Jun 29, 2011

Movie : Jenglot Pantai Selatan [2011]




Assalamualaikum :),

Berikutan masalah 'teknikal' di ofis, maka tiadalah sebarang kerja dapat dibuat adanya. Oleh itu, dengan tekad untuk mengoptimumkan kerja yang tidak melibatkan masalah 'teknikal' berkenaan, aku memulakan proses mengarang surat rasmi. Di saat aku kebuntuan, akhirnya aku melangkahkan kaki ke seksyen 'HD' untuk mendapatkan khidmat nasihat. Ketika aku berkira-kira untuk berlalu pergi, langkahku tiba-tiba terhenti. Tertarik dengan movie yang dipaparkan dalam komputer seorang rakan. Setelah membuat pertimbangan, akhirnya aku berniat untuk menonton wayang tersebut sampai habis.

Di awal pengenalan, cerita jenglot ni nampak menyeramkan. Jenglot tu umumnya macam toyol, bagi aku la. Tapi secara specifiknya, bersaiz macam baby 6 bulan, berkaki empat macam buaya, berkepala manusia macam pontianak, berhidung babi, bergigi tidak rata dan tajam-tajam macam gergaji yang kena reject dari kilang, dan ekornya umpama lukisan tangan yang kemudiannya distaplekan di bontot si jenglot. Itu yang aku nampak dalam movie ni la. Kalau mau lebih spesifik, bolehlah anda google apa-apa yang patut.

Seperti biasa, tanggapan aku pada wayang seram indonesia ini sangat tinggi. Kalau kamu pernah baca entri-entri aku sebelum ni, sure kamu akan perasan. Ringkasnya, belum pun aku tengok wayang dia sudah berbintang-bintang aku bagi. Itupun berdasarkan tajuk movie saja.

Sepanjang 15 saat wayang bermula, aku sudah mengagak wayang ni wayang lama. Dengan baju ninja dukun ditambah lagi dengan rambutnya yang kembang mengurai sambil berkaki ayam. *At least bagi aku kalau berkaki ayam ni macam zaman-zaman hang tuah lah adanya.

Apabila seminit sudah berlalu, tiba-tiba wayang berubah zaman. Macamna aku tau? Tiba-tiba keluarlah Blackberry. The rest of the movie buat aku terkebil-kebil.

Sebab aku orang yang optimistik, maka aku assumed cerita ni macam cerita 2 zaman. Satu zaman cerita pasal asal usul jenglot, satu lagi cerita pasal keganasan jenglot. Tiba-tiba, semua pelakon wanita pakai bikini. Eh eh, ini sudah pelik. Sepanjang 33 tahun aku hidup, ini first time aku tengok wayang indonesia macam wayang hollywood ala-ala miami style.

So, aku abaikan la minah-minah pakai bikini 24 jam ni. Walaupun sesekali, aku ter'distracted' dengan bonjolan-bonjolan muscle aka lemak minah berbikini ni. Tidaklah macam hollywood sangat :D. Memandangkan scene wayang ni 90% di pantai dan 10% lagi di hutan dan rumah, suasana miami yang cuba ditimbulkan memang menjadi. Dengan minah bikini berjemuran di pantai, ditambah lagi dengan surfer dude yang bawa surf board ke sana ke sini tapi tidak tau pakai dan disusuli dengan guard ala baywatch yang ke hulu ke hilir dengan walkie talkie tapi tidak sedar ramai orang mati.

Mengisahkan tentang 4 + 2 rakan yang datang ke *tut (sorry aku tidak tau) beach untuk berliburan. 4 orang tu memang sudah confirm. 2 lagi tu, curi-curi ikut la kunun. Seperti biasa, of course la 3 lelaki dan 3 perempuan yang berpasangan. Jenglot pula entah apa objektif si dukun, di kasi lepas di pantai tersebut. Untuk makluman, satu dan HANYA SATU jenglot yang dilepaskan.

Di awal serangan, jenglot lebih suka menyerang kelompok kecil yang terasing dari yang lain. Serang bukan sebarang serang. Siap tinggal skeleton kaki minah bikini dia gigit. Lupa mo kasi tau, jenglot ni sejenis pemakan daging. Sungguhpun minah bikini itu berisi lagaknya, tapi kakinya sajalah yang sedap di makan. Isi-isi yang montok termasuk bahagian peha, bontot dan dada mungkin mengandungi lemak yang tidak sihat untuk si jenglot. Mangsa yang seterusnya, tidak payah makan pun tidak apa. Mungkin sebab kenyang, jadi jenglot setakat 'mati'kan si mangsa sesuka hati.

Umumnya kebanyakan mangsa adalah minah bikini. Turut ditimbulkan, kenapa surfer dude atau guard baywatch tidak kena makan? Alasan aku mudah dan berlandaskan bukti fizikal. Sebab minah bikini lebih mendedahkan isi berbanding surfer dude dan guard baywatch tu.

Setelah serangan secara tertutup dibuat tanpa meninggalkan sebarang kesan, kalau sudah ramai yg hilang tapi ramai juga yang tidak perasan untuk makluman, mayat-mayat mangsa dibiarkan begitu saja tanpa disembunyikan.. akhirnya si jenglot membuat serangan terbuka. Amukan jenglot menyebabkan ramai yang bertempiaran lari menyelamatkan diri dan sempat pula memakai pakaian yang sopan, sedangkan tadi semuanya memakai seluar pendek atau bikini. Maka bergelimpanganlah orang ramai di pantai sambil berlumuran darah diserang jenglot yang satu ini. Harus diingat sekali lagi SATU jenglot sahaja.

Kenapa aku balik-balik tekankan SATU? Sebab aku pelik macamana jenglot yang merangkak ni boleh serang orang ramai sekali harung. Pendapat aku yang jujur ni, kalau merangkak dengan berlari, tatap juga aku cakap berlari lagi laju. Owh lupa pula aku. Mungkin sebab ekor dia yg macam tangan kena tampal dibontot tu boleh lentur. Macam cicakman lah lebih kurang. Mungkin juga dia tebar ekor dia macam jala, dapat 2-3 orang gigit satu kali semua mati. Aku agak saja.

Ending dia, sangatlah tidak realistik sehingga aku malas mau cerita. Kalau aku cerita ni, terpaksa pula aku pakai volume segala. Anyway, cerita ini umumnya berjaya mengubah perspektif aku terhadap cerita seram indonesia. Although rupanya macam cerita hollywood, tapi jalan ceritanya.. :(.

credit to igorslab.com
Minah bikini


credit to jakartastage.com
Another minah bikini with muscle


Hollywood style


dibot.multiply.com
Jenglot sedang makan mangsa. Bukti bahagian kaki lagi sedap dari yang lain.


film.indonesiaselebriti.com

Barisan pelakon utama


1 comment:

  1. biasalah cerita ikut suka si penulis skrip sama pengarah janji masyuk

    ReplyDelete