Dec 21, 2011

Majlis BBQ


Assalamualaikum :)

Kalau ada orang tanya apa kebaikan sekolah asrama, aku mmg excited mo jawab. Selain daripada makanan (makan saja aku tau!), sudah semestinyalah kawan2. Mgkn sebab aku termasuk dalam kelompok org yg bertuah, kawan2 aku masa asrama dulu sampai beranak pinak ni masih suka lepak ramai2. Bezanya, dulu suka menyemakkan pemandangan di kedai mamak atau kedai minum yg buka 24 jam. Oleh sebab aku ada perintah berkurung, mesti balik sebelum jam 8.00 mlm, maka aku antara calon terawal yg disingkirkan. Sekarang, mentang2lah sudah ada rumah sendiri, siapa yg rumah besar sikit sure akan jadi korban utk jadi 'tuan rumah majlis'.

Bab berkumpul sambil melepak ni memang seronok. Tambah lagi laki aku termasuk dlm kelompok geng lepak (beruntung betul kawin dgn kawan sekolah kan? :D). Maka, isu segan memang tidak timbul langsung. Tapi.... Yep! Ada tapinya. Agak kurang seronok kalau aku satu2 perempuan tunggal dlm kelompok tersebut. Kalau cerita budak lelaki vs budak perempuan, naik ampus (semput) juga aku mau mempertahankan kawan2 perempuan aku. Dalam erti kata lain, aku rasa tidak seronok sebab aku selalu kalah.

Perhimpunan agung kami selalunya dibuat bersempena Hari Raya atau Tahun Baru. Sambil buat2 BBQ, borak2 cerita klasik kena denda atau pun escape masa asrama dulu di samping merancang percutian secara konvoi yg selalunya jarang menjadi (kalau jadi pun tidak cukup korum). Tapi... Yep! Ada tapi lagi. Baru2 ni, kami mendapat jemputan utk buat BBQ. Angin tiada ribut tiada, alih2 ada BBQ. Rupanya ada geng lama datang dari KL.


Kalau tanya aku, mmg sangat excited! Last aku jumpa diorang (laki dia kawan laki aku, bini dia classmate aku) masa diorang kawin dulu. Yeay!! Last2 ada jugalah geng perempuan..


Menu kami. Tapi itu sotong langsung aku tidak merasa. Abis sebelum sampai ke meja..



Inilah dia Masterchef pertaruhan kami. Kalau setakat bakar ayam, siap senyum senget si kawan.



Kerja gotong-royong yg membawa berkat. Aku dgn laki aku dtg lambat.. takut kena suruh overtime..



Acara bermula sebaik saja kami sampai. Aku pun pelik kenapa tiada paluan kompang yg mengiringi ketibaan kami.. tidak cukup bajet kali mo jemput pasukan kompang.



Perasan sesuatu? Sungguhpun aku cakap ada geng perempuan (Lily), tetap juga aku berseorangan. Maklumlah orang baru dpt baby baru.. perlu privasi sikit. Tapi ada aku kisah? Kalah pun tidak apa, yg penting perut aku menang!



Walaupun korum semakin berkurang, aku tetap maintain berjuang utk makan..



.. dan minum. Tengok! Aku termasuk dalam top 3!



Last sekali, aktiviti riadah kami.. menonton Money Drop sambil angan2 kalau kami ikut, sure dapat pulang dgn duit (kalaupun tidak semua, seketul pun jadilah!).


1 comment: