Mar 8, 2012

Review 31 Weeks Hospital Likas

Assalamualaikum :)

Telah termaktub dalam kamus klinik kesihatan Malaysia, para pengidap GDM atau kencing manis semasa mengandung perlulah mendapat perhatian sepenuhnya. Sudahlah setiap 2 minggu mau kena jumpa MO di klinik tempatan, sekarang setiap sebulan sekali kena pegi Hospital pula. Nasiblah hospital berkenaan setakat sekangkang kera (si kera harus yg teramat besar) ja dari tempat kerja.

Since temujanji yang ditetapkan adalah pada pukul 10 am, maka aku dengan penuh rasa tanggungjawab dan yakin bertolak dari tempat kerja pada pukul 9.30 am. Baru aku tau betapa susahnya mau dapat parking di hospital tu. Esok-esok kalau aku terberanak waktu bekerja (aku minta puji tidak mau minta cuti awal), sure aku parking tengah jalan. Selepas 2 kali aku tawaf tempat parking pakai unta kelisa aku, akhirnya aku ditahan oleh security bertugas. Aku ingatkan aku dicurigai, rupanya dia suruh double park saja mana-mana. Tinggalkan nombor telefon dekat dashboard, sebab mengikut beliau kalau cari parking 1 jam belum tentu dapat.

Mengikut arahan walaupun keberatan, aku double park la suka hati. Masuk ke hospital sambil melilau-lilau mencari arah tuju. Nampak saja kaunter security terus tanya, "Mana klinik ibu dan anak?". Masing-masing tercengang dan terpinga-pinga. Last-last baru diorang tunjuk arah. Memandangkan bontot masing-masing ada emas, atau mungkin booth security tu ada berlian semua pun main tunjuk-tunjuk ja.

Sekali lagi, atas dasar malas mo memaksa aku pun berjalan menonong laju ke hadapan (seperti mana arahan pak guard). Tiba-tiba seorang jejaka budiman, mula menegur. "Kak, mau pegi mana?". Aku cakap la klinik Ibu dan anak. "Owh.. O&G bah tu. Limpas sudah kak. Sana kakak masuk." Orangnya masih muda dan berpakaian biasa seperti mana pelawat-pelawat lainnya (atau pekerja yg undercover aku pun tidak pasti).

Lepas cakap terima kasih, aku terus ikut arahan si jejaka budiman. Sekali lagi aku jumpa kaunter, aku terus tanya "Saya ada temujanji. Macamna prosedur dia ah?" punyalah skema ayat. Si nurse, pun mula la menerangkan aku kena pergi kaunter pembayaran bil dulu sebelum meletakkan buku rawatan di tray yang telah ditetapkan. Seperti mana juga si pak guard, si nurse nampaknya agak keberatan meninggalkan kerusi emas itu pun menunjuk-nunjuk pakai tangan. Macamlah ada 3D depan mata aku ni kan?

Sekali lagi aku melilau mencari kaunter bayaran bil dan akhirnya aku berjaya! Tapi yang menjadi kemusykilan aku, di mana pula tempat mesin nombor giliran? Last-last aku jumpa kaunter pertanyaan yang lain. Terus tanya mana mesin ambil nombor. Rupanya kena masuk dalam bilik kaca dulu baru keluar dari bilik kaca sebab kaunter bayar bil diluar. Pelik kan? Selalunya di bank no. giliran ambil awal2 baru masuk bilik kaca. Ini terbalik la pula.

Tapi tak apalah. Dipendekkan cerita lepas segala urusan bayar bil (aku tidak perlu bayar, cuma next time kena bawa GL), aku masuk balik bilik O&G. Lepas diinterview, aku kena suruh ambil sampel air kencing dan timbang berat. Aku rasa tiada masalah untuk cari lokasi tersebut. Tau2 aku sudah sampai di sana. Keluarkan IC seperti arahan yang tertampal dalam cermin dan terus naik timbangan. Lama aku termenung di mesin timbangan manual tu. Menunggu arahan seterusnya. Sampailah si nurse bertugas di kaunter berkenaan tanya "Apa lagi yg kamu tunggu tu?". Dengan muka konfius aku pun cakaplah "Timbangan berat badan tidak payah rekod kah?" Kalau tidak payah rekod buat apa la aku mo bertimbang suka-suka kan? Padahal baru kelmarin aku timbang berat. "Oh!! Kamu bagitau saja berapa". Rupanya macam tuu.. mungkin nurse sini semua psikik. Berharap si ibu tau apa langkah seterusnya mau dibuat. Manalah aku tau, berat badan tu mau dikasi tau. Ingatkan dia cek dulu atau sekurang2nya tidak membiarkan aku termanggu di sana dengan menanyakan soalan "Berapa berat badan kamu?". Cis..

Lepas tu kena suruh ambil sampel kencing. Kena masuk satu bilik khas, buat urusan paduka baginda dan bawa sampel kencing ke nurse bertuah itu. Nurse akan mengeluarkan stick ajaib pakai buang utk cek kewujudan protien dalam sampel kencing. Seperti biasa, negatif.

Lepas tu bawa keputusan untuk diberikan pada nurse. Memandangkan nurse yg menginterview tadi sibuk, maka aku pun berdiri-diri di sana. Not sure what to do or what question to ask. Sampai la ada nurse tegur.

Nurse : Mama first time datang sini?
Aku : Iya.
Nurse : Kalau macam tu duduk dulu.

10 minit kemudian..

Nurse : Siapa nama tadi ah?
Aku : [Sambil bagitau nama]
Nurse : Sure kah first time datang sini?
Aku : Iya. Saya mau bagi keputusan kencing ja ni. [Sambil melambai2kan result kencing].
Nurse : Tiada pula kad rawatan kau ni. [Sambil mencari]

Selepas 5 minit..

Nurse : Alala.. di sini pula kad kau ni. Kau sudah kena interview ka tadi?
Aku : Sudah.
Nurse : Alala.. kenapa tidak cakap..

Cakap apa? Semua soalan dia aku jawab dengan jujur dan ikhlas. Cukup tepat lagi aku rasa. Mungkin dia saja yang tidak dengar. Dia tanya aku first time datang, of course la iya. Bukan pun dia tanya kau sudah interview ka tadi? Lagipun sudah aku terang2 bagitau aku mau bagi result kencing saja pun.. patutnya sebagai nurse yg mempunyai psikik confirm la boleh agak aku sudah kena interview. Mana ada orang suka2 masuk pegi O&G terus timbang berat dan test kencing (tanpa disuruh). Duh..

Lepas tu aku kena suruh tunggu di ruang menunggu. Selepas dari proses itu, semua pun berjalan lancar. Cuma aku kadang-kadang terfikir, sungguhpun diorang mengamalkan 5S yang dikatakan membantu melancarkan proses kerja still aku tengok masih cukup perfect. Kalau tidak, takkan la orang macam aku yg banyak tanya ni pun boleh terkial2 all the time kan?


No comments:

Post a Comment