Dec 30, 2011

SBPA



Assalamualaikum :)

Kalau ikutkan, macam mau termuntah sudah aku dengar isu SBPA ni. Tapi jangan risau, aku tidak cerita detail pasal pekeliling ka apa. Setakat berkongsi pandangan sajalah.

Beberapa hari yg lalu, sungguhpun aku beria2 mau tunggu 30hb Disember baru mau sain borang penerimaan opsyen, akhirnya mengalah juga aku sain awal beberapa hari. Ini pun selepas aku terlepas pandang, rupa2nya bos aku pun kena sain ni borang. Ces!! Kalau aku bos bolehlah sain 30hb. Kalau setakat kuli, nda payah la angan2.. hehehe..

Sebab borang tu pakej sekali dengan pemilihan umur bersara, aku dengan riak dan takaburnya terus tick 55 thn. Mau pencen awal sebab takut otak aku tidak boleh terima sudah sebarang pembaharuan teknologi terkini. Little that I know, rupanya umur bersara wajib bagi lantikan 2008 adalah 58 tahun. Nah!! Hambik mu!! Tu la natijahnya tidak baca agreement dgn teliti. Main sain seja. Kau ingat itu borang apa? Borang pindah harta? Lepas tu, salahkan borang lagi kunun tidak letak ayat kenyataan tu di atas2 sikit. Kalau sudah malas tu kan.. malas la bah juga namanya.. hehehe

Sekarang sedang sibuk buat SKT. Mulalah terkial2 mau cari apa yg perlu dimasukkan dalam SKT. Aku rasa disebabkan SBPA ni, kena harus lebih proaktif la kan? Silap haribulan baru setengah tahun sudah tercapai. Siap pergi bilik bos lagi mo pinta projek. Mo kasi penuh SKT kunun.

Tapi jangan salah paham, minta projek/kerja tidak sama dengan projek mengipas. Bagi aku projek mengipas ni, macam melakukan kerja2 di luar bidang kerja untuk mengambil hati bos. Bos sampai saja, terus angkat baldi, gayung dan span. Mo cuci kereta bos kunun. Time lunch hour siap tepuk2 kerusi lagi (mo kasi empuk) utk di offer sama bos. Bos call saja, sudah terpacak depan bos sambil tabik sedia berkhidmat. Bagi aku, itu projek mengipas yg sebenar.

Apapun, kita redha ja lah. Eh! Silap.. pasrah ja lah (refer movie Ombak Rindu). Yang mana baik tu kita ikutkan saja. Tak gitu?


No comments:

Post a Comment