Dec 27, 2010

Haikal : Pencuri Vs Polis


Haikal : Mama, tiada pun pencuri waktu sunday ni. (Bg dia weekend semua pun sunday wpun saturday)

Aku : Memangla tiada. Sebab polis sudah tangkap. (Who am i kidding? He's 6 yr old..)

Haikal : Memanglah, Haikal tau..

Walaupun topik tu sepatutnya berakhir sampai di situ sahaja, entah kenapa aku bersemangat pula mo buat kelas tambahan..

Aku : Haikal, lain kali kalau pencuri tangkap Haikal, Haikal mesti lari laju2.. lepas tu cari polis. Cakap tolong.. tolong.. ada pencuri.

Haikal : Ish mama ni.. Tekanlah 999 lepas tu tanya saja la..

Disambut dengan gelak suka ria laki aku sebab bininya terkena.. Aku? Sengih2 saja la..

Dec 24, 2010

The Lovely Bones


Kalau tengok tajuk mcm tidak interesting. Come on la.. apa yang menarik sangat pasal tulang kan? Walaupun my sister ckp cerita ni best, tapi mmg aku tidak interested mo tengok la. Anyhow, after googling various types of movies to be watch during the holiday, I found a few movies to be downloaded since they got tremendous reviews.

At the beginning, everything is perfect. Tentang seorang remaja yang telah dibunuh oleh jirannya sendiri. Walaupun mayatnya tidak dijumpai, dia disahkan mati. Kalau dalam situasi sekarang, selagi tiada mayat, selagi tu ia bukan dikategorikan sebagai pembunuhan. Penulis skrip mungkin lebih fokus kepada bagaimana keluarga mangsa cuba untuk menerima kenyataan. Everything looks real and genuine. Untill...

Mesti ada juga la yg aku tidak puas hati kan? Aku pun pelik. Cerita ni almost perfect, sampai la tiba2 keluar pula remaja pelik di sekolah tu yang boleh nampak roh. Aisehmen.. potong betul la.. Kalau diorg buang watak tu..

The rest of the story kira ok juga.. ada sedikit boring here and there. Terutama sekali part mangsa kononnya terperangkap in between the world and heaven. Satu lagi watak yang aku rasa bagus dibuang sepenuhnya adalah watak si neneknya. Aku sendiri kurang pasti apa significant mo create this type of role. Kalau mo buat watak sampingan, buat la yg realistik sikit. Pasal jiran depan rumah ka, pasal kawan2 mangsa di sekolah ka (kecuali yg boleh nampak roh tu..). All and all, kira ok la..

Dec 23, 2010

After so long

Setelah sekian lama meninggalkan sistem yang masih dalam proses pembangunan, akhirnya aku mempunyai masa terluang untuk meneruskan projek yg tidak seberapa ni. Kalau bukan sebab ramai staff di ofis sudah memulakan cuti krismas, maka lagi seronok la aku membuat kerja tanpa sebarang gangguan kerja yang tidak berpatutan.

Lepas aku isi borang skt, aku perasan daripada 6 sasaran kerja aku tahun ni cuma 4 saja yg siap. Manakala 2 lagi pending. Kali terakhir aku sentuh sasaran kerja ke-5 aku, mungkin sebelum bermulanya konvo. Lepas konvo, berbaris2 pula kerja lain yg perlu dibuat. Hasilnya, niat aku mo ikut kursus Linux tahun ni terbantut lagi.

Asalnya aku berniat mo sambung tahun depan ja projek tu. Tapi entah kenapa, aku dapat rasa tahun depan aku mgkn lebih busy drpd sekarang. Entahla.. aku rasa ja. So, aku berniat untuk cuba siapkan juga projek ni selagi terdaya.
Sasaran kerja ke-6 pula, sebab aku rasa kerja tu sangat2 leceh, aku abaikan dulu. Pending pegi tahun depan.

Aku sgt2 la berharap, tahun dpn sasaran
kerja aku tidak melibatkan aktiviti2 leceh yg melibatkan sebarang kerja2 pengemaskinian data yang hanya boleh diguna pakai utk 6 bulan pertama, lepas tu kena ubah format lagi mengikut polisi dan sebagainya. Kalau boleh, aku mo buat kerja yg boleh meningkatkan/mengembangkan skil aku yg sudah semakin berkarat ni..

Ini la dia simple projek aku a.k.a sasaran kerja aku yg ke-5 yang aku berharap sangat boleh siap seblum hujung tahun ni. Amin...



Dec 22, 2010

My Secret Santa


Awal2 pagi lagi aku dapat hadiah. For certain people horray la. Tapi bagi aku, awal2 pagi aku rasa macam mo kena heart attack. Semenjak 2 menjak ni, aku mmg susah mo berfikiran optimis. Sejak memangku kerja org ni, setiap envelope atau email yang aku dapat confirm ada task baru. Setiap kali task yang kena bagi pandai beranak pinak lagi jadi sub task.. Agaknya ini la kesan org yg jarang2 cuti. So, bila dapat hadiah aku assume "sapa pula la yang tidak sabar2 mo bagi aku keja di pagi buta ni?".

Sekali aku bukak.. syukur Alhamdulillah. Rupanya sehelai baju jersi. Jersi yang suatu ketika aku pinjamkan untuk pasukan futsal wanita. Lega...

Kisah X-Pax

Disebabkan kredit telefon aku habis, aku dgn kadar segera mencari kedai handphone berdekatan untuk beli reload.

Aku : Kasi reload X-Pax 50 satu.
Tuan kedai : Hmmm.. X-Pax tu apa?
Aku : Reload la..
Tuan kedai : Yalah.. reload untuk apa Celcom ka?
Aku : Yalah..
Tuan kedai : Ramai sudah orang cari X-Pax, tapi saya tidak sure X-Pax tu apa..

Mula la dia bercerita tentang beberapa orang pelanggan yang datang untuk cari X-Pax reload. Sambil mengeluarkan reload X-Pax yg aku minta. Aku bayar tuan punya kedai, sambil2 aku tengok reload kad tersebut. Terang2 ada logo X-Pax dia cakap dia tidak sure?? Biar betul!! Bagus aku jadi tukang kedai dia jadi pelanggan..

Dec 20, 2010

Nasib Baik Anggur

Insiden ni actually berlaku minggu lepas, tapi sebab aku rasa mo share juga cerita lucu ni dgn korang.. jadi apa lagi, kita teruskan saja niat murni aku ni.

Kisah ini bermula di satu pagi yg hening (abaikan saja penggunaan bahasa sastera aku ni, aku mo all out hari ni). Dlm perjalanan untuk masuk ke ofis, aku ternampak beberapa hidangan buah2an. Aku hanya dapat mengagak hidangan tersebut mungkin adalah sarapan pagi bagi mesyuarat VIP. Entah kenapa, hidangan VIP di tempat kerja aku sekarang ni lebih kepada hidangan yg ringan dan sihat. Hidangan tersebut mengandungi 3 jenis buah2an. Buah termbikai (tak heran), buah apple (pun aku tak heran), dan buah anggur (Woww!! yg ini aku heran). Setelah mebuat aktiviti merisik pejabat Am, ramalan ku benar belaka. Memang hidangan untuk VIP.

Sepanjang pagi, aku berlegar2 dari tandas ke station aku bekerja melintasi hidangan yang langsung tidak diusik. Dalam lintasan aku yg mgkn ke-5 kali, aku perasan hidangan tersebut sudah mula menunjukkan peluang yg cerah. Aku dgn rasa takjub pun mula mengambil buah anggur dalam 2 biji sebelum balik semula ke station kerja aku. Aku rasa diorg tidak perasan pun.

Mengikut tradisi, sebaik sahaja sesebuah meeting atau latihan telah tamat, kakitangan kami akan dijemput untuk menghabiskan sisa2 makanan (daripada membazir). Buruk betul bunyinya.. Bila keadaan itu berlaku, maka berduyun2 la kakitangan kami mencari berkat (org kata, makanan terakhir tu yg paling berkat) sehingga timbul istilah, kumpulan piranha. Bila kumpulan ini menyerbu, jangankan tulang, segala kuah confirm tidak merasa. Kalau boleh bau pun diorg mo sapu. Oleh itu, kami golongan2 ikan emas ni selalunya tidak dapat menandingi kehebatan golongan piranha dalam menghabiskan makanan. Jadi sedaya upaya mencari 'org dalam' yang serba tau pasal hidangan, sama ada dari segi menu, masa, dan lokasi.

Bagi mengelakkan kakitangan kami nampak sangat suka makan, maka timbullah isitlah QQ yang mana bermaksud jamuan (jgn tanya aku apa kaitan QQ dgn jamuan.. awal2 sudah aku surrender). Sehingga kini, setiap kami ada jamuan kami akan gunakan istilah QQ.

Wow!! jauh sungguh aku menyimpang ni kali. Anyway berbalik kepada aku ambil anggur 2 biji tu, disebabkan aku takut tidak mempunyai daya saing dengan kelompok piranha, jadi aku ambil awal sikit. Aku ambil 2 biji, 1 masuk dalam mulut, manakala 1 lagi dalam genggaman. Sekali aku pusing, tiba2 ada seorang pegawai baru keluar dari bilik dia (dia tiada kaitan langsung dgn meeting), sebab takut dia tegur aku pun jalan macam biasa. Tiba2.. dia tegur la pula "Kamu tidak rasa sejuk ka Rina?". Sebab aku tidak sempat mengunyah anggur dalam mulut, aku pun jawab la ala kadar sja. "Sejuk". Boleh lagi dia tanya balik "kamu tidak pakai jaket pun", umpama org yang sakit gigi, atau ulser dalam mulut atau yg sma waktu dgnnya, aku jawab.. "Nda sempat". Punya la buruk perangai..

Agak2 kalau kebetulan dia limpas ketika aku sedang cuit2 tu buah.. aku rasa sure aku pura2 tolong kasi tutup tu makanan supaya tidak masuk habuk.. boleh ka gitu? Apapun aku rasa bersyukur sebab aku ambil anggur. Cuba bayangkan kalau aku ambil epal atau tembikai.. macamna la aku mo cover mulut aku.. ish ish ish


Dec 13, 2010

Junkyard Dog


Aku pun tidak perasan ceritanya ni rupanya ditayangkan tahun ni. Tapi sebab kekurangan cerita menarik di hujung minggu, maka aku tekan ja la remote tengok apa2 yg patut. Tekan punya tekan, aku jumpa la cerita ni. Kebetulan aku tengok cerita ni sudah pun start 30 minit yg lalu. So, sebab aku ni psikik (yalah tu) aku boleh agak sudah cerita ni pasal apa.

Aku tengok cerita ni kununnya sebab dia based on a true events. Mo jua tengok cerita benar ni. Cerita ni mengisahkan seorang pembunuh bersiri yang kerjanya menghendap dan meculik anak dara org yg suka merayau malam2 buta sebab mo pegi parti Halloween. Aku pun kurang pasti kenapa juga anak2 dara ni berani betul2 keluar malam2 lepas tu sorg2 lg. Kalau anak aku, biarlah aku hantar, tapi kalau namanya keluar sorg mmg aku tidak kasi.

Setelah dilaporkan beberapa ke kehilangan anak dara sejak beberapa tahun lalu, maka seorg ejen FBI ditugaskan untuk menyiasat kes ini. Apa???!!!! seorang ja? Mo meroyan aku tengok ni cerita. Sudah la seorang, perempuan lagi tu. Ini bukan kes pecah rumah ka apa ka.. ini kes penculikan.. bukan sorang, 8 org lagi tu. Tidak tau la FBI ni kurang kakitangan ka, apa ka.. tapi agak2 la bah..

Biasalah kalau sudah ejen perempuan, sure2 la kurang layanan sikit. Tambah lagi kalau sorg2. Paling best, ejen FBI ni siap pegi bar lagi tunjuk gambar kalau diorg pernah tengok anak2 gadis tu. Boleh2 pula berpuluh2 org yg datang bar tu bercakap pun tidak mo. Biar betul!!! Kalau aku kena tanya, sure aku jawab aku tidak tau.. Kalau sudah tidak tau, takkan la mo jawab tau pula kan..

Entah macamna, pembunuh bersiri ni pun cuba memperdaya si ejen FBI ni dengan mengasah sifat peramahnya. Entah macamna, ejen FBI yg champion ni dapat menghidu bau jahat si pembunuh bersiri. Dijadikan cerita, sebab dia ejen perempuan sekali libas ja terus pengsan. Kalau aku jadi ejen FBI, dgn badan pembunuh bersiri mcm tu, aku rasa boleh aku kerjakan tu. Lain la kalau tidak cukup training. Lagi pun ini kes mo hidup, takkan la alang2 ko mo tampar tu pembunuh bersiri. Sepanjang2 pergelutan si ejen dgn si pembunuh macam mo terkeluar jantung aku terlampau geram.

Oh lupa, kenapa aku panggil pembunuh bersiri sedangkan dia menculik ja? Hehehe sebab si pembunuh ni akan bunuh mangsa dia sebelum dia mula memburu mangsa baru. Mangsa lama dibunuh dan di masak untuk diberi makan anjing dia plus mangsa2 baru yg akan dtg.. Ganas kan? Kalau tengok pembunuhnya boleh la tahan.. ngam juga la, muka ala2 baik, psycho, lone ranger.. tapi kalau tengok ejen dia.. macam terlalu emotional ni.. relaks la sikit.. ko bukan first time jadi ejen FBI.. ish ish ish.. Belum aku cerita lagi pasal mangsa terakhir dia yg akhirnya berjaya diselamatkan. Balik2 sudah ejen FBI tu pesan, kalau aku kerjakan si pembunuh tu, ko lari.. Jangan toleh2 belakang. Kalau aku sudah kena pesan mcm tu, pelari pecut dunia pun confirm mo minta petua. Tapi dalam kes ni, si mangsa masih jua mo berlari bersama2 menuju ke garisan penamat. Berpegangan tangan.. bertapuk2.. adoiii minah!!! Siapa bah juga penulis skrip dia ni?? Boleh sakit jantung aku tengok ni movie.

Sampai sekarang aku bingung sendiri. Betulkah ini true events? Macam ada yg tidak keja saja ni.. Anyway, not highly recommended. Sampai sekarang aku masih terbayang2 kebengongan si ejen FBI sma mangsa dia ni. Kali ni, aku berpihak sama pembunuh upahan.. peduli la true events ka tidak..

Our 7th Anniversary

Wah!! Sudah 7 tahun rupanya. Walaupun tarikh anniversary kami ni senang mo diingat (12.12.2003), entah kenapa kami selalu ter'celebrate' lambat. Kebetulan pula tahun ni, 12.12 jatuh pada hari ahad. Tapi hasilnya, jam 4.00 ptg baru teringat. Memandangkan kami mmg berniat mo bawa budak2 jalan2 di samping mengurangkan aktiviti tidur harian, kami plan mo pegi Tanjung Aru Beach. Makan sate, Chicken wings dengan segelas Milo panas, Jus tembikai dan Teh tarik. Hajat di hati mo menyusuri pantai, sambil berpegangan tangan, menikmati matahari terbenam.. tapi perlu diingat itu hanya hajat di hati..

Apa yang sebenarnya berlaku, bukan pun menyusuri pantai tapi berlarian mengejar anak yg excited mo main ombak. Kalau bukan sebab ombak kuat, aku biar ja anak aku berendam di laut. Pegang tangan lagilah.. kalau sudah dapat tangkap anak, terpaksa didukung sebab takut berlepas ke laut.. menikmati matahari terbenam? Kirim salam saja la. Dengan anak yang berteriak2 minta diturunkan, laki aku start sudah standard of procedurenya.. "Bah kalau begini la, pulang la kita". Maka pulang la kami beramai2 sebelum matahari terbenam..

Kalau begini la kejadiannya, ada yg sambut anniversary bila sudah pencen ni.. hehehe


Kids Day Out

Sabtu lepas, awal2 pagi lagi hubby aku pesan "kita keluar. So, siap2 la.." Jadi keja aku pula la membangunkan 2 org anak kesayangan aku ni. Yang besar tidak ada masalah. Cakap ja "Haikal, bangun. Kita mo jalan". Cepat ja tindakan refleksnya. Tapi anak dara aku.. punyalah susah mo di kasi bangun. Tapi akhirnya berjaya jugalah.

Walaupun hujan berpanjangan, tapi laki aku mmg bertekad cemerlang untuk keluar dari rumah bagi mengelakkan simptom sakit kepala sebab terlebih tidur. So, aku tidakla mo komplen lebih2. Kalau cuti dari aktiviti memasak ni, aku menurut perintah ja.

Mula2 sekali, laki aku bercadang mo cari breakfast. Konon mo makan nasi lemak. Sampai ke KK, masih dia tiada idea mo makan mana. Last2 kami sampai juga ke Restoran Kak Nong. Walaupun mahal, asalkan berbaloi tidak apa la kan.. sekali sekala. Lepas breakfast, aku ajak laki aku survey2 baju sekolah Haikal. Tapi sebab laki aku ni ada allergy dengan window shopping ni, dia suggest terus beli ja la. Memandangkan satu2nya tempat yg aku tau murah untuk beli baju sekolah adalah KAMDAR, so kami meneruskan perjalanan ke 1Borneo.

Seperti biasa, kalau dengan laki aku kalau suda plan mo pegi KAMDAR tidak payahlah sibuk2 pi jeling2 kedai lain. Tiada maknanya. Confirm kena sound kaw kaw punya. Direct pegi KAMDAR, beli apa yg patut lepas tu konon pegi next destination. Tapi sebab kesian dengan budak2, kebetulan pula aku nampak ada badut dan santa dekat2 pentas, aku pun pujuk laki aku pegi singgah sana kejap.

Haikal seperti biasa sangat excited tengok badut (yang kononya dia tidak pernah tengok secara live) manakala anak dara aku pula kalau boleh tengok badut pun tidak mau. Badut ni dikerumuni budak2 sebab dia buat belon. Dari pemerhatian aku, macam2 juga la yg diorg buat. Kejap2 jadi pedang, poodle, bunga dan kadang2 tu aku pun tidak dapat tangkap apa yg dia buat. Mungkin sebab penat atau budak2 tu minta yg bukan2 dia pun asal buat ja la.

Anyway, Haikal dgn beraninya berbaris minta pedang. Si adik pula sibuk2 mo minta pedang juga. Bila suda dapat, belum pun sampai parking lot, sibuk2 pula diorg ber'fencing'. Lantaklah nak, asalkan kamu bahagia.

Lepas tu, aku plan mo beli beg sekolah pula. Singgah sekejap di jualan gudang Pasific Ngiukee di dewan Foo Chow, terjumpa pula aku si Santa. Si kecik aku awal2 sudah berbaris sebab dia nampak ada budak2 dapat gula2 dgn belon. Dapat saja gula2 terus makan time2 tu juga. Nasib la si mama ni mo beli 1 barang ja, jadi cepat la siap. Lagipun itu mengikut terma dan syarat kalau mo keluar dgn si suami ni. Lepas beli beg, hubby sudah pening. Mgkn sebab tidak cukup tidur.. hehehe. So kami pun balik la. Hari ni dalam sejarah keluar jam 9.00 pg, balik rumah jam 7.30 mlm.. Tapi apa yg penting.. puas hati..

Dec 6, 2010

Sukan Staff 2010

Mula2 aku masuk keja tahun 2008. Punyalah aku excited dengar pasal sukan staff ni. Al-maklumlah, kalau sudah terlalu lama tidak bersukan ni, time2 macam ni la yg paling sesuai melepas rindu. Paling aku bersemangat mo main bola jaring. Tapi malangnya, time tu aku pregnant la pula. Tengah2 sarat lagi tu. Maka, atas semangat kesukanan dan excited mo tengok kawan main aku pun turun padang sebagai penyokong haram (tidak berdaftar)

Tahun 2009, aku mmg sudah siap bersedia. Semua acara aku mo ikut. First sekali, kunun aku mo register sebagai pemain bola jaring. Entah macamna, tiba2 nama aku pula kena panggil untuk jadi pengurus bola jaring. Seperti biasa, maka semua kawan di ofis di kerah habis2an untuk bermain bola jaring semata2 untuk cukupkan pasukan (baru aku tau susah payahnya cari pemain ni). Lepas tu aku ikut pemilihan futsal, sebab ngam2 ja 10 org yg datang.. maka nama ku terus termasuk dalam team. Atas semangat berpasukan, aku ikut pula acara cabaran ke puncak (ala2 merentas desa). Masih rasa tidak cukup acara, aku ikut acara olahraga. Tersenarai la aku sebagai peserta lempar cakera. Habis sukan staff, hampir 1 mggu aku jalan macam org patah pinggang.. Lepas tu aku dgn kawan2 pasang azam sukan staff 2010 untuk ikut acara indoor ja. Chess, Dart, ping pong, carom dan yang sewaktu dengannya.

Sukan Staff 2010, entah macamna nama aku tersenarai lagi untuk jadi penolong pengurus bola jaring. Sudahnya, terpaksa la aku masuk acara bola jaring. Seperti tahun lepas, setelah berjaya memujuk beberapa orang rakan untuk masuk acara cabaran ke puncak (kunun2 mo jalan lenggang kangkung ja) so, aku join lagi. Seperti biasa, acara2 mcm tu masih tidak mencukupi maka aku ikut lagi bola tampar dan acara padang (lempar cakera dan lontar peluru). Tapi aku rasa happy sikit sebabnya, acara aku ada kurang berlari dari tahun lepas.

Pencapaian sukan staff:
2008 - Penyokong bola jaring paling bersemangat
2009 - Cabaran ke puncak (1 mata), Bola jaring (ke-4), Futsal (ke-4), Lempar Cakera (Gangsa), Sakit badan dekat 1 minggu
2010 - Cabaran ke puncak (1 mata), Bola jaring (Ke-4), Bola Tampar (Perak), Lempar Cakera (Gangsa), Lontar Peluru (ke-5), sakit badan 1 minggu..

Azam sukan staff:
2008 - Mo bersukan berhabis2an
2009 - Mo ikut acara indoor
2010 - Mo ikut acara indoor
:: Atas sebab kekurangan atlet perempuan, tiap2 tahun pun tidak tercapai niat mo main indoor..


Nov 30, 2010

Firedrill - The actual event


Setelah berhempas pulas untuk seketika, tibalah acara yang dinanti2kan.. FIREDRILL. Walaupun ada sedikit kelemahan sana dan sini, tapi keseluruhan boleh tahan juga la. Nasib la ramai yang bagi kerjasama, jadi agak terharu la juga.. hehehe

Anyway, ini la projek besar aku dalam tahun ni.. berakhirnya program ni, mmg aku senang hati. Tapi ada beberapa projek lagi sedang menunggu, so kita buat pelan2..


DATANG BULAN version laki aku..

Siapa yang kenal laki aku dan aku personally, sure ramai yang tau laki aku ni bukan jenis orang yang pandai bercerita. Biasalah, kalau suami isteri ni, kita saling lengkap melengkapi. Kalau suami tidak pandai bercerita, si isteri confirm 'yang terbaik'!!

Di satu pagi yang hening, sambil aku membasuh pinggan.. laki aku (mgkn dengan niat mo kasi teman) pun memulakan cerita..

Semalam aku tengok cerita hantu. Tajuk dia DATANG BULAN. Cerita ni pasal 6 orang muda mudi, 2 lelaki dan 4 perempuan masuk hutan. Ketua rombongan tu memang sudah pesan siap2 supaya jangan celupar mulut bila masuk hutan, dan jangan kencing merata2.. Lepas tu ada sorang perempuan kebetulan datang bulan. Dia buang la pad suka hati dia. Maka ada la hantu mula mengacau group diorg ni. Seorang perempuan kena rasuk, sorang lagi (yang datang bulan) kena bawa oleh hantu. Kawan2 dia yang lain pun mula la ikut kawan diorg yang kena bawa hantu ni sampai la dorg ke satu tempat. Tempat tu ada emas..

Emas??!!! Kenapa pula tiba2 ada emas??

Emas tu kononnya untuk jadi barang pertukaran.. Hantu tu buat rundingan la, kalau kwn2 dia mo emas, diorg mesti kasi tinggal kawan diorg dgn tu hantu. Kalau tidak, diorg tidak oleh ambil tu emas..

Hantu tu boleh bercakap?? Hantu lelaki ka perempuan??!!!

Hantu perempuan..

Hantu apa bah ni? Pontianak ka.. apa?

Hantu budak2..

Ok.. lepas tu?

Panjang bah cerita dia.. 2 jam 30 minit.. esok2 la kita sambung lagi..

Aikk??? Boleh ka macam tu??


I lost it again

Aku boleh kira berapa banyak jam tangan aku pernah ada. First jam tangan aku, bapa aku yang hadiahkan.. kununnya sebab aku dapat no. 2 dalam kelas. Tapi herannya, adik aku dapat nombor berbelas2 pun dapat.. hehehe agaknya sebab mmg dia suda berniat mo belikan jam untuk anak2 dia..

Anyway, entah macamna dalam setahun ni aku rasa sudah beberapa kali jam aku hilang. Bukan sebab kena curi, tapi atas kecuaian diri sendiri. Jadi kali ni aku bawa laki aku sekali untuk beli jam. Hehe maka kami pun membeli jam yang sedondon. At least, sedondon dari segi jenama. Kalau dari segi rupa, aku pun kurang pasti di mana dondonnya.. hehehe


Nov 23, 2010

Unstoppable


Dalam usaha aku mengurangkan stress, kali ni aku bercadang untuk tengok wayang yang kurang menyakitkan hati. Laki aku bercadang mo tengok HARRY PORTER, tapi aku cuma berminat mo tengok RED atau UNSTOPPABLE. Bukan aku tidak minat tengok Harry Porter ni, tapi sebab dia ada perkataan Part I, aku pun cakap la dengan laki aku, "klu Part II dia ditayangkan bulan depan, aku tengok.. tapi klu tahun depan, nda payahlah! Aku ni bukan orang yg penyabar..". So, laki aku pun ikut ja la aku mo tengok apa.

Disebabkan aku masih trauma dengan EXPENDABLES, kali ni sebelum aku tengok wayang aku buat homework. Tengok review dia macamna. Seperti yang dijangkakan, sebab barisan pelakon RED dalam kategori 'orang lama', jadi reviewnya pun kurang memberangsangkan. So, aku pilih UNSTOPPABLE.

Bagi aku UNSTOPPABLE ni combination of 80% logic, 15% Hollywood standard and 5% mengarut la. Mengisahkan tentang seorang konduktor baru keretapi Will Colson yang dijadualkan untuk bertugas dengan Frank Barnes (Denzel Washington) seorang engineer keretapi (pemandu keretapi la kunun). Frank yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang keretapi selama 28 tahun ni seorang yang agak 'cool' juga la. Biasa la org tua, takkan la mo tunjuk macho pula.. Will pula dalam kategori yang suka buat kerja tanpa diarah2. Kununnya, dia sudah cukup kursus untuk buat kerja dia. So, kira logik la dia berperasaan pandai. Entah macam mana, ada la diantara pekerja2 keretapi ni membuat kecuaian menyebabkan keretapi 777 sepanjang 0.5 batu terlepas tanpa pemandu. Paling malang lagi, keretapi tersebut disetkan kepada kelajuan yang paling maksima. Kalau itu tidak cukup malang, mengikut standard Hollywood kena la ditambah lagi. Dijadikan cerita angkutan yang dibawa oleh keretapi tersebut kebanyakannya adalah bahan kimia dan petrol yang dikatakan jika ianya terbabas akan menyebabkan kerosakan harta dan nyawa berjumlah berbillion.

Banyaklah effort yang cuba dilakukan oleh pihak keretapi bagi mengurangkan kerugian dan kejatuhan saham dorang. Biasalah bisnes.. Yang lucunya, kalau dalam cerita yang tidak berkaitan bom meletup tidak kira masa. Asyik meletup ja tidak pandai berenti2. Tapi dalam cerita ni, diorg tidak terpikir pula mo kasi letup landasan supaya keretapi tu tergelincir sebelum sampai ke kawasan berpopulasi tinggi.

Oleh sebab kebanyakan effort tidak mendatangkan hasil, maka Frank dan Will pun buat percubaan berani mati dengan mengejar keretapi 777 dengan keretapi buruk diorg tu. Konon2 diorg mo tarik dari belakang supaya kelajuan keretapi 777 dapat dikurangkan. Tapi rasanya kalau budak2 tengok pun sudah tau apa akan terjadi. Keretapi kecik vs keretapi 0.5 batu = confirm bukan idea yang bijak.

Entah kenapa, walaupun ada beberapa part yang aku rasa kurang logik terutama sekali part bini si Will Colson buat restraining order sebab dia Will berkeras mo tengok telefon bini dia (sebab dia ingat bini dia ada hubungan sulit). Selain tu, last2 minit baru Will dan Frank sedar setiap gerabak ada manual brake. Kalau awal2 lagi diorg tahu, rasanya 30 minit suda habis ni cerita.

Apapun aku enjoy betul tengok cerita ni. Betul2 rasa tidak rugi. Kalau ada peluang, bagus kamu pi tengok. Bukan selalu aku puji2 movie orang ni tau..


A trip to Hari Peladang, Nelayan dan Penternak

21 November, kebetulan mertua aku datang dari Labuan. Seperti biasa, sebab mertua lelaki orang peladang maka kami pun beramai2 la pegi ke Tamu KPD. Tapi agak menyedihkan la sebab 21 Nov tu hari paling last, maka apa yg tinggal hanyalah lebihan2 rejected item yang orang tidak mo beli. Di pintu masuk utama, aku perasan ramai orang berkerumun di satu kaunter ni. Dengan penuh semangat ingin tahu, aku pun turut la menyemak2kan diri di kaunter tersebut. Rupanya ada orang jual produk alatan dapur. Kalau tengok rupa tidaklah kompleks sangat. Rupanya macam container biasa ja pun. Tapi container ni digunakan untuk mencincang sayuran, bawang dan sebagainya. Cara penggunaan pun mudah, tapi harga mo tau.. RM20 sekali dengan extra blade.

Setiap kali diorg buat demo, diorang pun longgok la bawang2, lobak, lada yang telah dicincang ke dalam pinggan yg berasingan mengikut kategori. Kalau bawang, bawang la kawan dia, kalau lobak, lobak la kawan dia dan seterusnya. Sehingga ke satu tahap, bawang2 yg dicincang sudah pun tinggi macam gunung. Sedang aku bersemangat menengok demo diorg, tiba2 aku perasan ada seorang salesman memasukkan bawang2 yang menggunung tu ke dalam bakul plastik. Paling memeranjatkan, dia bagi seorang mak cik yang sedang sibuk2 memerhatikan demo diorg. Mati2 aku ingat bawang cincang free untuk org yang beli produk tersebut. Rupanya, mak cik tu selamba minta bawang sample yang telah dicincang dan terus balik. Tidak ada satu pun produk diorg yg dibeli.. Haisshhhhh!!! Bersemangat la mak cik tu masak seminggu ni...

Kejadian ni buat aku terfikir, macamna la kalau org buat sample pasal frying pan di pasaraya tu dengan memasak pancake, kulit kuih lenggang dan sebagainya tapi bukan pun mo beli produk, cuma mo minta apa yang sudah kena masak saja.. Mesti diorg bingung kan?



Nov 18, 2010

Mee Sasak for Aidiladha


Oleh sebab kami sekeluarga tidak balik cuti hari raya haji tahun ni, my sister decided untuk datang ke KK. Unfortunately, dia bercadang untuk pulang ke Labuan on 18 November (time raya haji). Aku bercadang (perlu diingat, bercadang seja) untuk masak bersungguh2 masa hari raya. Konon mo buat daging rendang, kari ayam & nasi minyak. So, malam raya aku berkira2 mo beli keperluan memasak di Giant. Aku parking depan Giant kira2 jam 8.00 malam, angkat bakul (macam la banyak sangat mo dibeli) sekali tengok tinggal kotak ayam ja. Aisehmen... berduyun2 kali org KK ni borong ayam padahal malam tu bukan ramai org pun. Atas sebab rasa kecewa dan patah hati, aku pun balik tanpa sebarang keperluan memasak.

Awal pagi raya haji, adik aku bawa aku pegi pasar. Mo cari limau kasturi untuk mama aku. Bukan pun sebab labuan tiada limau kasturi, tapi keperluan limau kasturi mama aku ni hanya boleh ditampung oleh pasar KK. So, kami ronda2 cari limau kasturi tapi disebabkan org pun malas mo petik limau time2 raya haji, maka banyak la penjual tutup kedai. Kalau ada pun mmg tidak cukup untuk mama aku. On the way mo pergi parking, aku jumpa mee kuning tapi size XXL. Aku beli keperluan lain sebab aku tau mo masak apa..

But since my sister and her husband mo pulang Labuan together with haikal (sebagai ubat sakit kepala neneknya di musim cuti sekolah ni), diorg tidak sempat merasa la apa aku mo masak. Hasilnya? boleh tahan la untuk first timer.. :)


Haikal Graduation Day


Finally, my precious little man graduation day has come. Memang rasa bangga sangat walaupun setakat tamat sekolah tadika saja. Majlis Ihtifal Taski Abim berlangsung pada 14 November 2010 (Ahad). Seperti biasa, dress code majlis la yang paling aku risau. Since dalam surat tidak mention apa2, aku assume mgkn pakai apa pun boleh yang penting sopan. So, aku pakai t-shirt dan jeans. Sekali sampai, aku rasa macam aku salah majlis. Most parents pakai baju formal. Cuma ada 3 org wanita (termasuk aku la tu) yang pakai t-shirt. Tapi tidak apa, aku ampunkan diri aku sendiri sebab 1) Diorg tidak mention dalam surat 2) Ini first time aku pegi majlis graduation budak tadika.

The real challenge will be next year. Agenda 'Tahun 1' memang sudah termasuk dalam kalendar aku. Seperti biasa, si mama sudah mula nervous walaupun sekarang baru bulan november, sedangkan si empunya badan tidak sedar pun dia akan masuk sekolah lain tahun depan. Hehe

Ok mari kita tengok perkembangan haikal selepas tamat tadika. Boleh membaca simple words but not the whole sentences. Entah kenapa, kalau ada 5-6 perkataan semuanya jadi tidak masuk akal kalau dia baca. Mungkin dia ni cepat bosan. Mathematics seems to be his favorite subject. Like father like son. Arabic.. mgkn sebab bukan everyday language, so ada sedikit terbantut sikit. At least dia sudah ada basic untuk belajar jawi dan hafal a few ayat2 mudah. Syukurlah nak.. masa aku tadika, aku tau kira 1-10 dalam bahasa cina ja.. Kalau dulu haikal dapat tempat ke-15 dalam kelas, tahun ni haikal dapat tempat ke-10. Fuh!!! Lega juga la walaupun bukan no. 1.

Nov 12, 2010

Kawan Lama


Akhirnya kita bertemu semula selepas setahun berpisah. Kalau bukan sebab sukan staff, aku yakin betul aku akan berpencen dari bermain bola jaring. Tapi seperti biasa, bila pemain tidak mencukupi maka mau tidak mau terpaksa juga la main. Bukan apa, zaman kegemilangan sukan aku sudah lama berlalu. Kalau dulu, aku tidak sempat mo putih pun. Asyik 'gelap' saja. Sekarang ni, rasa teringin mo terus cerah berbanding dulu.. kih kih kih..

Asalnya aku start main bola jaring ni masa aku primary 6. Itu pun aku kena pilih sebab aku la yg paling tinggi dalam kelas. Keja aku setakat jadi minah pacak dekat tiang gol. Kalau aku lompat berhabis2an pun aku yakin betul bola tu akan masuk. Lain la kalau shooter dia setakat 3 kaki tinggi (tapi mustahil la kan..).

Bila aku masuk sekolah menengah, aku sudah mula naik pangkat. Dari minah pacak ke anak bulan. Aku jadi anak bulan ni kononnya sebab aku boleh main semua posisi. Tapi atas sebab keterbantutan ketinggian yang melanda fizikal aku, maka aku tidak lagi sesuai untuk dijadikan minah pacak dekat tiang gol. Syukurlah nak!! Kalau tidak, aku jadi tukang pegang tiang gol saja la supaya tiang gol tidak bergegar time diorg shoot.

Masuk U, hati memang sudah tidak mo main. Mungkin sebab kebosanan. Kalau main pun setakat untuk keluar peluh. Tapi bila keja, benda2 macam ni juga la yg aku rindu. So, bila ada peluang setahun sekali untuk bersukan.. Apa lagi, "Bah! Berabis Kita!!".




Nov 9, 2010

Perayaan Bulan November

Bulan November bermaksud bermulanya perayaan yang jarang2 sekali berlaku di ofis. Kebanyakan orang menganggap bulan November menandakan musim tengkujuh baru saja bermula. Tapi kalau di ofis, bulan November ni adalah pesta yang perlu melalui 3 fasa.

Fasa 1 : Berbalas Pantun

"Pantun bukan sebarang pantun, nafas ditarik batuk disusun". Bagi memeriahkan pesta November, kami memang menganjurkan majlis berbalas batuk. Macam2 jenis batuk diperdengarkan. Batuk kering, batuk berisi, batuk berpanjangan, batuk pendek, batuk berirama, melepas batuk di tangga serta pelbagai jenis batuk lagi la. Pertandingan berbalas batuk diadakan di mana2 saja anda berada. Di ruang pejabat, di bilik mesyuarat, tandas mahupun ketika menjawab telefon.

Fasa 2 : Poker Face

Poker face merupakan fasa di mana setiap kakitangan menunjukkan simptom2 muka pucat, hidung merah dan mata berair. Oleh sebab kerja yang menimbun, MC diabaikan kerja didahulukan. Dalam fasa ini lah, kebanyakan kakitangan mula kehilangan deria rasa dan perasaan. Kena marah pun buat bodoh ja. Kesimpulannya, tidak guna mo marah2 bulan November. Confirm diorg tidak ingat punya!!

Fasa 3 : 10 Budak Hitam

Fasa terakhir adalah fasa '10 budak hitam'. Fasa di mana seorang demi seorang kakitangan akan tertewas dan mula menghilangkan diri. Telefon tidak diangkat, email tidak dibalas, panggilan tidak bersahut, dicari tapi tidak dijumpai. Kepada yang menelefon, mengemel, memanggil dan mencari, teruskan usaha anda. Jangan cari mangsa lain sudah!!


Nov 8, 2010

Burried Alive II


Cerita thriller ni memang klasik. Aku sendiri kurang pasti tahun bila diorg buat cerita ni, apa yg penting waktu tu zaman kegemilangan rambut blow dry ala2 Farrah Fawcett. Kenapa aku tengok cerita ni? Of course la sebab tajuk dia. Tajuk movie pun sudah dapat full mark (pada pendapat aku la). Tapi sekali tengok cerita dia.. ish ish ish..

Cerita ni mengisahkan tentang seorg wanita, Laura berusia 32 thn (entah kenapa aku rasa aku nampak lg muda dari pelakon yg dipilih) yg baru kematian pakcik. Disebabkan Laura ni satu2nya saudara yg tinggal maka pakciknya (bekas polis) pun tinggalkan harta bernilai 250k. Dijadikan cerita, Laura ni sudah berkahwin dgn seorg lelaki bernama Randy. Mo cakap hensem, boleh2 la.. cukup makan. Disebabkan Laura dapat duit 250k, maka si Randy tiba2 pula minta beli perahu layar. Kununnya sebab dia mo melancong dgn perahu layar dia tu. Tapi sebab si Laura ni bijak, maka dia pun cakap dgn si Randy dia mo bayar pinjaman rumah sekali dgn kereta diorg. Maka merajuklah si Randy.

Tanpa pengetahuan si Laura, Si Randy ni mempunyai hubungan sulit dengan seorg wanita yg bekerja di bar. So, planning punya planning si mangkuk (Randy) dengan si ayun (Roxy) ni come up dgn satu plan pembunuhan yang disangkakan sangat perfect. Idea ni dtg dari ahli2 mesyuarat tingkap yang ditubuhkan. Kononnya seorg lelaki berusia 30-an telah diserang sakit jantung walaupun sebelum ni tidak pernah ada sejarah kesihatan yg kritikal. Setelah dikebumikan, lelaki tersebut tiba2 tersedar lalu berusaha keluar dari keranda. Dengan tragiknya terus membunuh isterinya yg dikatakan curang serta pasangannya, membakar rumah tersebut, kemudian mengangkat kedua2 mayat untuk dimasukkan semula ke kuburnya dan kubur semula dengan sempurna. Aku agaklah, mgkn kena kasi heroin kali time dia dalam keranda tu. Banyak pula energy dia mo buat semua tu dalam satu malam. Kalau ikut logik, keluar dari keranda tu mo juga pengsan sejam dua baru boleh bangun balik. Itupun macam org mabuk kali.

Seperti biasa, plan tu berjalan dgn jayanya tanpa sebarang keraguan (aku rasa la). Kalau aku jd polis, aku hairan juga macamana org yg baru mewarisi 250k tiba2 mati sakit jantung pada usia 32 tahun, selepas 1 mggu pakciknya mati. Tapi tidak apa la, mgkn sebab diorg mo juga letak rempah misteri tidak logik tu utk tontonan umum. So, kita tengok sajala..

Selepas selesai agenda membunuh, maka si mangkuk dgn si ayun ni pun mulakan agenda seterusnya. Bab ini la yg paling aku tidak berkenan sekali. Kalau betul2 mo bunuh. Bunuh la betul2. Ini tidak, doktor mo buat bedah siasat si mangkuk cakap tidak payah. Konon wasiat bininya. Lepas tu beli keranda yg paling kuat. Supaya tidak ada ulat boleh masuk dalam keranda bini dia. Haiyyaaa!! kalau aku, baik bakar terus ja. Tidak payah susah2 hati mo buat keja 2-3 kali.

Magically, si Laura berjaya keluar daripada keranda dan bersiap sedia untuk membalas dendam. Maka, selepas menakutkan si mangkuk yg kemudiannya lari ke rumah si ayun, si Laura pun bersedia untuk mandi. Yup! dia ada masa mo mandi. Mandi, kemas rumah, basuh baju, cuci piring, aku pun kurang pasti apa signifikannya agenda mengemas rumah dengan dendam kesumat, tapi itulah yg terjadi. Si mangkuk akhirnya berjaya memujuk si ayun untuk pulang ke rumah Laura untuk mengambil beberapa dokumen. Dengan teknik yg betul, akhirnya Laura berjaya membuatkan si mangkuk dgn si ayun ni pengsan.

Sedar2 ja, si mangkuk dengan si ayun telah berjaya dikurung dalam kapal layar yang baru dibeli oleh si mangkuk. Macamna Laura boleh angkat kedua2 mangkuk dan ayun ni aku pun kurang pasti. Bab seterusnya aku malas mo tengok sebab makin aku tengok makin stress pula aku dgn level ketidak logikan cerita ni. So, aku tukar channel lain..

Nov 1, 2010

Joy Ride 2 - Dead Ahead



Aku tau wayang ni sudah lapok tapi disebabkan aku baru saja tengok tadi pagi, aku tatap jua mo cerita. Wayang ni mengisahkan 4 orang muda mudi (2 muda 2 lagi mudi) dalam perjalanan mo pegi Vegas dengan sasaran mo meningkatkan ekonomi Amerika Syarikat khasnya dalam kategori 'Entertainment' - judi la kununnya.

Disebabkan pelakonnya ngam2 2 pasang, maka untuk proses penyeimbangan 'yin dan yang' kedua2nya pun jatuh dalam kategori couple. Sepasang sudah bertunang (Bobby + Mellisa), sepasang lg baru jumpa setelah berdating di atas talian (Kayla + Nik). Untuk menambah rempah rahsia KFC, dijadikan cerita yg mudi2 kira2 adik beradiklah.

Dalam perjalanan yg tidak begitu jauh, berbekalkan peta yg si Bobby ada, tiba2 si Nik yg bijak pandai itu mencadangkan idea supaya diorg ikut Short cut. Maka, atas arahan director diorg pun dgn buduhnya setuju. Macamlah vegas tu mo tutup jam 10 mlm. Walaupun keadaan jalan tidak meyakinkan, time2 tu la juga kereta yg mereka naiki rosak di tengah jalan. Sambil ketawa2 diorg pun plan mo jalan kaki saja ke Vegas.. Eh eh, mcm sebelah kampung ja Vegas tu rupanya.

Jalan punya jalan, diorg jumpa juga sebuah rumah yg seolah2 rumah tinggal. Sebab diorg ni pengacau, semua pun diorg kasi pecah. Tingkap, pintu, lepas tu diorg curi lg kereta. Atas rasa bersalah, maka si Mellisa pun tinggalkan la nombor telefon dia. Buduh!! Suda la kasi hancur rumah org, kasi lg nombor telefon.

Entah macamna mmg nasib diorg kali, rupanya empunya rumah tu 'phsyco'. Hobinya membunuh org sja. Namanya si Rusty. Bila diorg singgah mo p mkn, si Bobby pigi tandas. Tiba2, dgn ajaibnya, ada la pula si Rusty tu di sana. Maka diculiknya la si Bobby. Atas rasa kasih sayang terhadap tunang tercinta, si Mellisa ikut ja arahan si Rusty melalui radio. Paling aku tidak paham kenapa la bah juga si Nik mo jua ikut2an dalam perjalanan cari mati ni. Bukan pun dia kenal sangat dgn si Bobby tu.

Dijadikan cerita, entah macamna tiba2 si Nik pula kena culik si Rusty. Tinggal la adik beradik ni dalam usaha menyelamatkan pasangan masing2. Dipendekkan cerita, biarlah adik mati (Kayla) yg penting tunang selamat. Si Nik tu tidak payah cerita lah, kalau ikut aku 5 minit pertama sudah aku kasi mati. Menyemak sja.

Ending? Macam biasalah la.. dengan letupan + terjun gaung, mesti jua si Rusty tu hidup untuk bunuh starring dlm sequel akan datang.


PhotoScape

Sungguhpun jadual aku sungguh2 padat dalam 2-3 minggu ni, aku menyempat mencari2 software yg sgt2 sesuai digunakan untuk meng'combine' gambar2 dalam satu page. Sebelum ni aku try juga guna Adobe Photoshop tapi entah kenapa aku malas mo recall balik semua fungsi2 yg ada. Paling last aku guna tahun 2003. Lagipun bukan pun niat aku mo meng'edit' gambar2 aku yg sungguh ketara sekali dengan natural beautynya.. heheh ewah.. ewah.. Melebih2 pula cik puan sorg ni kan..

Oleh itu, seperti biasa aku tanya ja la dengan Nujum Pak Belalang aku, jiran sebelah aku di ofis. Dia ni sungguhpun tidak banyak cakap, banyak benda dia tau. Dari software, programming, sql sampai la ke tajuk lagu.. Mungkin banyak lagi yang dia tau tapi bab2 ni saja yg aku selalu tanya. So, dia cadangkan gunakan Photoscape. Download pun free saja. Lepas ja download, aku buat beberapa percubaan. Antaranya termasuklah :


Boleh tahan juga la hasilnya kan? Apa yg perlu anda buat, click and drag saja.. Frame memang sudah disediakan. Banyak feature lain lagi yg boleh di explore. Setakat ni cukup la dgn yg ini dulu.. Suko btul hati den!!



Oct 26, 2010

Ke manakah hilangnya..

Sebagai seorg yg sangat komited dalam pekerjaan, aku mmg suka menepati masa (kecuali klu aku sengaja.. hehehe). Ini termasuklah dalam memastikan perjalanan utk punch out keluar daripada ofis berjalan dengan lancar. Aku akan pastikan setiap minit dan detik dirakam dengan baik, manalah tau klu2 ada org cuba sabotaj timing yg telah disetkan.

Oleh itu, 5 minit sebelum jam 5.00 ptg aku akan pastikan komputer di shut down dgn baik dan yg penting pantas. Masuk dalam lif mengambil masa 2-3 minit, so aku ada extra 2 minit untuk mengawal lalu lintas di mesin perakam waktu (actually card reader, tp anggap saja la mcm perakam waktu). Itulah dia, kira2 rutin aku setiap hari (kecuali ada meeting merangkap pertandingan perbahasan di antara org2 yg tidak bercakap di pejabat, tapi dalam meeting sibuk main tembak2).

Kemarin, seperti biasa aku shut down pc, walkathon sikit dan terus masuk lif. Keluar dari lif, tiba2 la mamat ofis aku tersenyum2 simpul tengok aku. Mati2 aku ingat dia berminat dengan kuih donat yg aku tapau khas utk suami terchenta. Atas sebab rasa tidak puas hati, aku tnya la dia "Kenapa?" dia cakap "Tiada". So, aku telan ja la apa dia cakap dan berjalan terus ke mesin perakam waktu. Aku tengok atas, tengok bawah, pusing belakang.. "Eh eh.. Ke manakah hilangnya.. ini mesin punch?". Berhabis2an la mamat td tu ketawa. Aku rasa dia mmg mo tengok gelagat org mencari mesin kali, tu sebab dia tunggu. Oleh sebab dia ketawa dengan bersemangatnya maka automatik aku cakap "Mana sudah ko letak? Ko tapuk (sembunyi) ni kan? Capat kasi pulang!!". Mati2 dia cakap dia tidak tau. Disebabkan masa sudah hampir tiba, aku pun balik terus tanpa punch out. Pagi ini, jam 7.40 pagi nampaknya mesin punch out masi lagi menghilangkan diri. Tiba2 ia muncul semula jam 8 lebih pagi.

Kepada warga2 ofis sekalian, sekiranya kamu perlu rujukan untuk melengkapkan remarks dalam rekod e-attendance kamu, silakan..

Oct 25, 2010

Firedrill

Sejak pindah ke bangunan baru ni, bos aku terlebih excited mo buat firedrill. So, bagi melaksanakan impian beliau aku telah dianugerahkan kuasa penuh untuk buat firedrill version aku sendiri. Well, you know la.. aku bkn selalu buat lawatan pegi tempat org semata2 mo join diorg firedrill. Memandangkan aku 'clueless' dalam sektor ni, jd aku selalunya syok sendiri la. Buat2 tau apa yg perlu dibuat.

Klu dulu2, setiap kali firedrill setiap kali tu la kami jadi org 'rentung' bak kata sasterawan, mereka yg tertewas. Bukan kami tidak tau, tp kadang2 sengaja. Maklumlah, banyak benda lagi yg boleh dibuat drpd buat power walk dan berbaris panjang2 mcm mo ambil makanan di dewan makan. I have no clue rupanya mo buat firedrill ni perlu banyak plan. Kalau la aku tau, next time ada firedrill, belum pun emergency alarm bunyi aku sudah terpacak di padang kawat. Siap berdiri tegak mcm mo ikut perbarisan. Anyway, niat aku dari jadi org paling last (atau org yg langsung tidak keluar) time firedrill ke org paling first sampai padang kawat nampaknya terpaksa ditangguhkan. Memandangkan aku jadi ejen bertauliah firedrill, terpaksalah aku jd 'guide' kpd org2 yg memerlukan.

Mo tau apa yg aku 'sibuk'kan untuk buat firedrill? Let's see..

1) Buat ceramah pasal firedrill

Bukan. Bukan aku yg buat ceramah, tp aku tukang atur saja. Call Bomba, tnya bila diorg free mo buat ceramah. Bila sudah confirm tarikh, aku kasi keluar surat jemputan kpd bomba dan jabatan2 yg terlibat dalam organisasi kami dan tidak dilupakan calon2 rentung ofis kami. Cabaran aku masa ni, mo faks surat tersebut kepada bomba. Well, sehari suntuk aku try faks, akhirnya aku berjaya. Last sekali, aku hantar original copy terus ke jabatan bomba. Tau apa yg lucu? Membuang masa depan mesin faks kononnya mampu memper'kukuh'kan lagi skill aku menggunakan mesin faks tapi org yg mo dipanggil ni tinggal depan rumah aku ja. So folks, next time kenalilah jiran anda!!

2) Menunggu

Sebenarnya part ni bagi sesetengah organisasi tidak perlu. Tapi entah kenapa dalam organisasi kami, bab firedrill ni perlu melalui satu jabatan khas (Jabatan P). Kononnya, setelah perbincangan diadakan mereka bersetuju untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum firedrill dibuat. Maka, kita tungu dan tunggu dan tunggu.. bila bulan Mac bertukar ke bulan Oktober, aku jadi hilang sabar dan buat mula buat plan sendiri. Mungkin jg dorg tunggu bangunan betul2 terbakar baru dorg sibuk2 mo pemeriksaan. Manalah tau pendekatan di sini lain sikit..

3) Senarai Pendek Keperluan Firedrill

Bila buat firedrill ada beberapa item yang perlu dise
diakan oleh organisasi yg membuat firedrill. Tin/Deram tempat membakar, alat pemadam api, obor pembakar, minyak petrol dan minyak diesel. Disebabkan bangunan baru, semua tu kami mmg tiada. Mo pinjam dgn jabatan lain, nampaknya mmg tiada harapan. Bukan sebab diorg kedekut, tp aku kurang pasti kalau diorg sendiri pernah buat firedrill. Quick tips : Firedrill perlu dilakukan sekurang2nya 2 kali dalam 1 tahun. Jika tidak majikan mungkin dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua2nya sekali. Sepatutnya, mengikut perbincangan semua item2 ini disediakan oleh Jabatan P tapi sekali lagi, satu jabatan mcm kena sindrom 'Short term memory lost'. Semua pun cakap "Kami tidak provide semua tu, tp kalau kamu mo kami boleh panggil kontraktor. Tapi lama lg la.." . Kalau aku perlu buat tin/deram atau obor sendiri, kasi ja aku peralatan sure aku boleh buat. Tidak payah pun keluar tender, sure2 hasilnya sama saja minus yg lambat tu la.. Maka, siapa yg cari benda2 di atas? Yup!! aku.

4) Buat Pelan Kecemasan

Daripada penulis surat, kontraktor dan sekarang aku kena jadi arkitek. Mengenalpasti laluan kecemasan, laluan keluar dan mencadangkan tempat berkumpul ketika firedrill. Membuat pelan2 berkaitan termasuk arah laluan kecemasan untuk memastikan org2 ofis tidak buat stunt sendiri untuk terjun daripada tingkap atau balk
oni tingkat 1. Ini kerana org2 ofis aku kebanyakan lelaki dan masih muda. So diorg ni ada intensity untuk buat perkara2 yg luar biasa. Well, what can I say.. tengok anak2 dirg masa hari keluarga sudah cukup untuk membuktikan teori aku adalah benar belaka. Opss lupa pula, pelan kecemasan tersebut perlu menyatakan kedudukan alat pemadam api di seluruh bangunan.

5) Mesyuarat Persediaan Firedrill

Part yg ni aku mmg sangat2 'clueless'. Aku tau bend
a ni perlu dibuat pun selepas jiran bomba aku bagitau. Ceramah is ceramah. Beberapa hari sebelum firedrill, mesyuarat perlu dibuat oleh penganjur (yg terdiri drpd ketua2 lantai yg dilantik secara rela atau tidak rela), Jabatan Bomba dan beberapa jabatan lain (Jabatan P dan Bahagian K). Tujuan mesyuarat ni untuk membincangkan pelan kecemasan, kawasan berkumpul dan apa yg perlu dilakukan oleh ketua2 lantai during the 'Big Day'. Mati2 aku ingat lepas ceramah terus firedrill ja. Plan apa yg perlu dibuat waktu firedrill kira ikut suka aku ja. Ciss!! Syok sendiri rupanya aku ni hehehe..

6) Firedrill

Apa yg anda perlu buat waktu ini (melainkan anda ketua lantai) :

Power walk - Jangan risau ini bukan aktiviti balapan, so tiada sebarang medal dipertandingkan namun demikian sekiranya anda 'betabiat' (berlengah2), you should consider 'burn' as your middle name.

cari geng2 seangkatan
- Yup! Walaupun hobi anda bergosip, make sure you keep it to your group sahaja. Or else, you're considered missing.

Berbaris - Buatlah style barisan anda sendiri. Yang penting buat secara berkumpulan. Buat ala2 tentera, ala2 model, mahupun ala2 pendatang kena serbu. Asalkan kamu bahagia.




Oct 22, 2010

What Happen This Week?

Lately banyak betul kerja yg perlu disiapkan. Semua task yg kena bagi, semua pun mo A.S.A.P. Ada juga yg ambil overtime 24 jam nda cukup2 ni.. Tidak seperti tahun2 lalu, yg mana selalunya aku dalam zone 'honeymoon' bila time2 hujung tahun (sebab student cuti), tp entah mcmna tahun ni mcm pelik sikit. Tidak pernah lagi aku cancel cuti rehat yg sudah dirancang awal tahun lalu atas sebab terlalu sibuk. Tapi kali ni nampaknya terpaksalah aku berbuat demikian. Jadual aku penuh dgn kerja2 yg tidak pandai habis2.

Entah kenapa minggu ni, banyak kelainan dalam ofis aku. Mula2 sekali aku perasan org2nya semakin sibuk. Jalan pun menonong laju ja macam doktor mo ganti jantung. Kalau dulu, ada lg ruang masa untuk borak2 sesama sendiri. Ketawa, gaduh, nangis.. yup aku tau ofis aku ni klu buat reality tv, mmg confirm la rate dia tinggi. Aku bukan cakap bab gaduh2 yg dalam hati. Ini part betul2 mcm drama dalam volume yg tinggi. Kadang2 yg gaduh dalam bilik, aku duduk diam2 di tempat sendiri pun boleh dengar skrip. Tapi sekarang ni, mcm semua pun sibuk semacam. Makin rancak pula meeting ke hulu ke hilir. Kalau tengok kalendar, macam artis suda kami ni. Penuh dgn show. Chewah..

Ofis aku pula, kalau dulu macam padang jarak padang terukur. Lapang ja. Kalau mo buat stunt motor pun tiada masalah. Mmg boleh. Tapi 2-3 hari ni, ofis aku sudah berubah wajah. Macam hutan simpan sudah ni. Semua pun pokok. Siap ada air pancut lagi kunun. Jangan saja esok lusa kami kena suruh pakai baju tarzan sudah. Hehehe

Baru berubah jadi hutan simpan, tiba2 ofis dibanjiri dengan beberapa poster. Sekali tengok, mcm ofis kementerian penerangan sudah ni. Sampai tandas pun ada poster (somehow i think i'm involve in this one). Ish ish ish.. berhabis2an pula ofis aku mo merapikan diri di ujung2 tahun ni..




Oct 18, 2010

Kartun

Kalau suatu masa dulu, anak aku suka betul dengan channel Playhouse Disney. Entah macamna selera dia semakin berubah mengikut peredaran masa. Kalau dulu, tekan remote pun tidak pandai. Balik2 suruh tekan channel Playhouse Disney. Kalau sekarang, remote tv pun dia angkut ke sana sini. Kadang2 tu sampai bawa pegi sekolah! Konon2 tidak sedar (atau dia mo make sure balik sekolah, dia org pertama yg kontrol tv).

Biasalah, namanya anak confirm la kita mengalah. Biarlah diorg dengan dunia dorg sendiri. Tapi yang bikin sakit kepala tu, bila tengok kartun yg telah dialih suara. Ish ish ish.. Kenapa?

1) Suara yg dibuat2

Part ni yg paling ketara sekali. Aku tau la kartun tu tidak realistik. Tapi takkan la suara pun macam suara org yg kena serang cirit birit. Apalah salahnya buat alih suara elok2 sikit. Kalau pun mo buat suara budak, jgn malu2 ambil budak terus. Tidak payah la ambil suara bapa budak yg kena cirit birit. Kalau aku yg mendengar ni pun penat, bayangkan la org yg buat suara ni. Agaknya tinggi kali gaji tukang alih suara ni kan?

2) Apo kono eh jang?

Ni paling best. Salah satu karektor kartun yang selalu anak aku tengok mesti la ada mamat berjubah hitam, muka tengkorak plus bawa sabit yg telah diubahsuai. Dengan karektor yg begitu menakutkan bila dia mula cakap negeri sembilan, adushhh!! Langsung tiada feeling mo takut ni. Kalau mama budak boleh la paham sikit2. Tapi kalau budak? Bukan mo cakap apa la, anak aku ni kalau cakap kl pun dia konfius, bayangkan la cakap negeri.

3) Menu

Mungkin sebab para pengalih suara bersungguh benar dalam berkarya, paling best bila tiba2 laki aku tnya..

Hubby : Emm.. dalam english tempoyak apa? Aku : Tempoyak la.. orang putih mana ada tempoyak. Kenapa? Hubby : Entah kartun ni, dia cakap tempoyak. Kalau tukar balik pigi bahasa inggeris apa la yg dia cakap kan?

4) Lagu rakyat

Lucu bila lagu org putih dialih suara boleh jadi lagu..

Tanya sama pokok mengapa bergoyang
Nanti jawab pokok angin yg tiup

Wahhhh!! Popular sungguh lagu di luar negara rupanya. Sungguh aku tidak sangka!!





Oct 14, 2010

Sukan Komenwel 2010

Time bujang2 dulu, aku mmg suka sangat la tengok sukan. Sukan SEA, Komenwel, Olimpik cakap ja yg mana satu mmg aku suka tengok. Tapi acara sukan yg aku tengok hanya bergantung pada jenis sukan yg aku boleh relate atau faham ja. Kalau aku tidak faham, buat stress aku ja tengok. Mo excited pun tidak tau bila. Tau2 bukan pun dapat pingat! Tapi kalau sukan yg aku paham pun kalau mo tggu abis 2-3 jam, aku mohon undur diri la. Bukan apa, mata aku ni sudah kena set untuk tengok sukan yg sma utk 1 jam ja. Lepas tu pandai pula dia shut down sendiri.

Entah kenapa sejak beranak pinak ni, susah pula mo tengok sukan. Maklumlah mo kena berlawan bahas dengan anak lagi. Kalau dia menang, terpaksa la aku menengok kartun yg suara dia macam org mo terberak (alih suara bahasa melayu).

Walaupun sukan komenwel sepatutnya bermula pada 3 Okt 2010 - 14 Okt 2010, aku cuma sempat tengok 2 hari lalu. Boleh la daripada tiada. Seperti biasa, pencapaian atlit kita mmg di luar dugaan. Ada yg sepatutnya dapat medal, langsung tidak dapat. Ada pula yg tidak diharap dapat apa2 pingat, tiba2 pula baru mo keluar jaguh dia. Kesimpulannya mmg byk kejutan la. Setakat ni, acara yg sempat aku ikuti cuma diving. Itu pun sebab kebetulan nampak Pandalela baru mo terjun. Mmg world class punya perfomance la.

Kalau cerita pasal atlit, aku rasa kontinjen yg Malaysia hantar tu mmg tip top la. Yg aku tidak puas hati bab pengulas sukan untuk acara diving tu. Alamakk.... macam mo kena hantar kursus lagi tu tau. Berhabis2an aku mengetawakan pengulas sukan menyebabkan aku hilang fokus mo tengok acara. Org kalau mengulas sukan, ulas la pasal sukan tu. Pasal atlit ka, kedudukan dia dalam ranking dunia ka, ini lain pula yg dia ulas. Antara ulasan2 yg dibuat:

1) "kedua ibubapa serta abang beliau nampaknya berpuas hati dengan terjunan si anu tadi"
Mentang2lah gambar yg kena tunjuk tu gambar penonton bawa bendera England, suka2 ja dia cakap ibu bapa. Mana la tau itu pakcik makcik dia. Selalunya pengulas sukan dia akan cakap "Sebahagian daripada penyokong yg hadir", paling tidak pun tidak payah la ulas apa2. Kalau coach atlit tidak apa la juga. Ini penonton. Alala..

2) "Dia mempunyai tattoo di tangan kanan dia, juga di kaki kiri dia"
Ish ish ish.. padahal gambar yg ditunjuk tu gambar atlit sedang buat 'hand stand'. Buat la cerita pasal kesukaran mo buat 'hand stand'. Dia cerita pasal tattoo pula. Bagus2 tumpuan aku tengok teknik si atlit, lepas ja dia cakap pasal tattoo, sibuk pula aku mo tengok di mna tattoo dia. Alllooooo thambi!! kalaupun ko masuk salah bidang (mgkn dia minat jd pengulas red carpet ni), agak2 la bah ulasan tu. Bikin rusak penonton ja kau ini!

3) "Bagus sekali terjunan dari penerjun Australia ini. Sekurang2nya dengan terjunan tersebut dia mungkin akan meperolehi lebih dari 60 markah". Tapi bila markah yang diberi rendah "Agaknya juri lebih tahu apa yg tidak kena dengan terjunan tersebut".
Ini la ni. Bila org cakap buat homework, buat homework. Ini tidak, main langgar ja buta2. Bukan pun yg malu atlit atau penonton. Dia juga yg malu. Nasib ja suara ko yg keluar. Agak2 la bagi markah pun. Tengok kiri kanan dulu. Kalau tidak diam2 ja bah. Ini mo jua bercakap. Aku tau la itu kerja pengulas, tapi sekurang2nya buat la homework dulu.

Apapun, tahniah kpd kontinjen Malaysia. Kalaupun tidak mencapai target, yang penting ada emas. Ok la tu!

Ask 'n' Go

8 hari berturut2 aku bertugas jaga kaunter Touch 'n' Go untuk majlis konvokesyen universiti. Kerja aku simple ja pun, cari nama student yg telah disusun rapi dan suruh dia cek sama ada ada kesilapan dalam sebutan nama atau ejaan nama.

5 hari yg pertama - Tiada yg istimewa, paling2 mengetawakan nama2 student yg 'luar biasa' dari student lain. Tp tidak boleh la ketawa kuat2. Terasa hati nanti si kawan.

3 hari yg terakhir - Kaunter Touch 'n' Go sudah bertambah fungsi. Selain jd kaunter Touch 'n' Go, kami jadi kaunter Ask 'n' Go. Disebabkan kedudukan kaunter kami yg sangat strategik, ramai la pengunjung2 yg bertandang ke kaunter kami walaupun muka kami suda hilang 'seri' sebab kepenatan. Berikut adalah statistik FAQ pengunjung.

1) Di mana tandas? (70%)
Soalan ni mmg famous. Tiap2 tahun soalan ni la yg org suka tanya. Sebab ianya terlalu common, belum pun dia tnya, tangan kami suda tunjuk arah. Jd mcm mana kita mo tau org itu mo buang air? Bila dia jalan terkepit2 dan tertunduk2 mungkin bermaksud dia mmg suka jalan mcm tu. Tapi kalau dia berkerut mmg sah ada sesuatu yg tidak kena. Bila suda dia on the way mo pi kaunter kami, mmg confirm dia mo p tandas!

2) Mendaftar di sini kah? (20%)
Biasalah student. Nampak kaunter terus ja mo register. Walaupun terang2 tertulis 'Kaunter Touch 'n' Go'. Kadang2 tu ada juga student yg ikut ja apa org lain buat. Kalau org lain isi borang, sibuk2 juga dia isi borang walaupun dia sendiri tidak pasti untuk tujuan apa. Kalau kami suruh sain surat pindah harta, boleh kaya suda kami. Tidak payah pun pujuk2, seorg ja sain semua pun mengikut.

3) Mo berbaris/berkumpul di mana? (4%)
Org2 mcm ni la yg buat muka kami mcm muka tapai. Masam tapi manis. Hati cakap jgn layan, tapi muka masi lg senyum. Nama pun jaga kaunter mmg la mo kena manis. Bila org cakap pegi raptai, pegi saja la. Raptai tu kena buat pun ada tujuan. Ingat org suka2 buat raptai? Macam la teda keja lain. Bila raptai tidak pegi mula la lari sana sini mcm org hilang arah tuju. Kalau datang awal boleh lagi ampun. Kalau dtg lambat? Kadang2 tu sengaja lagi kami respon lambat sikit. Biar dia kena panic attack. Aku tau la cita2 dia mo jadi Datuk/Datin, tapi konvokesyen ni amatlah tidak sesuai utk dijadikan tempat praktikal anda!


4) Mana mo dapat pin/tukar jubah/tukar hood (2%)
Datang laman graduan baru mo buka beg jubah. Sekalinya pin tiada, hood salah. Bukan pun kita mo buat suprise party smpi tidak boleh buka beg jubah di rumah. Sekali2 intai2 la beg tu. Mana tau ada ular sawa bertapuk (bersebunyi). Ini tidak semua pun baru mo pakai masa berbaris. Kalau artis tidak apa la juga. Ada org tukang kasi pakai baju. Kalau graduan ni, silap2 kerja pun belum suda ada rasa2 mo jadi artis. Ish ish ish..

5) Boleh kasi tinggal barang di sini kah? (2%)
Kalau la kami offer service ni, mmg mcm dapat bonus kami ni. Sudah di bagitau jgn bawa beg. Jangan la bawa. Mungkin diorg pernah jumpa kali org naik pentas pakai beg tangan kan? Macam la dalam dewan tu ada jual air ka, hotdog ka, bunga ka mo juga bawa beg duit. Telefon tu kira boleh difahami juga. Tapi mo bawa beg tangan? Aiseh makcik, org putih konvo pun nda bawa beg tangan..

6) Di mana mo kasi pulang jubah? (1%)
Yang ini aku malas mo komen lebih. 1% ja pun..

7) Di mana kaunter gambar rasmi konvo? (1%)
Yang ini pun sama, walaupun semua bangunan sudah kami tunjuk menyebabkan graduan ke hulu ke hilir mencari tempat yg kami tunjuk. Sorry la geng! kami pun tidak tau. Tapi kalau ko berkeras juga mo tau, dgn besar hati kami tunjuk ja mana2 alternatif lain yg membolehkan ko meninggalkan kaunter kami dengan segera. Hampus jamu melayan jelama yg mahal mahaati ni!! (Penat melayan org yg susah mo faham ni)

Sekarang baru aku faham susah rupanya kerja jaga kaunter pertanyaan ni. Aku ingat kerjanya duduk2 saja. Rupanya duduk2 pun boleh penat juga. Tambah lg kalau kena tnya soalan yg sma balik2. Aku tabik dengan org yg jaga kaunter!




Oct 9, 2010

Kuch Kuch Hota Hai

Bila tengok cerita hindustan, ada beberapa kriteria yg wajib ada.

1. Hujan
Tidak kisah la hujan time bila. Time bertumbuk ka, time bercinta ka, time mo membunuh ka, time gembira ka, time sedih ka, pokoknya time hujan ni time universal la..

2. Adegan kejar mengejar
Bab ni, paling expert la hindustan. Hollywood pun mo kna belajar teknik sma Bollywood. Klu bollywood buat adegan kejar mengejar, habis satu lagu!! Siap tukar banyak baju lagi tu. Bkn pun baju simple2, perhiasan pun heavy metal punya la. Klu hollywood mna sempat buat semua tu.. nada nilai seni langsung! kih kih kih

3. Audio yg melampau
Kalau pasal audio, hindustan la yg paling the best of the best of the best!! Sekali tumbuk, bunyinya mcm kena langgar lori. Itu belum tendang lg tu. Klu tendang silap2 mcm kna langgar kapal terbang kali.

4. Halangan?
Bab ni aku pun nda pasti kenapa halangan cerita2 mcm ni 'luar biasa' dari kebiasaan. Cinta 3 segi, 4 segi, parents nda approve, cinta 2 darjat, kalau tidak pun sakit tinggal tggu mo mati. Terlampau seni punya pasal.. jln ceritanya tinggal pilih a, b, c, d, e ja.

Apa pula kaitan tajuk post kali ni sma cerita aku? Sebab tajuk cerita ni ja yg aku hafal. Semuanya berpunca dari adegan hindustan aku dengan rakan sekerja aku si laurah. Sebab kami parking kereta jauh dan tiba2 la pula hujan turun mencurah2. Takut jam punya pasal, terpaksa la kami redah ja hujan. Dalam kes ni, kriteria hujan sudah pun kami apply. Walaupun kami tidak sempat tukar baju atau lari keliling pokok, lari2 anak dgn baru kurung sejauh 100m pun kira asi suda la masuk kriteria kejar mengejar. Kuyup juga la kami. Audio mmg tiada. Tidak cukup pula kakitangan mo suruh pasang lagu time kami buat adegan kejar mengejar mo sampai kereta. Haaa!! Bab paling last tu, walaupun tidak termasuk dalam a, b, c, d, e tapi boleh dikategorikan dalam halangan la. Berjayanya kami masuk ke dalam kereta, tidak bermakna kami berjaya keluar dari simpang. Selepas 30 minit, pergerakan kereta adalah 200 meter.. traffic jam dalam universiti. Raptai konvo punya pasal. Apasal la dorang tidak buat raptai waktu pagi.. bukan ka senang?


Oct 3, 2010

Haikal Turns 6

Yup!! Semakin bujang suda anak teruna aku. Sapa mo booking, pendaftaran kini dibuka. Hehehe sampai mcm tu sekali promote anak.
Anyway dekat 2 mggu juga aku planned birthday si Haikal ni. Supaya si mama Haikal tidak syok sendiri buat party ni, aku tanya la si empunya badan dia mo kek apa. Dia kata dia mo kek cokelat dgn gambar Ligthening Mcqueen. Walaupun si mama Haikal suda aim2 mo ambil kek Durian, tp bg menghormati permintaan anak teruna aku yg baru 6 thn tu, aku ambik jugalah kek cokelat. Sia2 pun..
Setelah menjalankan kaji selidik dan temuramah, aku jumpa la tempat order kek. Semua kek dia pun nampak menyelerakan. So, bukan salah klu mo try pun. Hasilnya? Susah mo cakap. Kena order dulu baru boleh cerita. Tapi mmg highly recommended la. Lain kali confirm aku order lg. Tp kali ni mo rasa kek lain lg. Durian ka, cheese ka, yg penting kita cari yg paling byk kalori dulu. Kih kih kih..
Bab hadiah, mmg aku ready awal. 2 mggu sebelum majlis, aku terus beli. Lepas tu sembunyi di bonet kereta. Bukan sebab apa, anak aku ni klu bg awal time birthday nnti dia tagih lg. Tp klu bab hadiah ni, mmg senang mo cari. Apa2 saja yg rupanya mcm kereta, semua dia sapu.
Untuk jamuan, aku buat simple ja. Mee goreng, ayam goreng, minuman ringan, sosej pun suda cukup. So, aku shopping barang2 sehari sebelum majlis.
Tetamu? Hehehe tengok menu dulu la. Kalau menu mcm di atas, mo jemput tetamu pun aku rasa kurang upaya. Tp kalau aku buat menu ala2 hotel, jgn sja kmu nda datang kalau aku jemput. Tempat lauk aku pun bertingkat2 kali. Belum lagi nasi warna warni aku.. hehehe



Sep 30, 2010

Kemalangan - Apa yg biasanya org malaysia buat

2 hari aku ikut kursus OHSA dalaman. Punyalah best!! Memang banyak benda yg aku belajar dari kursus ni. Kepada kawan2 sekalian, sekiranya anda ditawarkan untuk pergi kursus ni, highly recommended.

Salah satu topik yg menarik perhatian aku berkenaan dengan kemalangan. Penceramah aku ni walaupun dia org Malaysia, dia sedikit pelik la kenapa agaknya org Malaysia suka sangat 'tengok' kemalangan. Bila lorong kanan bergerak perlahan, lorong sebelah kiri sibuk mengintai lorong sebelah kanan. Mana la tau ada eksiden. Sekali tengok, bukan pun kemalangan tapi sekadar pakcik tukar tayar pancit ja.

Mengikut teori Tuan Penceramah, itulah yg menjadi sebab musabab kenapa org Malaysia sukar untuk berjaya dalam F-1. Bila tidak berlaku sebarang kemalangan, secara automatik orang Malaysia mampu mendapat ranking yg 'boleh tahan' walaupun bukan numbur 1. Manakala sekiranya berlaku kemalangan, orang Malaysia tidak mampu untuk menghabiskan perlumbaan atau mungkin berada pada kedudukan 'uncit' (last) sebab sibuk sangat tengok kemalangan. Gurauan dia tu buat aku terfikir, mgkn org Malaysia ni bukan suka sangat tengok kemalangan, tapi mempunyai tahap keprihatinan yg paling tinggi sekali di dunia. Hehehe aku agakla...

Mengikut pengalaman Tuan Penceramah, pernah sekali dia nampak berlakunya kemalangan motorsikal. Seperti biasa, sebab dia pun org Malaysia, dia pun turut membeli tiket tayangan perdana. Oleh kerana dia datang lambat, dapat la dia seat row yg ke-3. Berkerumun la org ramai tengok yg eksiden ni. Dgn keadaan tangan yang terlipat (confirm patah mengikut Tuan Penceramah), dia sebagai Doktor Perubatan pun meminta agak org yg duduk di row VIP (yg paling depan) meluruskan tangan si mangsa dgn tujuan untuk membuatkan si mangsa lebih selesa sementara menunggu ambulans sampai. Entah kenapa, seorg direktor (org pertama yg sampai ke kawasan kejadian) mengatakan " Sila bagi ruang. Kita tidak boleh alih kedudukan dia (mangsa). Kena tunggu polis sampai". Mengikut Tuan Penceramah situasi begitu boleh menyebabkan mangsa lebih gementar kerana takut kecederaan yg dia alami begitu serius. Ini akan menyebabkan jantung mangsa berdegup dgn lebih laju dan mula mem'pump' darah dgn lebih banyak. Kesimpulannya kalau mangsa ada internal/external bleeding mungkin akan lebih parah daripada sepatutnya.

Lama juga aku pikir kenapa agaknya Tuan Penceramah aku ni, seorg doktor perubatan tidak mengaku sahaja dia doktor perubatan dan dia perlu merawat mangsa. Aku rasa sure2 org kasi can dia masuk dalam drama ni sekali. Supporting actor lg tu. Agaknya dia dengar kali apa yg aku fikir, automatik ja dia cakap:

Kalau la saya mengaku, "Minta maaf semua.. Saya Dr. X dari Y nak tengok keadaan mangsa". ZUPP!!!! Dari baris pertama sampai baris ke-3, semua lari. Tinggallah saya sorang2 dgn mangsa.

Bila salah seorg dari audience mengutarakan persoalan, "Bukankah tindakan kita mengalihkan kedudukan mangsa akan membuatkan keadaan mungkin jadi lebih teruk?"

Selamba ja dia cakap "Tangan dia sudah patah. Takkan la kita alih tangan dia, kaki dia pula yg patah? Tangan sudah patah, patah la. Kita cuma berusaha untuk dia (mangsa) dalam keadaan selesa sementara menunggu bantuan sampai". Betul juga. Kalau kaki dia sudah sampai ke kepala, takkan la kita mo biar dia mcmtu. Sudah la ramai org, semacam lagi kedudukan dia. Kalau masuk bursa saham, sure saham mangsa merundum jatuh. Bagus kalau ambulans datang tidak sampai seminit. Kalau 30 minit? Sudahlah sakit, tidak selesa lagi tu. Cuma dia kata ada certain2 keadaan kita tidak boleh memindahkan keadaan mangsa. Contohnya kalau leher atau tulang belakang dia yg patah. Begitu juga kalau dia mengalami pendarahan yg serius kerana takut membahayakan organ dalaman mangsa.

Sekian untuk kuliah hari ini. Terima kasih.


Sep 28, 2010

Siapa Paling Glamour?

Disebabkan cadangan menu makan malam aku yg kurang menarik (walaupun pada hakikatnya tidak menyelerakan), laki aku dengan bersemangat sekali membawa kami anak beranak makan luar. Dan seperti biasa bagi laki aku, makanan di kedai mamak jugala yg menjadi poooojaannn hatinya.

Sambil menikmati makan malam yg dibuat khas oleh mamak directly from India (sebab mcm susah betul aku tengok dia mo ckp melayu), kedai mamak tersebut dikunjungi oleh sekumpulan photographer (sampai senget2 bawa bawa kamera mahal tuu), seorg model (sebab dia pakai pakaian ala2 pocahontas), bbrp org kakitangan perlancongan (sebab dia pakai baju yg ada tulisan tourism) dan akhir sekali si mat payung (sebab dia asyik bawa payung hitam yg aku rasa digunakan untuk tujuan lighting).

Mula2 sekali aku hairan la juga, apahal la dorg mo ambil gambar di sini. Mula2 diorg ambil gambar makanan2 yg kena hidang. Owh!! mungkin sebab diorg mo ambil malaysian cuisine punya gambar. Lepas tu, diorg suruh manager kedai mamak (aku rasa la dia manager memandangkan aku tidak pernah tengok dia buat keja sangat) buat teh tarik tinggi2. Sudah tarik tinggi, dorg mo lagi si manager ni pusing2 sikit sambil tarik teh. Sambil si manager buat teh tarik, bersungguh2 la diorg ambil gambar. Suasana masa tu, betul2 mcm dlm studio. Nasib ja aku tidak bangun pi ambil kerusi extra supaya si manager boleh buat aksi stunt ala2 Tarik King.

Selepas si manager jadi mangsa, mangsa seterusnya adalah mengibar roti canai. Sungguhpun tidak real sebab pengibar roti canai seorg local yg aku tengok mcm nervous gila bila gambar dia diambil oleh sekelompok jurugambar (5-6 org). Macamna aku tau dia nervous? Sebab roti tisu dia bergegar2 waktu dia mo hantar p meja org yg mengoder.

Aku pun heran, agaknya apa la yg si pocahontas sumbangkan sepanjang sesi penggambaran ni. Setelah teh ditarik mcm niagara fall, diikuti pusing 180 darjah, di tambah lg dgn gempa roti tisu, semua hidangan di letakkan betul2 dpn si pocahontas. Maka bermula la episode "Pocahontas makan roti tisu dgn teh tarik". Pada aku, walaupun pelik tetapi tidak sepelik adegan Si Pocahontas bergambar dgn Hunchback of Notre Dame sepanjang sesi. Apa?? Hunchback of Notre Dame?? Hehe kebetulan sebelah si Pocahontas tu, duduklah seorg pak cik yg agak berumur dan kurang manisnya.. Aku mati2 ingat itu manager. Tp sebab dia pun masuk gambar, jd aku agak pelik sikit la.

Disebabkan ketidakpuasan hati aku melihat kepada anomali2 sesi fotografi berikut, aku pun sok sek la sikit dgn laki aku. Dengan selamba dia cakap "Mungkin itu tema keluarga.." Haissshhhhh!!! Lagi la tidak logik. Kalau pun mo buat tema keluarga, takkan la mo pakai outfit pocahontas. Apa wardrobe manager dia masih cuti raya kali..

Apa pun selepas selesai sesi fotografi, mereka mendapat tepukan gemuruh dari Haikal. Standing observation gitu.. Siap kena teriak bravo!! bravo!! bravo!! lagi..

Jd berbalik pada soalan utama : Siapa Paling Glamour?

Jawapan aku : Si Manager la. Dia saja yg buat stunt baik punya!!


Sep 27, 2010

Trend Mendidik Anak

Tajuk hari ni kira tajuk ibu2 sikit. Kepada yg bujang, boleh juga join sekali baca. Yalah kan, takkan la kamu mo bujang selama2nya. Baru minggu lalu aku bawa anak aku pegi klinik. Aku istilahkan temujanji timbang berat. Seperti biasa, dalam kesibukan aku menunggu giliran (macam la sibuk sangat..), aku pun buat la cctv sendiri utk tengok gelagat2 ibu2 atau bapak2 dgn anak2 diorg.

Dari pemerhatian aku, dapatlah aku menyimpulkan beberapa kategori.

1) Ibu Penyayang
Ibu penyayang ni, mmg bertuah la kalau dapat. Kalau anak langgar dinding, dinding di marah. Kalau anak langgar pintu, pintu di tampar. Kalau anak langgar nurse, silap2 nurse dikata buta (belum pernah lagi aku jumpa orang mcmni). Kalau anak jatuh sebab tidak nampak tangga, sanggup tawaf satu klinik cari yg tiada tangga. Pokoknya anaknya la yg paling baik anaknya juga la yg paling pandai. Tapi selalunya ibu yg mcm ni, anak dia mmg menguji kesabaran. Biasalah budak yg selalu dpt 'immunity' ni, selalu fikir dia yg betul. Kadang2 tu siap boleh pijak kepala si mama lagi. Padahal mama dia kasi layanan 'First Class' gitu.

2) Ibu "I Don't Care"
Ibu macam ni mmg tidak begitu gemar memperdulikan anak dia. Anak dia pegi mana, makan apa, main apa, lantak kamu la. Yg penting kamu pandai pulang rumah. Kadang2 walaupun nampak anak dia sedang berkuntau dgn anak org lain, dia biar saja. Selalunya ibu macam ni, anak dia akan lebih independent. Mudah terpengaruh dengan sebarang anasir buruk, tapi at least dia tidak akan bergantung dengan si Ibu. Kalau perlu duit, dia akan usaha sendiri. Termasuklah menjual goreng pisang ibu dia yg sebenarnya dihidangkan untuk tetamu yg bertandang di rumah. Paling teruk pun jadi tukang kutip duit belanja dari budak sekolah yg lain sebagai duit perlindungan. Ada banyak lg anasir baik dan tidak baik yg aku rasa kamu semua boleh agak.

3) Pretending Mother
Aku suka ibu kategori ni. Depan org ramai, jaga anak macam boleh jaga anak satu nursery. Berpeluh2 kunun jaga anak. Marah sana sini kalau anak jatuh pun, dipujuk berhabis2an supaya si anak diam. Pendek kata, biar diri tidak terurus asal yg penting anak dia terurus. Tapi bila di rumah sendiri, anak sendiri pun macam anak kucing. Si ibu sibuk buat spa treatment. Tidur untuk kasi hilang lebam di mata. Makan untuk kasi pecah lemak di badan kunun. Tapi kelompok ni tidak la ramai sangat. Kebanyakanpun dari golongan ibu muda yg belum puas hidup membujang.

4) Super Mom
Ini biasanya tergolong dalam org yg sudah biasa menjadi ibu. Bagi la berapa anak pun, semua pun dia boleh jaga seorg. Paling best, dia macam tidak faham istilah stress dalam beranak pinak ni. Maintain ja penjagaan anak. Apa yg penting, semua anak pun dijaga kebajikan. Kelompok ini, mmg kelompok elite dalam kategori ibu. Tapi malangnya tidak ramai sangat. Cukup2 ja..

5) Ibu 'Mertuaku'
Jangan salah sangka. Bukan semua ibu mertua jahat. Lebih2 lagi zaman sekarang. Kebanyakan ibu mertua berlumba2 mo dapat anugerah ibu mertua paling sporting. Kih kih kih.. Aku ambil tajuk ni sempena mengingati mertua P. Ramlee dalam Ibu Mertuaku yang tersangatlah luar biasanya kejam/jahatnya. Seumur hidup aku, tidak pernah lagi aku jumpa org normal yg begitu kejam dan tidak bertimbang rasa. Sudah tentu la melainkan yg suka2 bunuh org tanpa sebab. Kelompok ini la yg menjadi punca utama kenapa tajuk ni aku pilih.

Semasa di klinik kesihatan ibu dan anak, of course la klinik kerajaan. Aku terlihat seorg anak lelaki (mungkin la, rupa mcm lelaki tp rambut ada panjang juga) yg sibuk2 berlari dgn riang dan rianya ke sana dan ke sini. Si Ibu yang ditemani oleh seorg lagi anak perempuan lebih kurang 7-8 thn serta seorg bayi perempuan yg aku agak tidak sampai setahun. Mungkin disebabkan si Ibu tensen, maka si Ibu pun suruh la si kakak panggil adik dia dan suruh adik dia duduk diam. Seperti biasa, si kakak panggil dan tarik adik dia duduk. Magically, baru 3 saat adik lelaki dia bangun dgn segera dan mula berlari.. Run!! little boy run!! aku agakla.. mgkn itu yg dia dgr dlm pikiran dia tu. Aku mmg sudah agak pun. Sebab anak aku pun mcm tu. Kalau la budak tu boleh duduk diam selepas di suruh, walaupun setakat 5 minit, aku la org pertama yg tegur si ibu. Hehe mo minta petua bah.. Dijadikan cerita disebabkan terlalu geram, si Ibu bangun dari kerusi dan dengan langkah panglima berantai, sambil menggendong si anak kecil dia memulakan langkah dengan menarik rambut anak lelaki tersebut lalu mengheretnya sampai ke kerusi. Di sinilah bermula pertandingan nganga siapa paling besar. Aku sambil tengok kiri kanan (mana la tau ada org lain nampak). Owh tidak!! Aku bersama seorg lg ibu muda saling pandang memandang dan jeling menjeling. Mo tegur pun tidak berani. GILA!!! silap2 tudung aku lg ditariknya nnti.. Tengok anak dia meraung2 pun aku suda trauma. Bukan main berani ni mama singa. Bukan alang2 dia tunjuk belang. Di klinik ibu dan anak tu. Siap nurse pun tidak nampak.

Setelah dikejutkan dengan aksi 18 PG oleh si ibu yang mati2 aku ingat hanya terjadi sekali dalam seribu, kemarin aku jumpa aksi yg sama. Si Ibu menarik rambut si anak dan diheret lebih kurang 5 meter sebab anak dia tidak duduk diam. 5 meter utk anak 2-3 thn, di shopping complex di bandaraya Kota Kinabalu. Fuhh!! sungguh tertekan sekali si ibu itu. Sungguhpun aku rasa aksi itu adalah sungguh kejam untuk budak2 terutama sekali bagi 2-3 tahun, aku rasa mmg tidak patut seorang ibu buat macam tu. Kalau setakat marah dengan sedikit pukulan di tgn atau paha, atau cubitan di tangan atau kaki itu aku boleh terima. Tapi kalau tarik rambut sambil diheret, aku rasa itu sudah melampau.

Bagi aku cara aku mendidik anak sungguhpun tidak perfect, tapi bagi aku kekasaran tu tidak boleh diguna pakai. Bukan langsung tidak boleh. Tapi tidak la melampau. Ala kadar cukup la. Cukup la menyedarkan anak untuk seketika. Kalau mo menyedarkan anak utk jangkamasa panjang, jangan lupa aku di sini. Share la sikit2 petua dia. Heheh bukan ka sharing itu is caring?