May 24, 2012

Cabaran Berpantang

Assalamualaikum :)

Seperti tahun-tahun yg sudah, aku memilih utk berpantang di Labuan. Kenapa? Mungkin lebih mudah untuk berpantang. Kalau aku berpantang sorang-sorang di KK, sure la pantang aku entah ke mana-mana. 

Sebelum balik ke Labuan, seperti mana juga anak-anak aku yg sebelumnya anak aku yg ke-3 diserang jaundice (kuning). Malah lebih teruk daripada yg sebelumnya. Tapi tidak la sampai kena masuk wad. Hampir-hampir ja. Tapi Alhamdulillah, selepas hari ke-12 aku tidak perlu lagi ke klinik sebab jaundice Hakim sudah mula menurun. Tapi kena ambil langkah berjaga-jaga kalau-kalau jaundice naik semula.

Bab makanan, mama aku tidak menghadkan aku makan apa. Semua makanan pun ok, cuma bab makanan berbisa mama aku memang tengok betul-betul. So, kira 'saya yang menurut perintah' saja la. 

Bila masuk bab berpantang, perkara yg menjadi isu bagi aku adalah kelapangan. Bila terlalu lapang plus kita ni jenis tidak boleh duduk diam, mula la aku terfikir-fikir mo buat kerja dari rumah. Balas-balas email dari user contohnya. Tapi sebab aku takut terjebak, maka aku tahan-tahankan la diri aku. Tidak pasal-pasal aku pula yg stress nanti. Anggapan aku, kalau ada masalah besar pandailah diorang telefon aku. 

Bagi mengisi segala masa lapang yg akan berlangsung selama 3 bulan (aku rasa lain kali mungkin aku pilih 2 bulan.. tapi adakah lain kali? Hehehe), selain membuat operasi mengumpul stok perahan susu, aku kuatkan semangat utk belajar menjahit seperti mana yg aku uwar-uwarkan kpd mereka-mereka yg terdekat. Memandangkan aku masih berpantang (plus adik aku 'berkeras'), aku belajar dari adik aku saja.

Hasilnya, Alhamdulilah ada perkembangan. Nanti aku post dalam next entry :). Tersangatlah bangganya aku.. 

May 12, 2012

Hello World : Daris Hakim

Assalamualaikum :)

Kalau lama tidak post entry sure la ramai yg meramalkan aku sudah bersalin. Alhamdulillah, akhirnya selamat juga aku melahirkan setelah penat menunggu bilakah masanya aku mo bersalin.

Pregnancy aku yg ke-4 (anak ke-3), aku sekali lagi tiada isu dengan morning sickness. Kalau dulu, aku mau juga merasa macamna rasanya morning sickness, tapi lepas tengok geng seofis aku pening2 lalat.. Thank God!! Nasib tiada.. :D

Tiada major issues dalam bab makan. Semua pun aku telan. Tapi apa yg aku perasan, aku suka sangat makan nasi campur. Memang anak orang kampung betul la anak dalam perut aku ni. Since aku GDM on diet, seharusnya berat badan aku biasa2 saja. Tidak begitu meriah seperti selalunya. Yeay!!

Untuk anak yg ke-3 ni, aku keluar tanda bersalin sedikit awal. 24 April 2012 sudah terdapat sedikit darah. Tapi tiada sebarang tanda2 sakit perut. So, aku tunggu dan tunggu. 26 April adik aku dtg bersama rombongan. Still baby belum mau keluar. Tanda2 pula keluar hampir setiap hari. 28 April, bapa aku pula datang. Since sakit perut belum timbul2, maka my sister and I planned mo belanja mama, bapa and my hubby makan seafood di Gayang. Kononnya, sebab kali ni kami tidak berkesempatan untuk celebrate ala2 picnic mcm selalu. Maklumlah tengah sarat. Lepas tu, kirim dengan adik suruh beli kelapa bakar.

Lepas makan tengah hari di Gayang, kami terus pegi 1Borneo. Sempat juga aku beli jamu Minuman Wanita Dalam Pantang. Hahaha kalau bukan namanya macam tu, memang aku tidak pandang.

Lepas makan malam, sedang seronok membasuh pinggan tiba2 aku rasa sakit perut yg melampau. Masa tu baru la aku teringat macamna sakitnya bersalin ni. Aku tengok jam, 8.20 pm. Aku masuk bilik utk keep track berapa minit contraction aku. Lepas 5 minit, another contraction. Laju2 pakai baju terus bgtau hubby mo pegi hospital. Dalam keadaan terpinga2, mama aku suruh bapa aku ikut sekali ke hospital dan mama aku tinggal utk jaga budak2.

On the way ke hospital, contraction setiap 4 minit. Bapa aku siap marah2 dalam kereta sebab aku bagitau lambat. Hahaha.. macamlah sakit perut tu boleh dirancang.

Sampai hospital, aku pun kurang pasti jam berapa. Apa yg aku tengok dalam rekod, aku masuk wad dalam 8.45 pm. Mula2 kena register di bilik penilaian. Memandangkan sakit perut aku sudah tidak boleh ditahan, aku terus kena suruh salin baju dan naik katil. No more kencing dalam bekas! Nurse cakap bukaan penuh. Aku pun tidak paham. Tau2 2 orang nurse kelam kabut hantar aku pegi bilik bersalin. Sampai bilik bersalin, apa yg aku ingat bidan langsung tidak sempat pecahkan air ketuban. Tau2 dia suruh teran.

Suasana di bilik bersalin berbeza dari masa aku beranakkan Dyana. Bidan seorang, doktor perempuan 2 orang, nurse biasa ada dlm 2-3 org. Kira meriah la bilik bersalin kali ni..

Jam 8.49 pm, lahirlah Daris Hakim dengan berat 2.9 kg, 11 hari lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin. Seperti kata adik dan mama aku, anak kali ni tidak mau keluar awal selagi tidak makan seafood dan kelapa bakar di samping memastikan semua ahli keluarga si mama sampai terlebih dahulu utk menyambut kelahirannya. Hamboi.. macam VIP anak aku kali ni. Mengikut rekod, kalau betul aku masuk wad 8.45pm, ertinya 4 minit kemudian aku terberanak sudah. Bidan tidak berpantang2 cakap kalau hari siang, selamat la aku beranak di kereta. Hmm.. macam ku pernah dengar ayat tu. :)

Nama Daris Hakim memang aku plan awal2. Last2 minute, laki aku mo tukar pula nama Daris. Kononnya kalau dalam bahasa kedayan sebutannya macam lucu (Dais). Setelah beberapa hari memikirkan nama yg sesuai, akhirnya Daris Hakim diterima dengan hati terbuka. Maksud Daris adalah pembaca atau pelajar. Sebab aku suka membaca waktu pregnant, kira sesuai la tu. Hakim bermaksud bijaksana. Bak kata orang, kita hanya merancang, tuhan yg menentukan. :)