Jun 3, 2011

Telefon

Hari ni masuk hari ke-3 aku tinggalkan Haikal di perantauan (di Labuan). Sungguhpun dia cakap dia rindu sikit saja, aku rasa dalam sehari mo masuk 10 kali dia telefon. Atau mungkin lebih.

Selalunya dia akan call awal pagi (lepas bangun tidur) untuk bagitau dia baru bangun plus tanya aku kerja ka tidak, waktu breakfast untuk bagitau aku dia breakfast apa, waktu tengah hari untuk bagitau di lunch apa, waktu petang untuk tanya aku balik ofis suda ka belum, waktu malam untuk tanya KK suda malam ka belum plus bagitau aku dia dinner apa.

Once in a while dia cakap dia rindu dan sayang banyak sekali dgn mamanya. Sungguh tersentuh hati ini.. sob sob sob. Selebihnya dia tanya sama ada aku suda beli PSP ka belum. Hamboi2 anak aku, macam saja PSP tu 2-3 ringgit. Jawapan aku simple saja, "Tunggu la dulu, kita kumpul duit". Kalau ikutkan hati malas aku mo belikan. Terlalu membazir utk produk yg digunakan utk main game saja.

Setiap hari dia akan tanya, suda kumpul duit ka belum? Adeh... mcm saja kumpul duit ni mcm rompak bank. 1-2 jam suda ada duit dalam tangan. Bagus klu yg disuruh beli ni murah2. Tapi kesimpulannya, aku mmg berat hati la mo belikan PSP. Mcm kurang berfaedah.

So this morning, aku lambat masuk ofis. Alasan aku, handphone aku tertinggal. Usually, klu aku sudah dlm perjalanan confirm aku tidak pusing balik. Biasalah ibu2, telefon tu sudah kurang kepentingannya bila sudah berumahtangga atau ada anak2 ni. Aku kurang pasti pula dgn org lain. Tapi sebab dlm 3 hari ni aku ada 'stalker' yg tidak berhenti2 menelefon, maka aku pusing la balik. Takut dia kecil hati si mama tidak sambut telefon.

Kadang2 mcm pelik bila kepentingan telefon berbeza untuk sesetengah orang. Ada jenis orang, ke hulu ke hilir bawa telefon (normally org bujang). Ke dapur, jemur kain, silap2 ke tandas pun bawa.

Bila sudah berkahwin dan beranak pinak, telefon abis bateri pun tidak sedar. Kadang2 1 hari langsung tiada sebarang call pun, walaupun dari suami tercinta. Agaknya penat suda berborak di rumah, itu sebab bercakap dalam telefon ni kira macam membazir atau buang masa. Paling2 pun call untuk bagitau anak sakit, in laws mo dtg melawat atau hal2 yg emergency.

Yang paling aku tidak paham jenis org yg suka sangat tukar telefon. Kalau sebab byk features yg menarik dan tidak ada di telefon2 zaman batu, kira boleh ampun la. Tapi kalau tukar telefon sebab cepat boring atau ketinggalan zaman (segala features telefon baru langsung tidak pandai pakai), yang itu aku tidak paham. Bagi aku setakat ini, memadai la telefon aku boleh call, ambil gambar atau surf internet. Kalau ada feature lain, sure aku tidak guna punyalah! Bukan tidak pandai, tapi mungkin sebab tidak tau mo guna bila. Bukan pun aku ni jenis mengadap handphone ja 24 jam :).

No comments:

Post a Comment