Jun 13, 2011

My Packed Weekend



Hujung minggu yg lalu, mmg jadual aku super packed la. Memandangkan cuti sekolah sudah hampir ke penghujungnya, it's time for Haikal to come home. My sister mo beli stok barangan jadi dia cadang mo bawa budak2 plus my mom naik bas dari Menumbok ke KK. Tapi mungkin sebab terlebih excited, laki aku cadang supaya kami drive sampai Menumbok jemput diorg. Seawal jam 6.00 pagi kami sudah bertolak dari rumah. Nasib baik si Dyana bangun awal.

Separuh perjalanan, laki aku suruh ganti dia drive. Sampai Menumbok lebih kurang 8.30 pagi. Memandangkan adik aku belum sampai, kitorg pun breakfast la dulu. Jam 9.00 pagi, rombongan cik kiah akhirnya datang menaiki speed boat. Sebab kebanyakan ahli rombongan kelaparan, maka kami pun breakfast lagi sekali.


Sampai KK dalam jam 12.30 tengahari. Mak cik aku pula call, suruh singgah rumah dia. Seperti biasa, end up lunch di sana dan pulang dengan bekalan ayam dan daging sejuk beku cukup untuk sebulan. Kebetulan pula laki aku ada aktiviti sukan dalaman (indoor), tinggallah aku, my sister, my mom and the kids meredah bandar KK.

First destination, Jelip. Aku kurang pasti barang yg adik aku beli, tapi keberadaan kami di sana terasa begitu lama sekali. Atau actually tidak la lama sangat, mungkin kehadiran budak2 tu yg buat rasa lama. Susah beb, jaga budak 3 orang. 2 asyik bergaduh, sorg lagi suka buat hal sendiri-tapi mesti dipantau.


Next destination, Haikal sudah meragam mo pulang rumah. Aku cakap, kalau tidak dengar cakap, tiada suprise. So, dia duduk diam2 balik. Sampai Kamdar 1Borneo, lokasi pertama aku cari 'kerusi taman'. Bukan kerusi taman pun, rupa ja macam kerusi taman. Dyana sudah tertidur-tidak-sedar-diri. Kasi baring dikerusi sambil aku layan budak2. Aktiviti mengurut kain ni agak lama juga la bagi yg tukang tunggu. Bagi yg tukang urut, tidak sedar pun masa berlalu sampai la duit dalam purse tu nampak jarang2.


Kerusi taman depan Kamdar.


Geng Bas Sekolah - Lepas aktiviti makan KFC.


Dalam 5.30 petang, kami pegi pula ke Borneo Mega Carnival. Saja, bawa budak2 enjoy. Inilah suprisenya konon. Nasib baik aku sudah bawa baju basahan untuk budak2. Kami sampai rumah dalam jam 8.00 malam. Ingatkan mo makan di luar sebab terlalu penat, tapi memikirkan bekalan sebulan aku tu, terpaksalah dibatalkan aktiviti makan luar. Lepas aktiviti 3M (mandi, masak, makan), tibalah acara yg ditunggu2.. Tidur.



Game 1 - RM3 for 30 minutes.


Macam lama betul aku tunggu. Mungkin sebab tiada budak lain, so diorg kasi kelonggaran la. Last2 aku suruh main the next game.


Dyana main kayuh perahu. RM3 for 15 minutes. Pun macam lama sebab tiada budak lain yg main.


Game 2 - RM3 for 20 minutes.


Seperti biasa, lebih dari masa yang sepatutnya. Dyana pun ikut join abang & pakcik dia. Tidak padan dgn tinggi sejengkal. Terpaksa bapa dia jump in kasi teman dia.


Keesokkan harinya (ahad), my mom minta bawa pegi pasar. Jam 7.30 pagi kami sudah bertolak dari rumah. Budak2 terpaksa dibangunkan sebab tiada siapa yg jaga. Mula2 breakfast dulu. Kira rasuah budak2 supaya tidak bising time jalan2 nanti. Sampai pasar, mama aku borong limau buat sambal belacan.

Kira2 jam 9.30 pagi, pegi stesen bas beli tiket untuk bas jam 11.00 pagi. Disebabkan banyak masa, mama aku bawa pegi Gaya Street. Suka la mama aku pegi Gaya Street kalau tiada bapa aku. Tiadalah org sabotaj dia mo beli bunga2an. Lepas beli bunga, mama aku terus skip laluan Gaya Street yg lain. Al-maklumlah.. hajat di sudah tercapai. Haikal pula sibuk mo belon Petronas (padahal Shell). Cari punya cari akhirnya kami jumpa juga booth belon2an.


Tiba2 kedengaran deruman enjin yg kuat. Sampai terkejut si Dyana. Rupanya ada macam something gathering atau pesta atau pameran atau apa sajalah motorsikal berkuasa tinggi. Puaslah aku mengambil gambar event yg aku pun tidak sangka akan 'terdatang'.



Fuiyo!! Macam the Ghost rider pun ada..


Dari Brunei pun ada.


Itulah booth belon Shell yg kami sedaya upaya mo redah. Eh!! Siap ada Marshal lagi woo..


Baru aku tau tugas Marshal ni macam polis trafik juga. Cuma diorg tidak handle kapchai2 ni. Hehehe mungkinlah..


Tengok betapa kagumnya Dyana dengan motor2 nan mahal ni.


Itulah dia singkatan event yg aku terdatang ni. BIIBBF 2011. Kalau mo tau sangat,sila lah Google.


Seluas mata memandang.


Sampai rumah, Dyana aku tidak sempat naik katil pun.. huhuhu



1 comment:

  1. gambar si dyana tidur tu, kalau masuk contest, mesti menang punya la!! ;)

    ReplyDelete