Jun 29, 2011

Dyana Minachi


Assalamualaikum :),

Atas permintaan sepupuku nan satu ni (Sarah), aku pun bersetujulah untuk menjelaskan asal usul gelaran Minachi ni.

Setelah kelahiran Dyana, aku bercadang mau berpantang di kampung halaman, Labuan. Hasilnya, ketika Dyana berusia 9 hari maka baliklah aku ke kampung. Seperti biasa, ramailah orang yang bertandang untuk menjenguk 'orang baru' ni.

Kebetulan pula, dua orang sepupu aku (Kila dan Joanna) turut melahirkan anak (Faris dan Wafiy) dalam masa terdekat. Kira-kira Dyana ni penutup 2008. Sepanjang 2008, seingat aku ada 4 orang sepupu turut melahirkan, tapi Dyana seorang sajalah yang perempuan. Maka, ramailah makcik-makcik aku yang buat-buat perbandingan. Anak siapa paling sihat (Wafiy), paling putih (Faris), paling gelap (Dyana huhuhu) dan sebagainya.

Di awal kelahiran Dyana, aku tengok dia ni macam putih gebu orangnya. Entah kenapa bila masuk umur 2-3 minggu, tiba-tiba dia meng'gelap'. Sesungguhnya, aku merasa sangat kuciwa. Maklumlah, anak perempuan tiba-tiba pula jadi gelap.

Kebetulan pula, ramai makcik-makcik aku melawat dalam jangkamasa tersebut. Dengan selambanya, makcik aku (mamit simah) pun gelarlah anak aku minachi. Sob sob sob... terkilan sungguh aku tau!! Hehehe

Aku terkilan bukan suka-suka, tapi bersebab. Mengikut sejarah, seorang sepupu aku bernama *tut fadli (mungkin) digelar tambi sejak dia baby. Kununnya dia gelap. Aku tengok sampai sekarang tidak putih-putih. Kena gelar tambi lagi (termasuk aku).. alalala kesian..

Sepanjang 2 bulan berpantang tu, aku memang cuba untuk menerimalah anak aku kali ni minachi. Selepas beberapa bulan, bila aku balik kampung semua makcik-makcik aku terkejut. Kononnya anak aku semakin putih. Pokoknya, setiap kali aku balik kampung setiap kali tu lah diorang cakap dia makin putih. Alhamdulillah..

But still, minachi is still minachi. Sampai sekarang makcik-makcik aku masih panggil dia minachi. Ini menimbulkan syak wasangka di kalangan sepupu-sepupu aku kenapa dia kena panggil minachi. Well to my dearest cousins..


Dyana masa lahir. Putih gebu gitu.


Dyana 1 bulan. Eh eh.. kenapa makin mendung?

Dyana 2 bulan. Inilah dia punca kenapa dia kena panggil minachi..


Dyana 3 bulan. Macam ada sikit cerah.. betulkah?


Dyana 5 bulan. Confirm makin cerah. Atau mungkin pasal cahaya?


Dyana 11 bulan. True color :)

Movie : Jenglot Pantai Selatan [2011]




Assalamualaikum :),

Berikutan masalah 'teknikal' di ofis, maka tiadalah sebarang kerja dapat dibuat adanya. Oleh itu, dengan tekad untuk mengoptimumkan kerja yang tidak melibatkan masalah 'teknikal' berkenaan, aku memulakan proses mengarang surat rasmi. Di saat aku kebuntuan, akhirnya aku melangkahkan kaki ke seksyen 'HD' untuk mendapatkan khidmat nasihat. Ketika aku berkira-kira untuk berlalu pergi, langkahku tiba-tiba terhenti. Tertarik dengan movie yang dipaparkan dalam komputer seorang rakan. Setelah membuat pertimbangan, akhirnya aku berniat untuk menonton wayang tersebut sampai habis.

Di awal pengenalan, cerita jenglot ni nampak menyeramkan. Jenglot tu umumnya macam toyol, bagi aku la. Tapi secara specifiknya, bersaiz macam baby 6 bulan, berkaki empat macam buaya, berkepala manusia macam pontianak, berhidung babi, bergigi tidak rata dan tajam-tajam macam gergaji yang kena reject dari kilang, dan ekornya umpama lukisan tangan yang kemudiannya distaplekan di bontot si jenglot. Itu yang aku nampak dalam movie ni la. Kalau mau lebih spesifik, bolehlah anda google apa-apa yang patut.

Seperti biasa, tanggapan aku pada wayang seram indonesia ini sangat tinggi. Kalau kamu pernah baca entri-entri aku sebelum ni, sure kamu akan perasan. Ringkasnya, belum pun aku tengok wayang dia sudah berbintang-bintang aku bagi. Itupun berdasarkan tajuk movie saja.

Sepanjang 15 saat wayang bermula, aku sudah mengagak wayang ni wayang lama. Dengan baju ninja dukun ditambah lagi dengan rambutnya yang kembang mengurai sambil berkaki ayam. *At least bagi aku kalau berkaki ayam ni macam zaman-zaman hang tuah lah adanya.

Apabila seminit sudah berlalu, tiba-tiba wayang berubah zaman. Macamna aku tau? Tiba-tiba keluarlah Blackberry. The rest of the movie buat aku terkebil-kebil.

Sebab aku orang yang optimistik, maka aku assumed cerita ni macam cerita 2 zaman. Satu zaman cerita pasal asal usul jenglot, satu lagi cerita pasal keganasan jenglot. Tiba-tiba, semua pelakon wanita pakai bikini. Eh eh, ini sudah pelik. Sepanjang 33 tahun aku hidup, ini first time aku tengok wayang indonesia macam wayang hollywood ala-ala miami style.

So, aku abaikan la minah-minah pakai bikini 24 jam ni. Walaupun sesekali, aku ter'distracted' dengan bonjolan-bonjolan muscle aka lemak minah berbikini ni. Tidaklah macam hollywood sangat :D. Memandangkan scene wayang ni 90% di pantai dan 10% lagi di hutan dan rumah, suasana miami yang cuba ditimbulkan memang menjadi. Dengan minah bikini berjemuran di pantai, ditambah lagi dengan surfer dude yang bawa surf board ke sana ke sini tapi tidak tau pakai dan disusuli dengan guard ala baywatch yang ke hulu ke hilir dengan walkie talkie tapi tidak sedar ramai orang mati.

Mengisahkan tentang 4 + 2 rakan yang datang ke *tut (sorry aku tidak tau) beach untuk berliburan. 4 orang tu memang sudah confirm. 2 lagi tu, curi-curi ikut la kunun. Seperti biasa, of course la 3 lelaki dan 3 perempuan yang berpasangan. Jenglot pula entah apa objektif si dukun, di kasi lepas di pantai tersebut. Untuk makluman, satu dan HANYA SATU jenglot yang dilepaskan.

Di awal serangan, jenglot lebih suka menyerang kelompok kecil yang terasing dari yang lain. Serang bukan sebarang serang. Siap tinggal skeleton kaki minah bikini dia gigit. Lupa mo kasi tau, jenglot ni sejenis pemakan daging. Sungguhpun minah bikini itu berisi lagaknya, tapi kakinya sajalah yang sedap di makan. Isi-isi yang montok termasuk bahagian peha, bontot dan dada mungkin mengandungi lemak yang tidak sihat untuk si jenglot. Mangsa yang seterusnya, tidak payah makan pun tidak apa. Mungkin sebab kenyang, jadi jenglot setakat 'mati'kan si mangsa sesuka hati.

Umumnya kebanyakan mangsa adalah minah bikini. Turut ditimbulkan, kenapa surfer dude atau guard baywatch tidak kena makan? Alasan aku mudah dan berlandaskan bukti fizikal. Sebab minah bikini lebih mendedahkan isi berbanding surfer dude dan guard baywatch tu.

Setelah serangan secara tertutup dibuat tanpa meninggalkan sebarang kesan, kalau sudah ramai yg hilang tapi ramai juga yang tidak perasan untuk makluman, mayat-mayat mangsa dibiarkan begitu saja tanpa disembunyikan.. akhirnya si jenglot membuat serangan terbuka. Amukan jenglot menyebabkan ramai yang bertempiaran lari menyelamatkan diri dan sempat pula memakai pakaian yang sopan, sedangkan tadi semuanya memakai seluar pendek atau bikini. Maka bergelimpanganlah orang ramai di pantai sambil berlumuran darah diserang jenglot yang satu ini. Harus diingat sekali lagi SATU jenglot sahaja.

Kenapa aku balik-balik tekankan SATU? Sebab aku pelik macamana jenglot yang merangkak ni boleh serang orang ramai sekali harung. Pendapat aku yang jujur ni, kalau merangkak dengan berlari, tatap juga aku cakap berlari lagi laju. Owh lupa pula aku. Mungkin sebab ekor dia yg macam tangan kena tampal dibontot tu boleh lentur. Macam cicakman lah lebih kurang. Mungkin juga dia tebar ekor dia macam jala, dapat 2-3 orang gigit satu kali semua mati. Aku agak saja.

Ending dia, sangatlah tidak realistik sehingga aku malas mau cerita. Kalau aku cerita ni, terpaksa pula aku pakai volume segala. Anyway, cerita ini umumnya berjaya mengubah perspektif aku terhadap cerita seram indonesia. Although rupanya macam cerita hollywood, tapi jalan ceritanya.. :(.

credit to igorslab.com
Minah bikini


credit to jakartastage.com
Another minah bikini with muscle


Hollywood style


dibot.multiply.com
Jenglot sedang makan mangsa. Bukti bahagian kaki lagi sedap dari yang lain.


film.indonesiaselebriti.com

Barisan pelakon utama


Jun 28, 2011

Hello World : Deyana Nur Kamilia

Sepanjang pregnancy ke-3 aku (sadly aku miscarriage masa preganancy aku yang ke-2 in 2006), sekali lagi aku tidak ada major issues dengan morning sickness. Syukur!!

Paling-paling aku ada isu dengan masalah kulit muka aku. Penuh dengan jeragat. Siap buat kunjungan rasmi ke Sendayu Tinggi semata-mata mau menyelesaikan isu jeragat ni. Nasib baik la, minah Sendayu Tinggi tu suruh aku bawa-bawa bersabar. "Hormon ja tu kak," dia cakap. Nasiblah aku tidak jadi beli. Kalau tidak rugi saja. Bukan aku rajin pakai pun.

Menu harian aku, sudah semestinya Waffle. Mentang-mentanglah 1Borneo baru buka dekat ofis aku ni, maka itu sajalah yang aku mo makan. Hasilnya, berat badan melambung-lambung naiknya. Bulat-bulat muscle aku jadinya.

Mama aku pesan, kurangkan makan benda-benda macam tu. Nanti baby besar susah mo beranak. Tapi atas alasan, baby yang mau makan (padahal mamanya yang rangka), aku buat-buat lupa sajalah.

Memandangkan aku sudah bekerja time ni, aku tidak minta sebarang cuti persediaan beranak. Mengikut rekod aku nan satu tu, aku ada potensi beranak awal. So, mengurus cuti bukanlah kepakaran aku. Aku pakai 'polisi wait n see' sajalah. Lagipun, ofis aku memang dekat gila dengan Hospital Kerajaan, Likas. Manalah tau aku mau terberanak, kira dekatlah aku mo pegi hospital pun. Kalaupun aku tidak larat mau drive sendiri, sure la officemate aku yang macho lagi bergaya ni boleh tolong hantarkan.

Deyana sepatutnya lahir 8 Januari 2009. Beberapa hari sebelum aku bersalin, ada sudah ura-ura di ofis mengatakan aku confirm bersalin awal. During my last visit ke klinik on 24 December 2008 (Rabu), berebut-rebut nurse mau periksa perut aku. Diorang ingat ada misteri nusantara kali di sana. Soalan yang sama bertubi-tubi diorang tanya. "Ada sakit perut kah," tanya staff nurse. "Tiada," aku cakap. Last-last macam tu la jugak. Semua pun pretending macam tiada apa-apa. Bila mau tetapkan tarikh next appoinment, "30 Disember lah. Tapi saya rasa beranak sudah kamu time ni," dengan confidentnya nurse tu cakap.

Malamnya kira-kira 10 malam, aku tiba-tiba mo makan kerepek di Tanjung Aru Beach. Maka berjalan-jalanlah kami di bawah bulan purnama. Balik rumah dalam 11.45 malam, aku sudah start sakit perut. Aku ingat (sampai bila la aku mo belajar itu sakit perut beranak) cirit birit. Tapi memandangkan tiada sebarang tanda contohnya darah, maka aku cakap dengan laki aku "Tunggu kejap lagi la,".

Bila sudah sakit perutnya makin kerap, aku bawa la laki aku pegi hospital dalam jam 12.15 malam. Laki aku bawa kereta macam orang angan-angan mau lumba formula one, aku pula teriak-teriak suruh slow down. Ada juga terberanak dalam kereta ni karang. First thing first, mo cari tempat untuk kasi tinggal Haikal memandangkan dia sudah tidur time tu. Call Mak Ling (makcik aku), kebetulan la pula dia tiada di rumah. Cousin Hanas pula beroutstation. Mau tidak mau, terpaksa bawa Haikal sekali ke hospital. Paling kesian la laki aku time ni. Mana mo angkat beg, angkat anak tidur lagi. Nasib la time tu aku masih boleh jalan. Kalau aku pun minta angkat, terpaksalah call ambulans walaupun kami sudah ampai-ampai di parking lot.

Sebelum sampai hospital, aku call mama aku bagitau dia aku mau terberanak. Rupa-rupanya, mama sama bapa aku baru sampai Sipitang. Terpaksalah mama aku packing balik barang terus tukar haluan pegi KK. Aku sampai hospital dalam 12.30 pagi. Seperti biasa, kena mendaftar dulu. Aku tengok berbaris-baris sudah ibu-ibu yang mau beranak duduk di kerusi. Kalau tengok gaya macam ni, selamatlah aku beranak di kerusi. Mungkin sebab aku orang local, maka aku kena kasi peluang mendaftar dulu. Diorang kasi baju wad dan 'my old nemesis' bekas air kencing. Tapi kali ni, aku sempat pakai dan kencing dalam masa yang diberikan. Bila pass bekas kencing, nurse tanya "Itu apa tu kak? Darah?,". Adeh.. takkan la batu karang pula kan? Bila aku cakap iya, aku skip berbaris di kerusi, terus naik katil untuk cek bukaan.

Awal-awal bukaan 4 cm. Ada 3 katil dalam bilik tu. Walaupun aku orang paling last naik katil, aku la orang pertama kena tolak pergi labor room jam 1.20 pagi. Aku tengok ibu-ibu yang lain tu, macam masih relaks lagi menahan sakit perut. Aku pula siap guling-guling 'hindustan style' lagi.

Kali ni bidan aku seorang saja. Aku rasa mungkin sebab kekurangan staff. Maklumlah orang mo sambut krismas, sanalah anak aku mo keluar. Kali ni bidan dia macam peramah sikit. Bawa-bawa borak. Sesekali pernah juga aku terfikir mo terajang dia supaya dia diam, tapi bila sakit sajalah.

Akhirnya lahirlah Deyana Nur Kamilia 14 hari lebih awal pada jam 1.50 pagi dengan berat 3.25 kg (mama aku cakap pada muka sebab makan berabis-rabis :)), setelah berdrama di labor room dalam 30 minit. Fuh!!

Nama Deyana ni memang aku sudah plan awal-awal. Walaupun jantinanya baru aku tau di masa kelahiran, tapi nama memang aku sudah sedia. Asalnya Diana Kamilia. Tapi sebab aku rasa macam mo letak kelainan sikit, maka aku tukar spelling dia macam colleague aku, Leyana. Lain daripada yang lain. Bila mo daftar nama, laki aku cakap nama tu macam pendek sangat. So, aku letakkan la Nur di tengah-tengah. Mungkin sebab kalau letak di sana lebih unik dan lebih berirama. Kih kih kih..

Waktu Dyana (short untuk Deyana) lahir, semua doktor pun mo cium dia. Mungkin aura dia, aku pun kurang pasti. Tapi time ni aku tidak berpantang-pantang mo ambil gambar baby dia..



Hello World : Mohamad Danish Haikal


Aku tiba-tiba rasa terpanggil mo buat entry kelahiran makhluk tuhan bernama Mohamad Danish Haikal ni. Mungkin sebab dia sibuk tanya macamna keadaan dia masa kecil dulu. So, aku bercadang aku buat entry ni supaya next time, diorang boleh baca sendiri.

Sepanjang waktu pregnancy, aku tidaklah banyak songeh sangat. Tiada morning sickness atau apa-apa yang menyulitkan. Aku paling suka makan nasi ayam time ni.

Dalam tempoh kandungan 7 bulan, aku mengalami sedikit pendarahan. Aku agak mungkin sebab aku pernah tergelincir waktu sibuk mop lantai. Lagi satu, aku sangat aktif mengemas rumah during pregnancy. Dari awal mengandung sampai la ketika sarat. No wonder la budak ni tidak pandai duduk diam bila dia keluar.

Jumpa doktor pakar (maklumlah first born) turn out, plasenta (tebuni) baby berada di bawah dan menutup laluan keluar baby. Doktor cakap, kalau placenta ni masih di bawah bila mo deliver nanti terpaksalah aku kena 'potong'. Bila tanya betul-betul kenapa boleh jadi macam ni, doktor cakap "It's genetic,". Well, mengikut cerita, makcik aku meninggal semasa bersalin anak bongsu dia because of this similar genetic condition. My mom also the same, tapi dia sempat kena 'potong'. So, agaknya aku kena prepare apa-apa yang patut. Nasihat doktor, kurangkan perjalanan jauh (balik kampung) atau angkat barang berat.

8 bulan pregnancy, jumpa doktor semula. Alhamdulillah, plasenta baby sudah berada pada kedudukan yang betul. Mula-mula dulu, aku ingat aku mau namakan anak aku Mohd. Daniel Ariffin (since aku sudah tau anak aku lelaki). Tiba-tiba aku dapat mimpi anak aku nama Danish Haikal. Aku fikir mungkin ada hikmahnya.

Sepatutnya Haikal lahir 18 Oktober 2004. Sama birthday dengan cousin aku, Pami. So, aku balik kampung (no issue here since aku tidak bekerja at that time) masa usia kandungan 8 bulan. 3 Oktober 2004 (Ahad), aku sudah ada bleeding. Memandangkan aku kerap bleeding masa preganancy, aku rasa tidak ada yang perlu dirisaukan. Tapi aku ada bagitau my mom. Punyalah panic mama aku time tu. Of course la, mana ada orang yang mentally bersedia mengurus bab orang mo bersalin ni. MIL aku awal-awal sudah angkat bendera. Kalau aku terberanak, dia mo balik rumah. Kekeke.. Aku rasa my mom pun ada terfikir mo buat macam tu. Tapi since aku ni anak, terpaksa la ditahankan.

Bila my mom tahu pasal bleeding tu, dia tanya kalau aku ada sakit perut. Aku cakap tiada. So, there it goes the rest of the morning. Pretending macam tiada apa-apa. Tengahari ada jemputan kenduri di rumah pakcik (Pak Ulan dan Mamit Suraya). I forgot what was the occasion :D.

Sepanjang kenduri, semua makcik-makcik aku sibuk main teka-teka bila aku beranak. Ada yang cakap minggu depan (which is obvious) - Mamit Dayang, kak dayang. Ada pula yang cakap lusa - Mamit Simah. Paling dekat esok - Babu Hasnah.

Aku balik rumah dalam jam 3.00 petang. Kebetulan my hubby balik hujung minggu tu, so excited sikit. Jam 4.30 petang aku start sakit perut. At that time, aku ingat aku kena cirit birit. Aku kejutkan hubby, lepas tu aku terus ke ruang tamu. My younger sister time tu tengok sitcom Raven. I think she figured out aku mo terberanak, walaupun aku masih terfikir aku kena cirit birit.

Terlalu banyak drama sepanjang sesi mengenal pasti aku mo terberanak. Adik aku kejutkan my mom, which is bila terbangun saja terus buatkan susu suam. Apakah significannya susu suam sama orang mo terberanak? Sampai sekarang, mama aku ketawa saja kalau aku raise issue ni. My sister sibuk mo sediakan kereta. My mom masih tidak berputus asa, cuba meminta laki aku panggil nurse kampung untuk tengok sama ada aku mo terberanak atau apa. Dengan bendulnya laki aku pun ikut ja cakap mama aku. Balik dari mencari nurse, laki aku bawa pesanan "Nurse bilang bawa terus pergi hospital!".

End up aku sampai hospital pukul 5.30 pm dengan sakit perut yang sudah 'luar biasa' sakitnya. Check-in di hospital Labuan, first thing first. Daftar nama. Time ni marah betul aku. Orang sakit macam mo mati sudah, masih lagi mo daftar. Lepas tu kena bagi bekas kencing dan baju wad. Aku cuma sempat pakai baju wad ja. Baju tu pun sudah berdarah-darah time salin baju. Bab kencing tu kirim salam sajalah.

Then masuk bilik khas untuk check bukaan. Baru aku buka kaki, nurse tu terus teriak "terus kasi masuk labor room. Mo terberanak sudah dia!". Drama dalam bilik bersalin tidak payah cerita. Seorang bidan, dan 2 orang intern. Seorang intern kena salin pakaian sebab air ketuban Haikal terpercik di baju dia. Bukan sikit, tapi banyak. Hehehe

Maka lahirnya seorang anak lelaki bernama Mohamad Danish Haikal, 15 hari lebih awal dengan berat 2.55 kg pada jam 6.05 pm, selepas berdrama di labor room dalam 35 minit. Fuh!!

Sayangnya, kerana mengikut adat resam aku tidak simpan gambar Haikal masa baby. Huhu mungkin juga aku terhilang gambar dia. Maklumlah, time tu aku belum pakai lagi handphone yang ada camera ni :).

Ini sajalah gambar baby Haikal dengan adik aku Aiman. Mungkin Haikal baru 6 bulan.

Menu Please..



The other day, memandangkan musim gaji baru bermula plus my abdominal pain yang menyerang tanpa sebarang notis 24 jam, aku ajak hubby, the kids, my younger brother and my husband's niece dinner di luar. My first choice, is anywhere yang ada nasi briyani.

Sampai kedai BTC Lintas, benda pertama aku nampak. Air kelapa muda. Walaupun aku cakap mo makan Nasi Briyani, aku masih lagi minta puji mo minta menu. Manalah tau ada yang tersangkut barang sepinggan dua. Nampak gayanya, abdominal pain yang aku alami tidak mendatangkan sebarang mudarat kepada selera makan aku :).

Dapat menu yang dihajatkan..


Wow! Nampak sungguh menyelerakan.


What!! Is this a test?!


Last-last, aku teruskan saja niat aku mau makan Nasi Briyani. Naik pusing kepala aku baca menu. Apapun, kari daging dia.. superb!


Abdominal Pain and My Many Theories

Minggu lepas, aku diserang sakit di bahagian perut. Bukan sakit perut, more likely macam cramp di bahagian abdomen. Pakar saintis mengatakan itu kira sakit perut. Tapi sebab aku yang rasa sakit, aku cakap itu bukan sakit perut.

Sepanjang hari, aku akan rasa sakit kalau aku berada dalam postur badan 'ala-ala model' tegak tanpa terbongkok-bongkok. Akan lebih sakit setiap kali bangun dari kerusi. Mula-mula aku agak mungkin aku kena gastrik. Memandangkan sebelum tu, kawan aku diserang gastrik. Tapi macam pelik pula simptom-simptomnya langsung tidak sama. Kecuali kesukaran untuk duduk tegak.

Next thing, aku rasa aku kena cirit birit. Mungkin sebab anak kawan aku kena cirit birit. Sebabnya, 'output' aku macam ada sedikit cair berbanding biasa. Tapi waktu 'melawat' aku tidaklah sekerap mana. Macam normal saja.

Then, aku rujuk pada kawan-kawan. Aku siap mention yang aku ada rasa sakit di bahagian kanan abdomen. Someone maklumkan aku, mungkin sebab appendiks bengkak. Mengikut pengalaman beliau, ianya mengambil masa sebulan untuk sembuh dengan sendirinya. Mula la aku rasa nervous. Sebulan mo tahan sakit?! Oh Tidak!!

Lepas tu, aku fikir mungkin juga aku kena urine infection. Tapi, simptom yang aku alami mungkin setakat 10% daripada simptom yang di'fakta'kan dalam wiki.

Last sekali, aku rasa aku kena food poisoning. Aku pernah kena sakit macam ni dulu. Bezanya, sakitnya macam kurang sedikit daripada dulu. Tapi simptomnya hampir sama.

Sepanjang 2 hari, aku rasa aku qualify untuk dapat gelaran Rina M.D. Ala-ala House M.D. lah kunun. Macam-macam teori sudah aku pakai. Tolak rawatan ja aku tidak berani buat.

Kebetulan makan di luar, aku ternampak kelapa muda. Mengikut sesetengah teori, minum air kelapa muda ni bagus untuk penyakit-penyakit seperti urine infection, food poisoning dan of course chicken pox. Aku try minum sebiji memandangkan 2 daripada 3 penyakit di atas adalah a few of my many theories. Hasilnya, tidak sampai 24 jam keadaan kembali pulih seperti biasa. Amin...


Jun 24, 2011

Review Dyana : 2 thn 6 bln

Awal pagi, aku sudah siapkan apa-apa yang patut. Pukul 7.00 pagi aku sudah kena bertolak dari rumah untuk ke klinik kesihatan ibu dan anak. Ramai yang cakap, klinik kerajaan ni banyak songeh. Lambat dan sebagainya. Bagi aku pula, kalau ikut temujanji yang telah ditetapkan, boleh tahan juga cepatnya. Pasal tu la aku minta puji sangat mau bertemujanji jam 7.30 pagi. At least tidaklah lambat sangat aku masuk ofis.

Mula-mula sekali, kena timbang Dyana. Berat 11.8 kg, tinggi 97 cm. Tengok dalam carta, berat badan masih dalam keadaan normal tapi grafnya macam kurang anjal sudah. Ada sedikit kemerosotan. Maklumkan nurse tentang 'serangan kutu' serta jadual makan Dyana.
Generally, Dyana makan sikit-sikit. Tapi kerap. Kalau dia rasa mau makan ayam, dia akan makan ayam saja. Nasi langsung tidak sentuh. Tapi kalau dia mau makan nasi, sebarang lauk pauk confirm nampak tidak hensem di matanya. Dari segi kemahiran, nurse tanya "Sudah pandai pakai baju sendiri?". Aku cakap "Pandai. Tapi kadang-kadang pandai salah masuk lubang". Begitulah juga ceritanya dengan seluar.

Sedang tunggu nurse copy and paste laporan dia yang mana pada pendapat ikhlas aku kalau dia pakai karbon lagi cepat, banyak la nurse lain yang asyik pegang-pegang rambut Dyana.

Nurse : Ini memang rambut original dia kah kak?

Aku : Iya.
Nurse : Semua anak perempuan kakak beginikah rambut dia?


Ewah-ewah, lupa beli insuran mulut kali nurse ni.

Aku : 2 orang ni saja anak kakak. [Sambil tunjuk Haikal dan Dyana].
Nurse : Nasib baik yang lelaki ni rambut dia tidak ikal. Kalau tidak jadi 'Awan Nano' suda ni.


Penat aku fikir, rupanya maksud dia Hafiz, penyanyi Awan Nano. Kekeke. Aku keluar dari klinik kira-kira 8.10 pagi. Tidak la lama sangat :).


Dyana at 2 yrs 6 mths


Jun 23, 2011

Lice Attack

Beberapa hari lepas balik dari kerja, first thing first kutip Dyana dari nursery. Sampai nursery, aku tengok Dyana dengan tidak sedar dirinya sibuk bermain dengan kawan2 yg lain. Tiba2, pengasuh dia cakap "Kak, si Dyana ada kutu!". Oh TIDAK!!

Untuk mengenalpasti sebarang kemungkinan, aku tanya pengasuh dia "Ada budak yg ada kutu kah sini?". Diorang cakap "Tiada. Dia satu orang saja". Oh TIDAK sekali lagi!!

Sampai sekolah Haikal, ada a few minutes to spare. Out of curiosity, aku pun cuba la cari kutu di kepala Dyana. Memandangkan vision aku bukanlah dalam kategori PERFECT plus anak aku yang cuma boleh duduk diam-diam dalam 5 saat maka apa yang aku dapat adalah telur kutu. 4 biji to be exact. Huhuhu

Macam kesian pula, belum sampai 3 tahun sudah kena serang kutu. Aku dulu pernah juga kena serang. Tapi masa tu mungkin dalam Darjah 2 atau 3. Terus mama aku potong pendek rambut aku macam lelaki. Punyalah bida (tidak cantik).

Sepanjang perjalanan ke rumah, aku bersungguh-sungguh membuat calculation. Perkara pertama aku buat, call mama aku. Tanya rawatan terpantas dan paling berkesan yang aku boleh dapat dalam tempoh masa terdekat ni. Macam tidak sedap hati la pula hantar Dyana pergi nurseri membawa 'saguhati' untuk kawan-kawan dia. Mama aku cakap, guna sheildtox. Spray di rambut dia. Lepas tu bungkus kepala dia. Selepas 5 minit, baru sikat pakai sikat kutu yang rapat. Aku macam was-was mo guna shieldtox. Maklumlah bahan kimia untuk budak tidak sampai 3 tahun macam sangatlah tidak sesuai. Tapi since laki aku beria-ia cuba untuk membendung wabak ini dari tersebar, aku pun go on ja la.

Tidak sampai 5 minit, Dyana sudah sibuk kasi tanggal tuala di kepala dia. Last-last dengan kudrat, bapa dia sebagai tukang pegang Dyana, aku sebagai tukang sikat dan adik aku sebagai tukang tengok kutu di kain, kami berjaya juga menyelesaikan misi. Tapi sedihnya 1 kutu pun kami tidak jumpa. Ish ish ish..


Oh, kesian sungguh budak ini..


Esok paginya, hantar Dyana pergi nursery. Siap pesan dengan pengasuh minta diasingkan Dyana dari budak lain. Sambil-sambil tu minta tolong tengok-tengokkan kalau masih ada kutu di kepala dia. Tiap-tiap malam, kerja aku sibuk mencari telur kutu di kepala Dyana. Tapi aktiviti ini hanya boleh dibuat masa dia tidur.

Kadang-kadang aku terfikir juga. Kalau bukan di nursery, Dyana mungkin dijangkiti kutu dari rumah. Aku check rambut Haikal tiada kutu. Check rambut hubby pun tiada kutu. Rambut adik aku, aku tidak berani kacau. Takut hilang style k-pop dia pula nanti. Tapi aku confident sungguh rambut dia bebas kutu. Kalau hari-hari iron rambut, kutu pun tidak sudi mo singgah. Gersang sungguh. Last resort, rambut aku. Entah semenjak dua menjak ni, kepala aku asyik gatal saja. Aku suruh hubby tengok-tengokkan. Pun clear. Hubby cakap, psikologi ja tu rasa gatal-gatal. So, dari mana la Dyana dapat bekalan kutu ni? Firasat aku satu saja. Mungkin budak nursery ada yg kena. Cuma mungkin pengasuh tidak tau. Dyana pun hari tu kebetulan diorang nampak kutu masa sedang ikat rambut dia. Diorang dapat 2 ekor. Sesuai la tu, 1 kutu jantan 1 kutu betina.

Sebagai langkah berjaga-jaga, aku cuba google tanda-tanda atau gejala kutu. Agak menarik, bila tau telur kutu mudah dijumpai di belakang telinga atau di belakang tengkuk. Aku ingatkan cari buta-buta saja. Anyway, kamu boleh refer sini.

Oleh sebab aku kurang yakin keselamatan penggunaan shieldtox atau racun serangga (walaupun aku tidak nafikan ianya memang berkesan), aku usahakan juga ubat kutu yang lebih selamat yang ada dipasaran. So, aku dapat ini.


Credit to amamasrant.com


Aku tidak nampak sangat keberkesanannya memandangkan, kelibat kutu dan telur-telurnya sudah lama tidak kelihatan. Tapi aku sure akan simpan satu untuk bekalan di masa akan datang.

Jun 20, 2011

Semangat ada, TAPI..

Assalamualaikum,

Happy monday everibodeh!! Punyalah aku semangat mo pegi kerja hari ni. Awal pagi pun ceria semacam. Kerja terakhir aku siap hari rabu minggu lepas. Tidak lama lepas tu (hari yg sama) kami diminta mengambil langkah berjaga2 menjaga sistem masing2 dari kena hack. Honestly, I don't give a damn. Macam ada sedikit kelucuan pula mo hack sistem orang pun ada jadual. Kalau aku mo hack, rasanya surat-murat amaran tu aku langkau ja.

Jadinya, dalam tempoh 2 hari (khamis dan jumaat), kerja aku buat housekeeping ja. Mo buat lebih2 takut menjadi punca musabab 'kebocoran' pada juruhackers la pula. Kebetulan hari Jumaat yg indah itu, aku kena attack demam pula. Mengikut pemerhatian telus aku ni, bos aku tidak perlu risau pasal sistem. Yg dia perlu risau, semua programmer dia seorang demi seorang kena attack real life virus. Ish ish ish kesian kami..

Sampai ofis (walaupun lambat 10 minit), semangat mo kerja tu mmg tidak berkurang lah. Subuk (jenguk) lady bos, tiada la pulak. Apapun semangat tetap maintain, lagi2 lah lady bos tiada. Sekali mo buat kerja, alahai.. sedihnya.

Internet lambat. Balik2 server not found. Sudahlah kerja aku ni melibatkan pencarian melalui Encik Google yg paling macho. Tapi kalau semua yg dicari tu tidak ditemui, payah la aku mo fokus. Paling2 laju pun tengok FB atau blogger. Takkan la 24 jam mo tengok FB. Orang yg FB addict pun boleh mabuk tengok FB 24jam. Rasa macam mo balik pun ada. Lagi laju internet di rumah aku. Ciss!! Potong chicken betul lah..

Jadi apa aku mo buat hari ni? Mo sapu opis takut kena jeling cik2 cleaner. Mo bergossip, takut bos jeling. Mo tidur takut org ofis jeling. Haiyaa.. macammana mo jadi produktif ooo..


Father's Day

Assalamualaikum,

Sambutan hari bapa kami tidaklah semeriah mana. Setakat dihujani ucapan2 mesra dari isteri tercinta pun cukuplah. Hajat hati mo bawa hubby makan luar. On me la kunun. Last2 yg dirai pula yg membelanja. Hehehe

Lepas tu, Haikal bawa jalan2 pegi Toy'r'us. Mo beli kereta 'Car'. Aku guna voucher RM10 aku tu, yg lain babah dia yg top up. Once again, babah yang belanja. Ish ish ish..

Sampai rumah, Haikal siap bisik2 dengan aku..

Haikal : Mama, mari kita kasi hadiah sama babah.
Aku : Haikal mo kasi hadiah apa?
Haikal : Bola bowling lah..
Aku : Babah ada juga sudah.
Haikal : Apa2 lah..

Atas rasa mo sambut juga hari bapa, aku tanya laki aku. Macam penat pula main hiding behind the bush ni. Mula2 aku offer cake. Dia cakap tidak payah. Bikin gemuk. Last2 aku tanya dia mo apa? Dia cakap iPhone4. Hamboi2 laki aku.. pantang ditanya..

Anyway, Happy Father's Day!


Jun 17, 2011

Salam

Assalamualaikum :)

Semalam ada meeting jabatan. So, bos sarankan semua bagi mengeratkan komuniti jabatan kami mesti bagi salam sesama sendiri (dan of course bos la). Tiba2 dia tanya "Ada sesiapa ikut ceramah masa Maulidur Rasul tu kah?". DUSH!! dan aku mula terkenangkan tika dan saat itu.

Selepas perarakan Maulidur Rasul, kami peserta2 dijemput hadir untuk ceramah Maulidur Rasul. Penceramah kali ni Ustaz Badli Shah Alaudin. Secara ringkasnya, ustaz Badli yang kelakar ni menekankan kepentingan salam dalam kehidupan manusia. Mengikut beliau, antara punca kenapa para sultan panjang umur adalah kerana ramai rakyat yang mendoakan baginda terutama sekali jika ada sebarang majlis rasmi. Ustaz turut memaklumkan, beliau dulu pernah kerja jadi 'batman' terms yang dia gunakan untuk orang yg ditugaskan untuk baca doa. Sebelum sultan naik kereta, beliau kena terpacak dekat pintu kereta untuk baca doa. Siap ada pakaian khas lagi (jubah hitam). Naik helicopter pun mcm tu, masuk dewan pun macam tu, apatah lagi selesai majlis.

Itu sebabnya salam itu penting. Umpama kita mendoakan orang untuk beroleh kesejahteraan. Maksud Assalamualaikum adalah "Salam sejahtera ke atas mu". Lagi ramai yang balas Waalaikumsalam (bermaksud "dan salam sejahtera ke atas mu"), mudah2an lagi panjang la umur kita. Harapnya panjang dan sihat lah kan. Kalau panjang tapi sakit memanjang pun, susah juga. :D

Fikir2kan dan selamat beramal!


Terjebak jua akhirnya

Assalamualaikum :)

Mentang2 hari jumaat. Tapi actually bukan sebab jumaat, sebab tiba2 bos aku mention something yang membuatkan aku teringat 'something important'. Nanti aku, cerita bab yang ini.

Anyway, semenjak 2 menjak ramai betul kena demam 'Nora Elena'. Buka FB, itu ja lah yg org update. Belum pun tengok cerita, aku tau sudah watak utamanya Seth Tan dan Nora Elena (sudah terang lagi mo pasang lampu).

Asalnya aku tidak tergerak hati langsung la mo tengok cerita ni. Bab drama cerita cinta melayu ni, aku minta maaf la aku tidak tengok sangat. I have my own reason ok!. Bukan saja cerita cinta melayu, kadang2 cerita2 cinta cina, hindustan atau org putih.. tiada satu pun terkecuali. Tambah2 lagi cerita cinta romatika di Paris ni. Tapi kalau cerita love comedy boleh la aku telan. Aku pun kurang pasti kenapa, setiap kali tengok cerita2 mcmni aku pula yg malu lebih. Siap tutup mata atau buat2 sibuk susun bantal lagi kalau suda masuk adegan2 romantik. Geli aku weh..

Dijadikan cerita, tiba2 ja cousin aku update status dlm FB,
: Last day with Ahmad Seth Tan. Gonna miss youuuuuuuu!! :(
Akhirnya, aku membuat keputusan secara rasional. Demi menyokong produksi Malaysia, aku mo tengok Nora Elena. Macam la kamu percaya kan? Oklah, sebab aku mau jua tau mcmna rupanya cerita ni. Bukan mati pun kalau tengok 1 episode saja. Lagipun last episode, kira ok apa. Seperti yg dijangka, sepanjang tengok drama 1 jam ni, banyak kali juga la aku tepuk bantal. Biasalah tu, aktiviti rutin kalau tengok cerita2 cinta ni. Makin ke penghujung cerita, makin galak juga la aku tepuk bantal. Sudahnya Haikal tanya "Mama mo bantal lagi?". Cittt, anak aku ni potong betul lah.. hahaha

Pendek kata, drama ni mmg drama la (tipikal drama melayu). Cukup rempah. Yvonne yg gila, Seth yg penyayang, Nora yg kebingungan, Amir who?. Tapi itu sajalah watak yg aku tau. Memandangkan last episode, watak2 lain terpaksa dikeluarkan. Kasi highlight yg berkenaan saja. Kalau kamu mau sinopsis, sila klik pada link di bawah ok..


credit to www.tv3.com.my

Jun 15, 2011

Lawak FB

Buka FB saja, cousin aku post lawak ni. Bukan 1, tapi 5. Sakan aku gelak sorang2 disaksikan si Dyana dan si Haikal. Tapi sebab diorang tidak paham apa yg lawak, aku pun malas mo explain. Aku kurang pasti dari mana sumbernya, yang penting kita gelak dulu..


Lawak 1 :

Pak Tole Martole :
Anak saya gak lulus test masuk angkatan laut karena gak bisa berenang.. Padahal temannya gak bisa terbang diterima di angkatan udara..

Pak Tukimin :
Saya juga dulu gak diterima diangkatan darat karena alasan gigi pada rusak.. Padahal kalo perang kan tembak-tembakan bukan gigit-gigitan..


Lawak 2 :

Kisah Pak Kades memberikan HP ke Ketua RT utk memudahkan komunikasi. Suatu saat Pak Kades call Pak RT Tole, sambil lari terengah2 Tole nongol di muka Pak Kades, "Tole, kenapa saya telpon tidak diangkat, malah kamu datang ke sini?"

Tole : "Iya pak kerana HP bunyi saya liat tertulis PAK KADES MEMANGGIL, makanya itu saya langsung datang, coba kalo tertulis PAK KADES MENELPON pasti saya ngomong di HPnya, Pak.


Lawak 3 :

Di rumah sakit jiwa,
Dokter: Tole, sedang apa?
Tole: nulis surat,
Dokter: surat untuk siapa?
Tole: untuk saya sendiri dok,
Dokter: teruz isinya apa?
Tole: saya gak tau dok, kan suratnya baru sampe besok.


Lawak 4 :

Bolehkah saya parkir disini ?" tanya Tole, seorang pendatang baru, kepada polisi di kota itu. "Tidak boleh!!" sahut polisi. Tole menjadi heran "Tapi kenapa mobil-mobil lainya boleh parkir di sini??" tanya Tole kembali."Karena mereka tidak bertanya terlebih dahulu" sahut polisi.


Lawak 5 :

Saat itu, aku pertama kali bertemu denganmu, kita duduk bersebrangan, aku memandangmu, kamu memandangku, tanpa kuduga kamu mendekati ku, hatiku berdebar-debar sangat kencang, sampai kamu mengucapkan…………….,"minta sedekahnya kak..."


Jun 13, 2011

My Packed Weekend



Hujung minggu yg lalu, mmg jadual aku super packed la. Memandangkan cuti sekolah sudah hampir ke penghujungnya, it's time for Haikal to come home. My sister mo beli stok barangan jadi dia cadang mo bawa budak2 plus my mom naik bas dari Menumbok ke KK. Tapi mungkin sebab terlebih excited, laki aku cadang supaya kami drive sampai Menumbok jemput diorg. Seawal jam 6.00 pagi kami sudah bertolak dari rumah. Nasib baik si Dyana bangun awal.

Separuh perjalanan, laki aku suruh ganti dia drive. Sampai Menumbok lebih kurang 8.30 pagi. Memandangkan adik aku belum sampai, kitorg pun breakfast la dulu. Jam 9.00 pagi, rombongan cik kiah akhirnya datang menaiki speed boat. Sebab kebanyakan ahli rombongan kelaparan, maka kami pun breakfast lagi sekali.


Sampai KK dalam jam 12.30 tengahari. Mak cik aku pula call, suruh singgah rumah dia. Seperti biasa, end up lunch di sana dan pulang dengan bekalan ayam dan daging sejuk beku cukup untuk sebulan. Kebetulan pula laki aku ada aktiviti sukan dalaman (indoor), tinggallah aku, my sister, my mom and the kids meredah bandar KK.

First destination, Jelip. Aku kurang pasti barang yg adik aku beli, tapi keberadaan kami di sana terasa begitu lama sekali. Atau actually tidak la lama sangat, mungkin kehadiran budak2 tu yg buat rasa lama. Susah beb, jaga budak 3 orang. 2 asyik bergaduh, sorg lagi suka buat hal sendiri-tapi mesti dipantau.


Next destination, Haikal sudah meragam mo pulang rumah. Aku cakap, kalau tidak dengar cakap, tiada suprise. So, dia duduk diam2 balik. Sampai Kamdar 1Borneo, lokasi pertama aku cari 'kerusi taman'. Bukan kerusi taman pun, rupa ja macam kerusi taman. Dyana sudah tertidur-tidak-sedar-diri. Kasi baring dikerusi sambil aku layan budak2. Aktiviti mengurut kain ni agak lama juga la bagi yg tukang tunggu. Bagi yg tukang urut, tidak sedar pun masa berlalu sampai la duit dalam purse tu nampak jarang2.


Kerusi taman depan Kamdar.


Geng Bas Sekolah - Lepas aktiviti makan KFC.


Dalam 5.30 petang, kami pegi pula ke Borneo Mega Carnival. Saja, bawa budak2 enjoy. Inilah suprisenya konon. Nasib baik aku sudah bawa baju basahan untuk budak2. Kami sampai rumah dalam jam 8.00 malam. Ingatkan mo makan di luar sebab terlalu penat, tapi memikirkan bekalan sebulan aku tu, terpaksalah dibatalkan aktiviti makan luar. Lepas aktiviti 3M (mandi, masak, makan), tibalah acara yg ditunggu2.. Tidur.



Game 1 - RM3 for 30 minutes.


Macam lama betul aku tunggu. Mungkin sebab tiada budak lain, so diorg kasi kelonggaran la. Last2 aku suruh main the next game.


Dyana main kayuh perahu. RM3 for 15 minutes. Pun macam lama sebab tiada budak lain yg main.


Game 2 - RM3 for 20 minutes.


Seperti biasa, lebih dari masa yang sepatutnya. Dyana pun ikut join abang & pakcik dia. Tidak padan dgn tinggi sejengkal. Terpaksa bapa dia jump in kasi teman dia.


Keesokkan harinya (ahad), my mom minta bawa pegi pasar. Jam 7.30 pagi kami sudah bertolak dari rumah. Budak2 terpaksa dibangunkan sebab tiada siapa yg jaga. Mula2 breakfast dulu. Kira rasuah budak2 supaya tidak bising time jalan2 nanti. Sampai pasar, mama aku borong limau buat sambal belacan.

Kira2 jam 9.30 pagi, pegi stesen bas beli tiket untuk bas jam 11.00 pagi. Disebabkan banyak masa, mama aku bawa pegi Gaya Street. Suka la mama aku pegi Gaya Street kalau tiada bapa aku. Tiadalah org sabotaj dia mo beli bunga2an. Lepas beli bunga, mama aku terus skip laluan Gaya Street yg lain. Al-maklumlah.. hajat di sudah tercapai. Haikal pula sibuk mo belon Petronas (padahal Shell). Cari punya cari akhirnya kami jumpa juga booth belon2an.


Tiba2 kedengaran deruman enjin yg kuat. Sampai terkejut si Dyana. Rupanya ada macam something gathering atau pesta atau pameran atau apa sajalah motorsikal berkuasa tinggi. Puaslah aku mengambil gambar event yg aku pun tidak sangka akan 'terdatang'.



Fuiyo!! Macam the Ghost rider pun ada..


Dari Brunei pun ada.


Itulah booth belon Shell yg kami sedaya upaya mo redah. Eh!! Siap ada Marshal lagi woo..


Baru aku tau tugas Marshal ni macam polis trafik juga. Cuma diorg tidak handle kapchai2 ni. Hehehe mungkinlah..


Tengok betapa kagumnya Dyana dengan motor2 nan mahal ni.


Itulah dia singkatan event yg aku terdatang ni. BIIBBF 2011. Kalau mo tau sangat,sila lah Google.


Seluas mata memandang.


Sampai rumah, Dyana aku tidak sempat naik katil pun.. huhuhu



Haikal Lose His First Teeth


Last 2 weeks, Haikal ada call dari Labuan bagitau gigi dia sudah tercabut. Punyalah aku excited, tapi malangnya aku tiada di tempat kejadian. Huhuhu..

My sister bagitau, gigi dia tertanggal masa dia tidur. Nasib baik la tidak tertelan. Aku siap pesan dengan Haikal suruh dia bagi gigi dia dengan my sister. Malang untuk sekian kalinya, Haikal ter'hilang' pula gigi dia sebab sibuk mo tayang2 dengan orang.

Haikal siap bagitau dia mau simpan gigi tu bawah bantal, nnti pari2 bagi duit. Well, itulah dia penangan teknologi yang bernama televisyen. So, apa aku buat? Nothing. Sure kalau aku cakap apa pun sekarang ni dia tidak percaya memandangkan cikgu atau doktor adalah org yang paling betul sekali di dunia. Hehehe..

Rock-Paper-Scissors


Ada org panggil cus (or choose) atau jus (or juice) aku pun kurang pasti la relevannya kedua2 terms ni. Tapi bahasa universalnya kira Rock-Paper-Scissors. Alah.. mainan yg kita buat tangan kita mcm gunting batu atau kertas tu la. Kalau mo cari 'kambing hitam' ini la permainan paling popular.

Cuma satu saja nasihat aku (berdasarkan pengalaman), permainan ni walaupun rupanya lebih kurang sama versinya amat berbeza sekali dengan versi semenanjung.
Masa aku study dulu, bila mo main cus/jus ni puaslah aku kena kasi ketawa. Kalau situasinya pertandingan, boleh dikategorikan menimbulkan keraguanlah. Manakan sama, versi org Sabah/Sarawak/Labuan cuma ada batu, kertas dan gunting. Versi orang semenanjung ada pula burung dan air. Wuiseh.. tidak cukup sillibus pula aku ni.

Anyway sabtu lepas, demi untuk 'membunuh masa' menunggu adik dan mama aku 'mengurut2 kain' di Kamdar 1B, aku pun bawalah ajar la si Haikal main do-is-ka-do. Siapa yg familiar, syukur lah nak. Kalau tidak tu, anggap ja la kita ajak anak main tepuk amai2 dan penyudahnya adalah cus/jus. Siapa menang, berpeluang untuk cucuk belakang tengkuk si pengalah yang mana akhirnya si pengalah terpaksa teka jari apa yg diorg guna.


Aku ingat anak aku tidak pandai main Rock-Paper-Scissors ni. Turn out, actually dia sudah pandai. Aku saja yg kurang alert. Mungkin dia belajar dgn adik aku sepanjang cuti sekolah, atau mungkin dia belajar dari kawan2 dia di sekolah.
Sepanjang permainan, almost 90% aku menang. Mungkin sebab kita senang mo budget pemikiran kanak2. Tambah lagi anak sendiri. Tiba2.. (lakonan semula)


Mula2 tu seri. So, terpaksa pergi 2nd round.


Apakah?!!

Berhabis2an aku ketawa. Orang pun sure hairan kenapa mama dia ni mcm kena sampuk. Haikal siap bersembunyi di sebalik dinding. Malu konon. Bila aku panggil balik, dia cakap "Mama jangan ketawa dulu". So, aku berentilah ketawa. Lepas tu aku tanya, itu apa? Dia cakap PISAU. Aku tanya lagi pisau sama gunting siapa yg menang? Dia cakap pisau. Malas lah aku mo cari point untuk mematahkan hujah si Haikal. Kalau org dewasa, sure aku fight balik. Tapi sebab budak2, kasi peluang ja lah kan?


Jun 10, 2011

Sesi Lepas Geram 18 PG/SX

Aku mo bereksperimen. Ramai yg cakap blogging ni kira macam terapi. Memandangkan aku betul2 marah, maka aku mo gunakan semua effort marah aku tu untuk bereksperimen. Kita tengok ramai2 berhasil kah tidak.

Aku yg tengah berusaha bersungguh2 utk membuat persediaan aktiviti minggu depan, tiba2 mendapat satu panggilan. Sila wakilkan dia meeting. Aku rasa aku pernah meroyan sekali pasal bab wakil2 meeting ni. Tapi memandangkan yg diwakilkan ni bos, plus meeting yg kena suruh pegi ni kira related dengan aku.. takkan la aku mo cakap tidak. Ada juga yg kena bagi surat amaran tatatertib ni karang.

Seperti biasa, namanya wakil meeting confirm la pergi meeting dgn minda yg telah diformat Maklumlah, mana sempat mo sediakan apa2 maklumat (itupun klu aku tau apa maklumat yg diorg mau). Tapi sebab bosku dengan confidentnya cakap, "You catat je apa2 yg diorg minta". Kepala hota* you lah! Aku tanya lagi, siapa2 ahli? Bosku cakap, "Alah.. org2 biasa2 je."

Maka pergilah aku mcm org sesat. Masuk bilik mesyuarat, perkara pertama yg aku nampak, barisan2 VVIP. Aku siap keluar balik takut salah tempat. Lagipun kan bosku cakap "Alah.. org2 biasa2 je". Macam mo minta kena hindik saja bosku ni. Lepas duduk, ahli2 mensyuarat ada yg terpaku. Agaknya amaze dgn kehadiran aku yg nampak garang dan seksi dalam satu masa. Yalah tu, padahal diorg cuma bingung memikirkan sama ada aku ni salah masuk meeting atau bini kepada mana2 ahli mesyuarat yg lain.

Urusetia bagi aku 1 fail. Aku baca ja, sumpah aku tidak paham apa bendanya yg diorg tulis ni. So, aku buat2 paham ja lah. Apabila mesyuarat bermula, lepas go through minit lepas, siapa org pertama kena tanya? AKU JUGAKLAH yang paling femes. Garang dan Seksi kan.. Soalan pertama kena tanya aku sudah tidak tau jawab. Semua pun sudah start tengok aku. Takkan la aku mo catat soalan pula (sebab bos aku suruh catat). Apa aku buat, buat2 ketawa seksi! Lepas tu buat kepala ala2 minah bollywood. Geleng2 malu. Ishhhhh!! Marah betul aku.. Agaknya mesti ahli2 mesyuarat tu tertanya2, apakeheynya budak ni.. cacat ker? Atau tak paham soalan? Kalau aku sendiri tengok pun mcm aku mo baling ja dgn lesung batu! Padan dengan muka aku.

Lepas tu, dia tanya soalan seterusnya. Actually aku tidak paham pun apa soalan dia. Glossary pun pengerusi ja yg ada. Maka pepatah melayu ada mengatakan "Malu bertanya sesat jalan". Tapi kalau balik2 tanya soalan makin ramai pula yg sesat nanti. Sudahnya aku jawab suka hati aku ja. All and all aku kena tanya 5 soalan. 1 memang aku buat2 minah seksi. 4 aku jawab ala2 garang. Konfiden la kunun, padahal penat sudah jadi org buduh!

Dalam meeting yg berlangsung 2 jam, aku cuma terlibat dalam 2 minit. Apa yg aku catat? Aku pun tidak tau. Semua pun tanda soal ja. Biar la bosku yg suruh catat tu fikirkan sendiri misteri tanda soal aku tu. Lain kali, kalau mo suruh catat pegi sendiri!

Apa perasaan aku lepas sesi lepas geram ni. Relief! Boleh diamalkan selalu.. tapi minta maaf lah kalau bahasanya agak mencarut. Biasalah org baru abis marah. Hehehe

Jun 8, 2011

Movie : I am Sam [2001]


Masa mula2 movie ni keluar, sumpah aku mmg tidak mau tengok. Bukan aku tidak tau cerita ni best (berdasarkan review2 yg aku baca). Tapi kalau cerita2 macam ni, memang aku cuba elakkan. Nanti berpanjangan pula mendung di hati ku ini.


Entah kemarin, buka2 tv saja wayang ni pula yg terkeluar. Terduduk la aku di satu sudut, terpaku (itu sebab aku tidak boleh ubah.. hehehe). Bertemankan si Dyana yg balik2 tengok muka aku (hairan kali), air mata ini tidak berhenti2 mengalir keluar. Nasib baik laki aku tiada. Kalau ada, takkan la aku mo guna alasan mata masuk habuk. Besar juga habuk tu kalau tidak pandai berenti2 air mata keluar. Akhirnya, cerita tu abis.

Ini part yg mgkn kamu tidak akan jangka. Aku cuma tengok cerita tu 20 minit yg terakhir. Bengong ja aku nangis sampai basah tuala. Kalau 2 jam, mo pakai baldi kali aku tengok cerita ni. Tapi bagi aku cerita ni memang menyayat hati. Aku yg selalu ketawa2 walaupun tengok cerita sedih ni pun balik2 'mata masuk habuk', inikan pula peminat hindustan. Tapi mungkin sebab cerita ni mengisahkan macamna ibubapa bersusah payah untuk anak dia. Itu yg buat gua sedih beb! Makan dalam wa cakap lu! Hehehe..

Sinopsis :
Aku pun tidak pasti mo cerita apa memandangkan aku tengok 20 minit yg terakhir. Nanti kalau aku tengok itupun 'kalau', aku update di sini. Tapi buat masa ni ini sajalah aku boleh bagi. Mengisahkan tentang seorang bapa yang mentally-challenged membesarkan anak perempuannya setelah ditinggalkan oleh si ibu. Ada yg tidak kena dgn ibu dia ni, anak comel mcmtu pun kasi tinggal. Tidak lama kemudian, sorg social worker datang ke rumah si bapa dan membawa anaknya pergi. Marah betul aku dengan social worker ni. Macam teda kerja. Kalau lapang sangat, pegi la tangkap mama dia tu. Bila masuk mahkamah, sebab dia cacat, si bapa hanya dibenarkan melawat anaknya 2 kali seminggu (supervised). 2 kali saja? ish ish ish. Atas nasihat kawan2nya yg juga metally-challenged, akhirnya si bapa mendapatkan bantuan dari seorang lawyer. Lawyer tersebut dengan besar hatinya cuba membantu si bapa dgn pro bono. Ini aku kurang pasti klu lawyer tu ambil ni kes sebab kesian atau sebab mo publisiti. Tapi nampak macam ikhlas. Untuk sementara waktu, si anak diletakkan di rumah keluarga angkatnya. Nasib la keluarga angkat dia ni baik. Ini sajalah yg aku dapat ulas dari google.

Kadang2 mo juga tengok cerita genre mcmni, macam The Pursuit of Happiness. Tapi karang terpaksa la pakai deram pula.. huhuhu



Nurseri


Sejak kebelakangan ni, kerap betul dengar dalam berita pasal nursery diarahkan tutup. Terlalu banyak 'kemalangan jiwa' atas kecuaian. Jadi ramai juga la bertanya2 dengan aku, selamat kah hantar anak di taska? Tidak risau kah?

Menipu la aku kalau aku cakap tidak risau. Kalau mo cakap selamat, aku pun tidak berani jamin. Berserah sajalah pada tuhan mudah2an DIA lindungi anak2 kita. Ada beberapa sebab kenapa aku hantar anak di taska.

1) Bersesuaian dengan budget aku

Lainlah klu aku ni orang kaya yg boleh import pengasuh luar negara. 1 anak = 1 pengasuh. Kalau ada duit lebih, hantar ke nursery yg 'terbaik' yg boleh kita provide untuk anak kita. Kalau tidak pun memadailah dengan keperluan2 asas memberi makan 3 kali sehari atau lebih / memberikan susu, menidurkan dan memandikan.

2) Dilema amah

Bila anak aku masuk 2 org, ada juga yg sarankan aku ambil amah. Kononnya belanja nursery anak 2 org lebih mahal dari hire seorang amah. Mungkin juga sebab aku tidak begitu selesa ada orang lain tinggal di rumah (macam tiada privacy la konon), atau mungkin sebab aku rasa mencari amah lebih complicated dari mencari jarum dalam jerami. Kesimpulannya, aku memang keberatan mo hire amah. Kalau anak aku masuk 3 org pun sure aku hantar nursery. Kurang la sikit isu amah lari atau sesat (balik kampung terus tidak jumpa jalan pulang).

3) Anak cepat pandai (mitos?)

Mengikut pemerhatian dan teori aku, budak2 nursery ni mudah belajar. Makan pun tiada masalah. Al-maklumlah, semua benda pun mo buat ramai2. The more the merrier la kunun. Agaknya mungkin sebab tabiat budak2 yang suka berebut. Makan, mainan mahupun duduk di pangkuan pengasuh. Semua pun mo berebut. Macam la best sangat duduk di pangkuan pengasuh yg kurus kering tu. Mama dia yg empuk ni, tidak la pula dia mo duduk. Ish emo la pula aku :). Tapi ini setakat teori sahaja. Lagi satu, budak2 nursery aku tengok lebih berani mungkin sebab selalu bergaul dengan budak2 lain.

Bagi aku, 3 ni la alasan aku paling kukuh. Kalau orang tanya, selalunya ini ja la jawapan aku bagi. Tidak kisahlah kalau jawapannya basi yg penting dasar aku ni masih boleh digunapakai setelah 6 tahun aku hantar anak aku di nursery yg sama. Wuiseh!! Macam penghantar setia la pula. Namun begitu, tidak dinafikan la nursery ni ada juga keburukan dia. Ini beberapa keburukan yg selalu aku hadapi la..

1) Anak selalu sakit

Kalau seorang penghuni taska sakit mata/selsema/batuk atau apa2 penyakit yg berjangkit maka bersedialah anda untuk mengambil kursus pendek dalam bidang kedoktoran/nursing. Bila sudah mati kutu, last2 terpaksa refer kes dgn doktor bertauliah. Tapi bagi aku keadaan ni adalah biasa. Tidak juga la aku meroyan tidak tentu pasal dgn pengasuh nursery. Benda2 mcmni, tidak payah dalam nursery, luar nursery pun boleh sakit.

2) Belajar benda tidak elok

Mostly dari segi ungkapan kata2 la. Kalau di rumah kita boleh monitor apa yg diorg dengar atau cakap. Tapi kalau dlm nursery, takkan la kita plaster pula mulut budak2 lain. Tapi permasalahan ni kira boleh dibendung lagi la. Kalau anak aku cakap benda2 yg bagi aku kuwang-hajo atau tidak sopan, turn kita pula bagi nasihat. Setakat ni, dalam kes anak aku kira berjaya juga la.

3) Kecederaan

Bab yg ini agak sensetif sikit bagi sesetengah ibubapa. Bagi aku, kalau kecederaan itu berpunca dari budak2 lain atau kesalahan sendiri (cth langgar dinding - kes Haikal), kira aku tidak akan banyak cakap la. Lagipun aku tau anak aku mcmna. Kalau dlm rumah sendiri pun selalu cedera, inikan pula di rumah yg ramai budak2. Ada juga kes yg melibatkan budak lain (cth kena gigit - kes Dyana). Bab yg ini aku mmg geram sangat. Tapi tidaklah terus2 serang pengasuh. Maklumlah yg dijaga pun ramai. Tidak sempat pula mo menyelamatkan anak kita. Tapi selalunya, esoknya confirm aku bagi khidmat nasihat free dengan pengasuh untuk sentiasa memerhati budak2 yg cenderung untuk menggigit budak lain. Agaknya mungkin budak ni dalam peringat mengeksplorasi. Bagi ibubapa anak suka menggigit ni, masa mula2 kita pun tidak sedar dgn tabiat baru dia ni. Mungkin kurang kasih sayang aku pun kurang pasti. Tau2 sudah ada kes juvana gigit budak lain. Bagi menunjukkan rasa tanggungjawab kena la maklumkan pengasuh yg anak anda ni perlu perhatian 'istimewa'. Orang putih cakap "Give me the love" la kunun. Dengan bertindak sedemikian, kes2 gigitan ini mgkin akan berkurang dari semasa ke semasa. Ewah! Macam pakar pula aku rasa. Macamna aku tau? Sebab si Dyana pernah jadi mangsa dan pemangsa. Laki aku cakap, mungkin dia mo balas dendam sebab dia selalu kena gigit. Itu sebab dia gigit orang balik. Hmmm.. mungkin juga la.

Kesimpulannya, bagi aku tepuk dada tanya selera. Ukur baju di badan sendiri. Kalau rasa mo anak selamat dari sebarang kemungkinan, kita jaga sendiri sajalah. Tidak pun hantarlah kepada waris2 terdekat untuk dijaga (kesian nenek). Tapi bagi perantau macam aku ni, have faith sajalah. Mudahan2 saja tuhan lindungi anak2 kita. Apa yg kita boleh buat? Nasihat aku selalu2 la lawat nursery tu luar dan dalam (spot check) lepas tu, kena selalu berbual dengan pengasuh untuk tengok perkembangan anak. Kalau aku, aku selalu tinggalkan pesanan dengan pengasuh "tengok2kan dia ah..". Risau tu sentiasa ada. Setiap hari. Tapi kadang2 kena let go juga. Masa kita kecik2 pun bukan 24 jam mama kita perhati kita. Jadi orang juga kan? ;).

p/s : Kalau memang sudah nasib tidak baik, jumpa nursery yg tidak bagus atau lalai.. memang patut ditutup pun. Tapi bukan semua nursery macam tu.


Jun 7, 2011

Kerja Seminggu Rehat 2 Minggu

Aku ada habit buruk yang aku harap sangat aku dapat ubah tahun ni. Aku rasa habit ni aku dapat masa aku masuk tempat kerja yang baru. Biasanya bila aku start buat kerja, seminggu tu aku mmg akan bagi full concentration. Fokus abis la orang bilang. Kalau ada orang baling batu, sure kena marah. Kalau ada yg berkuntau, aku jeling ja. Kalau ada gempa bumi, aku la yg paling last keluar (ah! melampau la tu). Pokoknya, memang fokus 110% la. Kalau dipanggil aku suka buat muka blur time2 fokus ni. Otak masih fikir kerja, muka ja pandang siapa yg panggil. Fuiyoo!! Baru aku perasan betapa fokusnya aku ni kalau suda datang positive vibe. Bila kerja tu siap, selalunya aku akan hadiahkan diri aku waktu untuk berehat dalam sehari sebelum menyambung kerja lain. Dari sehari, jadi 2 hari, kemudian 3 hari dan seterusnya boleh jadi sampai 2 minggu. Aku macam liat betul mo buat kerja baru. Terutama sekali sejak kebelakangan ni.

Adakah aku sudah hilang semangat atau minat dalam kerja aku? Oh Tidak!! Shuhh. Nyah kau dari sini perampok semangat!! Aku baru 33 thn. Opps.. Ok la, I'm a proud 33 y/o woman. It doesn't matter kalau itu dikategorikan senior. I have everything in 33. Got education, got married, got kids, got steady job.. the only thing I wish to have is grand kids, which I won't be having anytime sooner ;).

Anyway 33 tahun, masih terlalu jauh dari waktu berpencen dan aku sudah mula menunjukkan simptom2 orang berpencen. Oh no! this is not happening! Mungkin aku kena pergi kursus bina semangat atau mana2 kursus yg boleh membantu aku mendapatkan semula semangat kerja aku. Hmmm.. Macamlah bos aku kasi pegi kursus2 macam ni. Lainlah kalau kursus PHP, MySQL atau mana2 kursus yg dikatakan 'teknikal' dan lebih related dengan bidang kerja sedia ada.

Bukan aku tidak banyak kerja. Tersangatlah banyak kerja. Lagipun bab kerja ni, sampai mati pun tidak habis. Masalahnya, semangat mo buat tu entah tercicir di mana.. untung la siapa yg jumpa semangat aku tu. Kalau dikira2, dalam satu bulan aku betul2 kerja 2 minggu, lepas tu rehat 2 minggu. Tersangatlah tidak produktif! Tindakan segera perlu diambil. May be I've too many things going in my mind right now. I really need to sort out my priorities. Wish me luck!


Some of my to-do-list, like 3 months ago.


Permohonan kursus yg ditendang bulat2 oleh bos. Doesn't say why, just on hold. Mungkin juga musim pendaftaran pelajar, which is for sure I'll be one of the accredited observers doing nothing accept trying so hard to look super busy and berkhayal at the same time. Doesn't make sense? It's what we do..

Jun 6, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Semenjak dua menjak ni, macam kerap betul kami bersuka ria di hujung minggu. Hasilnya, banyak projek2 kerja rumah yang terbengkalai. Ini termasuklah projek melipat kain serta projek meng'iron' baju. Kerja2 lain sudah dimasukkan ke dalam Program 'latih tubi' harian aku. Nampaknya aku kena atur balik jadual kerja2 rumah kalau mo jadikan Projek Aktiviti Berjalan di Hujung Minggu ni satu kemestian.

Kelmarin, laki aku ajak tengok wayang Kung Fu Panda. Aku tau aku cakap cerita ni best, tapi kalau mo tengok 2 kali.. mengarut la tu. Tapi sebab laki aku betul2 mo tengok, so I follow lah. Sampai Suria, tengok skrin. Wah!! Selling fast I tell you. Barisan tidak la panjang sangat, tapi kalau tiap2 minggu pun selling fast mungkin ramalanku yang cerita ini best benar belaka. Memandangkan tayangan 1.40pm sudah terlepas, aku cadangkan supaya aktiviti menonton ditunda pada jam 2.30pm. Setelah dipersetujui oleh penyimpan mohor2 diraja, kami pun jalan2 buang masa di tingkat 3 Suria KK.

Turun2 saja si anak dara sudah sibuk tunjuk2 satu kawasan permainan berbayar, terpaksalah kami turuti. Lagipun kurang la sikit penat jalan2. Jam 2.10pm, kami angkut si anak dara untuk tengok wayang. Dengan raungan dan teriakan yang menusuk ke qalbu dan of course sangat2 memalukan, of we go to the next agenda. Sampai kaunter, tiket Kung Fu Panda yg available cuma 3D. Did I mention before I will never watch 3D movie again? Ok, if it's for the first time and cerita dia betul2 best and the movie is in 3 hours, I will definitely consider it. Lain la kalau ada org belanja or someone is actually pointing a gun at my head paksa tengok wayang 3D, then I am in no position to say NO. BUT if this is actually the second time I watched it, it's definitely a NO NO. So, kami tidak jadi tengok movie. Demi memujuk suami tercinta, aku cakap la.. "Alaaa.. dalam 2-3 bulan lagi keluar la movie ni dalam Disney Channel." :).

So, aku ajak laki aku pegi tengok Sabah Mega Karnival 4-11 Jun 2011 di Kompleks Sukan Likas. Oleh sebab kepanasan yg teramat sangat plus sakit kepala akibat kepanasan, kami skip beberapa baris gerai makanan dan tengok beberapa gerai lain. My hubby interested pegi gerai telefon. Aku pula cuma fikir mo pegi gerai minuman saja. Sebab rasa tidak selesa, aku ajak laki aku pulang. Masuk kereta, hujan rahmat pun turun..

Inilah Playland yg si Dyana sibuk tunjuk2. Memandangkan hujung minggu, kena la bayar RM5.


Bayar RM5, dapat contractor palsu 1 org. Minus the kasut ah..


Sebelum masuk, mesti kena cop dulu. Dyana meraung tidak mau kena cop. Dia ingat mo kena jarum kali. Ikut perangai sapa la ni.. hehehe


Cuma mainan yg bertangga sahaja menjadi pilihan. Mungkin sebab dia rasa senang mo naik.


Time ni, sibuk2 dia teriak "Mama!! Peace". Maka terpaksa la aku ambil gambar.


Wah!! Tegak betul anak aku main gelongsor..


Penat main gelongsor, naik ikan pula. Dia main sekejap saja. Mungkin sebab banyak budak mo main.


Lepas tu dia kacau 'rumah' orang. Aku rasa dia tidak tau di mana pintu jadi terpaksalah dia jadi ahli mesyuarat tingkap. Masa ni, me and hubby duduk2 saja di luar. Ajar dia main sendiri dgn budak lain. Tengok kalau2 dia jenis penakut atau pembuli. Turn out.. she's a survivor!


Sabah Mega Carnival : Mula2 aku masuk ini la yg aku nampak.


Macam dryland and wetland juga la. Cuma mungkin lebih selamat. Aku tidak sempat tengok harga permainan ni lagi. Tunggu la sampai Haikal pulang dari Labuan. Sekadar untuk ingatan, jangan lupa bawa baju persalinan budak. Perasan keadaan langit masa ni? Time berjalan di gerai2 banyak juga la payung2 yg bergelimpangan ditiup angin.


Wow!! Punyalah tidak 'berseri' muka aku dalam ni.. kekeke. Apapun Dyana dapat beli kawan baru, the walking Kitty. Hahaha saja beli yg ada kaki supaya si Kitty tidak boleh terbang. Sampai rumah, selalu tersilap pandang si Dyana sama si Kitty. Sama tingi lagi tu! Citt!! Bikin seram betul la..