Entry sebelum ni aku ada mention laki aku bawa tengok wayang disebabkan kami tidak dibenarkan menemankan anak menempuh hari pertama persekolahan kan? So, ini la cerita selanjutnya...
Apa?!! Mo muntah tengok entry aku yg ke-5 pada hari jumaat yang mulia ni? Hahaha biasalah busy sangat.. jadi bila berpeluang, jangan alang2..
Asalnya laki aku mo juga tengok Harry Porter. Aku pula tidak berminat mo tengok cerita2 macam tu. Anyway atas sebab rasa kasih dan sayang (chewaahhh) aku pun ikut saja la. Sekali tengok cerita Harry Porter tidak lagi ditayangkan.. ngehehehe suka hati aku. So, aku pujuk laki aku tengok The Tourist, kalau bukan pasal Johnny Depp, sanggup aku balik tanpa tengok wayang..
OK bagi memulakan semangat tahun baru ni, aku berazam mau mengulas movie ni se'positif' yang mungkin. Cerita ni bermula dengan sekumpulan polis (Scotland Yard) menghendap Elise, seorang wanita yang kebetulan ada seorg boyfriend yang sangat2 genius dalam penyamaran. Kalau tidak genius, takkan la Scotland Yard sibuk2 mo mengikut setiap langkah si Elise. Atas arahan si Boyfriend (Alexander), si Elise mula menjalankan aktiviti2 melarikan diri daripada si polis, dan akhirnya berjaya meloloskan diri untuk masuk ke dalam keretapi. Dari sudut positif, kita tidak boleh salahkan Scotland Yard sebab Sherlock Holmes sudah lama berlalu..
Dalam keretapi, Elise terjumpa dengan Frank (Johnny Depp). Jangan dipertikaikan bagaimana dia terpilih. Ini semua takdir.. (sedaya upaya untuk berfikiran positif!). Cerita punya cerita akhirnya mereka berdua sampai ke Venice. Di Venice, sekali lagi Elise mempergunakan Frank dalam proses membuatkan polis/interpol percaya bahawa si Frank ni sebenarnya si Alexander.
Sepanjang salah faham polis pada si Frank (mati2 diorg ingat dia Alexander), aku asyik2 terbayang gelagat Captain Jack Sparrow. Memang ada sekelumit kelucuan lah.. Setelah menempuh pelbagai dugaan bersama, akhirnya si Elise mula jatuh cinta dengan si Frank. Tidak kisahlah kalau diorg cuma berkenalan 2 hari 2 malam. Itulah yg dinamakan takdir.. (think positive!! come on.. you can do it).
Aku pun kurang pasti apa yang tidak kena dengan movie ni. Bila sebut nama Johnny Depp dan Angelina Jolie (dua2 pun A-list punya actor/actress) patutnya movie ni best. Tapi mungkin sebab kedua2 punya vibe pun bagus, entah kenapa yang tidak bagus tu terkena ke pengarah atau penulis skrip dia.
Sorry to say, Elise ni kununnya orang British tapi slangnya macam kurang mantap. Mungkin juga kurang latihan.. almaklumlah kan.. anak ramai. Johnny Depp pula, macam biasa2 ja lakonan dia. Masih lucu tapi kurang lucu. Tapi semuanya serba tidak kena lah.. jalan cerita dia pun simple ja. Tidak la kompleks sangat.
Keluar dari panggung laki aku cakap, "kesian polis tu kena kasi buduh2". Lepas tu aku balas balik, "kesian kesian polis, kesian lagi penonton.. sama juga kna buduh2"..

No comments:
Post a Comment