Assalamualaikum :)
Semalam ada meeting jabatan. So, bos sarankan semua bagi mengeratkan komuniti jabatan kami mesti bagi salam sesama sendiri (dan of course bos la). Tiba2 dia tanya "Ada sesiapa ikut ceramah masa Maulidur Rasul tu kah?". DUSH!! dan aku mula terkenangkan tika dan saat itu.
Selepas perarakan Maulidur Rasul, kami peserta2 dijemput hadir untuk ceramah Maulidur Rasul. Penceramah kali ni Ustaz Badli Shah Alaudin. Secara ringkasnya, ustaz Badli yang kelakar ni menekankan kepentingan salam dalam kehidupan manusia. Mengikut beliau, antara punca kenapa para sultan panjang umur adalah kerana ramai rakyat yang mendoakan baginda terutama sekali jika ada sebarang majlis rasmi. Ustaz turut memaklumkan, beliau dulu pernah kerja jadi 'batman' terms yang dia gunakan untuk orang yg ditugaskan untuk baca doa. Sebelum sultan naik kereta, beliau kena terpacak dekat pintu kereta untuk baca doa. Siap ada pakaian khas lagi (jubah hitam). Naik helicopter pun mcm tu, masuk dewan pun macam tu, apatah lagi selesai majlis.
Itu sebabnya salam itu penting. Umpama kita mendoakan orang untuk beroleh kesejahteraan. Maksud Assalamualaikum adalah "Salam sejahtera ke atas mu". Lagi ramai yang balas Waalaikumsalam (bermaksud "dan salam sejahtera ke atas mu"), mudah2an lagi panjang la umur kita. Harapnya panjang dan sihat lah kan. Kalau panjang tapi sakit memanjang pun, susah juga. :D
Fikir2kan dan selamat beramal!

No comments:
Post a Comment