Jul 1, 2011

Pitutan




Mengikut kamus Brunei, pitutan adalah penyakit bisul pada kelopak mata. Do visit here.

Sepanjang 6 bulan ni, aku asyik mengira berapa hari cuti sakit aku sudah 'terpakai'. Entah kenapa, tahun ni macam tiap-tiap bulan aku diserang sakit. Paling kerap batuk dan selsema. Adakah kerana aku semakin TUWA, or is it because of the weather? Ya ya.. blame it on the weather. Apa-apapun masih juga faktor persekitaran yang salah kan? Hehehe

Recently, aku sekali lagi diserang batuk dan selsema. Kali ni bersama bonus pitutan. Weehuuu!! Kali ni, aku tidak diserang berseorangan. Seorang rakan turut di'ambush' oleh si pitutan.

Persoalan pertama yang keluar dari mulut si kawan "Macamna bah boleh kena ni?"

Most say - sebab kau suka skodeng orang. Orang mandi, membuang, atau sebagainya. *Apa relevannya?
Some say - sebab sekarang ni musim panas. Kalau musim panas memang penyakit ni senang mau kena. *Aku suka jawapan ni, ada unsur-unsur realistik sikit. Again cuaca juga yang salah :)
Some might say - Kena kencing lipas. *What?!! Mengarutlah. Dongeng semata-mata.

Soalan seterusnya dari si kawan "Macamna mau kasi ubat?"

Ada dua jenis rawatan yang biasanya orang pakai. First, bagi orang-orang yang tidak percaya benda-benda tahyul ni diorang akan pegi klinik/farmasi. *Good for you!

Secondly, bagi mereka yang malas mau pegi klinik atau sedang berjimat, bolehlah gunakan rawatan tradisional seperti berikut.

1) Sapukan ibu jari kaki kamu di kelopak mata yang terkena pitutan. Of course kamu kena berakrobatik sedikit, nama pun mau baik kan? Pinjam ibu jari kaki orang adalah tidak dibenarkan. *Hmmm.. ada bahan kimia ka ibu jari kaki tu?

2) Sapukan air kencing kamu di kelopak mata yang terkena jangkitan. Seperti juga ibu jari kaki, bab isu meminjam air kencing adalah dilarang sama sekali. *Euwww! Biar betul?

"Berkesankah?"

Aku pernah try rawatan tradisional yang no. 1 saja. Itupun masa aku budak-budak dulu. Kalau dari segi keberkesanannya, aku tidak berani jamin. Secara logiknya, langsung macam tidak berkaitan. Mungkin memang sudah masanya mau sembuh. Rawatan ke-2, aku tidak berani cuba. Tapi kalau ada siapa-siapa pernah cuba, feel free to inform me ok?

Setiap kali aku kena pitutan, aku selalunya biarkan saja ia baik sendiri. Pitutan ni tidak mengambil masa yang lama untuk sembuh. Paling-paling pun 2-3 hari.


2 comments:

  1. Aku nak tnya, Bagaimana untuuk mghilangkn pitutan ni dgn cepat ?

    ReplyDelete
  2. VšŸ˜†šŸ˜†šŸ˜†šŸ˜˜šŸ˜†šŸ„°

    ReplyDelete