Jan 10, 2011

#03 - A picture of you and your friends



Sungguh nostalgic sekali gambar ini.. hehehe. Gambar ni actually diambil ketika kami mewakili pasukan bola keranjang sekolah di Kota Kinabalu tahun 1994. Kebetulan malam tiada apa2 aktiviti, so cikgu pengiring kami bawa jalan2 round KK.

Biarkan aku perkenalkan satu demi satu rakan2 aku yg berada dalam gambar ini. Paling kiri sekali Kak Saimah. Tua setahun saja dari aku. Biasanya teman2 rapat dia panggil dia si Amang. Mungkin sebab senada dan seirama dengan nama betul dia, aku pun kurang pasti. Aku kenal dengan dia ni sebab kami sama2 main bola jaring (semua best friend aku tidak ikut la pula bola jaring ni).

Ke-2 dari kiri, Kak Annie Kung kalau tidak silap. Sorilah banyak2.. sebab aku sempat kenal dia 2 tahun saja (masuk masa form 4). Lagipun aku jumpa dia masa main bola keranjang ja.

Yang ke-3 dari kiri tu best friend aku. Satu kelas duduk sebelah lagi. Nama dia Siti Juridah. Sekarang dia jadi polis melengkapi generasi kepolisan keluarga dia. Aku mula rapat dengan dia masa form 4. Kebetulan form 1-3 kami berlainan kelas. Part yang paling aku bangga, dalam ramai2 kawan baik aku dia ni la paling ramai anak. 4 orang to be exact. Sekarang dia masih lagi menetap di Labuan.

Yang ke-4 dari kiri tu lah aku. Hahaha punyalah hitam. Seperti mana entry aku yg sebelum ni, aku ni termasuk dalam kategori aktif sukan. Semua sukan pun mo ikut. Itu la tidak pernah putih. Sekarang aku kerja bahagian komputer (IT person la konon), anak baru 2 org dan sekarang menetap di KK.

Yang paling kanan tu kawan baik aku yg seorang lagi. Nama dia Siti Hajar. Aku rapat dengan dia masa aku form 2. Paling best, Hajar ni actually related dengan keluarga aku. Kira pangkat makcik aku la. Sekarang dia kerja sebagai pensyarah di tempat aku kerja. So, dalam case dia aku mmg selalu jumpa juga. Lunch sama2 (walaupun bukan selalu).. Anak dia pun sma juga 2 orang dan dia pun menetap di KK.

Paling last sekali yang duduk tu. Nama dia Haslinda. My other best friend. Aku masih ingat lagi dia ni suka sangat memasak dan sangat2 genius. Aku rasa dia kerja sebagai akauntan/perunding freelance. Setahu aku anak dia 2 orang dan sekarang menetap di Perak (kalau tidak silap). Dia la rakan aku yg paling lama aku tidak jumpa. Mgkn sebab dia jauh.. huhuhu

Most of the time, me and my 3 best friends suka betul menyibuk2kan diri join apa2 saja yang meriah. Paling best, sebab minat kami sama hampir semua acara sukan kami join sma2. Hoki, bola keranjang, olahraga..

No comments:

Post a Comment