Assalamualaikum :)
Usually, baju anak-anak memang aku beli dekat hari raya. Kononnya one-off punya budget. Satu tahun sekali. Selepas 8 tahun, Haikal tidak ada masalah dengan cara pembelian aku. Mungkin sebab dia berbadan kecil. At that time.
Now, di kala dia membesar bagai johan (dan mempunyai selera makan yang membuak-buak), most of his pants and shirts are shrinking in size. But still, baju-baju tu masih bertahan setelah beberapa tahun plus ada stok baju Aiman yang diwarisi secara rasmi (although style Aiman dan Haikal amat berbeza.. Aiman si mat semat, Haikal si mat sempoi).
Akibatnya, kadang-kadang Haikal menolak untuk memakai baju ala mat semat si Aiman, dan lebih prefer pakai baju di rumah untuk pergi berjalan-jalan. Di tambah lagi seluar yang semakin mengetat di bahagian perut. Kesian.. anak aku.
Itu satu kes. In another case this pass few days, Dyana menunjukkan sifat melaram yang melampau. Mau masuk tidur, pakai baju lawa. Mau pegi pasar, mau pakai baju lawa. Malah kadang-kadang, belum mandi pun mau pakai baju lawa. Sepanjang tempoh ini, pendapat dan idea ibu bapa adalah DILARANG sama sekali. Keputusan dia adalah MUTLAK. Ibu bapa hanya perlu fikir sama ada mau bawa dia jalan atau membatalkan saja niat berjalan-jalan itu.
Baju yang dipakai menampakkan kebuncitan yang terserlah disamping seluar yang tergantung-gantung kepanjangannya. Seluar dan baju ni aku beli masa dia umur 2 tahun.
Seluar si kecil masih terdapat sedikit kebergantungan dan dikenakan dengan baju T yang sendat dan ketat. Seluar dibeli tahun lalu dan baju dibeli ketika dia berusia 1 tahun setengah. Kalau mama yg pakai memang excited gila. Masih muat walaupun anak sudah 2. Tapi kalau anak yg pakai terasa kesian pun ada.. hehehe
Oh Tidak!! Time ni aku hampir putus asa mo makan di luar. Dia langsung tidak mau bertoleransi. Baju T yang dibeli tahun lalu digayakan dengan seluar yang dibeli ketika si kecil berusia 1 tahun 6 bulan. Kalaulah dipadankan dengan baju T labuh, mungkin lebih sedap mata memandang. Ini kes kebergantungan yang melampau!
Berapa kerap anda menemui anak gadis yang bersedia menerima cabaran untuk menjadikan bakul raga sebagai handbag? Paling mencabar bila dia rasa penat mau bawa 'handbag', akan terus diserahkan kepada si ibu. Meninggalkan 'handbag' di kereta adalah perbuatan TERLARANG. How uncool is that to look at a pregnant lady carrying a basket that only muat a few bungkus of nasi lemak? NOT COOL at all!
Than I decided. Mungkin Dyana saja buat perangai untuk menunjukkan betapa baju-baju itu perlu diganti dengan segera. Selepas dapat saranan dari Cik Puan Laurah (yg juga mungkin mengalami kesempitan dan kebergantungan si anak teruna), akhirnya kami bersetuju untuk menjalankan OPS Shopping baju anak. Cuma mungkin satu masalah aku. Tanpa kehadiran Dyana, aku rasa susah untuk membuat ukur lilit/panjang. Main agak-agak dalam kes ni adalah tidak digalakkan. Bila Dyana dijemput, takut pula menimbulkan sakit kepala yang melampau. Maka, apakah yang perlu dilakukan?
Mungkin aku perlu beli pita ukur dan ukur saiz badan Dyana di rumah. Lepas tu, aku terpaksa la aku keluarkan pita ukur tersebut masa bershopping nanti. Old fashion, tapi yang penting tiada kerugian. ;)
No comments:
Post a Comment