Jan 29, 2015

Tahun 2015

Amboi.. aku ni mengalahkan orang yang merajuk. Satu patah ayat pun tidak mampu dikeluarkan. Apa pun, selamat tahun baru semua. Semoga tahun ni akan menjadi tahun yang lebih bahagia, membawa rezeki dan lebih bermakna untuk kita semua.

Apa sebenarnya yang menjadi punca kesunyian ini? Hahaha aku baru kena pindah tempat kerja. Tempat kerja masih sama, cuma penempatan saja yang berubah. Pada pendapat aku, sudah tiba masanya. Suasana baru, rakan kerja baru, azam pun tiba-tiba jadi baru. Bila sampai tempat baru, tiba-tiba dapat bilik. Rasa terharu ada, rasa janggal pun ada. Di tambah lagi kehadiran 2 orang kerani yang akan memberi bantuan 911 sekiranya perlu. 2 kali ganda janggal. Lelaki pula tu. Upgrade 3 kali janggal. Hahaha kalau tempat kerja dulu, semua pun buat sendiri. Tamat cerita tempat kerja.

Tahun 2015, Dyana masuk tahun 1. Baru 1 minggu sekolah, terpaksa pula cuti 1 minggu. Kena chicken pox untuk kali kedua. Terjangkit dari Hakim. Berbeza dengan Haikal, Dyana aku daftarkan masuk sekolah agama. Haikal pun aku masukkan kelas KAFA di tempat kerja aku. Nasiblah diorang masih terima pelajar tua ni.

Tahun ni aku merancang cuti keluar negara. Nekad kali ni mesti pergi. Tiket sudah beli, Tempat penginapan pun sudah ditempah. Insha Allah kalau tiada apa-apa, laporannya akan menyusul mei nanti.