Sungguhpun semangat memasak aku selalu ada, tapi agak jarang jugalah aku mau memasak sampai 4-5 jenis masakan. Paling2 malas, aku buat nasi goreng ataupun telur dadar. Kira oklah daripada tiada kan?
Hujung minggu lepas, tiba2 ja aku naik semangat mo buat rondaan di tamu Putatan. Ini semua gara2 mo cari buah cempedak setelah sekian lama bersabar. Last2 tu jumpa juga la. RM14 noks! Penjual sekarang hebat2 belaka, timbang pun tidak pakai mesin. Timbang main ikut perasaan ja. Kalau tiada saingan, jumpa la harga siling. Kalau banyak saingan, jumpa la harga lantai. Apapun sebab aku mmg suda nekad, maka aku beli juga la.. Aku agak mungkin berat cempedak tu dalam 2 kilo. Aku agak ja. Agak pakai perasaan.. hehehe.
Sebab aku cakap dgn laki aku mau cari buah cempedak, laki aku awal2 sudah masuk gear 5 mau pegi kereta. Aku sempat lagi menyinggah membeli sayur batang keladi dengan lokan. Selera naga lah katakan..
Memandangkan malam kami ada perhimpunan agung (geng2 asrama), maka tertangguhlah aktiviti memasak aku. Dipendekkan cerita, last2 aku masak juga la semua barang2 yg aku beli masa di tamu tu. Itupun waktu makan malam. Pagi petang aku teman laki aku beli kasut. Siapa kata lelaki tidak cerewet bila masuk bab shopping?
First time aku masak sayur batang keladi. Itupun, aku terpaksa call mama aku. Macam biasa, mama aku klu bagi resepi semua bahan pun main agak. Tiada sukatan khas. Kalau org yg baru start belajar masak, memang teramat sulit lah! Nasib ja la anak yg sorang ni sudah terbiasa.
Last2 berjaya jugalah effort aku mo masak cucur cempedak, sayur batang keladi campur lokan, sambal mangga dan ikan bakar. Barulah terangkat! Hehehehe..
Inilah cucur cempedak yg menjadi idaman kalbu. Perasan jadi Dang Anum aku sekejap time makan ni. Sungguhpun saiznya besar, sekali cucur beberapa ketul ja jadinya. Kalau dijual balik mmg tidak berbaloilah..
Alalala.. tidak bermaya sungguh gulai batang keladi aku ni kan? Sungguhpun rupanya tidak lawa, rasa.. sendiri mau ingatlah! :D
No comments:
Post a Comment