Dec 27, 2011

Happy 3th Birthday Dyana



Assalamualaikum :)


24 Disember yg lalu, genaplah 3 tahun anak aku yg mudah naik angin ni. Sungguhpun perempuan, perangai ada sedikit ganas. Rancangan aku kali ni, mau buat sambutan di Labuan. Maklumlah kebetulan cuti panjang.

Sampai Labuan, masing2 pula kepenatan. Last2 kami cadang sambut 25 hb ja la. Tapi kali ni sambutannya agak luar biasa sedikit. Kebetulan pula anak jiran lahir tarikh dan tahun yg sama, maka kami berkira2 untuk celebrate 1 kali.

Order 2 biji kek, tapi cuma 1 ja yg siap. Terleka sikit makcik tukang buat kek tu.. Hasilnya, kek Dyana saja yg siap utk dipotong. Tapi peduli apa la kan? Sharing is always caring.. (nasib la anak dara aku tidak mengamuk kek dia kena potong ramai2)..


Birthday girl tidur diselubungi 'bulun' (belon) yg ditiup khas oleh si mama dan si bapa..


Dyana dan si kembar (Faris dan Faisal) celebrating their 3rd birthday.


Itu dia, kek yg ditempah khas oleh si mamit (my sister), turut diperhatikan oleh datuk aku. Sempat juga datuk aku tengok birthday ke 3 thn cicit ke-20 dia ni.


Para tetamu yg turut memeriahkan majlis


Begitu luas pantai di Labuan ni, dalam lori atuk dia jugalah yg paling best. Apa punya budak2..


Itu dia bapak2 sedang memperkatakan isu2 hangat masa kini.


Dalam tempoh 3 tahun ni, Dyana sudah pandai buat suara yg ada echo. Kalau mau panggil mama mesti mo pakai suara dalam, suara biasa lepas tu suara jauh. Walaupun kalau bercakap masih ada sedikit pelat, kadang2 terhasil jugalah satu perkataan melayu dari setimbunan ayat yg keluar dari mulut dia. Selebihnya masih menjadi persoalan. Mungkin bahasa perancis, mungkin rusia dan mungkin juga jerman. Dia juga suka mendendangkan lagu InsyaAllah dari Maher Zain. Memanjang 'icololoh' sebutannya.. hehehe


No comments:

Post a Comment