Assalamualaikum :)
Semalam temujanji aku dgn dietician yg telah tetapkan oleh klinik. Sepatutnya temujanji jam 10 pagi. Tapi sebab kereta aku buat hal tiba-tiba, aku datang lambat sikit. Jam 10.10 pagi.
Sebelum pegi temujanji, aku sudah buat survey awal-awal. Tanya orang lain kalau ada yang pernah pergi. Dari info yang aku dapat, kononnya temujanji ni mengambil masa setengah hari dan normally dia buat ramai-ramai (macam seminar la kunun).
Sampai ke klinik, terus kena suruh pegi bilik no. 27. Ewah! Bukan main cekap lagi. Nombor pun tidak payah ambil. Paling best, ngam-ngam aku berdiri depan pintu ada satu lelaki sedang panggil nama. Terus aku tanya kalau-kalau aku perlu ambil nombor kah apa. Dia ambil surat temujanji yg aku pegang, dia cakap "Oh! Saya lah ni. Kejap lagi saya panggil". Terus jumpa orangnya! Berapa kali rahmat aku hari tu.
Tunggu tidak sampai 3 minit, terus kena panggil nama. 4 orang sekali masuk. Masuk bilik tu simple ja pun. Pegawai berkenaan, nurse seorang dan 4 orang pengidap kencing manis.. hehehe. Soalan pertama dia tanya, berapa orang yg pregnant anak pertama. 2 orang peserta angkat tangan. Lepas tu di tunjuk org sebelah, peserta tu cakap anak ke-2. Bila turn aku, aku cakap anak ke-3. Semua menoleh. Agaknya zaman sekarang ni, anak 3 orang pun terlampau ramai kali kan?
Banyak juga isu yang ditimbulkan. Bila banyak isu ditimbulkan, banyak la soalan aku mau tanya. Kalau waktu kuliah dulu, orang macam aku ni puas sudah kena sumpah sebab bikin kasi lambat kuliah abis. Tapi ada aku kisah? Nama pun mo jaga kesihatan kan?
Dalam tempoh mengandung ni, kami kena ikut diet yang ditetapkan oleh pegawai. Kebanyakan makanan dan minuman yang dia suruh elakkan sudah dielakkan awal-awal lagi. Bab portion,
Sarapan pagi : 2 sudu besar mee hoon/mee/nasi atau 2 keping roti dan minuman teh o kosong.
Tengahari : 4 sudu besar mee hoon/mee/nasi atau 8 sudu oats, air putih dan sepotong buah.
Malam : 3 sudu besar mee hoon/mee/nasi atau 6 sudu oats, air putih dan sepotong buah.
Lebih kurang macam tu la. Susu pun kena kawal. Minum 2 gelas dalam 1 hari.
Baru-baru ni aku ada beli susu Anmum untuk ibu mengandung. Lepas baca info, Anmum ni bagus utk tambah Hb dalam darah. Lepas tu, aku beli la Pal Sweet (pemanis tiruan) sebab bosan minum air kosong sepanjang masa. Bila aku tanya pegawai berkenaan, ini lah yang dia maklumkan.
"Anmum tu walaupun dimaklumkan kurang kandungan gula, still kita rasa manis juga. Buat masa ni jangan minum dulu. Gantikan Anmum dgn susu tepung yang lain atau low fat milk. Pasal gula tiruan tu, memang bagus tapi sebab ia diperbuat dari kimia, maka tidak digalakkan untuk ibu mengandung mengambilnya dgn kerap. Takut memberi kesan pada anak."
Maka, rugi saja aku beli Anmum dan Pal Sweet. Huhuhu..
Sebelum pulang, kami dibekalkan dengan pamphlets pasal makanan seimbang. Pesanan terakhir, cuba target untuk dapatkan berat badan sebelum mengandung. Bah.. Baiklah!

No comments:
Post a Comment