Jan 12, 2011

Movie : Waterworld [1995]


Actually aku pun tidak terhengen sangat mo buat ulasan pasal movie ni. Al-maklumlah klasik.. tapi entah kenapa aku mo juga share pengalaman aku masa menonton movie yang sungguh luar biasa kreativitinya ni.

Seperti yang anda semua maklum, aku suka sangat membuat ulasan2 mantap dan telus dalam movie2 yang aku tengok. Kalau la aku kerja quality control di Hollywood, aku pun kurang pasti berapa ketul la yang tinggal untuk ditayangkan sepanjang tahun. Itu kalau Hollywood, klu Bollywood atau Malaywood aku, sure aku kena suruh kerja quality control di kilang makanan saja.

Asalnya, masa aku tengah begitu asyik menekan2 butang kawalan (aisehh) Astro, seperti biasa mmg la HBO, Cinemax dan Star Movies menjadi pujaan hati ku. Alah... kalau sudah dibayar bulan2 mestilah bulan2 juga mo ditengok. Biarla buruk macamna pun movie tu, tengok saja setakat yg tertahan. Jangan sampai meroyan depan tv sorang2 sudah. Tekan punya tekan maka tertekan la aku Waterworld ni (sori ah.. channel apa aku lupa suda). Tiba2 ja la laki aku cakap, "opp.. opp.. hah! tengok cerita ni!". Kalau sudah dia pun cakap macam tu, aku pun interested juga la mo tengok. Sangat jarang2 sekali laki aku tengok cerita omputih ni.. lagi la kalau yg tidak sepopular mana seperti 'Waterworld' ni (kalau aku pun tidak tau, mmg tidak popular lah tu kan?).

Baru tengok 2 minit pertama aku sudah ketawa besar2an. Perlu diingat, cerita ini bukan cerita komedi. Adalah sikit2, tapi komedi yg org kata asal2 muat saja ni. Cerita ni mengisahkan tentang kelompok manusia yang tidak pernah terjumpa daratan. Bukan daratan yg mcm lupa daratan tu tau.. ini tidak pernah jumpa tanah pun. Kononnya, segenggam tanah tu boleh membuatkan empunya tanah jadi kaya. Seorg lelaki yang tidak diketahui asal usulnya (Kevin Costner) telah diselamatkan oleh seorg wanita berserta seorg budak perempuan. Jadi sebagai balasannya, diorg minta si Kevin ni membawa diorg mencari daratan (walhal yg membawa ni pun nda pernah tengok daratan.. akun juga dia mo bawa..).

Kalau tengok jalan cerita simple saja. Kalau cerita ni dikembangkan mengikut kelogikan yang digariskan, aku rasa mmg cerita ni bagus. Orang cakap ada adventure, imaginasi dan sebagainya la. Tiba2 wujudla pula satu kelompok manusia yang digelar sebagai Smokers (kunun sebab keja diorg bersigup saja.. makan/minum pun tidak payah.. besigup pun boleh kasi panjang umur). Kerja diorg ni kira macam lanun la, cari kumpulan lain bunuh lepas tu rampas harta diorg. Paling best Smokers ni, ada jet ski, ada kapal terbang, ada machine gun, ada kereta, ada kapal laut besar (kunun HQ diorg la tu). Kumpulan lain mcm mo mati berkayuh, diorg tiba2 ada segala macam. Tidak pula diorg sibuk2 mencari daratan. Sibuk juga mo cari budak (yg kunun ada tatoo peta lokasi daratan di belakang dia).

Itu aspek penjahat. Sekarang kita tengok aspek hero pula. Kalau dia buat hero tu biasa2 ja, aku rasa ok juga. Tapi mgkn sebab dia rasa alang2 berimaginasi biar sampai jadi karut pun tidak apa. Asalkan pengarahnya plus penulis skrip gembira, oklah tu. Dia pun cakap la dengan hero tu, "Kau, aku kasi insang plus free gift selaput di kaki supaya ko boleh berenang macam ikan dan tahan napas macam ikan". Dijadikan cerita, dia jadi mutant ninja fish la tu. Bukan pun banyak dia boleh buat klu dia jadi mcm ikan. Sama ja aku tengok mcm manusia lain.

Sepanjang2 cerita ni berjalan, ketawa saja aku tidak pandai berhenti. Sudah habis cerita baru aku cakap dengan laki aku

aku : Tidak syok pun..
Laki aku : Inilah movie yg menang anugerah filem paling teruk tahun 1995!
aku : Jadi kenapa suruh aku tengok?
Laki aku : Saja ja.. lama sudah tidak tengok cerita ni.

Haish!! macam tidak alert ja bini dia ni nda suka tengok cerita2 mengarut ni..


1 comment:

  1. apa kunun jenama sigup yang dorang hisap sampai mo jadi lanun merampas harta orang? mangkali dorang ada restoran sigup hutt kan? baru la boleh bersigup sedap2 dan kenyang..

    ReplyDelete