Jun 1, 2011

Balik Kampung : Swimming

Lepas majlis kawin sepupu (minta mahap la banyak2 perut terlampau kenyang, tidak menyempat mo ambil gambar), kakak sepupu aku ajak pegi swimming pool sebelah petang. Memandangkan anak2 aku suka sangat dgn swimming pool ni, maka aku pun bersetuju la. Itupun kalau tidak hujan.

Normally kami pegi swimming di Manikar Resort. Adult RM10, Children RM5. Tapi kali ni, my cousin plan mo pegi tempat lain. Di Labuan Golf Club. Adult RM5, Student RM3/RM2. Paling best orang tidak ramai. Itupun aku rasa sebab ramai org Labuan bercuti ke KK, so kuranglah saingan untuk mendapatkan spot yang 'best'.

Kadang2 aku rasa sedikit pelik kenapa org Labuan suka berenang2 di swimming pool. Kalau difikir2kan Labuan tu dikelilingi lautan, berenang sajalah di pantai. Tapi kalau aku, aku prefer swimming pool sebab lebih selamat dan senang mo monitor terutamanya kalau ada anak2.

Disebabkan insiden pelampung hilang dari simpanan, budak2 terpaksalah berendam (belum pun pandai berenang) di swimming pool tanpa sebarang pelampung. Si Haikal sibuk mo minta pegang sepanjang masa sebab takut jatuh jauh ke dalam air. Mungkin sebab dia bosan asyik kena pegang saja, last2 dia minta izin mo pegi swimming pool utk budak2. So, aku pun benarkan la dgn syarat dia tidak buat stunt acrobatic di sana.


Si Dyana pula sibuk mo buat aksi ala2 penerjun papan anjal di kolam renang org dewasa. Macam dia tidak sedar saja dia tu panjang sejengkal. Padahal kolam yg dia sibuk2 mo terjun ni sedalam 1 meter. Maka sibuklah aku dgn laki aku bersiap sedia menyambut dia dari dalam kolam renang.

Oleh sebab aku penat jadi tukang sambut, maka aku berniat mo kasi Dyana pengajaran. Biar dia termasuk dlm air for a few seconds. Bukan pun dia surrender, terlebih excited la pula dia. Bila aku bawa dia pegi swimming pool budak2 dia sibuk juga mo buat aksi terjun papan anjal. Oleh sebab aku rasa lebih bahaya sebab kurang kedalaman, maka aku pindah balik pegi swimming pool org dewasa.


Aku dgn hubby terpaksa take turns. Aku berenang 2-3 depa, lepas tu baru kasi can laki aku. Aku kesian juga dgn laki aku, dari dulu sibuk mo minta ajar berenang. Aku pula bukan la perenang yg hebat. Tidak sampai pun half swimming pool, aku sudah semput semacam. Anggap sajalah klu kapal karam, aku ni bkn kategori yg kamu boleh suruh2 selamatkan org.. Tapi kalau aku kena suruh mengajar org berenang, aku lagi prefer ajar budak daripada org dewasa.


Niat aku, kalau bapa aku ada masa dia boleh ajar anak2 aku berenang. Macam dia ajar kami berenang dulu. Tapi harap2nya tidaklah se'drastik' training kami adik beradik. Aku dgn adik beradik yg lain belajar berenang di lautan terbuka (aiseh!!). Mula2 bapa aku suruh kami turun dari perahu, jadikan kaki kami mcm enjin perahu. Lepas tu, baru dia 'buang' kami dilaut. Bukan pun buang, cuma dia suruh terjun. Lepas tu baru suruh naik balik. Tapi hasilnya bagus juga la. Mungkin sebab kami jarang2 berenang, itu sebab kami selalu pancit.

Anyway, sebab anak2 aku suka betul dgn swimming pool, plus aku mo sampaikan hajat laki aku belajar berenang, aku kira mo jadikan aktiviti berenang ni aktiviti mingguan. Mudah2an..


Kesian signboard diorgkan? Macam bangunan tinggal pun ada.


Port tempat kami kasi tinggal barang.


Lihatlah dunia! Betapa tidak ramainya orang time ni.


Klu kamu angan2 mo ikut olimpik pun boleh bah. Apa yg penting pandai berenang.

No comments:

Post a Comment