Jun 23, 2011

Lice Attack

Beberapa hari lepas balik dari kerja, first thing first kutip Dyana dari nursery. Sampai nursery, aku tengok Dyana dengan tidak sedar dirinya sibuk bermain dengan kawan2 yg lain. Tiba2, pengasuh dia cakap "Kak, si Dyana ada kutu!". Oh TIDAK!!

Untuk mengenalpasti sebarang kemungkinan, aku tanya pengasuh dia "Ada budak yg ada kutu kah sini?". Diorang cakap "Tiada. Dia satu orang saja". Oh TIDAK sekali lagi!!

Sampai sekolah Haikal, ada a few minutes to spare. Out of curiosity, aku pun cuba la cari kutu di kepala Dyana. Memandangkan vision aku bukanlah dalam kategori PERFECT plus anak aku yang cuma boleh duduk diam-diam dalam 5 saat maka apa yang aku dapat adalah telur kutu. 4 biji to be exact. Huhuhu

Macam kesian pula, belum sampai 3 tahun sudah kena serang kutu. Aku dulu pernah juga kena serang. Tapi masa tu mungkin dalam Darjah 2 atau 3. Terus mama aku potong pendek rambut aku macam lelaki. Punyalah bida (tidak cantik).

Sepanjang perjalanan ke rumah, aku bersungguh-sungguh membuat calculation. Perkara pertama aku buat, call mama aku. Tanya rawatan terpantas dan paling berkesan yang aku boleh dapat dalam tempoh masa terdekat ni. Macam tidak sedap hati la pula hantar Dyana pergi nurseri membawa 'saguhati' untuk kawan-kawan dia. Mama aku cakap, guna sheildtox. Spray di rambut dia. Lepas tu bungkus kepala dia. Selepas 5 minit, baru sikat pakai sikat kutu yang rapat. Aku macam was-was mo guna shieldtox. Maklumlah bahan kimia untuk budak tidak sampai 3 tahun macam sangatlah tidak sesuai. Tapi since laki aku beria-ia cuba untuk membendung wabak ini dari tersebar, aku pun go on ja la.

Tidak sampai 5 minit, Dyana sudah sibuk kasi tanggal tuala di kepala dia. Last-last dengan kudrat, bapa dia sebagai tukang pegang Dyana, aku sebagai tukang sikat dan adik aku sebagai tukang tengok kutu di kain, kami berjaya juga menyelesaikan misi. Tapi sedihnya 1 kutu pun kami tidak jumpa. Ish ish ish..


Oh, kesian sungguh budak ini..


Esok paginya, hantar Dyana pergi nursery. Siap pesan dengan pengasuh minta diasingkan Dyana dari budak lain. Sambil-sambil tu minta tolong tengok-tengokkan kalau masih ada kutu di kepala dia. Tiap-tiap malam, kerja aku sibuk mencari telur kutu di kepala Dyana. Tapi aktiviti ini hanya boleh dibuat masa dia tidur.

Kadang-kadang aku terfikir juga. Kalau bukan di nursery, Dyana mungkin dijangkiti kutu dari rumah. Aku check rambut Haikal tiada kutu. Check rambut hubby pun tiada kutu. Rambut adik aku, aku tidak berani kacau. Takut hilang style k-pop dia pula nanti. Tapi aku confident sungguh rambut dia bebas kutu. Kalau hari-hari iron rambut, kutu pun tidak sudi mo singgah. Gersang sungguh. Last resort, rambut aku. Entah semenjak dua menjak ni, kepala aku asyik gatal saja. Aku suruh hubby tengok-tengokkan. Pun clear. Hubby cakap, psikologi ja tu rasa gatal-gatal. So, dari mana la Dyana dapat bekalan kutu ni? Firasat aku satu saja. Mungkin budak nursery ada yg kena. Cuma mungkin pengasuh tidak tau. Dyana pun hari tu kebetulan diorang nampak kutu masa sedang ikat rambut dia. Diorang dapat 2 ekor. Sesuai la tu, 1 kutu jantan 1 kutu betina.

Sebagai langkah berjaga-jaga, aku cuba google tanda-tanda atau gejala kutu. Agak menarik, bila tau telur kutu mudah dijumpai di belakang telinga atau di belakang tengkuk. Aku ingatkan cari buta-buta saja. Anyway, kamu boleh refer sini.

Oleh sebab aku kurang yakin keselamatan penggunaan shieldtox atau racun serangga (walaupun aku tidak nafikan ianya memang berkesan), aku usahakan juga ubat kutu yang lebih selamat yang ada dipasaran. So, aku dapat ini.


Credit to amamasrant.com


Aku tidak nampak sangat keberkesanannya memandangkan, kelibat kutu dan telur-telurnya sudah lama tidak kelihatan. Tapi aku sure akan simpan satu untuk bekalan di masa akan datang.

2 comments:

  1. pisinnya sanyum atu nada bari kesian... cam tepakai pulang. hehehe...

    ReplyDelete
  2. pikirnya kna suruh bergaya bah tu.. atu tah tepakai..

    ReplyDelete