Feb 27, 2012

Is it a boy or a girl?




Assalamualaikum :)

E'eh.. macam pernah ku dengar tajuk ini.. tapi di mana ya? Anyways, hari tu memang nekad betul mo pegi klinik swasta. Kononnya mo check jantina baby. Siap survey merata tempat lagi. Usually, certain people tidak mau ambil tau pasal jantina baby. Alah.. suprise la kunun. But in my case, bab suprise ni kurang sebati dalam hidup aku. Maklumlah, aku kan orang yang suka merancang. Kalau rancangan terlari sikit, macam tunggang langgang aku rasa hidup aku.

Honestly, most of the time rancangan aku banyak melibatkan aktiviti bershopping. Kalau namanya bershopping main general ni, aku kurang terer sikit. Semua idea pun terbantut. At least kalau sudah tau jantina, kita suda boleh prepare warna baju apa, corak baju apa dan paling penting sudah boleh plan mau kasi nama apa. Zaman dulu-dulu boleh la. Pilih nama ikut artis bagai. Tapi sekarang ni seboleh-boleh mau kasi nama anak yang ada maksud sikit.

Masa aku pregnantkan si Haikal dulu, seawal 7 bulan aku sudah tau apa jantina baby. Kebetulan la pula aku ada masalah plasenta di bawah. So, terus refer dengan doktor pakar. Paling best, dengan confidentnya aku beli barangan baby boy. Biru ja memanjang..


Bila pregnantkan Dyana pula, aku selalu berada dalam tanda tanya. Tidak tau jantina baby apa. Memandangkan Dyana tiada sebarang masalah, maka macam tiada keperluan la mau jumpa doktor pakar. Bila tanya doktor kerajaan, balik-balik cakap tidak tau. Sudahnya, sampai aku beranak baru aku tau aku dapat anak perempuan. Sepanjang bershopping, macam serba salah ja aku mau beli baju pink atau biru *macam ja itu ja color yang ada*. Balik-balik warna putih atau oren atau hijau atau coklat.

Masuk baby yang ketiga ni, aku sudah macam putus asa mau tanya doktor kerajaan. Takut diorang ada polisi tidak boleh kasitau jantina anak. Itu sebab aku beria-ia mau cari klinik swasta. Last-last plan tidak jadi. Doktor kerajaan sudah bagitau siap-siap jantina anak. I lap you lah doktor! Senang kerja aku. Boleh la aku start shopping lepas ni. Hehehe...

Apa yang penting, kalau kamu masi ingat kalendar cina yang aku uwar-uwarkan dulu (klik sini).. nampak gaya macam betul sekali lagi. Bravo!! Apapun, itu tidak semestinya betul 100%. So, kena berpada-pada juga shopping. Takut baju yang dibeli semua ala-ala boy, sekali yang keluar girl. Hahaha.. baru padan muka aku.


No comments:

Post a Comment