Assalamualaikum :)
Nope. Bukan I am Number 4, but I'm officially 34 y/o. Aku ingatkan aku lebih tua dari itu. Rupanya baru.. ulang semula... baru 34 tahun. It was yesterday actually :).
As usual bangun pagi pasang telinga, just in case my beloved hubby merupakan orang pertama yang mengucapkan Happy Birthday. Tapi hampa, sama ada dia terlupa atau dia mau wish sekali dengan hadiah yang terbaik dari ladang.
Since aku tidak mau buat scene awal pagi buta, so aku decided untuk jadi orang yang pemaaf pagi itu. Masuk kereta, pasang radio Hitz.fm dengan harapan adalah Morning Crew buat rap pasal aku (memandangkan aku ada like fan page diorang). Ihik ihik ihik.. And it happened again. Tunggu punya tunggu, nama aku tidak timbul-timbul. Atau aku yang salah Like?
Sampai ofis, buka FB. Hati mula berbunga-bunga. At least masih ada yang sayang.. Sob sob sob.. Tersentuh sungguh aku. Sungguhpun tiada sebarang item yg dipanggil hadiah, Big Bos awal-awal lagi sudah bagi hadiah dalam bentuk jemputan ke seminar bersama semua rakan-rakan sepejabat.
Paling best, satu benda pun aku tidak paham. Beyond my expertise (expert kah?) kunun. Semua pun related pasal server which of course I know nothing about! Mungkin sikit, tapi sangat sangat sangat dan sangat sedikit. Kalau sudah sedikit tu, memang la perlu ditambah. Tapi kalau tambah sekali longgok, terburai juga la otak.
Bila sesi soal jawab, kebanyakan peserta luar pula yg semangat. Maklumlah pakar dalam bidang masing-masing yg kena hantar. Lainlah kami, yg tunggul-tunggul kayu ni. Setiap soalan yg ditanya, kena bagi saguhati. Dapatlah pendrive. Dalam hati gatal mau angkat tangan, tapi dalam otak satu soalan pun tidak timbul. Maka, kami main pandang-pandang sajalah.
Peserta luar ada 5 orang. Yang rajin tanya 2 orang. Soalan-soalan yg 2 orang tu tanya lebih dari 20 soalan. Kalau ikut aku la, aku ambil saja semua saguhati tu bagi sama 2 orang tu. Bukankah senang?
Sehinggalah topik sebelah petang. Baru la senang sikit aku mau memahami. Itupun sebab aku salah seorang user. User ok.. bukan adviser, technical atau apa. USER sahaja. At least tidaklah zero.
Habis seminar dapat goodies. Aku punyalah excited. Macam menang hadiah pun ada :).
Itu bebola dipanggil stress ball (orang cakap). Sebab aku lebih stress dari anak aku, aku mau letak stress ball di ofis. Dapat pendrive (tanpa perlu tanya soalan), mouse, pembersih keyboard dan skrin serta pen.
Sampai ofis, hubby bagi mesej dalam FB. Baru mau wish Birthday. Cis!! Aku pun satu, handphone lupa bawa. Sampai rumah, bapa aku telefon bawa makan luar. Balik rumah terus tidur. Begitulah sambutannya.. simple as usual. How do I feel? GREAT as always!!
No comments:
Post a Comment