertewas. Bila tengok diorang masuk ke dalam bilik seminar penuh bersemangat macam panglima harimau berantai, sekali keluar macam si jenin jatuh dari pokok kelapa sudah. Sebab terlampau lemah semangat aku pun go wit da flow ja. Kalau kena bagi dapat la, kalau tiada apa boleh buat.

Aku masuk bilik seminar, dengan membuka langkah pendekar merong mahawangsa. Aku tutup pintu saja, abis semua langkah panglima aku hilang. Jangankan langkah, semangat pun hilang sama. Last2 aku baca saja la apa yang tertulis dalam slide, macam pembaca berita belum habis training. Lepas baca, sesi soal jawab. Soalan pertama aku kena tanya..

Panel : Seperti mana yang saya telah semak, saya dapati bilangan muka surat kamu macam tidak mencukupi syarat. Boleh saya tau kenapa?

Mula2 aku kena tanya soalan ni, macam kena jackpot ja aku rasa. Excited aku mo jawab soalan.

Aku : Saya memang sedia maklum tentang syarat tu. Cuma sebab berdasarkan soalan, ia meminta kaedah dan langkah penyelesaian. Saya rasa, adalah mustahil kalau saya boleh berikan jawapan tentang kaedah dan penyelesaian sampai 15-20 muka surat. Saya tidak ada masalah kalau mengikuti syarat seperti mana yang diminta, tapi kalau pendahuluan, latar belakang dan sejarah saya sudah melebihi separuh daripada muka surat yang diminta sedangkan kaedah dan langkah setakat 4-5 muka surat, saya rasa itu tidak menepati objektif soalan.

Kamu tidak tau betapa puasnya hati aku menjawab soalan tu. Kalau la tukang buat soalan tu ada di sana, agaknya sepanjang masa presentation tu aku buat eye-contact dengan dia sajalah. Biar dia tau betapa mengarutnya soalan yang dia bagi. Kalau korang masih terpinga2 apakebendenya la yg aku cakap ni, sila tengok entry ini.

Lepas jawab soalan tu, panel berpandangan sesama sendiri sambil mengangguk dan tersenyum. Aku rasa kalau aku jadi panel.. soalan 1 aku confirm markah penuh. Lepas tu soalan 2.. Minta mahap banyak2 sebab aku tidak ingat sangat soalan dia. Mungkin sebab soalan 2 terlampau panjang, yang mana kalau aku suruh ulang balik aku pun tidak pasti kalau panel boleh recall. So, aku jawab seadanya. Begitu juga soalan 3 dan 4.

Kesimpulannya, we do what we can do. Macam kawan aku cakap la.. get over and done with.

#30 - Who are you?

Orang dulu2 cakap, kalau soalan ni pun tidak terjawab maksudnya pendek umur. Kalau suatu masa dulu korang tanya aku soalan ni, memang ada yang kena flying kick. Sebab aku rasa aku fofular la tu kunun!!

Tapi kalau kamu tanya aku HARI INI, aku ampunkan. Apa kamu ingat bayar saman saja ada bulan pengampunan? Aku pun bah.. HARI PENGAMPUNAN. Sehari ni saja. Jarang2 aku buat offer ni tau!

Kejap ah.. macam lost pula aku mo jawab apa.. I am ME. Not perfect but REAL.

Cukuplah tu kan? Kalau aku story lagi sama kamu siapa aku, tiada lah MISTERI.. nanti tidak la suda kamu mo kenal aku kan?

Sekian terima kasih.




Feb 9, 2011

Haikal first ever signature

Actually cerita ni agak lama. Tapi sekurang2nya tidaklah sampai sebulan. Kira belum expired lagi la ni. Sedang aku terbelek2 buku2 Haikal, aku perasan ada satu buku biru. Bukan besar sangat pun, lebih kurang macam buku 555 (alahhh.. buku hutang zaman dulu la)

Depan buku tu tertera 'Buku Panduan Disiplin'. Sorry ah.. aku agak ja tu. Aku pun kurang pasti apa yang tertera di depan. Bukan aku yang bawa ke hulu ke hilir. Aku jadi 'book keeper' saja seperti mana yang diamanahkan oleh cikgu disiplin. Konon cikgu disiplin cakap, tunggu sampai dia betul2 boleh baca dan paham baru bagi pelajar.

Since buku tu pun sangat membosankan, aku pun tidak la memaksa si Haikal baca buku tu. Biar la aku baca sorang2.. lepas tu explain dengan Haikal. Sungguh pun banyak FAQ yang perlu dijawab, aku akun juga la mo belek buku tu.

Tiba2 aku nampak satu bahagian dalam buku tu yang meminta pelajar mengaku menerima buku tu dalam keadaan baik. Aku tidak kisahlah kalau pakai cop tangan ka apa.. ini tidak, mo juga pakai tandatangan segala. Aku pun panggil la si haikal..

Aku : Haikal, tandatangan ini buku
Haikal : Tandatangan tu apa?
Aku : Hmmm... tulis saja nama haikal..


Sila abaikan mutu gambar yang tidak seberapa ni ahh..


Seingat aku, aku mula main2 tandatangan ni darjah 6. Sepanjang darjah 5, sibuk la aku training rupa signature aku macam mana. Bila fikir2 balik, macam rugi pula aku tidak simpan rupa signature aku yang 'anggun' tu. Tahulah kan budak2 punya tandatangan semua bentuk binatang pun ada. Ada yang love, bunga, rama2, naga, ular, ulat, kura-kura.. imaginative betul budak2 umur 11 tahun ni kan? Anyway, bila masuk sudah makin dewasa atau bekerja, baru la keluar signature ala2 'menteri'. Itu pun normally lepas training berhabis2an, manalah tau kena offer jadi menteri.. hehehe

#29 - In this past month, what have you learned

Reality speaking, I've learned a lot. Yalah kan, learning is a process.. everything we do is technically a learning process. Either you've learned something new, or you've tried to make something different in your daily routines just to make it more interesting (supaya tidak bosan la kunun).

Since kita sedang menjawab 30 days challenge, aku assumed apa yang dimaksudkan is related to this challenge la.. Bagi aku, 30 days challenge ni membuat kita mengenali diri kita 'once upon a time' la. Apa yang kita suka buat, apa yang kita minat, apa yang kita suka dan tidak suka.. anything yang biasa kita buat zaman dulu kala.. zaman 'young and dangerous' la kunun tu.. Especially time kita masih belajar.

Lepas saja zaman belajar, agaknya due to our 'kematangan' dalam berfikir membuatkan keutamaan kita berubah sedikit, mengikut peredaran masa. What we didn't realize is, in order to fit the priority we've changed ourselves. Agaknya sebab kita in 'Young and Dangerous' mode, kita anggap benda ni macam turning point lah!!

Well, I know I've changed a lot. By doing the first question dalam 30 days challenge ni, kira macam wake up call. Punyalah banyak impian aku yang tergendala sebentar, hehe biasalah.. dulu lone ranger, sekarang sudah ada rakyat. Of course the priority is different, but it shouldn'
t change the way we feel or think.

Agaknya, it's time to reconsider some of my interest..


Feb 8, 2011

CNY 2011 - Trip to KK-LA-KK

Sepertimana tahun2 sebelumnya, setiap kali cuti panjang/perayaan, kami akan cuba balik Labuan. Seingat aku, setiap kali cuti perayaan 1Malaysia memang kami balik. Chinese New Year, Pesta Menuai, Hari Raya Puasa dan mana2 perayaan yang mengambil masa lebih dari 1 hari untuk dirayakan. Ini bermakna, Hari Raya Haji dan Hari Gawai aku memang jarang balik. Tambah lagi la kalau ianya jatuh pada pertengahan minggu. Kalau Deepavali, memang kami tidak pernah balik sebab kalau balik pun orang Labuan tidak bercuti.


Dyana sedang minta puji mo manja2 sama babahnya


Operasi memaksa anak tidur


Kemalangan di Labuan masa kami on the way mo pulang rumah


Feri Express baru LA-MBK (baru punya)

Ha!! Ini lah part aku yang mo cerita. Feri ni kira baru lagi beroperasi. Aku rasa mungkin muatan penumpang lebih dari 60 orang. Aku pun malas mo kira. Kalau aku kira2 nnti, ada juga yang ingat aku konduktor feri. Kalau naik speed boat mungkin ambil masa 30 minit. Tapi kalau naik feri ekspress ni, kira2 45 minit juga la. At least oklah daripada naik feri mempakul yang paling cepat pun dalam 2 jam 30 minit. Bagi wanita2 yang mengandung dan ada budak kecik, aku rasa sangat sesuai sungguh la naik feri ekspress ni. Tambah lagi la kalau si ibubapa tidak pandai berenang. Aku tidak sempat tanya la kalau MBK-LA jam berapa ia mula beroperasi. Yang aku tau kalau LA-MBK jam 8.30 am dan 2.30 pm.

#28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?



October 31, 2010


February 6, 2011

Memandangkan soalan tidak menyatakan dengan jelas minimum jarak gambar diambil, maka aku pun cuba la main buyuk dengan mengambil gambar yang jaraknya cuma lebih kurang 3 bulan saja. Alasan aku jelas dan mudah, ini saja la gambar yang aku ada. Yang lama2 punya gambar tu memang ada, tapi kalau semua candid, macam tidak best la pula kan?

Physically, tidak la banyak sangat yang berubah. Aku tidak rasalah lepas aku buat challenge ni aku makin kurus ka atau apa, macam sama saja aku tengok. Tapi ini dari pandangan mata empunya diri la. Tau lah kan kadang2 empunya diri ni tidak mo terima kenyataan kalau tiba2 ter'besar' daripada sebelumnya.

Mentally, I regained my purpose in life. Bukan aku tiada tujuan hidup, cuma tersasar sedikit demi sedikit dari tahun ke tahun.. last2 terus terjunam masuk gaung.. hahaha. At least by looking back, kita tau la kenapa kita nampak lebih muda (itu sememangnya), lebih ceria, lebih bertenaga dan yang penting sekali lebih bersemangat mo tengok apa cabaran yang ada di esok hari. Aisehmen!!

Feb 7, 2011

#27 - Why are you doing this 30 days challenge

Alahai kesian la blog aku ni.. terbiar seja semenjak dua menjak ni. Setelah aku berhabis2an menukar theme blog aku (padahal kerana terpaksa..), last2 terbiar juga.. ish ish ish.. Anyway, theme yang aku pilih kali ni sekali lagi hijau kedamaian. Entah kenapa suka betul aku dengan hijau ni.. ubatlah konon supaya korang punya mata tu sentiasa sihat selalu tengok warna hijau..

Kalau diikutkan, kemarin tamatlah 30 days challenge aku ni. Tapi entah kenapa, terlalu seronok cuti2 bebas stress.. blog aku pun tidak terpeduli. Anyhow.. kita buat sajalah apa yang termampu kan?


Why are you doing this 30 days challenge? Hmmmm.. bagi aku asalnya sebab nampak seronok. Itu masa aku mula2 start main. Bila soalan sudah start merapu2, macam menyesal pula aku start challenge ni (ha!! murid2 inilah akibatnya kalau tidak baca soalan sampai habis..). Tapi bila kita teruskan juga cabaran ni walau apapun soalannya, macam rasa sedih pula soalan2 ni sudah sampai ke penamatnya.

Kesimpulannya, aku mula2 interested mo buat 30 days challenge ni sebab aku rasa seronok. Tidak payahlah la aku ambil tau objektif cabaran ni apa (lagipun tidak disertakan ok..) . Tambahan lagi la ada kawan2 yang join sekali. Makin lama, menamatkan cabaran ni adalah satu kemestian. Pedulilah apa pun jawapan aku bagi, yang penting aku mesti habiskan. Konon2 disamping membimbing kita untuk menamatkan apa2 saja yang kita sudah mulakan (baik atau buruk), ia juga bertujuan untuk mendisiplinkan kita (chewahhh) menghabiskan cabaran dalam tempoh yang diberikan (dalam kes ni confirm aku gagal dengan penuh bergaya!! muahahaha). Lantaklah kan.. biar lambat asal selamat (boleh gunakah tu untuk kes2 macam ni.. kekeke).. Yang penting siap, jangan langsung tidak siap. Sebulan, setahun, 2 tahun, 10 tahun.. tidak kesahlah cek kiah.. asalkan mu bahagia.

Feb 2, 2011

#26 - What do you think about your friends

Amazingly superb!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.

I wouldn't change it for the world..



Feb 1, 2011

#25 - What would I find in your bag

Orang lelaki selalu cakap, beg perempuan besar2 sebab diorang suka bawa barang make-up. Bagi aku, mungkin betul mungkin juga tidak. Aku akui beg aku besar.. tapi kalau korang tengok apa isinya...



Sorryla kalau korang rasa isi kandungannya tidak semenarik mana. Takkan la aku mo letak dadah pula semata2 supaya nampak menarik kan? Ada juga yang tertarik masuk jail karang..

So, mari kita tengok satu persatu apa yang ada dalam beg aku. First sekali, wallet la. Kalau beg beso pun, wallet takdak macam pelik la aku rasa. Karang mo bayar lunch pun macam orang mo cari arnab dalam karung. Kalau tidak ramai orang berbaris tidak apa, tapi kalau ramai.. ada juga la yg kenyang makan sindiran.. hehehe

Next, aku punya external hard disk. Suatu masa dulu, aku selalu betul bawa pendrive. Bukan alang2 bawa pendrive, sama ramai macam kunci rumah aku. 512MB, 2GB, 8GB, 16GB.. tapi sekali sumbat dalam USB, semua pun tidak boleh pakai.. last2 aku bawa external hardisk. Lagi senang.. besar memang besar, tapi teda suda isu pendrive tertinggal di tempat org. Tapi kalau external hard disk yg begitu besar pun korang boleh tertinggal.. macam ada tanda2 sudah tu.. boleh sudah cuba2 draf surat wasiat. Manalah tau, esok2 anak2 pun tidak ingat suda..

Next, buku catatan. Buku catatan aku tu kira macam diari la. Isinya lebih kurang temujanji, barang2 yg sudah habis dan perlu dibeli dan sebagainya. Kadang2 tempat catat no. fon orang atau alamat dan sebagainya. Takkan la semua pun mo tulis di kertas/resit2 terpakai.. Jadi sampah dalam beg saja. Silap2 ada risiko terbuang lagi.

Next, pen. Ini semua berpunca bila kita sibuk2 isi borang, pen pula tiada. Kalau pegi pejabat pos atau pejabat pendaftaran tu.. tinggal tali ja. Pennya aku pun kurang pasti ke mana. Mo cakap virtual, borangnya tidak pula virtual. Maka, aku akan pastikan pen ni ada dalam beg aku.

Next, Actifast. Ini mesti ada. Kalau habis, aku memang akan bersungguh2 mo refill balik. Al-maklumlah dalam bidang kerja di ofis mo pun di rumah.. ada saja yang bikin sakit kepala. Oleh itu, stok mesti ada bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Jangan salah faham ah.. makan bila perlu sahaja..

Next, kad pekerja. Sebab aku malas mo pakai (kalau aku terpakai, langsung tidak tertanggal2 sudah) aku simpan dalam beg. Benda yang aku bawa setiap hari pegi keja dan aku bawa balik dari keja. Confirm aku tidak ter'missed' punch in.

Last, recycle bag. Tahulahkan semenjak 2 menjak ni orang dok asyik sibuk cakap supermarket sudah mula berkempen kurangkan penggunaan plastik. Bagi menyokong kempen ini, aku pun bawa la beg ni ke mana2. Kalau barang yang mo dibeli setakat 2-3 ketul, aku tidak payah la minta plastik. Tapi kalau beli barang rumah, mustahil la pula aku mo pakai recycle bag ni. Kalau barang rumah aku sikit boleh la.. tapi kalau sampai pakai 2 troli.. haishhh.. banyak la pula mo pakai recycle bag. Tambah lagi la kalau mo beli beras segala, takut hilang pula la ke'utuh'an beg kesayangan aku tu. Kalau aku junjung, ada juga la yang menganga nanti.. jadi untuk mengelakkan diri menjadi tumpuan org ramai, kita ikut dulu la cara lama.. sekurang2nya kita sudah cuba mengurangkan penggunaan plastik..