Dec 21, 2011

Gubahan Bunga

Assalamualaikum :)

Beberapa bulan yg lalu, aku diseru oleh si bos (big bos). Sampai bilik bos, perkara pertama yg ditimbulkan adalah isu perhiasan dalam bilik dia.

Bos : Rina, bilik saya ni macam mati segan hidup tidak mau sudah. Bunga pun sudah berapa tahun tidak ditukar. Nampak buruk sudah..

Ok. 2 tahun lalu, aku dipertanggungjawabkan utk membuat perhiasan bilik bos. Memanglah nampak sedih. Bajet yg ada pun sedih. Bunga tu siap mengadap dinding lagi. Malu kali (atau bos aku tidak pandai letak?).

So, kali ni bajet besar sikit. Bos tengah semangat mau hias bangunan kami yg macam bangunan tinggal ni. Langkah pertama, beli bunga2an dan perhiasan dinding. Esok, mo kena susun atur sofa pula.

Ingatkan mau beli bunga yg siap digubah. Iyalah kan, kurang keyakinan. Rupanya, kedai tu tiada buat gubahan. Maka, memandailah kami membeli apa2 yg patut. Last2 aku juga yg kena suruh pilih bunga.

Sebab aku pernah pasang angan2 mau jadi Eric Leong, laju ja aku ambil pasu dan bunga yg sepatutnya. Cantik atau tidak belakang kira.


Inilah hasil tangan aku 2 tahun lalu.
Jangan kau bersedih wahai bunga.. akan ku ceriakan hidupmu dgn rakan2 baru nanti.. kekeke.



Gubahan baru bilik bos.
Simple but elegant.. kunun.


Gubahan kedua untuk lobi.
Asal2 saja..


Gubahan ketiga untuk lobi.
Abis idea suda..



Bagi orang yg tiada sekutum bunga pun di rumah, kira ok lah ni. Yang penting dalam hati ada taman... (macam biasa ku dengar ayat ni. Kekeke)


1 comment:

  1. yay!mau otai turun padang juga bah mama rina..sgt santik!

    ReplyDelete