Jun 17, 2011

Terjebak jua akhirnya

Assalamualaikum :)

Mentang2 hari jumaat. Tapi actually bukan sebab jumaat, sebab tiba2 bos aku mention something yang membuatkan aku teringat 'something important'. Nanti aku, cerita bab yang ini.

Anyway, semenjak 2 menjak ramai betul kena demam 'Nora Elena'. Buka FB, itu ja lah yg org update. Belum pun tengok cerita, aku tau sudah watak utamanya Seth Tan dan Nora Elena (sudah terang lagi mo pasang lampu).

Asalnya aku tidak tergerak hati langsung la mo tengok cerita ni. Bab drama cerita cinta melayu ni, aku minta maaf la aku tidak tengok sangat. I have my own reason ok!. Bukan saja cerita cinta melayu, kadang2 cerita2 cinta cina, hindustan atau org putih.. tiada satu pun terkecuali. Tambah2 lagi cerita cinta romatika di Paris ni. Tapi kalau cerita love comedy boleh la aku telan. Aku pun kurang pasti kenapa, setiap kali tengok cerita2 mcmni aku pula yg malu lebih. Siap tutup mata atau buat2 sibuk susun bantal lagi kalau suda masuk adegan2 romantik. Geli aku weh..

Dijadikan cerita, tiba2 ja cousin aku update status dlm FB,
: Last day with Ahmad Seth Tan. Gonna miss youuuuuuuu!! :(
Akhirnya, aku membuat keputusan secara rasional. Demi menyokong produksi Malaysia, aku mo tengok Nora Elena. Macam la kamu percaya kan? Oklah, sebab aku mau jua tau mcmna rupanya cerita ni. Bukan mati pun kalau tengok 1 episode saja. Lagipun last episode, kira ok apa. Seperti yg dijangka, sepanjang tengok drama 1 jam ni, banyak kali juga la aku tepuk bantal. Biasalah tu, aktiviti rutin kalau tengok cerita2 cinta ni. Makin ke penghujung cerita, makin galak juga la aku tepuk bantal. Sudahnya Haikal tanya "Mama mo bantal lagi?". Cittt, anak aku ni potong betul lah.. hahaha

Pendek kata, drama ni mmg drama la (tipikal drama melayu). Cukup rempah. Yvonne yg gila, Seth yg penyayang, Nora yg kebingungan, Amir who?. Tapi itu sajalah watak yg aku tau. Memandangkan last episode, watak2 lain terpaksa dikeluarkan. Kasi highlight yg berkenaan saja. Kalau kamu mau sinopsis, sila klik pada link di bawah ok..


credit to www.tv3.com.my

4 comments:

  1. hahaha.. terjebak jua akhirnya. nasib baik 'iman' saya lebih kebal.

    ReplyDelete
  2. nampaknya begitulah.. mgkn gastrik ko tu yg kasi tebal.. hehe

    ReplyDelete
  3. ih2 mcm kanal post dr fb atu..hahaha

    ReplyDelete
  4. hahaha kau punya pasal la tu sarah..

    ReplyDelete