Mar 30, 2012

Bom Perang Dunia Ke-2

Assalamualaikum :)

Kemarin heboh dalam FB perihal bom perang dunia ke-2 yang ditemui di Labuan (ehemm.. kampung lamanku) 2 hari yg lalu. Tidak lama lepas tu baru aku tau lokasi sebenar bom itu ditemui adalah di Kampung Tanjung Aru (ehmm.. exactly tempat aku dilahirkan). Rasa bangga ada, (terus rasa macam terkenal) rasa risau pun sure la ada.

Dijadikan cerita, pakar dari KK dan KL telah hadir sama dalam proses untuk meletupkan bom berkenaan kemarin (29/3/2012) dalam jam 2.30 pm. Kadang2 terdetik juga rasa pelik kenapa bom tu tidak dimatikan macam yg omputih selalu buat. Mungkin sebab bom tu tiada dalam silibus kali kan?

So, aku called up my sister tanya mcmna reaksi diorg dan sebagainya. You know la, kadang2 apa yg org khabarkan dlm FB melebihi apa yg sebenarnya berlaku. Everything went well. Tiada pun gegaran yg kuat atau sebagainya melainkan bunyi letupan yg agak kuat (tapi tidak memekakkan telinga). Apa yg penting tiada sebarang kemalangan jiwa dan harta dilaporkan.

So, macamna la rupa bom perang dunia ke-2 yg menggerunkan ini?


Yg berdiri tegak sebelah adik aku tu bukanlah batu. That is the actual bomb. Yep! the same height with 500 kg weight. Kalaulah tumbang tu bom, picak la adik aku tu. Hahaha



Selepas diletupkan.



Kosong kontang. Teda apa mo ditengok.



Lokasi tempat bom diletupkan. Boleh buat kubu utk main perang2 ni.


Apapun, Alhamdulillah.. semua pun selamat. :)



Mar 29, 2012

Week 34 : Persediaan Bersalin



Assalamualaikum :)

Selepas ada 2 anak, aku rasa aku sudah cukup mahir dalam bab membuat persediaan. Tambah lagi la bagi orang-orang yg tinggal diperantauan ni. Semua persediaan pun kena buat sendiri.


Pengalaman Persediaan Bersalin Kali Pertama (2004)

Masa ni memang aku masih jambu batu lagi la. Sudahlah jambu, batu lagi (pertama kali dan degil). Most of the time aku asyik fikir keperluan baby saja. Persediaan baby dibuat lebih awal. Masa kandungan berusia 7 bulan lagi. Beli baju sakan (maklumlah jantina sudah diketahui). Sehinggalah minggu-minggu terakhir sebelum bersalin, baru aku tau (sebab mama aku kasitau) aku kena beli jamu dan maternity pad. Beberapa hari lepas beli maternity pad, terberanaklah pula aku. Nasib baik. Since mama aku orang lama, dia suggest aku pakai maternity loop. Lepas beranak baru aku terkial-kial tanya mama aku mcmna mo pakai. Masa pakai tu, tersenyum kambing aku sorang2. Serius macam pakai cawat! No underwear needed. Hahahaha..





Apa yg aku ingat, persediaan baby pun aku bersedia ala kadar saja. Tuala, lampin (kunun tidak boleh pakai pampers), baju-bajuan. Barangan mandi pun tiada. Langsung tidak terfikir aku begitu besar hospital tapi tiada barang mandi. Selainnya, aku rasa tiada keperluan. Itu masa aku bersalin di Hospital Labuan.


Pengalaman Persediaan Bersalin Kali Kedua (2008)

Tahun lompat seterusnya, aku bersalin lagi. Aku memang suka bersalin tahun lompat-lompat ni. Kurang pasti kenapa ;). Kali ni persediaan pun ala kadar juga. Maklumlah kali ke-2. Perasan terer la kunun. Siap pilih beranak di KK lagi. Konfiden saja beranak jauh dari mama kan?

Anyway since aku sudah ada pengalaman membeli barangan persiapan beranak, kali ni aku beli lambat sikit. Bila kandungan sudah 8 bulan, baru aku terkedek-kedek beli persiapan. Jantina anak tidak diketahui, maka tema warna adalah neutral. Putih, coklat atau hijau (kecuali baju si abang dulu). Peralatan mandi pun dibeli awal (nda mau kena marah nurse.. hehehe).

Bagi persediaan aku, aku beli jamu, maternity pad dan krim pati halia mustajab. Walhal aku tau jamu tu aku langsung tidak akan makan pun sebab takut anak kuning. FYI semua anak aku ada kuning. Kunun nurse cakap sebab darah aku jenis O+. Krim pati halia tu aku beli sebab ada orang cakap bagus untuk keluarkan angin. Maternity pad kali ni aku beli jenis adhesive. Tidak sanggup aku bercawat 24 jam. Sangat menjerihkan.. hehehe.




Cuma terjadi satu insiden yg tidak teruk tapi perlu difikirkan. Since lepas aku beranak, aku dibiarkan di bilik bersalin seorang diri bersama baby for almost 5 hours. Haus dan lapar yang tidak terkata betul la orang cakap. Nama pun baru habis beranak. Mau panggil nurse, seorang pun tidak timbul. Apa yg aku dengar (dari bilik aku) hanyalah bunyi-bunyian teranan si ibu dalam usaha mengeluarkan anak. Ramai pula tu. Bilik aku saja yg senyap. Mo maklumkan hubby yg aku sudah beranak pun tidak tau mau pesan dengan siapa (sebab aku bijak, aku tinggalkan telefon dgn laki aku). Dalam tempoh tu, cuma aku dgn nurse ja yg tahu aku sudah beranak.

Tidak lama lepas tu (lepas 5 jam) barulah ada satu nurse datang melawat. Punyalah dia terkejut tengok aku sudah beranak 5 jam yg lepas. Sebab kunun mama aku tidak tau pun aku sudah beranak. Hebatkah tidak hebat tu? Turn out nurse tu sepupu mama aku (aku ja yg tidak tau). Bila dia tanya ada apa2 keperluan? Laju ja aku cakap mo minum.. "Dari tadi kau tidak minum?" Aku geleng-geleng ja. Kesian rupanya aku ni kan? Hehehe..


Persediaan Bersalin Kali Ketiga (2012)

Untuk persiapan baby, aku selongkar balik baju baby Haikal dan Dyana (mostly Dyana sebab Haikal punya sdh nmpk buruk dan lama). Mungkin mau tambah sikit baju2 berkenaan. Tuala mandi (si abang sma si kakak masih pakai sampai skrg tuala masing2), pampers dan barang mandian sudah dibeli. Selebihnya, recycle balik saja. Lampin (just in case), selimut dan topi. Lain2, aku rasa tidak begitu diperlukan masa di hospital.

Untuk si mama, aku prepare maternity pad, stokin (dulu aku tidak pernah sedia pun), air zam zam (sbg air selusuh) dan kurma nabi (energy booster). Selama aku bersalin, masa Haikal dulu aku guna air selusuh minyak makan. Ewwww.. sangat tidak best! Aku sempat minum 2 kali ja. Masa Dyana tiada sebarang air selusuh digunakan. Kali ni mau cuba air zam zam. Kebetulan pula mama pergi umrah, terus minta kirim air zam zam dgn kurma nabi. Segala jamu, lepas beranak baru aku fikir2kan.

Selalunya sebelum aku beranak, aku amalkan menghafal satu ayat dari surah Al-Abasa. Kakak sepupu aku ada bagi aku keratan ayat ni masa aku bersalin Haikal dulu. Sampai aku bersalin Dyana aku masih amalkan. Tahun ni rasanya tiada perbezaan ;).




Mar 27, 2012

Family Day 2012






Assalamualaikum :)

Last sunday (25.03.2012), jabatan kami buat Family Day. Aku bukanlah peminat acara yg berlangsung hari ahad memandangkan itu aku isytiharkan hari rehat sebelum bekerja keesokkan harinya. But who cares kan? Daripada langsung tiada.

Since kali ni, Family Day diselaras oleh jagoan2 baru ofis (yg sudah pasti jadi kambing hitam sebab baru) ada juga di kalangan senior yg menawarkan diri untuk memberi bantuan dan buah fikiran. Hahahaha, buah fikiran kunun. Idea banyak tapi mau buat malas. Dasar *tuut* betul!

Bila tiba hari yang sepatutnya, kami datang membawa keluarga masing2. Sungguhpun aku perasan jadi perasmi sebab datang lambat, still aku rasa tidak bersalah sebab ramai lagi yg lambat datang rupanya. Sudahlah lambat, tiba2 aku ditegur warna kumpulan apa. Hohoho, langsung tidak tau rupanya warna pasukan adalah merah dan semua peserta kena pakai pakaian yg melambangkan pasukan diwakili. Aku pakai biru walaupun kumpulan merah. Paling best, laki aku pun pakai biru. Anak2 langsung tidak tersenarai dalam jadual pasukan. Kuning dan pink. Apa kena la dengan mama kamu ni. Baca email pun boleh terskip part color pasukan. Ish ish ish..

Untuk kali ni, Family Day dibuat di Karambunai Lagoon Park. Tempat ni sangat sesuai untuk buat Family Day. Langsung tidak perlu fikir pasal anak. Bentang tikar dekat playground, biar diorang main sendiri2. Ibubapa cuma perlu ambil makanan (tapi syg budak2 langsung tidak minat mo makan) dan lepaskan mereka pergi. Run Joey run!!

Acara dimulakan dengan sukaneka utk kanak2. Awal2 aku sudah pesan dgn Haikal, ikut saja apa acara yg ada. Kalau kalah pun tidak apa. Tiada hadiah juga kunun. Seperti biasa, Haikal ikut almost semua acara kecuali musical chair. Untuk makluman, langsung tiada sebarang kemenangan. Nasib Haikal pun macam tidak kisah.

Paling bangga dengan Dyana. Walaupun selalunya malu2 dan asyik berkepit dengan si mama, kali ni sibuk juga dia ikut sukaneka. Mungkin dia nampak abang dia bersukaneka, dia pun mau juga join sekali walaupun di luar garisan.

Bila part sukaneka orang dewasa, aku la yg paling semangat. Aku pun kurang pasti kenapa aku perlu sibuk2. Mungkin sebab team kami tidak cukup orang, ditambah lagi ketua dan penolong tidak dapat menghadirkan diri. All and all daripada 5 acara, sempat juga aku ikut 2 acara. Jangan risau, tiada yang melibatkan lari pecut atau lompat2. Setakat lari sikit2 dan baling2 saja pun. Walaupun ada ketikanya aku terlompat (bukan melompat suka2, tapi terlompat kesukaan) kalau team kami menang, tapi yang penting si ibu dan si anak berada dalam keadaan baik :).

Paling bangga tengok pasangan rakan sekerja yg nampak begitu sporting bila minta diorang terlibat (sebab tidak cukup orang). Kesian diorang, mesti tidak expect pun diorg mo kena buat 'persembahan'.. kekekeke.

Apapun, keputusannya Team Merah dapat tempat ke-2. Sungguhpun kami dilanda masalah kehilangan peserta, at least kami bukan paling last. Kira ok apa!!

Aku sedang tunggu gambar2 diupload dlm facebook. Tapi nampaknya semua jurugambar bertugas pun sibuk minggu ni. Nanti2lah aku update. Untuk makluman aku malas ambil gambar pakai handphone aku sebab aku sibuk jadi tukang sorak berkaliber.



PICTURE UPDATE


Picture taken by officemate Linda
Kelihatan Haikal dan Dyana di sebelah kanan gambar sambil Dyana disorong2 oleh AJK sebab terlalu lidut. kekeke


Picture taken by officemate Jun.
Kelihatan Dyana sedang tekun berbaris utk ambil goodies atau mungkin dia mo ambil acara bola pula. :)


Picture taken by officemate Nura's Camera.
Macam pelik bila tengok aku pakai baju biru, tapi main utk pasukan merah. Ish ish ish, mo kena buang kumpulan kali aku ni..


Picture taken by officemate Jun.
I'm not kiddin' when I said kami mempunyai semangat kesukanan yg tinggi..


Picture taken by officemate Nura's camera.
Acara kemuncak. Tarik tali dgn penuh perasaan.. :)



Mar 22, 2012

Adat Kedayan : Jual Anak

Assalamualaikum :)

Pagi-pagi lagi buka facebook nampak la kes orang cuba jual anak. Ish ish ish.. aku pun kurang pasti la keadaan mental si ibu. Tentunya kurang stabil kali kan?

Tiba-tiba aku teringat suatu masa dulu aku pernah borak-borak dengan mama aku. Kes seorang kenalan aku yang tidak bernasib baik untuk mendapat anak. Bolehlah kita anggap belum rezeki dia. 2 kali mengandung, kedua-dua anak meninggal ketika dilahirkan. Paling sedih kandungan pertama adalah kembar. Setelah ditolak tambah, dia kehilangan 3 anak.

Seperti biasa, mama aku yang sangat femes amos dengan pengetahuan adat orang kedayannya (sangat pelik memikirkan mama aku campuran kedayan dan brunei) mengutarakan pendapatnya (on her kedayan side la).

Mengikut mama aku, kalau kejadian ini seringkali berulang adalah perlu bagi si ibu yg mengandung meletakkan niat untuk menjual anak tersebut melalui akad kepada si pembeli. Ececeh.. pakai akad segala macam mau nikah. Hahaha.. Untuk makluman, si pembeli boleh jadi sesiapa. Sebaiknya si nenek atau si ibu punya adik-beradik perempuan. Kita pun tidak mau, pembeli yang terlalu serius.

Akad dia berbunyi.. "Lahirnya anak ini kelak, akan ku serahkan ia kepadamu untuk dipelihara". Actually tidaklah begitu skema. Asal saja ada bunyi dan maksud yg sama. Itu saja ja tu kasi impak ala-ala drama. Kih kih kih..

Seterusnya, sekiranya si anak selamat dilahirkan. Si ibu perlu meletakkan anak di dulang sambil menyorong dulang tersebut ke arah bakal pembeli. Pembeli kemudiannya akan menyorong semula dulang tersebut ke arah ibu sambil berkata, aku serahkan anak ini untuk kau pelihara dengan upah RM1. Hahahaha.. baru lahir sudah main sorong-sorong tu anak. Umpamanya, si pembeli tadi menyerahkan balik anak tersebut kepada si ibu dengan upah untuk menjaga anak tersebut bagi pihak si pembeli.

Sungguhpun berabis aku ketawa, still aku rasa kagum dengan adat yang satu ni. Berapa ramai rasanya bangsa kedayan yang tau pasal adat ni? Tidak ramai.. dan rasanya tidak terlalu terlambat untuk aku mempelajari serba sedikit adat resam kedayan. Bukan untuk diamalkan, tapi untuk pengetahuan (kalau amal boleh jadi syirik ni tau).

Aku rasa pengetahuan mama aku dalam adat resam kedayan ni mungkin dari arwah nenek aku. Seingat aku, arwah nenek aku sangat berpegang teguh dengan adat kedayan. Cuma cucu-cucu saja yang tidak peduli. Mama aku, kadang-kadang ada mention beberapa adat (terutamanya bila mengandung dan berpantang). Masa first time mengandung, kadang-kadang aku ikutkan saja. Bila sudah anak ketiga, semua pun aku langgar. Hahaha, paling-paling pun mama aku jeling saja. Mungkin dia paham 'produk' zaman sekarang.

Oleh itu, aku amat berbesar hati untuk merasmikan label baru 'Adat Kedayan' untuk rujukan anak dara dan teruna aku di masa akan datang. :)


Mar 21, 2012

Omong Kosong..


Assalamualaikum :)

Kemarin aku sibuk buat BSP (Blood Sugar Profile - jangan ingat aku buat tidak kisah.. hahaha) test. Dimaklumkan oleh lab tech ada sedikit perubahan masa. 8.00 am, 11.30 am, 5.00 pm dan 8.30 pm. Bagi aku masa tu memang cun gila. Tidak perlu la aku kelam kabut makan malam sebelum 6.30 pm (sebab lepas tu kena puasa balik).

Ini bermaksud, aku kena keluar awal dari ofis. 4.20 pm aku sudah berangkat. Tup tap tup tap jam 5.45 pm juga aku sampai klinik. Memang tiada nasib betul lah!

Anyway, result BSP kali ni masih dalam kategori 'lulus'. Hari ni kena jumpa doktor la pula untuk mengesahkan sijil lulus aku tu. Kalau disahkan, dalam 2 minggu la aku temujanji. Kalau fail, alamatnya next week terpaksa la si doktor mengadap aku lagi.

Awal pagi lagi, aku sudah pesan dengan hubby. Hujung minggu ni kena beli barang persediaan baby. Kandungan aku sudah mencecah 8 bulan minggu ni. Satu benda pun belum terbeli. Kalau la aku terberanak dalam minggu ni, puas la aku kena 'basuh' nurse. Baju-baju Haikal dan Dyana masa baby dulu pun belum tercuci. Konon mau buat hujung minggu, tapi hujung minggu ni ada Family Day la pula.

Since jantina anak pun sudah diketahui, aku suruh la dia bagi cadangan nama anak. Memandangkan Haikal dan Dyana aku yg bagi nama, kali ni kasi can la si bapa. Kalau ikutkan hati, aku tidak mau pecah tradisi huruf D. Tapi kalau senarai nama yang laki aku sarankan, macam berpotensi besar owh! Nama-nama yang dicadangkan bukan alang-alang. Sakan aku ketawa. Tapi dia nampak begitu serius sekali. Habis nama satu team Harimau Malaya dia utarakan. Huhuhu..

Mula-mula Shafie Sali. Puas la aku ketawa. Lepas tu tukar Shafiq Rahim (serius bah?). Tidak lama kemudian, Akmal Rizal. Nasib saja dia tidak mention Rajagopal. Kononnya nama Haikal pun sudah ada sikit-sikit Wan Zack Haikal. Hmmm.. berangan mo jadikan anak dia pemain bola kebangsaan kali laki aku ni kan? Kita tunggu dan lihat la saja apa kejadiannya.

I'm not against menamakan anak sempena personaliti sukan atau seni tanah air. Kalau maksudnya bagus, aku kira ok saja. Cuma, benda begini macam bermusim. Mungkin sekarang kalau orang tanya siapa nama anak kau, semua pun akan rasa kagum. Cuba dalam 20 tahun lagi. Kalau ada org tanya kenapa bapa kau bagi nama itu? Kau cakaplah sebab dulu legend bola sepak. Siapa tu??? Lagipun tiada lagi aku jumpa pemain bola sepak masa kini nama Mokhtar Dahari. Kesimpulannya, menamakan anak sempena pemain bola sepak tidak memungkinkan anak anda terpilih untuk jadi pemain kebangsaan. Teeeet!!

So, we'll wait and see. :D




Mar 16, 2012

I am 34


Assalamualaikum :)

Nope. Bukan I am Number 4, but I'm officially 34 y/o. Aku ingatkan aku lebih tua dari itu. Rupanya baru.. ulang semula... baru 34 tahun. It was yesterday actually :).

As usual bangun pagi pasang telinga, just in case my beloved hubby merupakan orang pertama yang mengucapkan Happy Birthday. Tapi hampa, sama ada dia terlupa atau dia mau wish sekali dengan hadiah yang terbaik dari ladang.

Since aku tidak mau buat scene awal pagi buta, so aku decided untuk jadi orang yang pemaaf pagi itu. Masuk kereta, pasang radio Hitz.fm dengan harapan adalah Morning Crew buat rap pasal aku (memandangkan aku ada like fan page diorang). Ihik ihik ihik.. And it happened again. Tunggu punya tunggu, nama aku tidak timbul-timbul. Atau aku yang salah Like?

Sampai ofis, buka FB. Hati mula berbunga-bunga. At least masih ada yang sayang.. Sob sob sob.. Tersentuh sungguh aku. Sungguhpun tiada sebarang item yg dipanggil hadiah, Big Bos awal-awal lagi sudah bagi hadiah dalam bentuk jemputan ke seminar bersama semua rakan-rakan sepejabat.

Paling best, satu benda pun aku tidak paham. Beyond my expertise (expert kah?) kunun. Semua pun related pasal server which of course I know nothing about! Mungkin sikit, tapi sangat sangat sangat dan sangat sedikit. Kalau sudah sedikit tu, memang la perlu ditambah. Tapi kalau tambah sekali longgok, terburai juga la otak.

Bila sesi soal jawab, kebanyakan peserta luar pula yg semangat. Maklumlah pakar dalam bidang masing-masing yg kena hantar. Lainlah kami, yg tunggul-tunggul kayu ni. Setiap soalan yg ditanya, kena bagi saguhati. Dapatlah pendrive. Dalam hati gatal mau angkat tangan, tapi dalam otak satu soalan pun tidak timbul. Maka, kami main pandang-pandang sajalah.

Peserta luar ada 5 orang. Yang rajin tanya 2 orang. Soalan-soalan yg 2 orang tu tanya lebih dari 20 soalan. Kalau ikut aku la, aku ambil saja semua saguhati tu bagi sama 2 orang tu. Bukankah senang?

Sehinggalah topik sebelah petang. Baru la senang sikit aku mau memahami. Itupun sebab aku salah seorang user. User ok.. bukan adviser, technical atau apa. USER sahaja. At least tidaklah zero.

Habis seminar dapat goodies. Aku punyalah excited. Macam menang hadiah pun ada :).




Itu bebola dipanggil stress ball (orang cakap). Sebab aku lebih stress dari anak aku, aku mau letak stress ball di ofis. Dapat pendrive (tanpa perlu tanya soalan), mouse, pembersih keyboard dan skrin serta pen.

Sampai ofis, hubby bagi mesej dalam FB. Baru mau wish Birthday. Cis!! Aku pun satu, handphone lupa bawa. Sampai rumah, bapa aku telefon bawa makan luar. Balik rumah terus tidur. Begitulah sambutannya.. simple as usual. How do I feel? GREAT as always!!


@ 4 AM


Assalamualaikum :)

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni walaupun jam tidak disetkan berbunyi, automatik aku terbangun jam 4 pagi. Tidak kisahlah aku tidur awal atau lambat.

Bukan tidak boleh tidur balik. Tersangatlah boleh. Tapi akibatnya kena tanggung sendiri. Silap haribulan 6.30 pagi baru bangun. Kalau hari bekerja, harus sentiasa beringat.

Oleh sebab masalah aku yg satu ni, aku kerap mengantuk di pejabat. Depan PC pun boleh blank (terlelap). Bukan tidak banyak kerja, tersangatlah banyak. Kadang-kadang terpaksa berulang-alik ke pantry untuk buat minuman panas. Hasilnya? Bolehlah cover mengantuk dalam 20 minit macam tu. Lepas duduk another 15 minutes, mata kembali berpinar-pinar..

So, apalah yang aku buat pukul 4.00 pagi? Kemas rumah, kemas baju anak, iron baju kerja dan kalau ada masa terluang buat kuih. Kelas kau buat kuih pagi-pagi buta. Lepas tu suruh laki bawa pegi ofis jual dekat pantry diorang. At least, hasil ketidaktiduran aku tu boleh menambah sumber kewangan dan mempertajamkan skil membuat kuih aku yg tidak seberapa ni.


Tapi perkara ni tidak boleh dibiarkan berpanjangan. Takut tekanan darah merundum jatuh sebab tidak cukup rehat. Huhuhu..



Mar 14, 2012

Lawatan ke Klinik Gigi

Assalamualaikum :)

Anak-anak aku, sungguhpun kesihatan fizikalnya boleh dibanggakan, jarang sakit walaupun tanpa sebarang supplement. Paling best, aku letak lagi diorang di lokasi jangkitan. Biasalah nursery, kalau sorang sakit, sure anak-anak lain kena.

Cuma satu yang aku risaukan. Kesihatan gigi diorang. Dulu masa Haikal, aku macam tidak kisah sangat. Lagipun ramai yang cakap keadaan gigi begitu adalah normal bagi anak-anak. Mama aku siap letak teori kununnya aku kurang minum susu. Walhal, bergayung-gayung sudah aku minum (yalah tu bergayung..).

Bagi mengelakkan gigi Haikal yang lainnya tidak buruk, maka aku pun ajar la anak berus gigi. Walaupun kadang-kadang pandai termissed, hakikatnya gigi depannya masih juga memburuk. Mudah rapuh pula tu. Gigi terhantuk tangga terus tinggal tunggul. Haishh!! Merunsingkan. Tapi bila kebanyakan orang cakap itu normal, maka aku pun akun jugalah.

Bila lahir si Dyana, aku pasang tekad baru. Harus bersungguh jaga si gigi. Maklumlah anak dara. Terhantuk pun tiada, alih-alih sama juga tinggal tunggul. Kenapakah? Mungkin betul kali aku kurang minum susu. Tapi anak orang lain yang mamanya tidak langsung minum susu pun cantik tersusun ja gigi anaknya, jadi kenapakah sedemikian rupa? Aku terlebih minum susu kah?

Oleh kerana aku tiada sebarang jawapan, akhirnya aku berserah sajalah. Ada manusia-manusia yang cakap, nanti bila gigi betul mau tumbuh, gigi buruk berkenaan akan jatuh dengan sendirinya. Wow! Teori yang sangat menyenangkan hati.

Sampailah satu ketika, makcik aku (adik kepada mama aku - Mamit Simah) buat teguran. "Kau ni mesti selalu kasi susu anak masa tidur kan? Itulah gigi anak kau begitu semua". Hamboi makcik aku.. mentang-mentanglah laki Pegawai Kesihatan, bukan main lagi. Apapun, aku dapati teori dia lain dari yang lain. So, aku terfikir-fikir juga walaupun kadang-kadang rasa tidak logik.

Masa review klinik Dyana hari tu, nurse ada tegur pasal gigi dia. So, dia suruh aku bertemu dan berjanji dengan Klinik Gigi kerajaan yang kebetulan 2-3 tapak saja dari Klinik Kesihatan. Satu bangunan, satu tingkat cuma pintu ja lain. So, aku pun dengan besar hatinya pergi la buat temu janji.

Walaupun nombor giliran aku tertulis '2', entah kenapa klinik yg sepatutnya buka jam 8.00am, 9.30am pun belum buka lagi. Oleh kerana runsing (sebab aku kerja dan keluar sebentar) plus diapi-apikan lagi oleh auntie yg pegang giliran '1'. Maka, aku sudah mula mempertimbangkan untuk reschedule. Mungkin lain kali. Sekali dengan abangnya Haikal. Auntie tu cakap, kalau setakat masalah gigi Dyana tidak serius. Nanti jatuh sendiri (di mana aku pernah dengar ayat tu ah??). Kononnya anaknya pun macam tu juga dulu. Sekarang cantik sudah gigi anaknya. Siap tayang anak yg gigi dia buruk macam Dyana lagi. Anak auntie tu sudah 13 tahun. Cuma ada masalah gusi berdarah.

Setelah menunggu untuk seketika, akhirnya aku ternampak satu poster pasal penjagaan gigi kanak-kanak. Aku baca dan baca, tiba-tiba aku tersentak. Mungkinkah teori yang makcik aku cakap hari tu benar belaka? But since, anak aku jarang ada masalah gusi bengkak atau sakit gigi yang serius aku berniat untuk tunggu itu gigi jatuh dengan jayanya. Maka, aku tidak jadi la ke klinik gigi.

Sehinggalah suatu ketika, masa bapa aku sibuk kasi Dyana makan jambu batu, tiba-tiba Dyana menangis sambil mengatakan giginya sakit. Aku ingat ada benda tersumbat di celah gigi. Tapi mustahil la pula kan? Gigi sudah tinggal tunggul, apa lagi la yg tersekat kan? So, aku anggap sakit sekejap saja. Itu anggapan saja. Bila Dyana menagis setiap kali makan, aku sudah mula risau.

Aku bawa pergi klinik gigi swasta. Bukan main jaguh lagi si mama. Main redah klinik tidak buat appointment. Nasib baik la aku ni pandai berkata-kata (chewahh..). Aku cakap, aku mau doktor cek saja sama ada perlu diberi ubat atau apa untuk kasi hilang sakit. Last-last, dapat la aku menyelit di antara appointment.

Dyana nampak kerusi dentist sudah meraung sakan. Pasang kartun pun tidak guna. Apa lagi mau pegang-pegang tangan sama si mama. Doktor suruh mama baring sambil pangku Dyana. Aku kurang pasti la kalau doktor tu rabun ka apa, macam dia tidak nampak perut aku tidak mengizinkan aku pangku si Dyana. Tapi sebab terpaksa, kita bertahan sajalah kan labu?

Setelah diperiksa, actually mama yg periksa. Doktor arah-arah si mama saja apa mau buat. Hamboi kelas kau.. jadi dentist aku sekejap.. Hehehe. Doktor membuat keputusan. Disebabkan Dyana kurang memberikan kerjasama, maka untuk sementara waktu dia akan bagi antibiotik untuk kasi hilang bengkak. Dalam 1 minggu lagi, kena cabut la gigi depan dia sebab takut masalah berulang kembali.

Aku macam pelik sikit. Boleh cabutkah? Gigi Dyana tunggul pun tiada. Dia cakap boleh. Cuma kena inject bius. Aku tanya balik. Inject? Tidak pakai spray? Dia cakap tidak boleh sebab gigi Dyana masih kuat. Kena strap Dyana, then baru bius. Aku sudah macam mo pitam. Strap? Kalau strap, kepala tidak goyang kah? Sungguhpun aku terkemuka dengan imaginasi yang melampau, tapi memikirkan keadaan tu aku macam tidak senang sikit.

Apapun untuk kebaikan anak plus of course la doktor tau apa yang patut dibuatkan? Maka aku buat la temujanji. Apa yang doktor lupa cakap ialah.. kalau gigi tu sudah tiada tunggul, kemungkinan gusi akan dipotong sedikit bagi memastikan gigi dapat dicabut. Serius? Dipotong?

Sehari sebelum temujanji terus aku cancel. Aku cakap kami reschedule lain kali. Macam tidak sanggup aku membiarkan anak aku melalui proses-proses tersebut. Gerun aku.

Maka, aku buat sedikit kajian. Ianya diapanggil karies botol susuan. Anda boleh klik sini dan sini untuk pencegahan. Memandangkan aku ada satu peluang lagi, aku harap kali ni aku lebih bersedia la gamaknya. Huhuhu..



Lebih kurang beginilah gigi si Dyana



Movie : Faster [2010]





Assalamualaikum :)

Macam lama sudah aku tidak review movie. Bukan tiada masa mau tengok wayang, cuma dalam keadaan sekarang ni wayang-wayang kebanyakan adalah terhad. Lagipun, kalau tiba-tiba terberanak dalam panggung, jadi 'ahli percuma' aku seumur hidup. Hahahaha..

Actually, aku tengok movie ni pun dalam pakej movie Astro. Kurang pasti yang mana satu. Masa mula-mula tengok Dwayne 'The Rock' Johnson muncul dalam movie ni, aku ingatkan cerita lawak. Mungkin sebab kebanyakan movie dia yang aku tengok ada unsur-unsur lawak sikit. Bila aku tanya tajuk apa sama laki aku, dia cakap 'Pastor'. Itu yang aku dengar la. Sepanjang aku tengok cerita ni, macam tidak related la pula tajuk dengan jalan cerita. Last-last check info, rupanya 'Faster'. Sama ada sebutan laki aku yg tidak jelas, atau pendengaran aku yg ada masalah sikit.

Sungguhpun aku ada sedikit isu dengan sebahagian scene, tapi selebihnya aku sangat suka la. Sepanjang movie ni aku macam berteka-teki. Itu sebab I like. Kih kih kih..

Mengisahkan tentang seorang banduan bernama Driver. Aku pun kurang pasti la ni nama betul ka atau gelaran penjara dia. Dia dipenjarakan kerana bersubahat dalam satu kes rompakan. Bersubahat maksudnya, dia setakat driver ja pun.

Driver ni bersubahat dalam aktiviti merompak bank atas rasa ingin membantu 'abang' beliau. Aku kurang pasti kalau abang betul ka tidak, sebab rupanya tidak sama. Semua perompak termasuk Driver ada 4 orang. Selepas berjaya meloloskan diri dari pihak polis, Driver dan rakan-rakan telah di ambush oleh kumpulan lain. Ini kes perompak yang dirompak la ni. Ini mengakibatkan 3 orang rakan termasuk si abang tadi mati dibunuh.

Ok, sekarang kita hampir sampai ke part yang aku rasa agak mengarut sikit. Driver merupakan akhli terakhir dalam kumpulannya yang dibunuh. Dia ditembak di belakang kepala oleh ahli ke-5 perompak yang tidak sempat dilihat. Sungguhpun begitu, setelah disahkan mati oleh ME, tiba-tiba Driver hidup semula. Yep! Itulah yang aku kurang berkenan. Itu la sebab dia kena masuk penjara. Maka bermulalah episod Driver yang terkenal dengan panggilan The Ghost sebab dia refuse untuk mati la kunun.

Apabila dia keluar dari penjara, Driver telah berlari dengan penuh tenaga menuju ke keretanya yang ditinggalkan di tempat pelupusan kereta (betul ka ayat aku tu?). Cantik berbungkus serta terdapat beberapa gulung duit dalam dash boardnya. But who cares la kan kalau tiada orang berminat mau tau kenapa kereta tu berbungkus selama 8 tahun.


Punyalah lawa kereta, orang tiada hati pun mau ambil. Puas kena jampi kali ni kereta.


Perjalanan Driver bermula apabila dia menemui seorang kenalan yang telah ditugaskan untuk mendapatkan beberapa maklumat. Antara maklumatnya termasuklah mereka-mereka yang telah membunuh abang and the gang. Seorang demi seorang mereka dibunuh secara terbuka.

Of course la, kalau sudah kes bunuh ni mesti ada polis khas yg ditugaskan. Dua orang polis ditugaskan untuk menyiasat. Seorang hampir pencen dan sorang lagi perasan bagus.


Boleh agak bah kan yg mana satu bakal pencen dan mana satu yg tidak?


Tanpa disangka, ahli ke-5 secara rahsia telah meminta bantuan pembunuh upahan untuk bunuh Driver sebelum dia sendiri kena bunuh. Maka pembunuh yang laki aku cakap 'handsome boy' ni pun turut la menyemakkan diri dalam setiap adegan-adegan tembak menembak. Driver tembak target, pembunuh upahan sibuk tembak Driver. Macam tembak tiga segi la.



Inilah handsome boy yang laki aku cakap..
Mula-mula macam cool ja, last-last tu macam hilang sabar sudah dia..



Walaupun si pembunuh upahan sangat terer, dia sempat mencederakan si Driver dengan menembak ke leher Driver. Mengikut firasat aku peminat CSI ni, sepatutnya Driver mati sudah. Tapi entah kenapa boleh lagi dia jalan-jalan macam biasa. Banyak betul bekalan darah dia kan?

Mencari ahli ke-5 ada a bit tricky utk si Driver. Sebab dia tidak nampak muka. So, dia main agak saja siapa yang membocorkan maklumat tentang rompakan bank yang diorang buat. Masa dalam proses membunuh ahli ke-4 yang ternyata sudah transform sepenuhnya dan memilih jalan hidup yang penuh keimanan, Driver akhirnya membuat keputusan utk tidak bunuh ahli ke-4. Lagipun dia tukang jaga pintu ja pun.

Little that he knows, di tempat ahli ke-4 ni la Driver dibunuh untuk kali ke-2 oleh ahli ke-5. Which is..


Tu nah yang tengah-tengah tu. Iyalah.. yg polis tu. Awal-awal cerita aku sudah agak memang dia la orangnya. Cuma macamna dia dapat maklumat rompakan ja yg aku tidak tau. Last-last partner dia yg kasi selesai misteri.


Tapi magically once again, Driver hidup semula serta menghabiskan target yang terakhir. Pembunuh upahan? Dia terus pencen sebab tidak berjaya menghapuskan Driver. Upahnya yg hanya USD 1 tu pun dia tidak mau ambil.

That's it. I know, semua pun aku cerita. Terus macam tidak best sudah tengok ni movie. But then, this is 2010 punya movie. Siapa peduli kan? At least aku kasi tinggal kamu dengan misteri macamna si ahli ke-5 dapat information pasal rompakan tu. Tengoklah.. confirm tidak rugi. :)


Mar 13, 2012

Kenangan Lalu






Assalamualaikum :)

Aku jumpa benda ni dalam facebook. Kurang pasti siapa yang share. Mau cari balik, penyakit mandarilas aku pula datang menjelma. Tapi aku macam tidak boleh ignore. Maka aku share balik di sini.

Bagi aku kenyataan di atas memang ada benarnya. Bagi aku benar-benar belaka gitu.


1) Last generation that learnt to play in the street. We are the first who've played video games, see cartoons in color and went to amusement parks.

Dulu masa aku kecik-kecik, aku, adik perempuan aku plus sepupu2 rapat aku (ketika itu) Mirol, Juan dan Didi suka main tepi jalan. Maklumlah jalan kan clear. Belum ramai yg berkemampuan beli kereta time tu. Seingat aku, time tu kami ada kereta van yg telah diubahsuai ala-ala The-A-Team oleh bapa aku. Kami bukan suka-suka main tepi jalan buat khemah ka apa, tapi kami suka main longkang tepi jalan tangkap ikan sapat, karuk dan sebagainya. Bukan utk dimakan tapi utk masuk aquarium. Kelas kau, aktiviti zaman dulu. Main tangkap ikan secara actual. Bukan main ala-ala maya macam sekarang ni. Lepas tu, kami semua suka merayau-rayau ke rumah-rumah saudara yg sudi menerima kami seadanya. Entah apa la mama aku buat dulu sampai dia kasi biar kami jadi kutu rayau. Kalau anak-anak aku, keluar pintu rumah pun aku sudah teriak. Takut kena culik.


Bab main video games tu, memang tidak boleh disangkal lagi. Masa tu, aku agak-agak mungkin aku berumur dalam 12 tahun ke atas. Main games pun masih pakai benda alah yg rupanya macam kaset. Paling popular Mario. Lepas tu baru main Street Fighter. Siap terangkat-angkat badan masa main game. Sepenuh jiwa dan raga kunun.




2) We are the last to record songs of the radio on cassettes and we are the pioneers of walkmans and chatrooms.

Hahaha.. kamu yg muda2 ni pandaikah rekod lagu pakai kaset? Silap-silap rupa kaset pun tidak tau macamna. Bab walkman tu, aku mula-mula beli masa masuk asrama. Kasi hilang mengantuk masa study kunun. Bila mau jimat bateri, mula la rewind secara manual. Hehehe kenangan betul la.. Bab chatrooms tu, kebetulan la pula masa masuk U. Biasalah, zaman remaja.




3) Rode our bicycles down the road without brakes.

Aku pun hairan betapa tidak selamatnya permainan kami dulu. Seingat aku, basikal abang aku satu-satunya basikal yang kami ada. Itupun lepas dia cuba-cuba jadi McGyver kutip badan basikal di sana, tayar di sini. Kesimpulannya semua item diperolehi dari sumber-sumber yang tidak diketahui. Lepas digabung, dapatlah basikal tanpa brake. Kunun-kunun, brake pakai kaki saja (of course dgn selipar lah.. mau mampus brek berkaki ayam?). Tapi sayang tiada sebarang gambar utk membuktikan aksi lasak yang satu ni. Aku pernah ada kecederaan disebabkan naik basikal abang aku. Dasyat juga kecederaan aku dulu.


4) We never had phones but still kept in touch.

There you go! Patutlah suatu masa dulu kami hitam legam, berkudis sana sini, kurus macam lidi.. sebab kami selalu merayau ke rumah geng sepermainan. Apa jenis permainan yang akan dimain, boleh difikirkan kemudian. Yang penting buat perhimpunan pagi dulu. Balik haruslah sebelum maghrib or else puas la kena rotan si mama. Saat paling berharga!


*All pictures - credit to Google


Mar 12, 2012

Bye Bye Haikal



Assalamualaikum :)

Setiap kali cuti sekolah, Haikal mesti sibuk mau minta hantar pergi Labuan. Kononnya tidak seronok duduk dalam nursery yang dihuni hampir kebanyakan kanak-kanak tidak cukup umur.

Bagi aku, kalau boleh memang mau berkepit saja dengan anak-anak. Tapi memikirkan 'kebenaran' kata-kata si Haikal, akun juga la aku menghantar. Asalnya, aku berkira-kira mau kirim Haikal dengan makcik aku yg kebetulan balik Labuan. Tiba-tiba mama aku pula bersemangat suruh kami kirim si Dyana sekali. Bukan, makcik aku tu tidak boleh diharap. Cuma dengan keadaan anak-anak aku yang aktif, bising dan banyak songeh.. aku tidak pasti kalau makcik aku larat. Hahaha..

Akhirnya, kami ambil keputusan balik ke Labuan. At least kalau Dyana tidak mau tinggal dengan nenek, kami boleh terus angkut balik ke KK. Sampai Menumbok, konon-konon mau naik feri ekspress ISRO. 45 minit perjalanan. Tapi sayang, penuh la pula. Kalau naik Feri besar (dlm 2 jam lebih perjalanan), aku rasa malas. Terlalu lama utk sampai Labuan. Akhirnya, aku nekad naik speed boat (30 minit perjalanan). First thing first kena call bapa aku tanya ramalan cuaca atau keadaan laut. Lepas bapa aku bagi green light (bapa aku berkhidmat dalam perkapalan once upon a time), terus beli tiket.

Sungguhpun ramai penumpang lain nampak begitu concern dengan keadaan aku si mak buyung, tapi diorang diamkan saja. Alhamdulillah, langsung tiada sebarang ombak atau hentakan sepanjang perjalanan.

Sampai Labuan seperti biasa, aku akan memenuhi segala macam craving aku yang tidak berkesudahan. Antaranya:

1) Cendol Langkasuka

Langkasuka tu kedai makcik aku. Tapi sebab ada anak buah dia yang kawin, maka kedai ditutup utk sementara waktu :(. Bagi mengubati hati yang lara, aku pun pergi ke UK utk cari cendol Cinta yg dikatakan popular. Tapi sayangnya, aku rasa cendol Langkasuka masih yang terbaik!

2) Cucur Udang Sopiah

Aku tidak pasti beberapa kali sudah aku kirim dengan adik aku setiap kali dia berkunjung ke KK. Malangnya setiap kali tu la dia tutup. Kali ni aku pergi sendiri. Kedai buka hati sudah mula berbunga-bunga. Jam menunjukkan 3.15 pm. Tapi sayangnya cucur udang sudah habis. Siapa la yang memborong suka hati ni kan? Belum rezeki kali.. huhuhu.

3) Nenas Tumis

Arwah nenek aku suka masak ni dulu. Tiba-tiba teringin makan. Aku balik Labuan dengan harapan boleh minta mama aku masakkan. Memanjang la pula kami pergi orang kawin. Sudahnya, dapur tidak berasap. Apapun, aku jumpa juga la udang sambal dengan nenas masa majlis kawin. So, tidak la kempunan sangat.

4) Kari Ikan

Hajat hati mau suruh mama masak. Mungkin sudah rezeki, kebetulan pula mama aku ada masak lebih hidangan peserta kursus umrah. Hehehehe tercapai juga hasrat hati.


Plan utk balik ke KK, jatuh keesokkan harinya. Asalnya Dyana macam mau tinggal. Tiba-tiba, dia angkut pula bakul raga dia naik kereta. So, bye bye Haikal la.

Kami beli tiket feri besar sebab kami tidak terfikir mau beli feri ekspress ISRO. Masuk feri, kami upgrade ke first class. Alasan aku, terlalu ramai manusia yang suka mendudukkan beg di kerusi dan ini menyebabkan lebih ramai manusia yg duduk di lantai. Bagi keselesaan aku dan Dyana, maka laki aku upgrade la ke first class. Tambah RM8 setiap kepala.

Sampai Menumbok, baru perasan tayar belakang kurang angin. Terpaksa drive sampai Kuala Penyu untuk cari stesen minyak. Paling best, atas sebab trip ke stesen minyak Kuala Penyu tu la kami tau jambatan Kuala Penyu-Membakut telah siap sepenuhnya. Jimat perjalanan. Kami bertolak jam 5 pm dari Menumbok dan tiba ke KK jam 7 pm. 2 jam perjalanan, sedangkan selalunya kami mengambil hampir 3 jam utk sampai KK.



Dalam bot laju ni ada peraturan. Semua penumpang kena pakai life jacket.
Siapa yg pandai berenang tidak perlu pakai (my hubby tidak pandai berenang tapi tidak mau kalah malu).


Bagi yg rasa dirinya pandai berenang tapi tidak begitu yakin, bolehlah memegang saja life jacket berkenaan.
Tengok Dyana dengan bakul raga kesayangannya.


Bagi yang tau dirinya tidak pandai berenang, haruslah memakai life jacket dengan proper :).
Kamu pun tau kenapa laki aku tidak mau kalah malu kan? Hehehe


Menunjukkan anda telah tiba ke Labuan kerana terlalu banyak kapal yg berlabuh atau tersadai.


Membuktikan jambatan Kuala Penyu - Membakut telah siap dan sedia untuk digunakan.
Yeay!!





Mar 8, 2012

Review 31 Weeks Hospital Likas

Assalamualaikum :)

Telah termaktub dalam kamus klinik kesihatan Malaysia, para pengidap GDM atau kencing manis semasa mengandung perlulah mendapat perhatian sepenuhnya. Sudahlah setiap 2 minggu mau kena jumpa MO di klinik tempatan, sekarang setiap sebulan sekali kena pegi Hospital pula. Nasiblah hospital berkenaan setakat sekangkang kera (si kera harus yg teramat besar) ja dari tempat kerja.

Since temujanji yang ditetapkan adalah pada pukul 10 am, maka aku dengan penuh rasa tanggungjawab dan yakin bertolak dari tempat kerja pada pukul 9.30 am. Baru aku tau betapa susahnya mau dapat parking di hospital tu. Esok-esok kalau aku terberanak waktu bekerja (aku minta puji tidak mau minta cuti awal), sure aku parking tengah jalan. Selepas 2 kali aku tawaf tempat parking pakai unta kelisa aku, akhirnya aku ditahan oleh security bertugas. Aku ingatkan aku dicurigai, rupanya dia suruh double park saja mana-mana. Tinggalkan nombor telefon dekat dashboard, sebab mengikut beliau kalau cari parking 1 jam belum tentu dapat.

Mengikut arahan walaupun keberatan, aku double park la suka hati. Masuk ke hospital sambil melilau-lilau mencari arah tuju. Nampak saja kaunter security terus tanya, "Mana klinik ibu dan anak?". Masing-masing tercengang dan terpinga-pinga. Last-last baru diorang tunjuk arah. Memandangkan bontot masing-masing ada emas, atau mungkin booth security tu ada berlian semua pun main tunjuk-tunjuk ja.

Sekali lagi, atas dasar malas mo memaksa aku pun berjalan menonong laju ke hadapan (seperti mana arahan pak guard). Tiba-tiba seorang jejaka budiman, mula menegur. "Kak, mau pegi mana?". Aku cakap la klinik Ibu dan anak. "Owh.. O&G bah tu. Limpas sudah kak. Sana kakak masuk." Orangnya masih muda dan berpakaian biasa seperti mana pelawat-pelawat lainnya (atau pekerja yg undercover aku pun tidak pasti).

Lepas cakap terima kasih, aku terus ikut arahan si jejaka budiman. Sekali lagi aku jumpa kaunter, aku terus tanya "Saya ada temujanji. Macamna prosedur dia ah?" punyalah skema ayat. Si nurse, pun mula la menerangkan aku kena pergi kaunter pembayaran bil dulu sebelum meletakkan buku rawatan di tray yang telah ditetapkan. Seperti mana juga si pak guard, si nurse nampaknya agak keberatan meninggalkan kerusi emas itu pun menunjuk-nunjuk pakai tangan. Macamlah ada 3D depan mata aku ni kan?

Sekali lagi aku melilau mencari kaunter bayaran bil dan akhirnya aku berjaya! Tapi yang menjadi kemusykilan aku, di mana pula tempat mesin nombor giliran? Last-last aku jumpa kaunter pertanyaan yang lain. Terus tanya mana mesin ambil nombor. Rupanya kena masuk dalam bilik kaca dulu baru keluar dari bilik kaca sebab kaunter bayar bil diluar. Pelik kan? Selalunya di bank no. giliran ambil awal2 baru masuk bilik kaca. Ini terbalik la pula.

Tapi tak apalah. Dipendekkan cerita lepas segala urusan bayar bil (aku tidak perlu bayar, cuma next time kena bawa GL), aku masuk balik bilik O&G. Lepas diinterview, aku kena suruh ambil sampel air kencing dan timbang berat. Aku rasa tiada masalah untuk cari lokasi tersebut. Tau2 aku sudah sampai di sana. Keluarkan IC seperti arahan yang tertampal dalam cermin dan terus naik timbangan. Lama aku termenung di mesin timbangan manual tu. Menunggu arahan seterusnya. Sampailah si nurse bertugas di kaunter berkenaan tanya "Apa lagi yg kamu tunggu tu?". Dengan muka konfius aku pun cakaplah "Timbangan berat badan tidak payah rekod kah?" Kalau tidak payah rekod buat apa la aku mo bertimbang suka-suka kan? Padahal baru kelmarin aku timbang berat. "Oh!! Kamu bagitau saja berapa". Rupanya macam tuu.. mungkin nurse sini semua psikik. Berharap si ibu tau apa langkah seterusnya mau dibuat. Manalah aku tau, berat badan tu mau dikasi tau. Ingatkan dia cek dulu atau sekurang2nya tidak membiarkan aku termanggu di sana dengan menanyakan soalan "Berapa berat badan kamu?". Cis..

Lepas tu kena suruh ambil sampel kencing. Kena masuk satu bilik khas, buat urusan paduka baginda dan bawa sampel kencing ke nurse bertuah itu. Nurse akan mengeluarkan stick ajaib pakai buang utk cek kewujudan protien dalam sampel kencing. Seperti biasa, negatif.

Lepas tu bawa keputusan untuk diberikan pada nurse. Memandangkan nurse yg menginterview tadi sibuk, maka aku pun berdiri-diri di sana. Not sure what to do or what question to ask. Sampai la ada nurse tegur.

Nurse : Mama first time datang sini?
Aku : Iya.
Nurse : Kalau macam tu duduk dulu.

10 minit kemudian..

Nurse : Siapa nama tadi ah?
Aku : [Sambil bagitau nama]
Nurse : Sure kah first time datang sini?
Aku : Iya. Saya mau bagi keputusan kencing ja ni. [Sambil melambai2kan result kencing].
Nurse : Tiada pula kad rawatan kau ni. [Sambil mencari]

Selepas 5 minit..

Nurse : Alala.. di sini pula kad kau ni. Kau sudah kena interview ka tadi?
Aku : Sudah.
Nurse : Alala.. kenapa tidak cakap..

Cakap apa? Semua soalan dia aku jawab dengan jujur dan ikhlas. Cukup tepat lagi aku rasa. Mungkin dia saja yang tidak dengar. Dia tanya aku first time datang, of course la iya. Bukan pun dia tanya kau sudah interview ka tadi? Lagipun sudah aku terang2 bagitau aku mau bagi result kencing saja pun.. patutnya sebagai nurse yg mempunyai psikik confirm la boleh agak aku sudah kena interview. Mana ada orang suka2 masuk pegi O&G terus timbang berat dan test kencing (tanpa disuruh). Duh..

Lepas tu aku kena suruh tunggu di ruang menunggu. Selepas dari proses itu, semua pun berjalan lancar. Cuma aku kadang-kadang terfikir, sungguhpun diorang mengamalkan 5S yang dikatakan membantu melancarkan proses kerja still aku tengok masih cukup perfect. Kalau tidak, takkan la orang macam aku yg banyak tanya ni pun boleh terkial2 all the time kan?


Melaram



Assalamualaikum :)

Usually, baju anak-anak memang aku beli dekat hari raya. Kononnya one-off punya budget. Satu tahun sekali. Selepas 8 tahun, Haikal tidak ada masalah dengan cara pembelian aku. Mungkin sebab dia berbadan kecil. At that time.

Now, di kala dia membesar bagai johan (dan mempunyai selera makan yang membuak-buak), most of his pants and shirts are shrinking in size. But still, baju-baju tu masih bertahan setelah beberapa tahun plus ada stok baju Aiman yang diwarisi secara rasmi (although style Aiman dan Haikal amat berbeza.. Aiman si mat semat, Haikal si mat sempoi).

Akibatnya, kadang-kadang Haikal menolak untuk memakai baju ala mat semat si Aiman, dan lebih prefer pakai baju di rumah untuk pergi berjalan-jalan. Di tambah lagi seluar yang semakin mengetat di bahagian perut. Kesian.. anak aku.

Itu satu kes. In another case this pass few days, Dyana menunjukkan sifat melaram yang melampau. Mau masuk tidur, pakai baju lawa. Mau pegi pasar, mau pakai baju lawa. Malah kadang-kadang, belum mandi pun mau pakai baju lawa. Sepanjang tempoh ini, pendapat dan idea ibu bapa adalah DILARANG sama sekali. Keputusan dia adalah MUTLAK. Ibu bapa hanya perlu fikir sama ada mau bawa dia jalan atau membatalkan saja niat berjalan-jalan itu.


Baju yang dipakai menampakkan kebuncitan yang terserlah disamping seluar yang tergantung-gantung kepanjangannya. Seluar dan baju ni aku beli masa dia umur 2 tahun.



Seluar si kecil masih terdapat sedikit kebergantungan dan dikenakan dengan baju T yang sendat dan ketat. Seluar dibeli tahun lalu dan baju dibeli ketika dia berusia 1 tahun setengah. Kalau mama yg pakai memang excited gila. Masih muat walaupun anak sudah 2. Tapi kalau anak yg pakai terasa kesian pun ada.. hehehe



Oh Tidak!! Time ni aku hampir putus asa mo makan di luar. Dia langsung tidak mau bertoleransi. Baju T yang dibeli tahun lalu digayakan dengan seluar yang dibeli ketika si kecil berusia 1 tahun 6 bulan. Kalaulah dipadankan dengan baju T labuh, mungkin lebih sedap mata memandang. Ini kes kebergantungan yang melampau!



Berapa kerap anda menemui anak gadis yang bersedia menerima cabaran untuk menjadikan bakul raga sebagai handbag? Paling mencabar bila dia rasa penat mau bawa 'handbag', akan terus diserahkan kepada si ibu. Meninggalkan 'handbag' di kereta adalah perbuatan TERLARANG. How uncool is that to look at a pregnant lady carrying a basket that only muat a few bungkus of nasi lemak? NOT COOL at all!



Than I decided. Mungkin Dyana saja buat perangai untuk menunjukkan betapa baju-baju itu perlu diganti dengan segera. Selepas dapat saranan dari Cik Puan Laurah (yg juga mungkin mengalami kesempitan dan kebergantungan si anak teruna), akhirnya kami bersetuju untuk menjalankan OPS Shopping baju anak. Cuma mungkin satu masalah aku. Tanpa kehadiran Dyana, aku rasa susah untuk membuat ukur lilit/panjang. Main agak-agak dalam kes ni adalah tidak digalakkan. Bila Dyana dijemput, takut pula menimbulkan sakit kepala yang melampau. Maka, apakah yang perlu dilakukan?

Mungkin aku perlu beli pita ukur dan ukur saiz badan Dyana di rumah. Lepas tu, aku terpaksa la aku keluarkan pita ukur tersebut masa bershopping nanti. Old fashion, tapi yang penting tiada kerugian. ;)