Dec 2, 2011

Trip to KL 2011 [Part 2]

Assalamualaikum :)


Day 3

Aku sejak dari dulu memang berangan2 mo bawa anak2 aku ni pegi Sunway Lagoon. Sesekali datang KL apa salahnya kan? Kali ni seperti biasa, kami menggunakan pengangkutan2 awam yg disediakan. Haikal paling excited. Dia sudah naik train (LRT), lepas tu untuk ke Sunway Lagoon kami naik bas la pula.

Persiapan awal sudah dibuat. Antaranya menyediakan pakaian mandi untuk budak2. Asalnya mau beli yg 1 piece. Tapi bila fikir2 balik agak merugikan memandangkan kami amat jarang membuat lawatan rasmi ke kolam renang. Al-maklumlah budak2. Tambah lagi yg sedang membesar bagai johan ni. So, kami belikan seluar mandi yg dibeli di Kamdar untuk ketiga2 budak. Kononnya, nnti akan dipakai dengan T-Shirt sekali.


Sampai Sunway kira2 jam 10.00 pagi, kami bercadang untuk tengok2 permainan yg ada. Tapi memandangkan budak2 tidak sabar2 mau main air, maka kami sempat beberapa permainan 'kering' sebelum membasahkan diri.

Masa tukar pakaian, baru perasan Aiman tidak bawa baju T-Shirt untuk basahan. Sebab takut dia rasa malu, maka aku pun arahkan la Haikal buka baju sekali. Pakai seluar saja. Tiba2, Dyana pula nangis meraung2 minta buka baju. Aku siap tunjuk2 budak perempuan lain kononnya perempuan tidak boleh buka baju. Ada dia peduli? Masuk air pun dia masih menangis. Last2 aku buka saja baju dia. Baru dia berhenti menangis. Maka bertempiaranlah anak2 itu di semua permainan yg melibatkan air. Aku? Duduk2 santai saja dengan harapan adik dan adik ipar aku boleh tolong tengok2an bebudak :D.


Hampir jam 1.00pm, kami beredar cari makan. Adalah percubaan berani kalau makan dlm Sunway Lagoon. Berpinar2 mata tengok harga. Maka, kami pergi lokasi seterusnya Sunway Pyramid. Dyana yg asalnya berlari gagah masa di Sunway Lagoon kini berjalan melutut kerana kepenatan. 10 minit kemudian, aku terpaksa menyeret mangsa 'kepenatan' ni sebab aku pun penat mau dukung. Bila naik tangga, balik2 aku dengar Dyana mengeluh "Panat Eh!!" walaupun yg naik tu aku dan dia terpaksa didukung sebab terlalu lidut.


Kalau tidak silap, masa ni la aku terjumpa Dato' Rahim Razali secara live bersama keluarga. Seperti biasa, kalau nampak artis aku buat tidak nampak saja. Tapi lepas tu, mulalah aku excited tanya rombongan lain kalau diorang nampak atau tidak. Hehehe..

Lepas makan, kami terus beransur pulang. Sampai hotel kira2 jam 3 pm. Aku memang tidak berhajat mo pegi mana2 lagi sebab terlalu kepenatan :).


Turun di Pasar Seni untuk menuju ke stesen bas. Gambar di belakang tu menggambarkan kenapa tempat ni dinamakan Pasar Seni.


Pengalaman pertama Haikal naik bas seperti yg diangan2kan setelah sekian lama. Dyana sibuk mau duduk di tengah2 tidak sedar kalau bas berhenti mengejut, confirm dia buat aksi lompat bergalah.


Haikal sibuk mau bergambar dgn patung ni. Jangan tanya kenapa.


Sunway Lagoon. Booth2 di belakang tu, ada cerita di belakang tabir.


Sempat bergambar dengan Terminator.



Di jambatan gantung. Sungguh memenatkan..



The other side of jambatan gantung. Adik aku sangat gayat kekeke..


Di Sunway Pyramid. Perasan patung yg dipegang Dyana? Dia dapat masa main tangkap itik di booth2 tikam yg ada di Sunway Lagoon. Actually bukan dia yg tangkap pun, tapi tukang jaga booth. Tau2 dapat 1st Prize. Rezeki dia..



Day 4

Mungkin disebabkan kepenatan yg masih bersisa, walaupun asalnya kami berniat mau pegi Zoo Negara maka perancangan awal terpaksa diubah. Kami pegi Shopping Mall saja. Fikir punya fikir, kami akhirnya membuat keputusan untuk pegi Mid Valley. Mo buat lawatan rasmi ke Carrefour kunun sambil cuci2 mata.

Di Carrefour aku jumpa Dr. Fazley pula. Seperti biasa buat2 dunno, tapi siap maklumkan adik aku kalau dia pun perasan. Adik aku siap tegur lagi. Aku pula sibuk mo kontrol cool. Hahaha..

Tidak ada banyak kejadian aneh masa di Mid Valley, setakat kunjungan santai dari kami saja. Tapi aku ada cerita lucu untuk dikongsikan.

Sampai hotel, kami bercadang untuk beli makan malam. Memandangkan Dyana sedang tidur, maka kami berkira2 untuk meninggalkan anak2 di hotel sebab gerai makanan yg selalu dikunjungi berada betul2 di bawah hotel. Selalunya, kami minta Aiman jadi Chief Security. Setiap kali kami balik dari beli makanan, confirm dia tanya siapa yg ketuk pintu. Selagi tidak menjawab, selagi tu lah kami jadi teman setia si pintu. Entah kenapa, Aiman ada sedikit moody hari tu, so kami menaikkan pangkat Haikal untuk jadi Chief Security.

Aku : Haikal, tolong jaga adik dengan Aiman. Jangan buka pintu. Kalau ada orang ketuk, tanya dulu siapa. Kalau mama, mamit (adik) atau pakcik jam (adik ipar) ketuk baru buka. Kalau nenek dgn pakcik nusi pun boleh buka.

Haikal : Haikal jaga Aiman sama adik? Kalau Haikal hilang macammna?

Aku : Itulah sebab mama cakap jangan buka.

Haikal : Kalau pencuri yg ketuk?

Aku : Jangan kasi masuk la. Nanti dia curi semua barang.

Haikal : Kalau Aiman yg ketuk?

Aku : Apahal pula Aiman mau ketuk. Aiman kan tidur.

Haikal : Kalau Haikal angkat Aiman keluar lepas tu dia ketuk?

Waduh! Kenapa bisa jadi begini. Disuruh jaga pintu saja pun, siap mau angkut orang keluar lagi. Akhirnya adik ipar aku terpaksa stay di hotel menemankan Chief Security yg sedang kebingungan..



3 comments:

  1. itu yg last pnya dialog tu bikin aku ketawa tu...hahaha

    ReplyDelete
  2. tgok tu gambar2 sya sudah nda kesabaran mau pi KL.

    ReplyDelete
  3. As : klu kau berada di tempat kejadian lagi bikin sakit perut.. hahaha

    Rina : Bagus kau pegi.. banyak suda tu logo 'sale' bergantungan.. kekeke

    ReplyDelete