Day 5
Memandangkan mama aku sudah turut serta dalam rombongan kami (setelah pulang dari Vietnam), kira2 kali ni perjalanan akan menjadi kurang 'mencabar' dan kurang memenatkan. Kami ada beberapa option mau pegi. 1st : Muzium Negara and 2nd: Chow Kit. Since, Chow Kit seems more interesting than Muzium maka Chow Kit! Here we come!
Pegi Chow Kit naik monorel. My mom volunteer untuk pegang dan dukung Dyana, aku cuma kena pegang Haikal saja. Sampai Chow Kit, my sister bawa kami pegi GM Plaza dulu. Ada material yg perlu dibeli. Walaupun barangnya murah, tapi harus dibeli secara borong. Damn! Mau beli seketul 2, macam tidak berbaloi pula. Maka, keluar dari GM Plaza dengan tangan kosong. Kecuali Dyana dan Haikal yg berjaya memperdayakan aku untuk membeli jam tangan Angry Bird yg berharga RM5 setiap 1.
Lepas operasi cuci mata di GM Plaza, baru kami bertolak ke Chow Kit. Antara item 'wajib beli' aku termasuklah buah mata kucing (macamlah di KK tiada) dan putu piring (confirm tidak jumpa di KK). Adik dan mama aku borong kek dengan bersungguh2 untuk habuan mereka2 yg ditinggalkan manakala aku beli kek utk habuan di hotel (sebab aku malas mau berangkut masa balik).
Selesai shopping, kami beredar mau balik ke hotel. Kami naik bas dari Chow Kit ke Sogo. Sekurang2nya sebelum sampai hotel sempat juga la cuci2 mata melalui gerai2 di Masjid India. Cadangan mama aku, dia jaga budak di hotel dan kami boleh continue jalan2 di Masjid India. Takut tidak sempat shopping besok.
Aku shopping mungkin tidak sampai satu jam. Aku rasa macam mo pitam suda. Last2 adik aku continue shopping, aku balik hotel lone ranger. Sampai hotel, mama aku pula mo bershopping, aku pula kena jaga budak2.
Pukul 12.30 pagi, Encik suami pula baru sampai dari KK. Mo rasa happy pun tidak sempat sebab terlalu kepenatan berjalan2.
Day 6
Setelah packing apa2 yg patut, punyalah aku bangga bagasi (aiseh) aku tidak beranak pinak. 1 beg sampai, balik pun masih 1 beg (tapi padat kekeke). Memang matlamat mutlak aku mo bawa barang sedikit yg mungkin dgn sebab aku kena angkut 2 orang anak yg aktif tanpa sebab munasabah ni.
Memandangkan flight kami jam 7.00 PM sementara laki aku pukul 8.00 PM (sampai sekarang aku masih tidak faham akan keberadaan laki aku di KL yg tidak sampai 24 jam itu), kami terpaksa check-out dari hotel dalam jam 12.30 tengahari. Minta ijin dgn tuan punya hotel utk simpan barang. Abang aku awal2 sudah buat pesanan penaja. No more shopping sebab tiada ruang sudah mo simpan barang. Sementara mengunggu pengangkutan kami ke airport jam 3.00 PM, maka kami pun berkeliaran la di Jalan Masjid India. Kebetulan la pula hari sabtu, maka tersangatlah meriah sehinggakan aku akhirnya terbeli kerongsang secara borong dan sedikit jajan (jeruk mangga). Apa yg penting semua item2 itu dpt disimpan dlm beg tgn. Laki aku baru sibuk mau bershopping sakan. Maklumlah baru sampai kira2 12 jam yg lalu :). Kebanyakan barang yg dia beli setakat seluar beriadah dan jersi. Semua pun muat dalam beg sandang dia. So, kira ok la.
Selesai shopping, masa utk bertolak ke KLIA. Sampai agak awal dan akhirnya kami bertiduran di kerusi menunggu di KLIA. Punyalah buruk! Bukan tidur2 ayam sambil duduk tau. Siap baring2 lagi. Hahahaha..
Boarding jam 6.30PM, tapi sebab kami minta puji maka kami sedikit lambat. Tau2 nama aku sudah berkumandang di udara. Bukan sekali, 3 kali! Bukan pun semua, tapi aku satu orang. Apa dia ingat aku ketua rombongan kali. Masuk kapal terbang, punyalah banyak lagi yg kosong. Ramai lagi rupanya yg belum masuk tapi nama diorang tidak disebut2 pula. Kurang ahsem betul la.
One thing yg aku tidak paham. During check-in, ada satu staf ni tolong check-in. So, dia cubalah berbual2.
Lady : Kakak nak balik mana?
Aku : Kota Kinabalu.
Lady : Datang sini untuk urusan rasmi la?
Aku : Tidak. Cuti. Bawa budak2.
(Sambil berkerut dan menoleh kepada rakannya di sebelah)
Lady : Kat KL ni ada apa nak cuti kat sini?
(Sambil lawan kerut sama staf tu)
Aku : Kira oklah daripada di KK. Sekali sekala.
(Masih tidak mau let go)
Lady : Yelah. Ada apa kat KL ni?
Aku : Saja ja tukar angin.
Yang nyata, malas suda aku mau layan.. ;)
Lunch sebelum check-out dari hotel.
Dyana dgn 'kokok' istilah bg ayam, burung atau yg sewaktu dgnnya.
Dalam van yg super luas dan boleh memuatkan 5 adults and 3 kids plus 2 'kokok'.
Haikal dan Aiman. Pengalaman Haikal buat pertama kalinya naik van! :D
Mungkin masa aku pregnant dulu aku selalu berangan2 mau naik troli. Hasilnya.. pengangkutan feberet anak aku : TROLI.
My mom suka la 'menghias' anak satu orang ni.. kurang pasti klu dia mmg suka bergaya atau saja mo sindir mamanya yg kurang bergaya ni ;).
Next entry aku kabarkan ole-ole yg aku dpt dr percutian ke KL ni.. Not much, but bolehla.. :)
bkn dtg bercuti-cuti mcm di pantai bilang bah, bercuti2 shopping barang..sambil bawa anak tengok kota metropolitan haha. Eh cubalah kau duduk di KK baru kau tau.
ReplyDelete