Oct 24, 2012

Elak Sembelit Lepas Bersalin


Assalamualaikum :)

Hohoho.. anak sudah mau masuk 6 bulan, baru mo share..

Lately, (atau sepanjang tahun ni?) ramai la kawan-kawan yg ada rezeki dapat baby. Di ofis saja, main pass baton. Balik dari cuti bersalin, ada lagi yg pregnant. Sungguh produktif sekali.. hahaha.

Lazimnya, bila sudah ada kelompok ibu-ibu mengandung, mestilah ada persidangan meja bulat. Share cerita dan pengalaman sepanjang mengandung. Tidak kisahlah kalau pun cerita tu sudah berlalu belasan tahun yg lalu. 

Antara topik hangat termasuklah morning sickness (aku tidak boleh masuk forum ni.. tiada pengalaman), di saat bersalin dan sudah tentu masalah-masalah selepas bersalin.

Ada orang, masa pregnant sudah sembelit. Ada sesetengah orang, lepas bersalin baru sembelit. Aku seperti biasa belajar dari pengalaman lalu. Lepas bersalin buat kali pertama, sembelit buat aku rasa takut mau masuk tandas. Padahal lagi ditahan akan jadi lebih teruk.

Pregnant kali kedua, aku google merata tempat untuk elakkan sembelit. Banyaklah jamu-jamu yg hebat-hebat disarankan bagi melancarkan proses pembuangan. Which of course, bagi aku agak mahal. Padahal bukan pun aku makan jamu sangat disebabkan permasalah jaundice anak-anak aku.

Lepas bersalin, aku cuba minum air sebanyak mungkin. Lebih kurang 4 botol besar mineral. Hasilnya, sangatlah memberansangkan. Memang aku tiada masalah sembelitlah konon pada masa dan ketika itu. Hasil tenusu sangatlah meriah.

Aku cuba elakkan minuman manis sepanjang berpantang. Air putih semata-mata. Sup seperti biasa harus diamalkan oleh cik kak- cik kak yg sedang berpantang. Aku suka sangat sup masa berpantang. Kalau setakat semangkuk, macam tiada apa-apa. Tapi mama aku suka bagi sup sawi pahit. Selain memperbanyakkan susu (mama aku cakap), mengurangkan sembelit jua adanya. Ada sesetengah jenis buah bagi orang yg berpantang tidak dibenarkan makan. Seingat aku, aku banyak makan epal. Banyak serat konon. Ngeeeeee...


Setakat ni, selepas kelahiran anak ke-3 aku amalkan apa yg aku amalkan masa kelahiran yg kedua. Kurang sembelit. Tapi pernah sesekali aku terleka untuk minum air putih, menyebabkan sedikit kesukaran untuk aktiviti pembuangan. Cepat-cepat aku beli Bliss Yogurt 4 botol. Minum dengan rakusnya. Lepas tu selongkar peti ais mama aku cari buah-buahan (bapa aku peminat Vit-C asli yg tegar), jumpa la epal, oren dan baby carrot. Semua pun dimakan sebagai snack. Ececeh... :)

Bila difikir-fikirkan balik, maybe (just maybe) next time kena consider cari fiber supplements yang bersesuaian. 




Sungguh kurang sopan gambar ini.. hehehe


Happy Mums



Assalamualaikum :)

Finally!! Aku secara rasminya sudah beralih produk daripada manual kepada letrik. Hoooyeaahhh!!

Lepas saja beli, terus pakai. Hohoho...

Ini kira pertama kali berkunjung ke kedai Happy Mums. Kalau dilihat dari luar, rasa macam tidak percaya. Kedainya kecil saja. Silap-silap, produk yg ada cenonet ja.

WRONG! Masuk kedai saja, aku rasa macam kena berbaris. Terlalu banyak barang dan pengunjung. Pekerja? Aku rasa pekerjanya adalah ownernya. Sementara tunggu aku kena layan, mata aku melilau-lilau tengok apa produk yg ada. Tersangatlah banyak. Aku rasa macam kedai ni serba cukup.

Bila turn aku (which tidak sampai pun 5 minit), owner tanya aku cari apa. Bila aku mention breast pump, terus dia tunjuk produk yang ada. Sangat banyak ok. Pelbagai brand. Aku pilih Spectra 3 sebab aku mau cepat. Dia tunjuk macamna mau pasang pam, test ok atau tidak lepas tu siap bagi a few tips pasal breastfeeding. It doesn't matter kalau dia cakap dia tiada anak, aku percaya dengan dia 100% sebab dia nampak sangat yakin dan berpengalaman. 

Aku beli beberapa produk lain sambil-sambil survey milk booster. FYI, produksi susu tidak semeriah dulu. Dulu aku boleh hasilkan 20-25 oz a day masa di ofis. Sekarang, paling-paling pun dalam 10-15 oz a day. Aku kurang pasti adakah ini normal atau tidak, sebab ini kira first time aku cuba simpan stok susu. Dulu, bila mo pakai, baru pam. Terbaekk dari ladang kunun.. hahahaha..

Aku keluar dari Happy Mums.. HAPPY. Bersesuaian dengan nama kedai. Semua yg aku cari ada. Benda yg aku tidak cari pun ada. :)

Aku beli Spectra 3 without the milk booster. Aku mau cuba minum banyak air dan makan kurma (ada orang cakap kurma tu macam milk booster). Sejak aku pakai Spectra 3, produksi susu meningkat sedikit. Nampak sangat la aku malas mengepam pakai manual kan? Hahahaha...

Apa pendapat aku tentang Spectra 3? Lebih baik dari manual (duh!!). Jimat masa, tenaga dan lebih efektif. Berbanding dengan pam jenama lain? I have no say. Sebab aku tidak pernah pakai pam letrik lain. 



 Happy Mums, dekat KK Specialist, Damai KK.
Dengar-dengar sudah buka cawangan di King Fisher, KK



 Kedai comel yg cukup padat. Orang yg di atas tangga atau berhelmet kuning itu tidak termasuk dalam hiasan kedai. :)



 Owner bagi aku Gift Voucher yg aku mo pakai utk beli milk booster (kalau perlu) dan baby lotion.


Macamna dulu aku tidak pernah tau pasal kedai ni. Kedai ni bukan saja jual barang utk breastfeeding, barangan maternity pun dia jual. Including maternity jeans (yg aku cari seluruh pelusuk KK dan akhirnya aku beli di KL). Barangan baby macam cloth diaper pun diorang jual. Aku rasa ada banyak lagi produk. Cuma mau kena rajin pusing. 


Oct 22, 2012

The King of All Kings


Assalamualaikum :)

Jumaat lepas, ambil budak-budak dari nursery. Tiba-tiba penjaga tu cakap..

"Dia ni (Hakim), kami panggil Raja Golek. Letak 5 minit, ampai-ampai sudah dia atas lantai. Padahal kami sudah sambung 2 tilam. Dia paling kecik, tapi dia la yg paling pandai bergolek-golek. Dulu masa diorang Haikal dengan Dyana, tidaklah sampai macamtu."

Hahaha.. untuk makluman, penjaga yg menjaga Haikal dari umur 6 bulan dulu adalah orang yg sama jaga Hakim sekarang. 

Hakim memang kuat bergolek. Letak tilam atas lantai, tinggalkan untuk masak nasi. Tup tup ampai-ampai atas lantai tanpa dipedulikan si abang dan si kakak. 

Masa tidur, katil akan diletakkan di penjuru bilik, sambil aku buat shape L untuk cover supaya dia tidak jatuh. Kalau aku mo buat kerja, aku letak bantal tinggi-tinggi macam buat kubu perang supaya si Hakim tidak terjatuh. Katil baby, kami sudah kemas. Hahahaha


 Raja Golek


 Sudah tergolek, diam-diam buat muka minta kesian..


Tidur.. Raja Golek Style!


  

Security Guard


Assalamualaikum :)

Dalam misi mencari Spectra 3, aku singgah ke KK Times Square. Tiba-tiba Dyana cakap dia mo buang air besar la pula. Disebabkan itu kira kunjungan pertama aku ke KK Times Square, aku seperti orang lain yg pertama kali sampai harus bersegera untuk mencari lokasi tandas. It's not easy.

Aku nampak seorang security guard sedang berdiri-diri di lobi. Aku terus pergi tempat dia tanya.

Aku : Tumpang tanya.. Tandas di mana ah?
Pak Security : Cuba tanya security. Di sana. (Sambil tunjuk satu arah lain..)

Hanya tuhan saja yg tahu betapa confuse aku pada ketika itu. Adakah orang yg aku tanya ni sebenarnya orang awam yg berpakaian security guard untuk suka-suka? Suruh tanya security di sebelah sana, walaupun dia security? 

Akhirnya, aku tanyalah security guard yg dia tunjukkan. Dengan penuh hormat dan kesopanan, Encik security pun tunjuk la arah..

Mak aihhh!! Complicated betul cari tandas ni. Kena turun tangga untuk ke basement car park. Pusing-pusing sikit, baru jumpa tandas yg macam tiada rupa tandas. At least tandas di sana bersih. Maklumlah susah dicari. Surelah bersih kan? 


Lump


Assalamualaikum :),

Bersedialah dengan entri berlipat ganda dari aku.. muahahahaha..

Last saturday, di kala aku sedang sibuk membuat aktiviti pemerahan, aku terperasan something. Macam ada sedikit ketulan. Apakah ini?

Of course la aku panik! Kenapa tidak?

So, just to be sure (sebelum aku admit diri aku masuk hospital atas sebab yg tidak munasabah) aku pun buatlah aktiviti pemerahan dengan begitu bersemangat sekali. Finally, the so called lump akhirnya hilang. Syukur... Teori aku, mungkin kantung susu tidak kosong sepenuhnya menyebabkan ketulan itu muncul out of nowhere.

Disebabkan itu, aku membuat keputusan untuk tukar pam susu. Sekarang, aku tengah pakai pam manual Avent. Almost 6 months, banyak juga la sumbangan yg diberikan oleh si Avent. Tapi aku kena bertukar pam. Harus cari pam yg boleh mengosongkan kantung susu (what's wit the 'kantung susu'?). Tiba-tiba aku teringat, Spectra 3.

Baiklah. Perncarian bermula..

The rest of the saturday, aku round satu KK for Spectra 3. Satu KK! Kecuali kawasan-kawasan yg sesak. Langsung tiada. Kalau beli online, kena tunggu lagi. Tiba-tiba teringat kawan ada pakai pam Spectra 3 baru-baru ni. Risik punya risik, ada jual dekat kedai Happy Mums dekat KK Specialist. Kira-kira mo beli hari ni. :)


Oct 16, 2012

Tips Memilih Sekolah


Assalamualaikum :)

Hamboi.. hamboi.. siap bagi tips konon. Hahaha..

Percaya atau tidak, Dyana akan mula bersekolah tahun hadapan. Bagi ibubapa yang masih 'baru' dalam bidang menyekolahkan anak, sure perkara ini akan terbawa-bawa ke setiap perbualan atau paling teruk pun termimpi-mimpi.

Luckily, ini kira second batch aku. So, aku seharusnya sudah boleh menangani tensi 'sekolah anak'.

Dari apa yg aku perasan, terdapat 3 perkara yang selalu diambil berat oleh ibubapa bila memilih sekolah anak.

1. Terbaik

Sekolah terbaik atau terkemuka ni biasanya menyediakan pendidikan yg terbaik dengan barisan guru yg hebat-hebat belaka. Kalau sudah yg terbaik, of course la pulusnya pun mesti yg terbaik. Yuran, buku dan sebagainya mestilah mencukupi dan terbaik dalam pasaran. Bagi ibubapa yg cukup serba-serbi tidak salah bagi pendidikan terbaik untuk anak. Yang penting mampu.

2. Convenient

Oh.. sesungguhnya aku sangat jatuh cinta dengan perkataan ini. Hahaha.. Anyway, sesetengah ibubapa yang berpendapatan sederhana selalunya memilih sekolah jenis ini (termasuklah aku). Bagi aku, aku akan cuba sedaya upaya mencari sekolah yang memudahkan rutin harian aku. Contohnya : Aku prefer sekolahkan Haikal di taska berhampiran bagi memudahkan aku mengambil dan menghantar 'combo style' (sekali harung dgn adik-adik dia). Bila masuk sekolah rendah pula, memandangkan taska terletak berhampiran sederet sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, adalah kurang bijak kalau aku tidak memilih salah sebuah sekolah dari deretan yg ada. Baiklah.. nampaknya aku kurang bijak. Hahaha instead of sekolahkan Haikal di kawasan berhampiran, aku hantar Haikal sekolah dekat kawasan rumah. Kenapa? Well, harus tanya kementerian pendidikan. Sekolah yg berderet itu hanya menerima pelajar yg tinggal berhampiran sekolah. Lagi bijak, aku tidak cuba minta alamat atau bil letrik taska masa cuba mendaftar hari tu. Apapun, dari hari ke hari, aku rasa bersyukur pula. Sebabnya aku tidak tersekat dalam kesesakan lalu lintas masa ambil anak pulang. Bayangkan.. sederet sekolah kiri dan kanan. Mau berjam juga tersekat kalau Haikal sekolah sana. Lagipun kalau Haikal sudah tukar sesi pagi, aku keluar kerja terus hantar. Senang cerita.

3. Murah

Bagi sesetengah ibubapa yang kurang mampu, diorang akan memilih tadika kemas dan sekolah kerajaan. Mungkin hasilnya tidak seperti sekolah swasta, tapi kalau difikirkan.. dulu anak tukang kebun pun sudah jadi pensyarah. Nothing is impossible kan? Yang penting kemahuan. Kalau ikutkan, aku berkenan mau hantar anak-anak aku ke tadika kemas. Tapi tidak convenient la pula. So, aku hantar ke tadika ABIM. Sekolah rendah Haikal setakat ni, agak baik juga. Aku plan mo hantar Dyana ke sekolah yg sama. 


All and all, sekolah zaman sekarang mahal atau murah bergantung kepada ibubapa untuk bagi kerjasama ketika di rumah. Bukan bergantung pada guru. :)


Dyana utk pertama kalinya ambil gambar ukuran password. Paling kelakar bila dia angkat tangan 'peace' sehinggalah mama dia tegur baru dia duduk diam-diam.


Oct 15, 2012

Pom pom girl


Assalamualaikum :)


Sejak kebelakangan ni, setiap sabtu aku sibuk jadi pom pom girl. Mentanglah laki aku jadi pengurus sukan jabatan dia, kami pun terangkut sekali. Paling tidak boleh diterima, satu acara setiap sabtu. Kalau 8 acara? 2 bulan baru tau siapa pemenang keseluruhan! Terseksa jiwa dan raga you know..

Apapun, aku sempat ikut beberapa acara saja. Itu pun aku bergantung harap pada anak-anak supaya buat hal. Budak-budak kalau buat hal, cepat saja si bapa suruh masuk kereta balik. Hehehehe..

Setakat ni aku sempat ikut 2 acara. Acara pertama badminton di Kompleks Sukan Likas. Singgah sekejap saja sebab aku kena bekerja la pula. On the way ke dewan, aku nampak..





 Ada a few la yg aku kenal Alex Lim dan Alvin Chia. Termasuk no. 4 dari kiri atas, arwah Ramli Ahmad. Aku kenal pun sebab dulu aku sempat buat projek sejarah TOKOH. Aku pilih dia, semata-mata sebab aku kenal anak dia. :)



Acara seterusnya, aku jadi penyokong kuat acara bowling. Hahaha tiada kena mengena ni. 


 Itu bapa budak berbaju biru yg sedang kutip bola, kawan sekolah rendah aku, sekolah menengah dan masih melepak sama-sama sampai sekarang. Itu la aku over-excited. Kalau orang lain, kau ingat aku tidak malu? Ironinya gambar ni.. gambar paling atas adalah gambar arwah bapanya. Yang ini pula gambar anaknya main bowling. :)



 Syabas anak-anakku. Kamu menjalankan tugas dengan cemerlang sekali!
Bila si bapa tengok apa yg anak dia buat, terus bapa tidak sabar-sabar mau pulang. Hehehe


Rambut gugur


Assalamualaikum :)

Kalau dulu masa pregnant, bolehlah berlagak rambut nampak lebat dan sihat. Lepas bersalin, rambut gugur dengan meriahnya. Bagi orang-orang yang diserang anxiety macam aku ni, sah-sah la aku ingat aku mungkin ada penyakit.

Dijadikan cerita, kira-kira sebulan lepas, ada Parenting Expo di 1Borneo, KK. Memandangkan aku, kini sudah bergelar parent (of course) haruslah sedaya upaya untuk menghadirkan diri. Maka dengan itu, aku ajak la kawan seofis, Laurah. Itupun lepas buat perjanjian dengan hubby minta tolong hantarkan lunch-date aku setiap jumaat (Haikal) ke sekolah. Actually expo tu berlangsung 3 hari. Cuma aku tidak sanggup meredah kesesakan lalu lintas ke expo berkenaan. Cukup-cukup la 5 hari bekerja meredah kesesakan. Bukan best sangat pun bersesak-sesak ni. 

Sepanjang perjalanan kami pergi ke expo berkenaan, aku langsung tidak dipandang sebelah mata oleh mana-mana sales rep yang melilau-lilau buat promosi. Of couse la ibu Laurah nampaknya menjadi favorite diorang memandangkan dia tengah sarat mengandung. Aiiikk? Macam ayat merajuk ja ni.. :)

Kami sampai booth susu Anmum. Sedang sales rep tu promote susu Anmum untuk ibu mengandung dengan ibu Laurah, aku pun tumpang dengar la. Ada sesuatu yg dia cakap menarik perhatian aku. Kononnya, kalau sedang menyusukan anak, adalah normal kalau rambut gugur. Sebab kita tidak cukup kalsium.

Wahahaha... Punyalah excited aku dengar. Ini bermaksud aku kena consume calcium sebanyak mungkin la kan? Tapi sebelum ni aku memang sudah minum susu Anlene 2 kali sehari dan minum susu segar 1 kotak besar (sometimes more) sebagai tambahan. Kenapa macam tidak berkurang pun keguguran itu?

So, aku cuba la Anmum untuk ibu yg sedang menyusukan. Terkial-kial sales rep tu kehairanan kenapa aku pula yg sibuk beli susu sedangkan ibu Laurah tidak beli (lactose intolerance). Sudah aku siap beli baru diorang cakap "Bagus kak! Memang kami galakkan breastfeeding ni." Bah baiklah.

Masalah keguguran rambut nampak makin berkurang. Mungkin ada kebenarannya. Tapi pada aku masih dalam tahap membimbangkan. So, aku google. Oh... begitu rupanya. 

Kononnya mengikut site ni, keguguran rambut berpunca dari perubahan hormon ketika mengandung. Patutlah rambut masa pregnant lebat bersinar macam iklan pantene. Lepas fasa perubahan hormon, masa untuk rambut 'rehat' - istilah bagi proses menggugurkan rambut bagi memberi ruang rambut baru tumbuh. Jadi ia dikategorikan sebagai situasi normal. Antara penyebab lain mungkin disebabkan kurang tidur, atau kurang vitamin seperti zinc dan protein.

Bab kurang tidur tu, aku memang tiada masalah. Setakat ini la. Protein mungkin lebih dari mencukupi. Jadi apa langkah yang boleh dilakukan kalau perkara ni normal? Well, mengikut empunya site:

Tukar syampu yang kurang bahan kimia.
Tukar sikat rambut yg kurang memberi tekanan.
Amalkan supplement protein dan zinc
Minum air secukupnya.
Tidur dan rehat yang cukup serta jauhi stress.

Bab lain tu, bolehlah. Paling mahal JAUHI STRESS. Aku memang suka jauhi stress. Masalahnya stress ni suka kejar aku. Hahahaha..

Oh ya. Masalah ini sepatutnya berakhir bila bayi mencapai umur 1 tahun. Apa??!! 1 tahun? Begitu lama? Sabarlah wahai hati..


Oct 11, 2012

SAFMA








Assalamualaikum :)


Aku ada tulis entry pasal SAFMA ni dulu. Bagi yang tidak mengetahui, SAFMA (Sabah Fish Marketing) adalah tempat untuk orang ramai memborong ikan segar pada harga yang murah. I'm not talking about ikan segar yg biasanya kita jumpa di pasaraya. Ini ikan segar yg baru turun dari kapal. I'm not joking! Dari kapal (atau bot?)!

Sungguhpun aku tinggal di KK hampir 9 tahun, aku dapat tau pasal SAFMA ni dari mama aku. Paling dia pelik kenapa aku tidak pernah pegi. Well, ada beberapa alasan munasabah yg aku boleh fikirkan. Antaranya:

Aku ingatkan SAFMA ni tempat borong ikan. Tempat orang beli ikan secara pukal. Adalah memalukan kalau beli ikan setengah kilo padahal orang lain beli sampai berpuluh kilo kan?

Lagi satu, kalau mau pergi SAFMA ni kena bangun awal pagi. Kononnya kalau lambat, ikan-ikan akan dipindah ke pasar berhampiran dan harga sudah pasti akan naik. Mama aku selalu pergi pukul 4 pagi. Serius? 4 pagi?

Apapun, sejak aku ikut mama aku ke SAFMA untuk petama kalinya akhirnya aku mendapati:

Ikan di sana memang segar dan murah.
Aku beli ikan rumahan (kembung) dengan harga RM8 sedangkan dipasar biasa harga RM12. Udang pula dengan harga RM13 (saiz sederhana) sedangkan di pasar RM18. Kalau di pasaraya tidak payah cakaplah kan?

Ikan boleh dibeli dengan kuantiti sedikit.
Bagi orang yg tidak begitu ramai ahli keluarga, adalah sesuai kita beli dalam kuantiti sedikit. Takkan la kita mo makan ikan jenis sama setiap hari selama berminggu-minggu kan? Rupa-rupanya di SAFMA, beli sedikit pun diorang tidak kisah.

Masih buka walaupun pukul 6.00 pagi.
Baru-baru ni aku berkesempatan ke SAFMA dengan hubby. Dia tunggu di kereta dengan budak-budak yg sedang bertiduran, si mama pula meredah pasar mencari ikan. Ingatkan mau terus pegi pasar saja memandangkan sudah lewat. Rupa-rupanya SAFMA (yg kebetulan di sebelah pasar ja) masih buka. 



 Ikan warna merah tu RM3 sekilo. Berkulit keras dan bermata besar.



Ikan rumahan (kembung) 



 Tiada beza harga ikan di atas meja dengan yg dalam bakul. Ikan banyak sangat meja tidak muat. 



 Udang yg aku beli.



 Ikan tengiri dan sotong aku tidak singgah. Tiada dalam senarai. Hehehe



Kali ke-2 aku ke sini, tapi masih malu mo ambil gambar. Semua pun tidak terang. Tapi macam ada improvement. Hehehe

Oct 9, 2012

Que sera sera


Assalamualaikum :)


Dulu masa kecil aku selalu juga nyanyi lagu ni. Mungkin itu satu cara untuk aku cari idea aku mo jadi apa sudah besar.


When I was just a little girl

I asked my mother what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me

Que sera sera

Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que sera sera
What will be will be




Apa yang terjadi adalah.. when I was a kid, somehow the option are so little. Mungkin budak dulu tidak begitu imaginative. Bila kena tanya cita-cita, mesti mo ikut kawan. Jadi polis, cikgu, doktor. Kalau kena kasi 3 ruang, itu 3 sajalah yang diisi. Bezanya cuma susunan. Agaknya masa tu kami fikir cuma itu saja pekerjaan yang ada di dunia ni.

Although beria-ia aku cakap mo jadi doktor, after years of education I ended up being an IT personnel. Who would've guess? Definitely not me. I'm super dumb dumb during my first year in college. On PC pun aku tidak tau! Hahahaha Embarrassing but funny.

Apapun, kids nowadays.. sangatlah kreatif. Bila tanya pasal cita-cita..


Aku : Haikal, nanti sudah besar mau jadi apa?
Haikal : Lumba kereta.



Mengingatkan aku pada seorang pensyarah, bila dia cakap kalau anak dia mau jadi konduktor bas pun dia kasi. Yang penting education ibu bapa kena provide. Itu tanggungjawab ibu bapa.

Hmm... lumba kereta? Rasanya bukan semua ibu bapa rasa over-excited bila anaknya cakap mo jadi pelumba kereta kan?

Dyana, walaupun masih kurang jelas dengan cita-cita yg dipilih.. seems like she loooovvveeeee arts. Melukis, menyanyi..



 
Seniman jalanan in the making.. hahaha



Hakim, sungguhpun baru 5 bulan sudah mula menunjukkan minat yang mendalam bila jumpa air. Masuk besen, berpaut teguh di tepi besen sambil kaki menendang-nendang macam mau berenang.



The next Jeffery Ong perhaps?




What ever will be.. will be.





Oct 4, 2012

Happy 8th Birthday Haikal



Assalamualaikum :)

Cepat sungguh anak-anak membesar kan?

Tahun ni.. Haikal sudah pandai buat birthday counting. Seminggu sebelum birthday dia sudah sound awal-awal tentang 4 perkara.

1. Haikal mau kek yang ada karektor Cars
2. Haikal mau hadiah birthday Hotwheels
3. Haikal mau topi birthday
4. Haikal mau makanan nasi goreng yg mama masak


Cabaran Kek :
Sepatutnya aku sediakan lebih awal. Tapi sebab busy, aku terlupa pegi tempah. Bila mau menempah, terlewat la pula. Terpaksa pergi kedai kek sehari sebelum birthday utk buat tempahan. Sedang pilih-pilih design kek, Dyana pun mau kasi masuk Powerpuff Girl dalam design. Boleh? Bila kita cakap tidak payah, dia buat kuak kupu-kupu reverse style di lantai kedai berkenaan. Anak siapa la tu.. 

Sekali siap..

Haikai? Siapa Haikai?


Sila abaikan pisau samurai aku. Entah macamna pisau kek terhilang masa aku cuba sembunyikan sebab takut Dyana rasmi kek tu dulu. Pandai betul aku kasi sembunyi kan? Betul-betul hilang owh!


Cabaran Hadiah :
Haikal kalau bab hadiah langsung tidak cerewet. Kasi beli kereta mainan, 10 kali dia cakap terima kasih. Kalau tidak dikasi beli, dia cuma cakap "Tidak apalah.. nanti gaji baru kita beli."

4 tahun lalu, dia selalu cakap mo mainan kereta yg ada track. Sebab benda tu mahal, plus si mama ada sedikit kedekut (sedikit?) maka, tahun ni...

Hadiah utk Dyana terpaksa aku sediakan juga. Takut jeloss.. tapi yg murah punya. Kan aku sedikit kedekut.. :D


After 4 years.. Janji ditepati! Hehehe


Sepakat membawa berkat


Cabaran topi birthday :
Tiba-tiba last minute Haikal cakap tidak payah pakai topi birthday. Nasib baik aku belum beli.. :)


Cabaran menu :
Asalnya aku cadang mau makan di luar saja. Tapi Haikal cakap mo nasi goreng yg mama masak. Ini membuktikan.. *ehem* Hehehe

Anyway, memandangkan si Hakim sedikit meragam sebelum majlis bermula.. maka si bapa pun tapau KFC.

Sekian.

Sebak


Assalamualaikum :)

Sepatutnya hari ni aku busy.. (sepatutnya?). Tapi sebab aku awal sampai, aku breakfast la sorang-sorang di pantry (sungguh kesiankan breakfast secara solo?). Sambil-sambil tu buka TV.

Tiba-tiba aku terhenti. Tau-tau hujan la pula... actually nangis, tapi malu mo mengaku.. ihik ihik ihik.. nasib baik makan sorang kan?

Tapi serius.. beberapa malam ni, aku kurang tidur. Hakim tidak sihat dan mula meragam. Menangis tidak berenti pada sesuatu masa.. dan muntah pada suatu masa yg lain. Doktor cakap tidak perlu risau, sebab muntah Hakim bercampur lendir. Tanda-tanda positif la kunun.

Tapi bila melihat keadaan baby Adam Syukri dan ibunya Noraisah Mohamed Malena, rasanya macam.. "Sungguh tabah wanita itu".

Paling tidak boleh tahan.. bila dia cakap (lebih kurang la) :

Allah berikan saya nikmat untuk menjaga ahli syurga, dan saya amat bersyukur.. mama sangat sayang dengan Adam.

Sedang menulis ni pun.. hujan lagi.. huhuhu

Semoga si Ibu dikurniakan ketabahan dan kekuatan.. dan untuk Adam, semoga Allah permudahkan segalanya. Sayang kamu juga!

Untuk cerita sepenuhnyanya klik sini.



Aku memang tidak boleh tengok cerita-cerita begini.. mudah betul dilanda hujan. Nampak saja gagah (gagah kah?), tapi dalam hati ada taman.. :)


Oct 3, 2012

Back to basic


Assalamualaikum :)






Suatu ketika dulu, aku kononnya kena bagi external hard disk 1 TB. Semata-mata untuk buat backup sistem.

Baru satu kali pakai untuk buat backup... terus kong!

Aparah!! Nama ja 1 Tera.. tapi tidak tera (terer) pun..



Anxiety



Assalamualaikum :)

Disebabkan kesibukan yg melanda diri ini, makin terpinggir la pula si blog. Tapi disebabkan topik nan satu ini, akhirnya aku gagahkan (gagah kunun) jua utk iktibar kita semua. *Kenapa aku ni?*

Ceritanya bermula selepas aku pulang dari bercuti 3 bulan (cuti bersalin). Entah kenapa, sejak dari cuti bersalin hari tu pelbagai rintangan terpaksa aku tempuh. *Serius!! Kenapa aku ni?*

Bermula dari masalah event yg berderet, plus server aku yang toink-toink, plus lagi kereta aku yang minta puji, plus musim puncak kerjaya aku *What??!! Kerjaya?* (aku dilanda kesibukan melampau bila student masuk kuliah), tolak tambah semua sekali memang bulan yg mencabar. Situasi ini dijangka akan berlanjutan sampai hujung tahun ni. Sob sob sob..

Hari tu, bos aku hantar pergi forum Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Disebabkan aku dikategorikan wakil tetap jabatan utk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (kira macam doktor lah kunun), atas rasa tanggungjawab aku pun pergi jugalah walaupun keadaan meja aku sangat mendukacitakan.

Mula-mula sampai tu, sesat. Lepas tu, bila jumpa terawal sampai la pula. Bila awal sampai, terkial-kial cari tempat. Sudahnya aku ikut van katerer saja lah.. Bijakkan aku? :) Kebetulan ada ceramah pasal keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebelum forum. Tajuk yg disentuh pasal stress.

Kononnya stress mengikut graf si penceramah, ada beberapa peringkat. Peringkat yang dikategorikan dalam kadar 'harus pergi kaunseling' adalah anxiety. Anxiety ni kira satu tangga la mo pegi kurang waras. 

Tiba-tiba penceramah tanya, "Siapa diantara kamu, bila naik kapal terbang saja time-time tu juga kamu rasa kapal tu akan jatuh?" 

Tangan ada gatal juga mo angkat, tapi sebab tiada orang angkat maka aku pun follow ja la.

"Itu tanda-tanda anxiety.."

Anxiety tu tanda-tanda stress. Kalau dulu, bila aku stress, aku marah tidak tentu pasal. Benda kecil pun mo marah. Kadang-kadang nangis tidak pasal-pasal. 

Sekarang, aku langsung tiada rasa mo marah. Pelik.. kenapa ah?

Tapi.. ada satu perkara yg membuatkan aku risau. Anxiety..


Insiden 1:
Disebabkan permasalahan kereta yg semakin kuat merajuk tu, laki aku penuh tekad mau menukar kereta. Lagipun family makin besar.. sudah tiba masanya utk upgrade kereta '3 kerusi'. Oleh itu, kelisa harus di let-go terlebih dahulu. Bila ada dealer datang utk tengok kereta, (aku bawa kelisa pegi ofis) apa yg aku gambarkan adalah:

Rupa dealer haruslah berambut panjang dan diikat, berbadan sasa dan bertatu, bersinglet putih berkaca mata hitam. Orang tersebut sudah pasti akan bersandar di kereta aku dengan santai sekali. 

Situasi sebenar : Orangnya kecil molek, berpakaian kemas, berambut pendek dan duduk mencangkung dekat kereta aku.

Pengajaran : Bukan semua dealer rupa macam Mail Lambung! Apa yg aku fikir? Nasib baik aku tidak angkut org ofis kasi teman.


Insiden 2 :
Bila kereta sudah kerap bermasalah, jadi pantang aku dengar bunyi yg pelik-pelik. Terasa time-time tu juga kereta akan buat hal. Walaupun mekanik sudah bagi jaminan. Sudah semestinya, bila dengar sebarang bunyian, aku akan ambil lane paling kiri. Konon standby.. just in case emergency. Adalah kurang menarik utk seorang wanita menolak kereta secara solo dgn berbaju kurung ditemani 3 orang anak di dalam kereta. 

Situasi sebenar : Bunyi-bunyian itu kebanyakannya datang dari radio yg aku pasang atau bunyi lori atau kereta yg berada di depan, belakang atau disebelah.

Pengajaran : Sila jangan pasang radio kuat-kuat dan pastikan semua tingkap tertutup rapat.


Insiden 3 :
Hakim untuk sekian kalinya, kurang tidur dan asyik menangis sepanjang hari. Lagipun kepalanya ada terasa seperti suam-suam (mau panas lah tu). Maka, si mama pun mengajak si bapa bawa Hakim ke klinik.

Situasi sebenar : Panas badan Hakim adalah normal dan doktor tidak dapat pastikan kalau ada masalah lain sebab Hakim tidak menunjukkan sebarang ketidak-selesaan.

Pengajaran : Aku sendiri tidak pasti apa pengajaran kes macam ni. Hehehe


Insiden 4 :
Selalunya bila mau bertolak ke pejabat, si suami akan membantu dalam mengangkut barang kanak-kanak sekali dengan kanak-kanaknya ke kereta dengan sehelai sepinggang. Pesanan yg selalu si suami tinggalkan, 

"Jangan kunci pintu."

Entah kenapa, aku yg bijak pandai ni terfikir pula aku 'terkunci' pintu berkenaan, sedangkan aku sudah bergerak manakala si suami masih belum masuk rumah. Penat aku call, of course la aku fikir kalau dia tidak angkat ertinya di terkunci dari luar. Akhirnya, aku pusing semula ke rumah meredah kesesakan lalu lintas utk memastikan keadaan sebenar.

Situasi sebenar : Si suami sudah masuk rumah dan tertidur menyebabkan dia tidak dengar bunyi telefon.

Pengajaran : Stress sangatkah aku ni?


Image from google