Mar 1, 2012

Jalan-jalan di Gaya Street

Assalamualaikum :)

Aku rasa macam banyak betul entry yang pending. Sibuk sakan aku sejak kebelakangan ni. Mo curi napas pun payah-payah. Anyway, last weekend (hari minggu) since my PIL is in town (including my BIL and family) keadaan agak tidak terurus sikit. Biasalah, ramai tetamu maka kena entertained la sikit. Beberapa minggu yg lalu diorang datang aku sibuk bertugas, kali ni apa salahnya luangkan masa sikit.

Memandangkan FIL aku tidak sekuat mana, most of the time kami kurangkan aktiviti berjalan-jalan. Paling-paling pun melawat kaum keluarga (yg kami pun tidak pernah lawat ngehehe), atau beli barang-barang sikit here and there.

Bagi memuaskan hati MIL, maka aku cadang mau bawa pegi Gaya Street hari minggu yang lepas. Seperti biasa, laki aku yg fobia dgn kesesakan orang ramai awal-awal sudah cari tempat minum sebab dia tidak tahan. Hasilnya, aku sempat bawa mertua aku pegi seksyen 'orang kampung' sajalah.

Sempat juga la beli beberapa buah-buahan kampung (aku beli belunu) dan mertua aku beli bakul raga. Sedang mertua aku sibuk menawar, ada orang sibuk-sibuk pilih bakul. Lepas pilih, dia tidak mau letak balik. Makanya, terpaksalah aku yg bayar.. nasib baik RM5.


Itu dia hasil kutipan si kawan di Gaya Street.


Sampai ke hari ini, bakul ni masih lagi di bawa ke sana dan ke sini untuk simpan mainan abang dia.


Seriously, aku rasa perangai dia yg satu ni (membeli beg) mengingatkan aku pada beberapa orang yang aku kenal. My mom and my sis!



1 comment: