Dec 28, 2011

Aktiviti Kampung



Assalamualaikum :)


Wah wah.. meriah betul entri blog aku makin kebelakangan ni kan? Macam saja aku ada sasaran tahunan yg mau dicapai by the end of this month. Ini semua kira entri terbengkalai la kunun.

Last monday, memandangkan masih cuti umum aku punya MIL sibuk suruh kami pegi ambil rambutan. Ini semua gara2 mulut tiada insurans aku yg bising harga rambutan di KK mahal. RM8 sekilo geng! Tidak berbaloi2 langsung. Aku pula pantang nampak rambutan terus mo beli. Harga belakang kira, yg penting perut mo isi dulu.

Sampai Labuan, mama aku sudah bawa rambutan seplastik besar (tq mak ling.. mudahan rambutan tu berbuah lebih lebat thn dpn.. amin!). Memang puas hati la makan. Time picnic kena kasi hidang lagi buah tarap (tq mamit dayang.. mudahan tu tarap berbuah lebih lebat dan sedap thn depan.. amin!). Paling penting, mmg rezeki anak aku kali semua makanan yg aku mo makan kena hidang depan mata.

Berbalik ke cerita rambutan MIL aku, laki aku pun janji la dengan MIL kunun mo ambil rambutan tu dlm hari isnin. Berhujan berbasah kami ambil rambutan. Sampai juga la hasil kutipan kami satu tekiding. Ingatkan mau berbahagi dua dgn MIL, rupanya dia suruh angkut semua. Aku bawa 1/3 saja, yg lain aku kasi tinggal di rumah mama aku.

Banyak juga bekalan kebun MIL aku. Buah bambangan serta buah limau bali. Semua pun aku kasi tinggal. Malas berangkut la kunun. Kesimpulannya, ini lah first time aku melepak (duduk2 berpayung sambil makan rambutan sedang laki sibuk menjolok rambutan - isu susah payah, sakit jerih bersama harus ditolak ketepi buat sementara waktu) di dusun MIL aku. Apa yg best dusun MIL aku betul2 ditepi jalan dan memang terjaga. Kalau tidak, manakan sanggup aku duduk2 di bawah pokok rambutan bertemankan si aedes.


Walaupun tidak serendang mana, kira ok la drpd beli RM8 sekilo.. :)


Bersungguh betul laki aku memetik rambutan.. tapi sayang tangan tak sampai..


Hasil kutipan.. terpaksa berhenti sebab hujan suruh kami balik rumah sambil relaks2 makan rambutan.


No comments:

Post a Comment