Jun 24, 2011

Review Dyana : 2 thn 6 bln

Awal pagi, aku sudah siapkan apa-apa yang patut. Pukul 7.00 pagi aku sudah kena bertolak dari rumah untuk ke klinik kesihatan ibu dan anak. Ramai yang cakap, klinik kerajaan ni banyak songeh. Lambat dan sebagainya. Bagi aku pula, kalau ikut temujanji yang telah ditetapkan, boleh tahan juga cepatnya. Pasal tu la aku minta puji sangat mau bertemujanji jam 7.30 pagi. At least tidaklah lambat sangat aku masuk ofis.

Mula-mula sekali, kena timbang Dyana. Berat 11.8 kg, tinggi 97 cm. Tengok dalam carta, berat badan masih dalam keadaan normal tapi grafnya macam kurang anjal sudah. Ada sedikit kemerosotan. Maklumkan nurse tentang 'serangan kutu' serta jadual makan Dyana.
Generally, Dyana makan sikit-sikit. Tapi kerap. Kalau dia rasa mau makan ayam, dia akan makan ayam saja. Nasi langsung tidak sentuh. Tapi kalau dia mau makan nasi, sebarang lauk pauk confirm nampak tidak hensem di matanya. Dari segi kemahiran, nurse tanya "Sudah pandai pakai baju sendiri?". Aku cakap "Pandai. Tapi kadang-kadang pandai salah masuk lubang". Begitulah juga ceritanya dengan seluar.

Sedang tunggu nurse copy and paste laporan dia yang mana pada pendapat ikhlas aku kalau dia pakai karbon lagi cepat, banyak la nurse lain yang asyik pegang-pegang rambut Dyana.

Nurse : Ini memang rambut original dia kah kak?

Aku : Iya.
Nurse : Semua anak perempuan kakak beginikah rambut dia?


Ewah-ewah, lupa beli insuran mulut kali nurse ni.

Aku : 2 orang ni saja anak kakak. [Sambil tunjuk Haikal dan Dyana].
Nurse : Nasib baik yang lelaki ni rambut dia tidak ikal. Kalau tidak jadi 'Awan Nano' suda ni.


Penat aku fikir, rupanya maksud dia Hafiz, penyanyi Awan Nano. Kekeke. Aku keluar dari klinik kira-kira 8.10 pagi. Tidak la lama sangat :).


Dyana at 2 yrs 6 mths


2 comments:

  1. Ini kalau ada pertandingan sambung ayat "... Sedang tunggu nurse copy and paste laporan dia yang mana pada pendapat ikhlas aku kalau dia pakai karbon lagi cepat, banyak la nurse lain yang asyik pegang-pegang rambut Dyana..."

    (sila sambung) so, ayat saya seperti dibawah..

    ".. tiba-tiba nurse tu terkejut melihat seekor kutu berjalan-jalan di kepala si Dyana. "opocot, ada kutu!! patut la berat badan dia tidak seanjal mana hari ni!".

    hehe.. boleh menang ka?

    ReplyDelete
  2. boleh kasi masuk final la.. hehehe

    ReplyDelete