Assalamualaikum :)
Aku jumpa benda ni dalam facebook. Kurang pasti siapa yang share. Mau cari balik, penyakit mandarilas aku pula datang menjelma. Tapi aku macam tidak boleh ignore. Maka aku share balik di sini.
Bagi aku kenyataan di atas memang ada benarnya. Bagi aku benar-benar belaka gitu.
1) Last generation that learnt to play in the street. We are the first who've played video games, see cartoons in color and went to amusement parks.
Dulu masa aku kecik-kecik, aku, adik perempuan aku plus sepupu2 rapat aku (ketika itu) Mirol, Juan dan Didi suka main tepi jalan. Maklumlah jalan kan clear. Belum ramai yg berkemampuan beli kereta time tu. Seingat aku, time tu kami ada kereta van yg telah diubahsuai ala-ala The-A-Team oleh bapa aku. Kami bukan suka-suka main tepi jalan buat khemah ka apa, tapi kami suka main longkang tepi jalan tangkap ikan sapat, karuk dan sebagainya. Bukan utk dimakan tapi utk masuk aquarium. Kelas kau, aktiviti zaman dulu. Main tangkap ikan secara actual. Bukan main ala-ala maya macam sekarang ni. Lepas tu, kami semua suka merayau-rayau ke rumah-rumah saudara yg sudi menerima kami seadanya. Entah apa la mama aku buat dulu sampai dia kasi biar kami jadi kutu rayau. Kalau anak-anak aku, keluar pintu rumah pun aku sudah teriak. Takut kena culik.
Bab main video games tu, memang tidak boleh disangkal lagi. Masa tu, aku agak-agak mungkin aku berumur dalam 12 tahun ke atas. Main games pun masih pakai benda alah yg rupanya macam kaset. Paling popular Mario. Lepas tu baru main Street Fighter. Siap terangkat-angkat badan masa main game. Sepenuh jiwa dan raga kunun.
2) We are the last to record songs of the radio on cassettes and we are the pioneers of walkmans and chatrooms.
Hahaha.. kamu yg muda2 ni pandaikah rekod lagu pakai kaset? Silap-silap rupa kaset pun tidak tau macamna. Bab walkman tu, aku mula-mula beli masa masuk asrama. Kasi hilang mengantuk masa study kunun. Bila mau jimat bateri, mula la rewind secara manual. Hehehe kenangan betul la.. Bab chatrooms tu, kebetulan la pula masa masuk U. Biasalah, zaman remaja.
3) Rode our bicycles down the road without brakes.
Aku pun hairan betapa tidak selamatnya permainan kami dulu. Seingat aku, basikal abang aku satu-satunya basikal yang kami ada. Itupun lepas dia cuba-cuba jadi McGyver kutip badan basikal di sana, tayar di sini. Kesimpulannya semua item diperolehi dari sumber-sumber yang tidak diketahui. Lepas digabung, dapatlah basikal tanpa brake. Kunun-kunun, brake pakai kaki saja (of course dgn selipar lah.. mau mampus brek berkaki ayam?). Tapi sayang tiada sebarang gambar utk membuktikan aksi lasak yang satu ni. Aku pernah ada kecederaan disebabkan naik basikal abang aku. Dasyat juga kecederaan aku dulu.
4) We never had phones but still kept in touch.
There you go! Patutlah suatu masa dulu kami hitam legam, berkudis sana sini, kurus macam lidi.. sebab kami selalu merayau ke rumah geng sepermainan. Apa jenis permainan yang akan dimain, boleh difikirkan kemudian. Yang penting buat perhimpunan pagi dulu. Balik haruslah sebelum maghrib or else puas la kena rotan si mama. Saat paling berharga!
*All pictures - credit to Google
No comments:
Post a Comment