Jun 29, 2011

Dyana Minachi


Assalamualaikum :),

Atas permintaan sepupuku nan satu ni (Sarah), aku pun bersetujulah untuk menjelaskan asal usul gelaran Minachi ni.

Setelah kelahiran Dyana, aku bercadang mau berpantang di kampung halaman, Labuan. Hasilnya, ketika Dyana berusia 9 hari maka baliklah aku ke kampung. Seperti biasa, ramailah orang yang bertandang untuk menjenguk 'orang baru' ni.

Kebetulan pula, dua orang sepupu aku (Kila dan Joanna) turut melahirkan anak (Faris dan Wafiy) dalam masa terdekat. Kira-kira Dyana ni penutup 2008. Sepanjang 2008, seingat aku ada 4 orang sepupu turut melahirkan, tapi Dyana seorang sajalah yang perempuan. Maka, ramailah makcik-makcik aku yang buat-buat perbandingan. Anak siapa paling sihat (Wafiy), paling putih (Faris), paling gelap (Dyana huhuhu) dan sebagainya.

Di awal kelahiran Dyana, aku tengok dia ni macam putih gebu orangnya. Entah kenapa bila masuk umur 2-3 minggu, tiba-tiba dia meng'gelap'. Sesungguhnya, aku merasa sangat kuciwa. Maklumlah, anak perempuan tiba-tiba pula jadi gelap.

Kebetulan pula, ramai makcik-makcik aku melawat dalam jangkamasa tersebut. Dengan selambanya, makcik aku (mamit simah) pun gelarlah anak aku minachi. Sob sob sob... terkilan sungguh aku tau!! Hehehe

Aku terkilan bukan suka-suka, tapi bersebab. Mengikut sejarah, seorang sepupu aku bernama *tut fadli (mungkin) digelar tambi sejak dia baby. Kununnya dia gelap. Aku tengok sampai sekarang tidak putih-putih. Kena gelar tambi lagi (termasuk aku).. alalala kesian..

Sepanjang 2 bulan berpantang tu, aku memang cuba untuk menerimalah anak aku kali ni minachi. Selepas beberapa bulan, bila aku balik kampung semua makcik-makcik aku terkejut. Kononnya anak aku semakin putih. Pokoknya, setiap kali aku balik kampung setiap kali tu lah diorang cakap dia makin putih. Alhamdulillah..

But still, minachi is still minachi. Sampai sekarang makcik-makcik aku masih panggil dia minachi. Ini menimbulkan syak wasangka di kalangan sepupu-sepupu aku kenapa dia kena panggil minachi. Well to my dearest cousins..


Dyana masa lahir. Putih gebu gitu.


Dyana 1 bulan. Eh eh.. kenapa makin mendung?

Dyana 2 bulan. Inilah dia punca kenapa dia kena panggil minachi..


Dyana 3 bulan. Macam ada sikit cerah.. betulkah?


Dyana 5 bulan. Confirm makin cerah. Atau mungkin pasal cahaya?


Dyana 11 bulan. True color :)

No comments:

Post a Comment