Nov 30, 2011

Trip to KL 2011 [Part 1]

Assalamualaikum :)


Day 1


Penerbangan kami seawal 6.05 pagi. Bayangkanlah pukul berapa kami perlu berada di airport. Niat di hati, ambil flight awal dgn tujuan sampai awal ke KL dan boleh continue jalan2. Rancangan awal, mau melawat Aquaria, KLCC.

Nasib baik anak2 tidak meragam dalam kapal. Macam faham2 saja Babah diorg tidak join sekali di awal rombongan. Sampai ke KLIA dalam jam 8.40 am. Masa di KK, aku siap sound adik aku klu boleh tidak payah naik teksi. Konon mau jimat :).

Disebabkan jumlah beg yg banyak (what do expect, 6 hari 5 malam), maka kami membuat keputusan untuk menaiki 2 buah teksi untuk sampai ke hotel. Mungkin juga sebab aku penat sangat, aku follow ja la.

Adik aku sudah booking penginapan di Palace Hotel, Masjid India. Mama aku refuse mau menginap di hotel lain memandangkan hotel ini amatlah bersesuaian dengan jiwa dan raganya. Bagi aku, cukuplah kalau senang mau cari makan.

Mungkin sebab penat dan tidak cukup tidur, kami membuat keputusan untuk lepak di hotel saja. Membiarkan mama aku bershopping sakan secara solo di jalan Masjid India, manakala kami bertiduran secara berkumpulan di bilik masing2.

Bila sudah cukup tenaga, barulah kami berjalan2 di Mydin. Kunjungan ke Mydin ni boleh dikategorikan sebagai kunjungan wajib. Setiap kali pegi KL, tidak sah kalau tidak singgah Mydin. Aku setakat beli barang keperluan anak saja sebab aku malas mau angkut dari KK. Untuk aku, aku beli borong pencuci muka susu kambing HR. RM10.50 x 3 buku besar. Memang berbaloi2 lah!


Mengumumkan ketibaan dif2 kehormat..


Hotel kegemaran mama aku


Gedung wajib dilawat


Day 2

Hari ke-2, mama dan abang aku berangkat ke Vietnam. Malangnya, tiket terhad kepada kakitangan MAS serta ibubapa sahaja (kepada yg belum berkahwin). Maka, melepaslah peluang aku dan adik aku bercuti2 di luar Malaysia. Apapun, niat untuk ke Aquaria tetap diteruskan. Bagi menjimatkan kos pengangkutan, adik aku bercadang menaiki LRT dari Masjid India terus ke KLCC. Aman dan damai aku rasa. Sungguhpun kena berdiri, apa sangatlah berdiri tidak sampai 5 minit.

Oleh sebab kekurangan signboard jalan menuju ke Aquaria, maka banyaklah simpang siur yg terpaksa di lalui. Selepas sesi soal jawab dilakukan, maka sampailah kami ke destinasi.


Anak aku ingat tempat letak suratkhabar ni untuk ukur berat dan tinggi. Ish ish ish..


Sesat di KLCC..


Setelah sesat beberapa kali, masa utk bertenang.


Akhirnya.. kami berjaya!


Inilah dia Landmark Aquaria..


DNA pool. Dyana sempat pegang belangkas walaupun tidak lama.


Haikal lebih berminat pegang tapak sulaiman.


Abaikan gambarku yg kurang terang itu. Tengoklah pemandangan di belakang sana. Cantik kan?


Hanya untuk budak2. Kalau dewasa pun mo cuba, silakan.. kalau tidak malu la. :D


Susah betul aku mau dapat gambar yg terang di dalam terowong ni. Ini kira yg terbaiklah ni..


Dyana test drive hampir semua kenderaan yg bergerak 0 km/j di KLCC.

Actually, banyak aktiviti menarik dalam ni. Cuma aku tiada kesempatan untuk ambil gambar atau gambar2 yg aku ambil sangatlah buruk. Mungkin sebab tidak boleh guna flash ka apa, aku kurang pasti. Apapun, cuba datang waktu feeding time. Sangatlah menyeronokkan. Even, aku pun teruja mau tengok. Boleh check di sini untuk tengok harga dan maklumat2 yang berkaitan.


To be continue...


No comments:

Post a Comment