Assalamualaikum :)
Selepas ada 2 anak, aku rasa aku sudah cukup mahir dalam bab membuat persediaan. Tambah lagi la bagi orang-orang yg tinggal diperantauan ni. Semua persediaan pun kena buat sendiri.
Pengalaman Persediaan Bersalin Kali Pertama (2004)
Masa ni memang aku masih jambu batu lagi la. Sudahlah jambu, batu lagi (pertama kali dan degil). Most of the time aku asyik fikir keperluan baby saja. Persediaan baby dibuat lebih awal. Masa kandungan berusia 7 bulan lagi. Beli baju sakan (maklumlah jantina sudah diketahui). Sehinggalah minggu-minggu terakhir sebelum bersalin, baru aku tau (sebab mama aku kasitau) aku kena beli jamu dan maternity pad. Beberapa hari lepas beli maternity pad, terberanaklah pula aku. Nasib baik. Since mama aku orang lama, dia suggest aku pakai maternity loop. Lepas beranak baru aku terkial-kial tanya mama aku mcmna mo pakai. Masa pakai tu, tersenyum kambing aku sorang2. Serius macam pakai cawat! No underwear needed. Hahahaha..

Apa yg aku ingat, persediaan baby pun aku bersedia ala kadar saja. Tuala, lampin (kunun tidak boleh pakai pampers), baju-bajuan. Barangan mandi pun tiada. Langsung tidak terfikir aku begitu besar hospital tapi tiada barang mandi. Selainnya, aku rasa tiada keperluan. Itu masa aku bersalin di Hospital Labuan.
Pengalaman Persediaan Bersalin Kali Kedua (2008)
Tahun lompat seterusnya, aku bersalin lagi. Aku memang suka bersalin tahun lompat-lompat ni. Kurang pasti kenapa ;). Kali ni persediaan pun ala kadar juga. Maklumlah kali ke-2. Perasan terer la kunun. Siap pilih beranak di KK lagi. Konfiden saja beranak jauh dari mama kan?
Anyway since aku sudah ada pengalaman membeli barangan persiapan beranak, kali ni aku beli lambat sikit. Bila kandungan sudah 8 bulan, baru aku terkedek-kedek beli persiapan. Jantina anak tidak diketahui, maka tema warna adalah neutral. Putih, coklat atau hijau (kecuali baju si abang dulu). Peralatan mandi pun dibeli awal (nda mau kena marah nurse.. hehehe).
Bagi persediaan aku, aku beli jamu, maternity pad dan krim pati halia mustajab. Walhal aku tau jamu tu aku langsung tidak akan makan pun sebab takut anak kuning. FYI semua anak aku ada kuning. Kunun nurse cakap sebab darah aku jenis O+. Krim pati halia tu aku beli sebab ada orang cakap bagus untuk keluarkan angin. Maternity pad kali ni aku beli jenis adhesive. Tidak sanggup aku bercawat 24 jam. Sangat menjerihkan.. hehehe.
Cuma terjadi satu insiden yg tidak teruk tapi perlu difikirkan. Since lepas aku beranak, aku dibiarkan di bilik bersalin seorang diri bersama baby for almost 5 hours. Haus dan lapar yang tidak terkata betul la orang cakap. Nama pun baru habis beranak. Mau panggil nurse, seorang pun tidak timbul. Apa yg aku dengar (dari bilik aku) hanyalah bunyi-bunyian teranan si ibu dalam usaha mengeluarkan anak. Ramai pula tu. Bilik aku saja yg senyap. Mo maklumkan hubby yg aku sudah beranak pun tidak tau mau pesan dengan siapa (sebab aku bijak, aku tinggalkan telefon dgn laki aku). Dalam tempoh tu, cuma aku dgn nurse ja yg tahu aku sudah beranak.
Tidak lama lepas tu (lepas 5 jam) barulah ada satu nurse datang melawat. Punyalah dia terkejut tengok aku sudah beranak 5 jam yg lepas. Sebab kunun mama aku tidak tau pun aku sudah beranak. Hebatkah tidak hebat tu? Turn out nurse tu sepupu mama aku (aku ja yg tidak tau). Bila dia tanya ada apa2 keperluan? Laju ja aku cakap mo minum.. "Dari tadi kau tidak minum?" Aku geleng-geleng ja. Kesian rupanya aku ni kan? Hehehe..
Persediaan Bersalin Kali Ketiga (2012)
Untuk persiapan baby, aku selongkar balik baju baby Haikal dan Dyana (mostly Dyana sebab Haikal punya sdh nmpk buruk dan lama). Mungkin mau tambah sikit baju2 berkenaan. Tuala mandi (si abang sma si kakak masih pakai sampai skrg tuala masing2), pampers dan barang mandian sudah dibeli. Selebihnya, recycle balik saja. Lampin (just in case), selimut dan topi. Lain2, aku rasa tidak begitu diperlukan masa di hospital.
Untuk si mama, aku prepare maternity pad, stokin (dulu aku tidak pernah sedia pun), air zam zam (sbg air selusuh) dan kurma nabi (energy booster). Selama aku bersalin, masa Haikal dulu aku guna air selusuh minyak makan. Ewwww.. sangat tidak best! Aku sempat minum 2 kali ja. Masa Dyana tiada sebarang air selusuh digunakan. Kali ni mau cuba air zam zam. Kebetulan pula mama pergi umrah, terus minta kirim air zam zam dgn kurma nabi. Segala jamu, lepas beranak baru aku fikir2kan.
Selalunya sebelum aku beranak, aku amalkan menghafal satu ayat dari surah Al-Abasa. Kakak sepupu aku ada bagi aku keratan ayat ni masa aku bersalin Haikal dulu. Sampai aku bersalin Dyana aku masih amalkan. Tahun ni rasanya tiada perbezaan ;).
Harap dapat dikongsi bersama. Kebiasaannya tiada dalam senarai persiapan bersalin iaitu pengurusan Uri. Semak --> Set Pengurusan Uri Ummi raid.
ReplyDeletehttp://ummiraid.blogspot.com/
Semoga selamat semuanya hendaknya :)
ReplyDeleteSet Bersalin Shaklee Best!!