Dec 30, 2011

SBPA



Assalamualaikum :)

Kalau ikutkan, macam mau termuntah sudah aku dengar isu SBPA ni. Tapi jangan risau, aku tidak cerita detail pasal pekeliling ka apa. Setakat berkongsi pandangan sajalah.

Beberapa hari yg lalu, sungguhpun aku beria2 mau tunggu 30hb Disember baru mau sain borang penerimaan opsyen, akhirnya mengalah juga aku sain awal beberapa hari. Ini pun selepas aku terlepas pandang, rupa2nya bos aku pun kena sain ni borang. Ces!! Kalau aku bos bolehlah sain 30hb. Kalau setakat kuli, nda payah la angan2.. hehehe..

Sebab borang tu pakej sekali dengan pemilihan umur bersara, aku dengan riak dan takaburnya terus tick 55 thn. Mau pencen awal sebab takut otak aku tidak boleh terima sudah sebarang pembaharuan teknologi terkini. Little that I know, rupanya umur bersara wajib bagi lantikan 2008 adalah 58 tahun. Nah!! Hambik mu!! Tu la natijahnya tidak baca agreement dgn teliti. Main sain seja. Kau ingat itu borang apa? Borang pindah harta? Lepas tu, salahkan borang lagi kunun tidak letak ayat kenyataan tu di atas2 sikit. Kalau sudah malas tu kan.. malas la bah juga namanya.. hehehe

Sekarang sedang sibuk buat SKT. Mulalah terkial2 mau cari apa yg perlu dimasukkan dalam SKT. Aku rasa disebabkan SBPA ni, kena harus lebih proaktif la kan? Silap haribulan baru setengah tahun sudah tercapai. Siap pergi bilik bos lagi mo pinta projek. Mo kasi penuh SKT kunun.

Tapi jangan salah paham, minta projek/kerja tidak sama dengan projek mengipas. Bagi aku projek mengipas ni, macam melakukan kerja2 di luar bidang kerja untuk mengambil hati bos. Bos sampai saja, terus angkat baldi, gayung dan span. Mo cuci kereta bos kunun. Time lunch hour siap tepuk2 kerusi lagi (mo kasi empuk) utk di offer sama bos. Bos call saja, sudah terpacak depan bos sambil tabik sedia berkhidmat. Bagi aku, itu projek mengipas yg sebenar.

Apapun, kita redha ja lah. Eh! Silap.. pasrah ja lah (refer movie Ombak Rindu). Yang mana baik tu kita ikutkan saja. Tak gitu?


Drama : Tentang Dhia



Assalamualaikum :)

LinkSetelah 2 hari berturut2 aku mengikuti kisah Tentang Dhia di TV3, akhirnya laki aku boleh menarik nafas lega. Kenapa pula laki aku yg lega? Sebab dia penat tengok aku 'hujan' sepanjang siaran. Waduh!!! Parah ni..

Ni semua gara2 rancangan kegemaran aku jam 7.00 mlm, Top Chef (Diva Channel) sudah berhenti bersiaran bagi memberi laluan utk si Jillian buat boot camp di keluarga2 yg terpilih. Maka, aku harus mencari channel lain utk dilihat. Akhirnya aku tersadai dalam 2 episode akhir Tentang Dhia.

Masa mula2 tengok (hari rabu lalu), aku kira cerita ni ala2 Ombak Rindu la. Orang kampung dgn didikan agama yg kuat, kawin dgn org bandar. Si mertua (kesian.. mertua juga la yg jahat) pula dgn segigihnya akan cuba membuang si menantu sebab dia suda ada calon lain utk si starring. Pendek cerita, klu cerita ni betul.. senyum lebar la si starring kena offer 2 bini. Tidak payah susah2 mo ngurat. Tup tup ampai2 sudah calon. Itu mgkn realitinya. Tapi sebab ini drama, maka harus ada nilai2 murni yg boleh diikuti penonton. Dalam kes ni, kasih sayang.

Apapun jalan ceritanya memang sedih la. Kalau tidak, manakan ramalan cuaca boleh meramalkan 'hujan' di sebelah petang kira2 jam 7.00-8.00 mlm. Bukan lagi gerimis, mencurah2 lagi. Menyesal pula aku tengok. Tup tup bila tengok part paling last, laki aku boleh ketawa kuat2 sambil teriak "Inilah drama melayu!". Hek eleh.. berlagak kan? Tidak sedar tu dia suka tengok hindustan, yg lagi dahsat dari drama melayu.

Bagi aku walaupun endingnya macam kurang logik, tapi kira oklah. Cuma scene tu macam aku pernah tengok dalam movie The Notebook :D.


Dec 28, 2011

Projek Ofis

Assalamualaikum :)

Ini kira entri terbengkalai aku yg terakhir (harap2 lah). Memandangkan kita sudah sampai ke penghujung tahun, maka sudah menjadi adat istiadat sebarang peruntukan yg ada haruslah dihabiskan secepat mungkin. Maka, bermulalah kerja2 menghias ofis. Sejak kebelakangan ni, bos aku sibuk betul suruh kami hias ofis. Aku pun tidak tau kenapa.

Walaupun sibuk, dikala buntu (tiada idea) aku pun cuba la menggubah bunga yg telah di'nyah'kan dari ofis bos atas sebab sudah hilang seri. Lepas saja siap, semua org yg datang ke cubicle aku sibuk pula tanya kalau2 aku keluar bajet sendiri utk hias cubicle aku yg macam kedai bunga ni. Mintak mahap lah yer!! Aku tukang gubah saja. Susun aturnya, orang lain yg buat.

Sebab makin ghairah pula orang bertanya dari sehari ke sehari, akhirnya aku mengalah juga. Habis semua orang aku call minta tulung angkat sofa dan meja. Terima kasihlah kepada adik2 yg prihatin sekalian. Jasamu akan ku kenang! :)

Lepas susun atur, baru aku letak bunga2an. Rasanya, cukuplah dulu utk projek menghias ofis tahun 2011. Tahun depan klu ada peruntukan, baru start balik. Ini pun ada beberapa perhiasan dinding yg belum dinaikkan. Takut mau drill lubang geng! Nda pasal2 kena suruh tampal balik kalau salah drill.


Kesian ni bunga.. sanggup aku pegi beli bunga kuning semata2 mo kasi naik seri bunga yg memang tidak 'ramai' ni..


Ini pun kesian. Aku tambah la bunga putih pink tu sekali sama daunnya. Still aku rasa bunga ni masih 'sakit'. Mo beli pasu baru kali kan? Hehehe


Itu dia! Aku curi ambil gambar dari bilik bos. Matching la pula dgn dinding. Sungguh tidak disangka.


Susun atur lobi bawah. Siap ada air terjun mini lagi kau!!


Lobi atas. Macam masih kurang seri lagi. Mungkin bunga tidak cukup.. Next time lah!



Aktiviti Kampung



Assalamualaikum :)


Wah wah.. meriah betul entri blog aku makin kebelakangan ni kan? Macam saja aku ada sasaran tahunan yg mau dicapai by the end of this month. Ini semua kira entri terbengkalai la kunun.

Last monday, memandangkan masih cuti umum aku punya MIL sibuk suruh kami pegi ambil rambutan. Ini semua gara2 mulut tiada insurans aku yg bising harga rambutan di KK mahal. RM8 sekilo geng! Tidak berbaloi2 langsung. Aku pula pantang nampak rambutan terus mo beli. Harga belakang kira, yg penting perut mo isi dulu.

Sampai Labuan, mama aku sudah bawa rambutan seplastik besar (tq mak ling.. mudahan rambutan tu berbuah lebih lebat thn dpn.. amin!). Memang puas hati la makan. Time picnic kena kasi hidang lagi buah tarap (tq mamit dayang.. mudahan tu tarap berbuah lebih lebat dan sedap thn depan.. amin!). Paling penting, mmg rezeki anak aku kali semua makanan yg aku mo makan kena hidang depan mata.

Berbalik ke cerita rambutan MIL aku, laki aku pun janji la dengan MIL kunun mo ambil rambutan tu dlm hari isnin. Berhujan berbasah kami ambil rambutan. Sampai juga la hasil kutipan kami satu tekiding. Ingatkan mau berbahagi dua dgn MIL, rupanya dia suruh angkut semua. Aku bawa 1/3 saja, yg lain aku kasi tinggal di rumah mama aku.

Banyak juga bekalan kebun MIL aku. Buah bambangan serta buah limau bali. Semua pun aku kasi tinggal. Malas berangkut la kunun. Kesimpulannya, ini lah first time aku melepak (duduk2 berpayung sambil makan rambutan sedang laki sibuk menjolok rambutan - isu susah payah, sakit jerih bersama harus ditolak ketepi buat sementara waktu) di dusun MIL aku. Apa yg best dusun MIL aku betul2 ditepi jalan dan memang terjaga. Kalau tidak, manakan sanggup aku duduk2 di bawah pokok rambutan bertemankan si aedes.


Walaupun tidak serendang mana, kira ok la drpd beli RM8 sekilo.. :)


Bersungguh betul laki aku memetik rambutan.. tapi sayang tangan tak sampai..


Hasil kutipan.. terpaksa berhenti sebab hujan suruh kami balik rumah sambil relaks2 makan rambutan.


Dec 27, 2011

It's Official



Assalamualaikum :)


Hari ni, kira kunjungan ke-3 aku ke Klinik Kesihatan Penampang dalam tempoh 2 minggu. Kalah juruaudit dalaman you.. :D.

Tujuan aku ke klinik kali ni, utk mengenalpasti tarikh bersalin aku yg official. Sepanjang waktu menunggu, kami dihidangkan dgn siaran langsung tangisan seorang budak berumur 1 tahun lebih selama 1 jam 30 minit non-stop. Mengikut hemat aku, klu esok lusa budak ni tidak jadi penyanyi aku pun tidak taulah. Training secara intensif berteriak selama 1 jam 30 minit bagi aku sudah luar biasa.

Tarikh rasmi aku dijangka bersalin adalah 09 Mei 2012. Usia kandungan kini mencecah 21 minggu. Cepat 3 minggu dari yg aku jangkakan. What do I expect kan? Aku bukannya duktul..


Saja ja aku letak gambar budak ni. Manalah tau suatu masa nanti jadi artis fofular. Aku tidak payah berbaris suda mau minta autograf. Klu pun tidak jadi artis, jadi penghias blog pun jadilah..


Happy 3th Birthday Dyana



Assalamualaikum :)


24 Disember yg lalu, genaplah 3 tahun anak aku yg mudah naik angin ni. Sungguhpun perempuan, perangai ada sedikit ganas. Rancangan aku kali ni, mau buat sambutan di Labuan. Maklumlah kebetulan cuti panjang.

Sampai Labuan, masing2 pula kepenatan. Last2 kami cadang sambut 25 hb ja la. Tapi kali ni sambutannya agak luar biasa sedikit. Kebetulan pula anak jiran lahir tarikh dan tahun yg sama, maka kami berkira2 untuk celebrate 1 kali.

Order 2 biji kek, tapi cuma 1 ja yg siap. Terleka sikit makcik tukang buat kek tu.. Hasilnya, kek Dyana saja yg siap utk dipotong. Tapi peduli apa la kan? Sharing is always caring.. (nasib la anak dara aku tidak mengamuk kek dia kena potong ramai2)..


Birthday girl tidur diselubungi 'bulun' (belon) yg ditiup khas oleh si mama dan si bapa..


Dyana dan si kembar (Faris dan Faisal) celebrating their 3rd birthday.


Itu dia, kek yg ditempah khas oleh si mamit (my sister), turut diperhatikan oleh datuk aku. Sempat juga datuk aku tengok birthday ke 3 thn cicit ke-20 dia ni.


Para tetamu yg turut memeriahkan majlis


Begitu luas pantai di Labuan ni, dalam lori atuk dia jugalah yg paling best. Apa punya budak2..


Itu dia bapak2 sedang memperkatakan isu2 hangat masa kini.


Dalam tempoh 3 tahun ni, Dyana sudah pandai buat suara yg ada echo. Kalau mau panggil mama mesti mo pakai suara dalam, suara biasa lepas tu suara jauh. Walaupun kalau bercakap masih ada sedikit pelat, kadang2 terhasil jugalah satu perkataan melayu dari setimbunan ayat yg keluar dari mulut dia. Selebihnya masih menjadi persoalan. Mungkin bahasa perancis, mungkin rusia dan mungkin juga jerman. Dia juga suka mendendangkan lagu InsyaAllah dari Maher Zain. Memanjang 'icololoh' sebutannya.. hehehe


Selera Haikal



Assalamualaikum :)

Memandangkan Haikal dilahirkan kecil (2.55 kg), adalah menjadi tanggungjawab dan misi utama aku untuk menjadikan dia gemuk dan sihat. Cabaran demi cabaran dilalui. Aku rasa ramai ibu bapa yg kena sindrom runsing memikirkan menu yg boleh ditelan oleh si anak. Kira bertuahlah siapa yg dapat anak yg selera makan dia macam gajah.

Mula2 Haikal cuma berminat makan nasi dan telur separuh masak. Menu lain langsung tidak berkenan. Tapi... ibu-ibu, bapak-bapak usah khuwatir. Bila anak2 sudah masuk sekolah, sudah pasti seleranya akan lebih gitew..

Sekarang, Haikal suka makan menu2 yg dia terfikir mau makan. Mama aku cakap, jangan sekali2 tanya Haikal apa dia mau makan. BAHAYA..

Haikal : Mama, Haikal lapar. Haikal mau mi goreng.
Aku : Mi goreng mana ada. Mintalah yg ada..
Haikal : Nasi ada?
Aku : Ada.
Haikal : Kasi nasi ayam lah!

Ewah anak aku. Bijak bersyarat betul. Dia ingat mama dia ni tukang masak restoran?


Ni anak teruna aku yg bijak bestari ni. Angan2 mo jadi ahli politik kali..


Dec 21, 2011

Gubahan Bunga

Assalamualaikum :)

Beberapa bulan yg lalu, aku diseru oleh si bos (big bos). Sampai bilik bos, perkara pertama yg ditimbulkan adalah isu perhiasan dalam bilik dia.

Bos : Rina, bilik saya ni macam mati segan hidup tidak mau sudah. Bunga pun sudah berapa tahun tidak ditukar. Nampak buruk sudah..

Ok. 2 tahun lalu, aku dipertanggungjawabkan utk membuat perhiasan bilik bos. Memanglah nampak sedih. Bajet yg ada pun sedih. Bunga tu siap mengadap dinding lagi. Malu kali (atau bos aku tidak pandai letak?).

So, kali ni bajet besar sikit. Bos tengah semangat mau hias bangunan kami yg macam bangunan tinggal ni. Langkah pertama, beli bunga2an dan perhiasan dinding. Esok, mo kena susun atur sofa pula.

Ingatkan mau beli bunga yg siap digubah. Iyalah kan, kurang keyakinan. Rupanya, kedai tu tiada buat gubahan. Maka, memandailah kami membeli apa2 yg patut. Last2 aku juga yg kena suruh pilih bunga.

Sebab aku pernah pasang angan2 mau jadi Eric Leong, laju ja aku ambil pasu dan bunga yg sepatutnya. Cantik atau tidak belakang kira.


Inilah hasil tangan aku 2 tahun lalu.
Jangan kau bersedih wahai bunga.. akan ku ceriakan hidupmu dgn rakan2 baru nanti.. kekeke.



Gubahan baru bilik bos.
Simple but elegant.. kunun.


Gubahan kedua untuk lobi.
Asal2 saja..


Gubahan ketiga untuk lobi.
Abis idea suda..



Bagi orang yg tiada sekutum bunga pun di rumah, kira ok lah ni. Yang penting dalam hati ada taman... (macam biasa ku dengar ayat ni. Kekeke)


Majlis BBQ


Assalamualaikum :)

Kalau ada orang tanya apa kebaikan sekolah asrama, aku mmg excited mo jawab. Selain daripada makanan (makan saja aku tau!), sudah semestinyalah kawan2. Mgkn sebab aku termasuk dalam kelompok org yg bertuah, kawan2 aku masa asrama dulu sampai beranak pinak ni masih suka lepak ramai2. Bezanya, dulu suka menyemakkan pemandangan di kedai mamak atau kedai minum yg buka 24 jam. Oleh sebab aku ada perintah berkurung, mesti balik sebelum jam 8.00 mlm, maka aku antara calon terawal yg disingkirkan. Sekarang, mentang2lah sudah ada rumah sendiri, siapa yg rumah besar sikit sure akan jadi korban utk jadi 'tuan rumah majlis'.

Bab berkumpul sambil melepak ni memang seronok. Tambah lagi laki aku termasuk dlm kelompok geng lepak (beruntung betul kawin dgn kawan sekolah kan? :D). Maka, isu segan memang tidak timbul langsung. Tapi.... Yep! Ada tapinya. Agak kurang seronok kalau aku satu2 perempuan tunggal dlm kelompok tersebut. Kalau cerita budak lelaki vs budak perempuan, naik ampus (semput) juga aku mau mempertahankan kawan2 perempuan aku. Dalam erti kata lain, aku rasa tidak seronok sebab aku selalu kalah.

Perhimpunan agung kami selalunya dibuat bersempena Hari Raya atau Tahun Baru. Sambil buat2 BBQ, borak2 cerita klasik kena denda atau pun escape masa asrama dulu di samping merancang percutian secara konvoi yg selalunya jarang menjadi (kalau jadi pun tidak cukup korum). Tapi... Yep! Ada tapi lagi. Baru2 ni, kami mendapat jemputan utk buat BBQ. Angin tiada ribut tiada, alih2 ada BBQ. Rupanya ada geng lama datang dari KL.


Kalau tanya aku, mmg sangat excited! Last aku jumpa diorang (laki dia kawan laki aku, bini dia classmate aku) masa diorang kawin dulu. Yeay!! Last2 ada jugalah geng perempuan..


Menu kami. Tapi itu sotong langsung aku tidak merasa. Abis sebelum sampai ke meja..



Inilah dia Masterchef pertaruhan kami. Kalau setakat bakar ayam, siap senyum senget si kawan.



Kerja gotong-royong yg membawa berkat. Aku dgn laki aku dtg lambat.. takut kena suruh overtime..



Acara bermula sebaik saja kami sampai. Aku pun pelik kenapa tiada paluan kompang yg mengiringi ketibaan kami.. tidak cukup bajet kali mo jemput pasukan kompang.



Perasan sesuatu? Sungguhpun aku cakap ada geng perempuan (Lily), tetap juga aku berseorangan. Maklumlah orang baru dpt baby baru.. perlu privasi sikit. Tapi ada aku kisah? Kalah pun tidak apa, yg penting perut aku menang!



Walaupun korum semakin berkurang, aku tetap maintain berjuang utk makan..



.. dan minum. Tengok! Aku termasuk dalam top 3!



Last sekali, aktiviti riadah kami.. menonton Money Drop sambil angan2 kalau kami ikut, sure dapat pulang dgn duit (kalaupun tidak semua, seketul pun jadilah!).


Dec 19, 2011

Dyana oh Dyana!

Assalamualaikum :)

Sejak kebelakangan ni, menghantar Dyana ke nursery rasa macam mo pegi perang. Start dari rumah, bila time mo bertolak saja Dyana selalu pura2 sibuk tengok tv. Mungkin dengan harapan aku lupa mau angkut dia bila bertolak. Mau masukkan dia ke kereta, macam bergusti dengan Hulk Hogan pula aku rasa (sah tidak begitu update dalam sukan gusti :D). Habis sakit seluruh badan kena tendang, cubit dan gigit. Klu sudah teda mangsa lain, referee (Haikal) pun kena sekali.

Dalam kereta, selain aktiviti membaling barang, Dyana turut mencubit, menendang, menggigit sambil diiringi tangisan2 palsu (teriak ja lebih air mata tiada). Makin dilayan makin mengada2. Tapi bila penat pandai pula diam atau bertenang sendiri.

Bila sampai nursery, awal2 lagi dia kunci pintu kereta. Memberontak la tu konon. Mau tarik dia keluar, sama la juga effortnya macam mau kasi masuk dia dalam kereta. Tapi selalunya, bila sudah masuk dalam nursery, dia akan menonong laju sambil menangis teresak2 tanpa memperdulikan panggilan aku. Huhuhu..

Kadang2 aku terfikir. Kenapa pula tiba2 jadi begini? Adakah dia jadi mangsa buli di nursery? TET!! I don't think so. Kalau tengok gaya, silap haribulan dia yg buli budak lain. Atau mungkinkah sebab dia selalu kena marah pengasuh? TING TING TING!! Mungkin juga la. Tapi aku langsung tidak menyangkal kebarangkalian yg satu ni sebab dia mmg pantang ditegur. Kalau ikut orang tua2, mmg macam tu la budak2. Tambah lagi la kalau dia mau dapat adik. Hormon tidak stabil.. Hehehehe

Haikal sedang promosi 1 Malaysia. Yang ini, kurang meragam sikit. Walaupun ada, tapi sikit ja.


Ini budak, tidak sampai ketinggian pun mo dijadikan isu. Itulah yg keluar scene 'Sembilu' ni.


My Cooking Mojo Is Back!

Assalamualaikum :)

Sungguhpun semangat memasak aku selalu ada, tapi agak jarang jugalah aku mau memasak sampai 4-5 jenis masakan. Paling2 malas, aku buat nasi goreng ataupun telur dadar. Kira oklah daripada tiada kan?

Hujung minggu lepas, tiba2 ja aku naik semangat mo buat rondaan di tamu Putatan. Ini semua gara2 mo cari buah cempedak setelah sekian lama bersabar. Last2 tu jumpa juga la. RM14 noks! Penjual sekarang hebat2 belaka, timbang pun tidak pakai mesin. Timbang main ikut perasaan ja. Kalau tiada saingan, jumpa la harga siling. Kalau banyak saingan, jumpa la harga lantai. Apapun sebab aku mmg suda nekad, maka aku beli juga la.. Aku agak mungkin berat cempedak tu dalam 2 kilo. Aku agak ja. Agak pakai perasaan.. hehehe.

Sebab aku cakap dgn laki aku mau cari buah cempedak, laki aku awal2 sudah masuk gear 5 mau pegi kereta. Aku sempat lagi menyinggah membeli sayur batang keladi dengan lokan. Selera naga lah katakan..

Memandangkan malam kami ada perhimpunan agung (geng2 asrama), maka tertangguhlah aktiviti memasak aku. Dipendekkan cerita, last2 aku masak juga la semua barang2 yg aku beli masa di tamu tu. Itupun waktu makan malam. Pagi petang aku teman laki aku beli kasut. Siapa kata lelaki tidak cerewet bila masuk bab shopping?

First time aku masak sayur batang keladi. Itupun, aku terpaksa call mama aku. Macam biasa, mama aku klu bagi resepi semua bahan pun main agak. Tiada sukatan khas. Kalau org yg baru start belajar masak, memang teramat sulit lah! Nasib ja la anak yg sorang ni sudah terbiasa.

Last2 berjaya jugalah effort aku mo masak cucur cempedak, sayur batang keladi campur lokan, sambal mangga dan ikan bakar. Barulah terangkat! Hehehehe..

Inilah cucur cempedak yg menjadi idaman kalbu. Perasan jadi Dang Anum aku sekejap time makan ni. Sungguhpun saiznya besar, sekali cucur beberapa ketul ja jadinya. Kalau dijual balik mmg tidak berbaloilah..


Alalala.. tidak bermaya sungguh gulai batang keladi aku ni kan? Sungguhpun rupanya tidak lawa, rasa.. sendiri mau ingatlah! :D



Dec 14, 2011

Pencarian pun bermula..

Assalamualaikum :)

Semenjak 'disahkan' mengandung (walaupun masih tidak pasti berapa bulan), sudah pasti aktiviti browsing akan lebih galak dan rancak. Melambak2 tab aku buka. Bagi ibu2 baru, sure la banyak barang baby yg perlu dibeli. Orang tengah semangat la katakan. Bagi ibu yg tidak berapa baru macam aku ni, aku cuma berminat mau survey harga pam susu ja.

Kalau diimbas semula, rekod penyusuan ibu anak2 aku macam ada pasang surut sikit. Haikal, kira kejayaan terbesar aku. Menyusu badan lebih kurang 1 thn setengah. Itupun sebab aku belum start kerja. Masih lagi buat projek tanam anggur secara maya (dalam erti kata lain menganggur).

Zaman si Dyana pula, aku hanya mampu bertahan 10 bulan. Maklumlah kunun sudah jadi wanita bekerjaya (ewah..). Sepatutnya itu tidak boleh dijadikan alasan. Tapi mungkin sebab tiada sokongan persekitaran. Satu, ofis masih menumpang di jabatan orang. Langsung tiada lokasi yg sesuai utk dijadikan tempat projek. Mau buat di cubicle aku ni karang, tidak pasal2 ada penonton setia. Hajat mo buat di surau, ramai pula la student melepak yg sudah pasti akan menimbulkan ketidakselesaan yg melampau. Last2, option aku tinggal satu. Pam susu di kereta. Pelik tapi benar. Itu ja tempat paling sesuai dan ada privasi. Terpaksa parking di kawasan sunyi baru buat projek mengepam. Kedua, bos aku suka mencari orang yg hilang. Namapun bos lelaki. Manalah dia paham keperluan mengepam dalam 2-3 jam sekali. Tau2 dia cakap kita escape. Itu yg bikin terasa tu.

Aku rasa, ada satu faktor (adeh faktor segala lagi) saja kenapa situasi itu terjadi. Sebab aku mengepam secara manual. Manual ala tradisional lagi. Pakai tangan. Sangat tidak sesuai diaplikasikan di khalayak ramai dan sangat time consuming. Sekali perah mo ambil masa setengah jam. Kalau 2 mo diperah, bukankah jadi 1 jam? Tidak heranlah kalau bos tercari2 kan?

Bukan aku tidak berikhtiar. Aku pakai manual pam brand Pureen. Alahai macam musim kemarau la pula. Boleh tertidur2 aku tunggu. Tapi kalau perah pakai tangan, banyak la pula. Cuma leceh sikit la. Lagipun tangan pun mo kena rehat. Apa ingat proses memerah secara manual ni tidak payah pakai kudrat ka? Jangankan tangan, leher pun boleh cramp :).

So kali ni, dengan suasana ofis yg berbeza (ada banyak bilik kosong) ditambah lagi bilik bosku yg semakin menjauh, aku lebih bertekad untuk cemerlang. Mau beli breast pump eletrik. Alasan? Supaya prosesnya lebih cepat dan of course lebih terlindung walaupun aku buat di cubicle aku saja (manalah tau terlampau busy).

Google punya google, aku jumpa juga la beberapa brand. Tapi sebab aku tidak sekaya mana, maka aku berhajat mo beli yg murah dan bagus sajalah. Pilihan hati aku Spectra 3. Sebab ia senyap. Memandangkan yg duduk belakang dan sebelah aku lelaki, sekurang2nya tidaklah mengganggu fikiran diorang sangat. Langkah seterusnya, aku mau beli battery operated breast pump. Ini digunakan untuk tujuan jalan2 sja. Maklumlah, bukan senang mau cari soket elektrik ni. Tambah lagi yg main cucuk suka2 hati. Dari aku berbelanja beribu2, untuk hasil yg sama, baik aku gunakan duit tu untuk tabungan si kecil. Hasil tambah keduanya lebih kurang RM600. Kira ok apa. Kurang2 tidak lah aku meroyan kalau tiba2 aku tidak teringin mau pakai breast pump ni.

Apa2pun, ini bergantung pada keadaan semasa. Tapi buat masa ni, aku memang berhajat mo gunakan Spectra 3. At least jauh lebih baik dari memerah pakai tangan kan? :D


Zaman Haikal dulu aku pakai pam ini. Sesungguhnya pam ini sangat meletihkan dan tidak menyelesakan. Setiap kali mengepam, macam main biola aku rasa. Jangankan tangan, leher pun rasa penat. Lihat saja jumlah susu yg kena pam tu. Macam tu la susu aku dulu. Kemarau gila! Aku pakai sekejap saja. Mungkin dalam 2 minggu. Lepas tu aku pakai tangan ja. Lagi banyak! Pam tu pun aku tidak tau sudah di mana ia menghilang. Merajuk kali..


Ini pam susu zaman Dyana. Kononnya, mungkin teknik memicit aku lebih baik dari teknik bermain biola. Hasilnya boleh tahan. Production pun memang kategori 'banjir' la. Cuma, agak comot sedikit. Setiap kali mengepam, mesti mau bawa tuala untuk mengelap selepas proses. Aku rasa setakat ni pam manual ni la yg terbaik bagi aku. Masih tersimpan rapi lagi. Manalah tau berguna di masa depan. Cuma satu sajalah.. tidak boleh buat dual pumping.



Dec 13, 2011

Happy 8th Anniversary


Assalamualaikum :)

Kalau ikutkan langsung tidak perasan kemarin anniversary kami. Nasib nurse di klinik kesihatan tu perasan tarikh perkahwinan kami 12/12/2003.


Dearest Hubby,

Happy 8th Anniversary. Mudah2an kita sekeluarga dikurniakan kebahagian, kesihatan dan rezeki dari Allah s.w.t.


Tidak sempat celebrate lagi. Mungkin hujung minggu la kali.. :)



Unit Kecemasan dan Klinik

Assalamualaikum :)

Sabtu lalu, aku perasan terdapat sedikit pendarahan masa kencing. Bangunkan husband dan minta dia hantar ke unit kecemasan secepat mungkin. Lebih kurang jam 10.00 pagi, aku terus pergi kaunter kecemasan utk mendaftar.

Nurse : Kenapa puan?
Aku : Saya rasa, saya pregnant. Pagi ni macam ada sedikit pendarahan.

I know. I'm 4 months pregnant and I don't think the word 'rasa' is appropriate kan? This is the thing. I'm 4 months pregnant but haven't been to any clinic to confirm it yet. I guess 'rasa' is definitely the right word.

After waiting for almost an hour which made me feel super uncomfortable, my name was up. First thing first, doktor scan perut. All I can think of is what if the doctor says "Kamu ni bukan pregnant. Tiada apa2 ni". Memalukan kan?

Then the doctor took his time looking at the so-called monitor. Suddenly, dia cakap "Heart beat ok, everything was fine. Dia siap kencing lagi". Alhamdulillah.. It's official. I'm pregnant! Nasihat doktor, jangan angkat berat, stress and I need to go to clinic on monday.

Monday, aku register di Klinik Kesihatan, Penampang. I know, klu di klinik kerajaan sure la kena tunggu lama kan? Somehow, macamna aku plan pun mau berklinik di swasta akhirnya sure akan berklinik di kerajaan. Setelah diteliti segala maklumat, jangkaan bersalin is on the 26 Mei 2012. Setiap anak aku sure lahir hampir2 cuti perayaan. Haikal lahir hampir hari raya. Dyana lahir almost Krismas, and now almost pesta menuai. May be next time, aku kena plan anak Deepavali and Chinese New Year la kan? Everything was fine, sampailah aku kena suruh jumpa doktor. Selepas kena scan sekali lagi,

Doktor : Kamu pasti ini your last period?
Aku : Ya.
Doktor : Mungkin ada perubahan tarikh jangkaan bersalin. Based on the scan result, you're actually almost 5 months pregnant.

Ok. Aku sdh mula mempersoalkan kesahihan tarikh last period aku. Mana mungkin salah. Aku memang plan utk pregnant and I always keep track of my period cycle. Mau cakap doktor yg salah is more like telling the mathematician that 1+1 is not equal to 2. So, the doctor decided after 2 weeks aku kena jumpa dia lagi utk confirmkan tarikh bersalin. For now, I had 2 dates. 26 May 2012 or 9 May 2012. Kalau betul 9 May, based on sejarah bersalin aku, aku mungkin beranak end of April. We'll see..



First time aku dapat scan result ni, I can't see a thing! Hati memang gatal mau tanya dgn doktor which is the head, tapi sebab aku takut doktor tu cakap aku buta.. aku diam2 ja. After awhile (more than 3 days) after turning the picture in every degree, looking at it as it was a 3D image then I realized.. Oh! kedudukan dia macam berdiri pula :). Patutlah aku tidak layak jadi doktor.. hahaha



Dec 9, 2011

Movie : Ombak Rindu [2011]



Assalamualaikum :)

Agak lama juga la aku tidak update pasal movie kan? Paling best, bila tengah semangat mo update movie alih2 movie melayu juga yg aku update. Ini semua penangan kenalan di FB la ni. Macam2 jenis promosi aku nampak. Balik2 ombak rindu. Mau tidak mau, terpaksa juga aku tengok trailer.

Lepas tengok trailer, makin teringin pula aku tengok apakah bendanya Ombak Rindu ni. Orang cakap movie adaptasi dari novel. Mau cari novel ni satu hal, mau baca satu hal lagi. Currently, aku ada 5 buku yg sdg menunggu giliran utk dibaca. Takkan la aku mau tambah lagi satu semata2 movie ni kan? Last2 aku ajak si ganteng (laki aku) tengok Ombak Rindu.

Paling geram, dia cakap bagus lagi tengok cerita lawak. Maka terpaksa la aku umpan partner2 in crime aku. Memandangkan situasi kami sama (suami tidak memberi sokongan dan dorongan), maka beli tiket online. Dalam hati terfikir, mgkn hari bekerja tidak ramai yg tengok. Lagipun cerita ni main lebih seminggu yg lalu.

Lagi mengejutkan diwaktu tayangan, sungguh ramai sekali minah2 yg turut menonton. I'm not talking about half of the panggung you know. Almost full house. Dalam keramaian itu, terselit juga la mat2 jiwang sama ada menemankan girlfriend atau mungkin atas kemahuan sendiri.

Di awal wayang, most of the time aku rasa aku banyak tutup mata atau at least mengecilkan mata. Mungkin sebab adegan 18sx atau adegan romantik yg aku rasa macam menggelikan. Call me org kampung or whatever la kan, cuma macam tidak selesa pula tengok adegan macam tu ramai2. Hehehe macam something wrong pula. Anyways, lepas adegan 18sx aku rasa aku sudah boleh menjiwai watak (macamlah aku pulak yg berlakon). Sesekali mengenang2 juga la air mata. Mengenang saja pun, tidak sempat tumpah, mood wayang sudah berubah.

Tapi keranamu Pak Dolah, akhirnya airmataku tumpah jua. Apa kena la si Pak Dolah ni. Watak sampingan saja pun, tapi pasal dia la aku menangis. Kawan di sebelah, asyik pegang hujung tudung utk lap air mata. Hahaha..

Keseluruhannya, aku rasa jalan cerita dia memang best. Tidak meleret sangat dan kurang membangkitkan persoalan. Sepanjang movie, aku asyik tengok baju Izzah yg cantik2, tapi gaya tudung yg kadang2 'outdated' walaupun bagi orang kampung. Itu pendapat aku saja pun.. Lagi satu most of the time, adegan sedih akan diiringi lagu Ombak Rindu. Bagi aku la kan, ceritanya mungkin tidak la sedih sangat, tapi sebab lagu tu balik2 jadi background terus scence tu jadi sedih.

Rasanya pasal sinopsis, melambak boleh jumpa dekat internet. Tapi sebab bagi membuktikan aku tidak tidur sepanjang movie ni.. meh aku cerita sikit2.

Mengisahkan tentang Izzah anak kampung yg menumpang kasih dengan makcik dan pakciknya setelah ibubapanya meninggal dunia. Bagi menampung kehidupan dan pembedahan si makcik, Izzah bersetuju untuk menurut kehendak si pakcik yg ingin membawa Izzah ke KL. Di KL, Izzah di jual di kelab malam untuk dijadikan 'ayam kampung'. Hariz yg kebetulan terserempak dgn Izzah ketika percubaan untuk melarikan diri merupakan pelanggan Izzah yg pertama. Atas dasar itu, Izzah merayu agar Hariz dapat menyelamatkan dia... part yg seterusnya, agak2 boleh beli novel Ombak Rindu. Kalau malas, boleh tengok wayang dia. Berbaloi2!

Dari segi lakonan, aku sangat2 memuji lakonan Lisa Surihani. Jauh lebih baik dari movie dia yg dulu2. Aaron Aziz dan Maya Karin pun tidak mengecewakan. Kalau tidak takkan la hujung tudung kawan sebelah tu basah kan? Apapun Bravo utk Pak Dolah! Kalau tidak kerana Pak Dolah, airmata ini tidak akan tumpah! Ngeeee..


Dec 6, 2011

Haikal is Back!



Assalamualaikum :)

Lepas balik dari percutian hari tu, Haikal decided untuk ikut my mom balik Labuan. Dyana nampak begitu teringin untuk turut serta tapi aku agak keberatan. Takut dia menangis mau pulang pula nanti.

For a week, Dyana nampak begitu cool tanpa sebarang 'drama minggu ini'. Mungkin sebab dia rasa tiada mangsa untuk dikerjakan. Most of the time, dia asyik minta pasang movie "Emo" or Nemo. Since Haikal sangat suka bercakap, suasana di rumah dan di kereta agak sunyi semasa dia di Labuan.

Last sunday, Haikal balik semula ke KK dengan alasan rindukan adik dan mama. So, sure keadaan tidak sesunyi minggu lalu.


Situasi 1 :

Aku : Kenapa Haikal tidur di luar semalam? Cakap mau tidur sama mama..
Haikal : Bilik mama tu panas bah. Di luar pun panas juga. Tapi Haikal mau panas2 saja.
Aku : ???


Situasi 2 :

Haikal : Babah pegi mana?
Aku : Pegi Sandakan.
Haikal : Patutlah babah cakap dia ada kerja di Sekandan!
Aku : [LOL]


Betapa sunyinya hidup aku tanpa insan bernama Haikal..


Ole Ole from KL



Assalamualaikum :)


This might be my last entry of my trip to KL. It has to end somehow kan? So, during my visit takkan la jalan2 cuci mata sambil garu2 tangan all the time kan? My ultimate mission during the trip sudah semestinya cari makan. Shopping come second.

Before this trip, I already listed down some of makanan yg harus dicari dan dimakan hanya di KL. Entah kenapa, aku rasa masakan di sana lebih menepati cita rasa aku.

1) Subway [sponsored by my sister - tq sis :)]
2) Putu piring [I bought this myself]
3) Yong Tau Fu [My brother went all over the Chow Kit Road but came up empty - Huhuhu]
4) Laksa [sponsored by my brother - tq again for all the trouble :)]
5) Nasi Paprik [I think I bought this myself or did my brother-in-law sponsored?]
6) Nasi Lemak Kerang/Sotong [I bought this almost every morning :D]
7) Kerang rebus [Again sponsored by my sis]

Most of the time, I was sponsored by my sister, my brother-in-law and my mom. Khususnya bab makan. Bertuahnya perut. Hehehe

The kids except for Aiman, cuma boleh makan nasi ayam atau nasi goreng cina. Mengikut pepatah kedayan, anak aku ni jatuh dalam kategori 'lidah ucing' or lidah kucing means tidak tahan pedas. So, yeah. Blame it on me sebab tidak latih diorang makan pedas. Hehehe

Then there is SHOPPING. Let's see what I've got.


Beg bunga bought by my mom from Vietnam - Loooovvvvee it!


Fabrics from Vietnam of course. My sister got all pink and red, mine are purple. It really took me back when we was a kid.


The coconut candy also from Vietnam. Aku makan ala2 sugus. Sekali melekat di gigi macam gigi palsu.

Fabric from Nagoya and some gerai di jalan Masjid India. Since, polka dot nampak begitu popular nowadays, everything has to be bulat2.. :)


Yeap! TUDUNG. You can call me 'minah ropol' from now on..

Some brooch. Nice eh?


That's all. Yup! I'm not crazy about shopping. Except for the tudungs :).


Dec 5, 2011

Trip to KL 2011 [Part 3]

Assalamualaikum :)


Day 5

Memandangkan mama aku sudah turut serta dalam rombongan kami (setelah pulang dari Vietnam), kira2 kali ni perjalanan akan menjadi kurang 'mencabar' dan kurang memenatkan. Kami ada beberapa option mau pegi. 1st : Muzium Negara and 2nd: Chow Kit. Since, Chow Kit seems more interesting than Muzium maka Chow Kit! Here we come!

Pegi Chow Kit naik monorel. My mom volunteer untuk pegang dan dukung Dyana, aku cuma kena pegang Haikal saja. Sampai Chow Kit, my sister bawa kami pegi GM Plaza dulu. Ada material yg perlu dibeli. Walaupun barangnya murah, tapi harus dibeli secara borong. Damn! Mau beli seketul 2, macam tidak berbaloi pula. Maka, keluar dari GM Plaza dengan tangan kosong. Kecuali Dyana dan Haikal yg berjaya memperdayakan aku untuk membeli jam tangan Angry Bird yg berharga RM5 setiap 1.

Lepas operasi cuci mata di GM Plaza, baru kami bertolak ke Chow Kit. Antara item 'wajib beli' aku termasuklah buah mata kucing (macamlah di KK tiada) dan putu piring (confirm tidak jumpa di KK). Adik dan mama aku borong kek dengan bersungguh2 untuk habuan mereka2 yg ditinggalkan manakala aku beli kek utk habuan di hotel (sebab aku malas mau berangkut masa balik).

Selesai shopping, kami beredar mau balik ke hotel. Kami naik bas dari Chow Kit ke Sogo. Sekurang2nya sebelum sampai hotel sempat juga la cuci2 mata melalui gerai2 di Masjid India. Cadangan mama aku, dia jaga budak di hotel dan kami boleh continue jalan2 di Masjid India. Takut tidak sempat shopping besok.

Aku shopping mungkin tidak sampai satu jam. Aku rasa macam mo pitam suda. Last2 adik aku continue shopping, aku balik hotel lone ranger. Sampai hotel, mama aku pula mo bershopping, aku pula kena jaga budak2.

Pukul 12.30 pagi, Encik suami pula baru sampai dari KK. Mo rasa happy pun tidak sempat sebab terlalu kepenatan berjalan2.


Day 6

Setelah packing apa2 yg patut, punyalah aku bangga bagasi (aiseh) aku tidak beranak pinak. 1 beg sampai, balik pun masih 1 beg (tapi padat kekeke). Memang matlamat mutlak aku mo bawa barang sedikit yg mungkin dgn sebab aku kena angkut 2 orang anak yg aktif tanpa sebab munasabah ni.

Memandangkan flight kami jam 7.00 PM sementara laki aku pukul 8.00 PM (sampai sekarang aku masih tidak faham akan keberadaan laki aku di KL yg tidak sampai 24 jam itu), kami terpaksa check-out dari hotel dalam jam 12.30 tengahari. Minta ijin dgn tuan punya hotel utk simpan barang. Abang aku awal2 sudah buat pesanan penaja. No more shopping sebab tiada ruang sudah mo simpan barang. Sementara mengunggu pengangkutan kami ke airport jam 3.00 PM, maka kami pun berkeliaran la di Jalan Masjid India. Kebetulan la pula hari sabtu, maka tersangatlah meriah sehinggakan aku akhirnya terbeli kerongsang secara borong dan sedikit jajan (jeruk mangga). Apa yg penting semua item2 itu dpt disimpan dlm beg tgn. Laki aku baru sibuk mau bershopping sakan. Maklumlah baru sampai kira2 12 jam yg lalu :). Kebanyakan barang yg dia beli setakat seluar beriadah dan jersi. Semua pun muat dalam beg sandang dia. So, kira ok la.

Selesai shopping, masa utk bertolak ke KLIA. Sampai agak awal dan akhirnya kami bertiduran di kerusi menunggu di KLIA. Punyalah buruk! Bukan tidur2 ayam sambil duduk tau. Siap baring2 lagi. Hahahaha..

Boarding jam 6.30PM, tapi sebab kami minta puji maka kami sedikit lambat. Tau2 nama aku sudah berkumandang di udara. Bukan sekali, 3 kali! Bukan pun semua, tapi aku satu orang. Apa dia ingat aku ketua rombongan kali. Masuk kapal terbang, punyalah banyak lagi yg kosong. Ramai lagi rupanya yg belum masuk tapi nama diorang tidak disebut2 pula. Kurang ahsem betul la.

One thing yg aku tidak paham. During check-in, ada satu staf ni tolong check-in. So, dia cubalah berbual2.

Lady : Kakak nak balik mana?
Aku : Kota Kinabalu.
Lady : Datang sini untuk urusan rasmi la?
Aku : Tidak. Cuti. Bawa budak2.

(Sambil berkerut dan menoleh kepada rakannya di sebelah)
Lady : Kat KL ni ada apa nak cuti kat sini?

(Sambil lawan kerut sama staf tu)
Aku : Kira oklah daripada di KK. Sekali sekala.

(Masih tidak mau let go)
Lady : Yelah. Ada apa kat KL ni?
Aku : Saja ja tukar angin.

Yang nyata, malas suda aku mau layan.. ;)


Lunch sebelum check-out dari hotel.


Dyana dgn 'kokok' istilah bg ayam, burung atau yg sewaktu dgnnya.


Dalam van yg super luas dan boleh memuatkan 5 adults and 3 kids plus 2 'kokok'.


Haikal dan Aiman. Pengalaman Haikal buat pertama kalinya naik van! :D


Mungkin masa aku pregnant dulu aku selalu berangan2 mau naik troli. Hasilnya.. pengangkutan feberet anak aku : TROLI.


My mom suka la 'menghias' anak satu orang ni.. kurang pasti klu dia mmg suka bergaya atau saja mo sindir mamanya yg kurang bergaya ni ;).


Merahnya mak ngah!!


Next entry aku kabarkan ole-ole yg aku dpt dr percutian ke KL ni.. Not much, but bolehla.. :)