Assalamualaikum :)
Lepas balik dari percutian hari tu, Haikal decided untuk ikut my mom balik Labuan. Dyana nampak begitu teringin untuk turut serta tapi aku agak keberatan. Takut dia menangis mau pulang pula nanti.
For a week, Dyana nampak begitu cool tanpa sebarang 'drama minggu ini'. Mungkin sebab dia rasa tiada mangsa untuk dikerjakan. Most of the time, dia asyik minta pasang movie "Emo" or Nemo. Since Haikal sangat suka bercakap, suasana di rumah dan di kereta agak sunyi semasa dia di Labuan.
Last sunday, Haikal balik semula ke KK dengan alasan rindukan adik dan mama. So, sure keadaan tidak sesunyi minggu lalu.
Situasi 1 :
Aku : Kenapa Haikal tidur di luar semalam? Cakap mau tidur sama mama..
Haikal : Bilik mama tu panas bah. Di luar pun panas juga. Tapi Haikal mau panas2 saja.
Aku : ???
Situasi 2 :
Haikal : Babah pegi mana?
Aku : Pegi Sandakan.
Haikal : Patutlah babah cakap dia ada kerja di Sekandan!
Aku : [LOL]
Betapa sunyinya hidup aku tanpa insan bernama Haikal..
No comments:
Post a Comment