Mar 27, 2012

Family Day 2012






Assalamualaikum :)

Last sunday (25.03.2012), jabatan kami buat Family Day. Aku bukanlah peminat acara yg berlangsung hari ahad memandangkan itu aku isytiharkan hari rehat sebelum bekerja keesokkan harinya. But who cares kan? Daripada langsung tiada.

Since kali ni, Family Day diselaras oleh jagoan2 baru ofis (yg sudah pasti jadi kambing hitam sebab baru) ada juga di kalangan senior yg menawarkan diri untuk memberi bantuan dan buah fikiran. Hahahaha, buah fikiran kunun. Idea banyak tapi mau buat malas. Dasar *tuut* betul!

Bila tiba hari yang sepatutnya, kami datang membawa keluarga masing2. Sungguhpun aku perasan jadi perasmi sebab datang lambat, still aku rasa tidak bersalah sebab ramai lagi yg lambat datang rupanya. Sudahlah lambat, tiba2 aku ditegur warna kumpulan apa. Hohoho, langsung tidak tau rupanya warna pasukan adalah merah dan semua peserta kena pakai pakaian yg melambangkan pasukan diwakili. Aku pakai biru walaupun kumpulan merah. Paling best, laki aku pun pakai biru. Anak2 langsung tidak tersenarai dalam jadual pasukan. Kuning dan pink. Apa kena la dengan mama kamu ni. Baca email pun boleh terskip part color pasukan. Ish ish ish..

Untuk kali ni, Family Day dibuat di Karambunai Lagoon Park. Tempat ni sangat sesuai untuk buat Family Day. Langsung tidak perlu fikir pasal anak. Bentang tikar dekat playground, biar diorang main sendiri2. Ibubapa cuma perlu ambil makanan (tapi syg budak2 langsung tidak minat mo makan) dan lepaskan mereka pergi. Run Joey run!!

Acara dimulakan dengan sukaneka utk kanak2. Awal2 aku sudah pesan dgn Haikal, ikut saja apa acara yg ada. Kalau kalah pun tidak apa. Tiada hadiah juga kunun. Seperti biasa, Haikal ikut almost semua acara kecuali musical chair. Untuk makluman, langsung tiada sebarang kemenangan. Nasib Haikal pun macam tidak kisah.

Paling bangga dengan Dyana. Walaupun selalunya malu2 dan asyik berkepit dengan si mama, kali ni sibuk juga dia ikut sukaneka. Mungkin dia nampak abang dia bersukaneka, dia pun mau juga join sekali walaupun di luar garisan.

Bila part sukaneka orang dewasa, aku la yg paling semangat. Aku pun kurang pasti kenapa aku perlu sibuk2. Mungkin sebab team kami tidak cukup orang, ditambah lagi ketua dan penolong tidak dapat menghadirkan diri. All and all daripada 5 acara, sempat juga aku ikut 2 acara. Jangan risau, tiada yang melibatkan lari pecut atau lompat2. Setakat lari sikit2 dan baling2 saja pun. Walaupun ada ketikanya aku terlompat (bukan melompat suka2, tapi terlompat kesukaan) kalau team kami menang, tapi yang penting si ibu dan si anak berada dalam keadaan baik :).

Paling bangga tengok pasangan rakan sekerja yg nampak begitu sporting bila minta diorang terlibat (sebab tidak cukup orang). Kesian diorang, mesti tidak expect pun diorg mo kena buat 'persembahan'.. kekekeke.

Apapun, keputusannya Team Merah dapat tempat ke-2. Sungguhpun kami dilanda masalah kehilangan peserta, at least kami bukan paling last. Kira ok apa!!

Aku sedang tunggu gambar2 diupload dlm facebook. Tapi nampaknya semua jurugambar bertugas pun sibuk minggu ni. Nanti2lah aku update. Untuk makluman aku malas ambil gambar pakai handphone aku sebab aku sibuk jadi tukang sorak berkaliber.



PICTURE UPDATE


Picture taken by officemate Linda
Kelihatan Haikal dan Dyana di sebelah kanan gambar sambil Dyana disorong2 oleh AJK sebab terlalu lidut. kekeke


Picture taken by officemate Jun.
Kelihatan Dyana sedang tekun berbaris utk ambil goodies atau mungkin dia mo ambil acara bola pula. :)


Picture taken by officemate Nura's Camera.
Macam pelik bila tengok aku pakai baju biru, tapi main utk pasukan merah. Ish ish ish, mo kena buang kumpulan kali aku ni..


Picture taken by officemate Jun.
I'm not kiddin' when I said kami mempunyai semangat kesukanan yg tinggi..


Picture taken by officemate Nura's camera.
Acara kemuncak. Tarik tali dgn penuh perasaan.. :)



No comments:

Post a Comment