Jun 28, 2011

Hello World : Deyana Nur Kamilia

Sepanjang pregnancy ke-3 aku (sadly aku miscarriage masa preganancy aku yang ke-2 in 2006), sekali lagi aku tidak ada major issues dengan morning sickness. Syukur!!

Paling-paling aku ada isu dengan masalah kulit muka aku. Penuh dengan jeragat. Siap buat kunjungan rasmi ke Sendayu Tinggi semata-mata mau menyelesaikan isu jeragat ni. Nasib baik la, minah Sendayu Tinggi tu suruh aku bawa-bawa bersabar. "Hormon ja tu kak," dia cakap. Nasiblah aku tidak jadi beli. Kalau tidak rugi saja. Bukan aku rajin pakai pun.

Menu harian aku, sudah semestinya Waffle. Mentang-mentanglah 1Borneo baru buka dekat ofis aku ni, maka itu sajalah yang aku mo makan. Hasilnya, berat badan melambung-lambung naiknya. Bulat-bulat muscle aku jadinya.

Mama aku pesan, kurangkan makan benda-benda macam tu. Nanti baby besar susah mo beranak. Tapi atas alasan, baby yang mau makan (padahal mamanya yang rangka), aku buat-buat lupa sajalah.

Memandangkan aku sudah bekerja time ni, aku tidak minta sebarang cuti persediaan beranak. Mengikut rekod aku nan satu tu, aku ada potensi beranak awal. So, mengurus cuti bukanlah kepakaran aku. Aku pakai 'polisi wait n see' sajalah. Lagipun, ofis aku memang dekat gila dengan Hospital Kerajaan, Likas. Manalah tau aku mau terberanak, kira dekatlah aku mo pegi hospital pun. Kalaupun aku tidak larat mau drive sendiri, sure la officemate aku yang macho lagi bergaya ni boleh tolong hantarkan.

Deyana sepatutnya lahir 8 Januari 2009. Beberapa hari sebelum aku bersalin, ada sudah ura-ura di ofis mengatakan aku confirm bersalin awal. During my last visit ke klinik on 24 December 2008 (Rabu), berebut-rebut nurse mau periksa perut aku. Diorang ingat ada misteri nusantara kali di sana. Soalan yang sama bertubi-tubi diorang tanya. "Ada sakit perut kah," tanya staff nurse. "Tiada," aku cakap. Last-last macam tu la jugak. Semua pun pretending macam tiada apa-apa. Bila mau tetapkan tarikh next appoinment, "30 Disember lah. Tapi saya rasa beranak sudah kamu time ni," dengan confidentnya nurse tu cakap.

Malamnya kira-kira 10 malam, aku tiba-tiba mo makan kerepek di Tanjung Aru Beach. Maka berjalan-jalanlah kami di bawah bulan purnama. Balik rumah dalam 11.45 malam, aku sudah start sakit perut. Aku ingat (sampai bila la aku mo belajar itu sakit perut beranak) cirit birit. Tapi memandangkan tiada sebarang tanda contohnya darah, maka aku cakap dengan laki aku "Tunggu kejap lagi la,".

Bila sudah sakit perutnya makin kerap, aku bawa la laki aku pegi hospital dalam jam 12.15 malam. Laki aku bawa kereta macam orang angan-angan mau lumba formula one, aku pula teriak-teriak suruh slow down. Ada juga terberanak dalam kereta ni karang. First thing first, mo cari tempat untuk kasi tinggal Haikal memandangkan dia sudah tidur time tu. Call Mak Ling (makcik aku), kebetulan la pula dia tiada di rumah. Cousin Hanas pula beroutstation. Mau tidak mau, terpaksa bawa Haikal sekali ke hospital. Paling kesian la laki aku time ni. Mana mo angkat beg, angkat anak tidur lagi. Nasib la time tu aku masih boleh jalan. Kalau aku pun minta angkat, terpaksalah call ambulans walaupun kami sudah ampai-ampai di parking lot.

Sebelum sampai hospital, aku call mama aku bagitau dia aku mau terberanak. Rupa-rupanya, mama sama bapa aku baru sampai Sipitang. Terpaksalah mama aku packing balik barang terus tukar haluan pegi KK. Aku sampai hospital dalam 12.30 pagi. Seperti biasa, kena mendaftar dulu. Aku tengok berbaris-baris sudah ibu-ibu yang mau beranak duduk di kerusi. Kalau tengok gaya macam ni, selamatlah aku beranak di kerusi. Mungkin sebab aku orang local, maka aku kena kasi peluang mendaftar dulu. Diorang kasi baju wad dan 'my old nemesis' bekas air kencing. Tapi kali ni, aku sempat pakai dan kencing dalam masa yang diberikan. Bila pass bekas kencing, nurse tanya "Itu apa tu kak? Darah?,". Adeh.. takkan la batu karang pula kan? Bila aku cakap iya, aku skip berbaris di kerusi, terus naik katil untuk cek bukaan.

Awal-awal bukaan 4 cm. Ada 3 katil dalam bilik tu. Walaupun aku orang paling last naik katil, aku la orang pertama kena tolak pergi labor room jam 1.20 pagi. Aku tengok ibu-ibu yang lain tu, macam masih relaks lagi menahan sakit perut. Aku pula siap guling-guling 'hindustan style' lagi.

Kali ni bidan aku seorang saja. Aku rasa mungkin sebab kekurangan staff. Maklumlah orang mo sambut krismas, sanalah anak aku mo keluar. Kali ni bidan dia macam peramah sikit. Bawa-bawa borak. Sesekali pernah juga aku terfikir mo terajang dia supaya dia diam, tapi bila sakit sajalah.

Akhirnya lahirlah Deyana Nur Kamilia 14 hari lebih awal pada jam 1.50 pagi dengan berat 3.25 kg (mama aku cakap pada muka sebab makan berabis-rabis :)), setelah berdrama di labor room dalam 30 minit. Fuh!!

Nama Deyana ni memang aku sudah plan awal-awal. Walaupun jantinanya baru aku tau di masa kelahiran, tapi nama memang aku sudah sedia. Asalnya Diana Kamilia. Tapi sebab aku rasa macam mo letak kelainan sikit, maka aku tukar spelling dia macam colleague aku, Leyana. Lain daripada yang lain. Bila mo daftar nama, laki aku cakap nama tu macam pendek sangat. So, aku letakkan la Nur di tengah-tengah. Mungkin sebab kalau letak di sana lebih unik dan lebih berirama. Kih kih kih..

Waktu Dyana (short untuk Deyana) lahir, semua doktor pun mo cium dia. Mungkin aura dia, aku pun kurang pasti. Tapi time ni aku tidak berpantang-pantang mo ambil gambar baby dia..



1 comment:

  1. ka rina, ce cite ce cite pasal apa sbb nya c dyana kna galar minachi atu..ehehehe

    ReplyDelete