Nickname 1 : Burung Pangis/Neng Yatimah
Macam tidak asi la pula 2 nickname tapi dikategorikan 1 nickname. Tapi sebab kenapa aku dapat nama tu sama saja, maka sebagai pemegang mohor2 besar blog aku sendiri.. maka aku izinkan. Burung pangis ni dalam bahasa kedayannya bermaksud burung yang kuat menangis (ini mengikut dictiorina ah..). Aku main agak saja. Aku tau pangis tu bermaksud kuat menangis, burung tu burung lah!! Aku tidak pastilah pula kalau benda ni setakat mitos atau kisah benar. Bila aku kena panggil burung pangis (masa aku kecil) kamu boleh agak sendirila apa hobi aku di masa lapang kan? Neng Yatimah tu sama jugala ceritanya.. Satu2nya pelakon zaman dulu kalau bab menangis dialah bintang!! (Kalau kamu masih ingat, dialah yg berlakon jadi ibu si Pekan dalam Batu Belah Batu Bertangkup.. Hahaha ingat sudah aku tajuk ini movie).. Anyway Nasib baiklah anak2 aku tidak pula macam tuh.. Syukur!!!
Nickname 2 : Mama Rina
Ini nama, dianugerahkan kepada aku tidak sampai setahun aku kerja di tempat sekarang. Kebetulan pula aku pregnant time tu ditambah lagi dengan kepopularan 'Mama Rina AF6' maka secara tidak langsung aku bergelar mama Rina. Awal2 tu macam seram sejuk juga la.. tapi lama2 macam biasa pula. Sekurang2nya ada juga la nickname aku di ofis.. hehehehe
No comments:
Post a Comment