Nov 9, 2010

Perayaan Bulan November

Bulan November bermaksud bermulanya perayaan yang jarang2 sekali berlaku di ofis. Kebanyakan orang menganggap bulan November menandakan musim tengkujuh baru saja bermula. Tapi kalau di ofis, bulan November ni adalah pesta yang perlu melalui 3 fasa.

Fasa 1 : Berbalas Pantun

"Pantun bukan sebarang pantun, nafas ditarik batuk disusun". Bagi memeriahkan pesta November, kami memang menganjurkan majlis berbalas batuk. Macam2 jenis batuk diperdengarkan. Batuk kering, batuk berisi, batuk berpanjangan, batuk pendek, batuk berirama, melepas batuk di tangga serta pelbagai jenis batuk lagi la. Pertandingan berbalas batuk diadakan di mana2 saja anda berada. Di ruang pejabat, di bilik mesyuarat, tandas mahupun ketika menjawab telefon.

Fasa 2 : Poker Face

Poker face merupakan fasa di mana setiap kakitangan menunjukkan simptom2 muka pucat, hidung merah dan mata berair. Oleh sebab kerja yang menimbun, MC diabaikan kerja didahulukan. Dalam fasa ini lah, kebanyakan kakitangan mula kehilangan deria rasa dan perasaan. Kena marah pun buat bodoh ja. Kesimpulannya, tidak guna mo marah2 bulan November. Confirm diorg tidak ingat punya!!

Fasa 3 : 10 Budak Hitam

Fasa terakhir adalah fasa '10 budak hitam'. Fasa di mana seorang demi seorang kakitangan akan tertewas dan mula menghilangkan diri. Telefon tidak diangkat, email tidak dibalas, panggilan tidak bersahut, dicari tapi tidak dijumpai. Kepada yang menelefon, mengemel, memanggil dan mencari, teruskan usaha anda. Jangan cari mangsa lain sudah!!


No comments:

Post a Comment