Aku tiba-tiba rasa terpanggil mo buat entry kelahiran makhluk tuhan bernama Mohamad Danish Haikal ni. Mungkin sebab dia sibuk tanya macamna keadaan dia masa kecil dulu. So, aku bercadang aku buat entry ni supaya next time, diorang boleh baca sendiri.
Sepanjang waktu pregnancy, aku tidaklah banyak songeh sangat. Tiada morning sickness atau apa-apa yang menyulitkan. Aku paling suka makan nasi ayam time ni.
Dalam tempoh kandungan 7 bulan, aku mengalami sedikit pendarahan. Aku agak mungkin sebab aku pernah tergelincir waktu sibuk mop lantai. Lagi satu, aku sangat aktif mengemas rumah during pregnancy. Dari awal mengandung sampai la ketika sarat. No wonder la budak ni tidak pandai duduk diam bila dia keluar.
Jumpa doktor pakar (maklumlah first born) turn out, plasenta (tebuni) baby berada di bawah dan menutup laluan keluar baby. Doktor cakap, kalau placenta ni masih di bawah bila mo deliver nanti terpaksalah aku kena 'potong'. Bila tanya betul-betul kenapa boleh jadi macam ni, doktor cakap "It's genetic,". Well, mengikut cerita, makcik aku meninggal semasa bersalin anak bongsu dia because of this similar genetic condition. My mom also the same, tapi dia sempat kena 'potong'. So, agaknya aku kena prepare apa-apa yang patut. Nasihat doktor, kurangkan perjalanan jauh (balik kampung) atau angkat barang berat.
8 bulan pregnancy, jumpa doktor semula. Alhamdulillah, plasenta baby sudah berada pada kedudukan yang betul. Mula-mula dulu, aku ingat aku mau namakan anak aku Mohd. Daniel Ariffin (since aku sudah tau anak aku lelaki). Tiba-tiba aku dapat mimpi anak aku nama Danish Haikal. Aku fikir mungkin ada hikmahnya.
Sepatutnya Haikal lahir 18 Oktober 2004. Sama birthday dengan cousin aku, Pami. So, aku balik kampung (no issue here since aku tidak bekerja at that time) masa usia kandungan 8 bulan. 3 Oktober 2004 (Ahad), aku sudah ada bleeding. Memandangkan aku kerap bleeding masa preganancy, aku rasa tidak ada yang perlu dirisaukan. Tapi aku ada bagitau my mom. Punyalah panic mama aku time tu. Of course la, mana ada orang yang mentally bersedia mengurus bab orang mo bersalin ni. MIL aku awal-awal sudah angkat bendera. Kalau aku terberanak, dia mo balik rumah. Kekeke.. Aku rasa my mom pun ada terfikir mo buat macam tu. Tapi since aku ni anak, terpaksa la ditahankan.
Bila my mom tahu pasal bleeding tu, dia tanya kalau aku ada sakit perut. Aku cakap tiada. So, there it goes the rest of the morning. Pretending macam tiada apa-apa. Tengahari ada jemputan kenduri di rumah pakcik (Pak Ulan dan Mamit Suraya). I forgot what was the occasion :D.
Sepanjang kenduri, semua makcik-makcik aku sibuk main teka-teka bila aku beranak. Ada yang cakap minggu depan (which is obvious) - Mamit Dayang, kak dayang. Ada pula yang cakap lusa - Mamit Simah. Paling dekat esok - Babu Hasnah.
Aku balik rumah dalam jam 3.00 petang. Kebetulan my hubby balik hujung minggu tu, so excited sikit. Jam 4.30 petang aku start sakit perut. At that time, aku ingat aku kena cirit birit. Aku kejutkan hubby, lepas tu aku terus ke ruang tamu. My younger sister time tu tengok sitcom Raven. I think she figured out aku mo terberanak, walaupun aku masih terfikir aku kena cirit birit.
Terlalu banyak drama sepanjang sesi mengenal pasti aku mo terberanak. Adik aku kejutkan my mom, which is bila terbangun saja terus buatkan susu suam. Apakah significannya susu suam sama orang mo terberanak? Sampai sekarang, mama aku ketawa saja kalau aku raise issue ni. My sister sibuk mo sediakan kereta. My mom masih tidak berputus asa, cuba meminta laki aku panggil nurse kampung untuk tengok sama ada aku mo terberanak atau apa. Dengan bendulnya laki aku pun ikut ja cakap mama aku. Balik dari mencari nurse, laki aku bawa pesanan "Nurse bilang bawa terus pergi hospital!".
End up aku sampai hospital pukul 5.30 pm dengan sakit perut yang sudah 'luar biasa' sakitnya. Check-in di hospital Labuan, first thing first. Daftar nama. Time ni marah betul aku. Orang sakit macam mo mati sudah, masih lagi mo daftar. Lepas tu kena bagi bekas kencing dan baju wad. Aku cuma sempat pakai baju wad ja. Baju tu pun sudah berdarah-darah time salin baju. Bab kencing tu kirim salam sajalah.
Then masuk bilik khas untuk check bukaan. Baru aku buka kaki, nurse tu terus teriak "terus kasi masuk labor room. Mo terberanak sudah dia!". Drama dalam bilik bersalin tidak payah cerita. Seorang bidan, dan 2 orang intern. Seorang intern kena salin pakaian sebab air ketuban Haikal terpercik di baju dia. Bukan sikit, tapi banyak. Hehehe
Maka lahirnya seorang anak lelaki bernama Mohamad Danish Haikal, 15 hari lebih awal dengan berat 2.55 kg pada jam 6.05 pm, selepas berdrama di labor room dalam 35 minit. Fuh!!
Sayangnya, kerana mengikut adat resam aku tidak simpan gambar Haikal masa baby. Huhu mungkin juga aku terhilang gambar dia. Maklumlah, time tu aku belum pakai lagi handphone yang ada camera ni :).
No comments:
Post a Comment