Jan 13, 2011

#06 - Favorite super hero and why

Alamakkk!! Setakat ni banyak2 superhero yang ada semuanya pelik2.. makhluk asing la, pakai tights la, pakai mask la, pakai boot la, pakai cap la, pakai seluar dalam di luar la.. terus jadi tidak realistik. Apa la salahnya superhero pakai baju sukan ka, baju t-shirt sma jeans ja ka, apa2 yg biasanya org kebanyakan pakai la.

Bagi menjawab persoalan di atas, kadang2 teri
ngin juga aku pilih super 'bieber'. Boleh ka? Sebabnya senang saja, dia bukan makhluk asing, tidak pakai tights, tidak pakai mask, tidak pakai boot sampai lutut, tidak pakai seluar dalam di luar dan tidak pakai cap. Macam orang biasa saja kan? Jadi apa yg supernya? Itulah kamu tidak tau.. aku rasa berapa banyak pun org yg cakap diorg tidak suka si Bieber ni, itu semua adalah lahiriah semata2.. cakap tidak suka tapi hati suka. Ini termasuklah kelompok wanita2 berumur dan jejaka2 idaman malaya. Mesti kamu terfikir aku suka Bieber kan? kalau kamu tanya aku mmg tidak mengaku. Tapi kalau anak aku bawa pegi concert dia, sure2 aku yg paling depan hahaha (aku rasalah).


Oklah, kalau mo jua superhero yg betul2 pernah kelu
ar dalam movie, aku pilih Duke G.I. Joe. Kenapa? Sebab dia adalah superhero yang realistik. Aku tau la dia tidak boleh terbang atau melekat di mana2 dinding atau lari sepantas kilat atau keluarkan bebola api/ais atau baca fikiran orang.. tapi perlu diingat, selain daripada movie pernahkah kita jumpa manusia yg ada power macam tu? Hehe sekurang2nya dengan memilih Duke membuka peluang untuk orang2 biasa macam kita terasa macam superhero juga kan?


No comments:

Post a Comment