Assalamualaikum :)
Anak-anak aku, sungguhpun kesihatan fizikalnya boleh dibanggakan, jarang sakit walaupun tanpa sebarang supplement. Paling best, aku letak lagi diorang di lokasi jangkitan. Biasalah nursery, kalau sorang sakit, sure anak-anak lain kena.
Cuma satu yang aku risaukan. Kesihatan gigi diorang. Dulu masa Haikal, aku macam tidak kisah sangat. Lagipun ramai yang cakap keadaan gigi begitu adalah normal bagi anak-anak. Mama aku siap letak teori kununnya aku kurang minum susu. Walhal, bergayung-gayung sudah aku minum (yalah tu bergayung..).
Bagi mengelakkan gigi Haikal yang lainnya tidak buruk, maka aku pun ajar la anak berus gigi. Walaupun kadang-kadang pandai termissed, hakikatnya gigi depannya masih juga memburuk. Mudah rapuh pula tu. Gigi terhantuk tangga terus tinggal tunggul. Haishh!! Merunsingkan. Tapi bila kebanyakan orang cakap itu normal, maka aku pun akun jugalah.
Bila lahir si Dyana, aku pasang tekad baru. Harus bersungguh jaga si gigi. Maklumlah anak dara. Terhantuk pun tiada, alih-alih sama juga tinggal tunggul. Kenapakah? Mungkin betul kali aku kurang minum susu. Tapi anak orang lain yang mamanya tidak langsung minum susu pun cantik tersusun ja gigi anaknya, jadi kenapakah sedemikian rupa? Aku terlebih minum susu kah?
Oleh kerana aku tiada sebarang jawapan, akhirnya aku berserah sajalah. Ada manusia-manusia yang cakap, nanti bila gigi betul mau tumbuh, gigi buruk berkenaan akan jatuh dengan sendirinya. Wow! Teori yang sangat menyenangkan hati.
Sampailah satu ketika, makcik aku (adik kepada mama aku - Mamit Simah) buat teguran. "Kau ni mesti selalu kasi susu anak masa tidur kan? Itulah gigi anak kau begitu semua". Hamboi makcik aku.. mentang-mentanglah laki Pegawai Kesihatan, bukan main lagi. Apapun, aku dapati teori dia lain dari yang lain. So, aku terfikir-fikir juga walaupun kadang-kadang rasa tidak logik.
Masa review klinik Dyana hari tu, nurse ada tegur pasal gigi dia. So, dia suruh aku bertemu dan berjanji dengan Klinik Gigi kerajaan yang kebetulan 2-3 tapak saja dari Klinik Kesihatan. Satu bangunan, satu tingkat cuma pintu ja lain. So, aku pun dengan besar hatinya pergi la buat temu janji.
Walaupun nombor giliran aku tertulis '2', entah kenapa klinik yg sepatutnya buka jam 8.00am, 9.30am pun belum buka lagi. Oleh kerana runsing (sebab aku kerja dan keluar sebentar) plus diapi-apikan lagi oleh auntie yg pegang giliran '1'. Maka, aku sudah mula mempertimbangkan untuk reschedule. Mungkin lain kali. Sekali dengan abangnya Haikal. Auntie tu cakap, kalau setakat masalah gigi Dyana tidak serius. Nanti jatuh sendiri (di mana aku pernah dengar ayat tu ah??). Kononnya anaknya pun macam tu juga dulu. Sekarang cantik sudah gigi anaknya. Siap tayang anak yg gigi dia buruk macam Dyana lagi. Anak auntie tu sudah 13 tahun. Cuma ada masalah gusi berdarah.
Setelah menunggu untuk seketika, akhirnya aku ternampak satu poster pasal penjagaan gigi kanak-kanak. Aku baca dan baca, tiba-tiba aku tersentak. Mungkinkah teori yang makcik aku cakap hari tu benar belaka? But since, anak aku jarang ada masalah gusi bengkak atau sakit gigi yang serius aku berniat untuk tunggu itu gigi jatuh dengan jayanya. Maka, aku tidak jadi la ke klinik gigi.
Sehinggalah suatu ketika, masa bapa aku sibuk kasi Dyana makan jambu batu, tiba-tiba Dyana menangis sambil mengatakan giginya sakit. Aku ingat ada benda tersumbat di celah gigi. Tapi mustahil la pula kan? Gigi sudah tinggal tunggul, apa lagi la yg tersekat kan? So, aku anggap sakit sekejap saja. Itu anggapan saja. Bila Dyana menagis setiap kali makan, aku sudah mula risau.
Aku bawa pergi klinik gigi swasta. Bukan main jaguh lagi si mama. Main redah klinik tidak buat appointment. Nasib baik la aku ni pandai berkata-kata (chewahh..). Aku cakap, aku mau doktor cek saja sama ada perlu diberi ubat atau apa untuk kasi hilang sakit. Last-last, dapat la aku menyelit di antara appointment.
Dyana nampak kerusi dentist sudah meraung sakan. Pasang kartun pun tidak guna. Apa lagi mau pegang-pegang tangan sama si mama. Doktor suruh mama baring sambil pangku Dyana. Aku kurang pasti la kalau doktor tu rabun ka apa, macam dia tidak nampak perut aku tidak mengizinkan aku pangku si Dyana. Tapi sebab terpaksa, kita bertahan sajalah kan labu?
Setelah diperiksa, actually mama yg periksa. Doktor arah-arah si mama saja apa mau buat. Hamboi kelas kau.. jadi dentist aku sekejap.. Hehehe. Doktor membuat keputusan. Disebabkan Dyana kurang memberikan kerjasama, maka untuk sementara waktu dia akan bagi antibiotik untuk kasi hilang bengkak. Dalam 1 minggu lagi, kena cabut la gigi depan dia sebab takut masalah berulang kembali.
Aku macam pelik sikit. Boleh cabutkah? Gigi Dyana tunggul pun tiada. Dia cakap boleh. Cuma kena inject bius. Aku tanya balik. Inject? Tidak pakai spray? Dia cakap tidak boleh sebab gigi Dyana masih kuat. Kena strap Dyana, then baru bius. Aku sudah macam mo pitam. Strap? Kalau strap, kepala tidak goyang kah? Sungguhpun aku terkemuka dengan imaginasi yang melampau, tapi memikirkan keadaan tu aku macam tidak senang sikit.
Apapun untuk kebaikan anak plus of course la doktor tau apa yang patut dibuatkan? Maka aku buat la temujanji. Apa yang doktor lupa cakap ialah.. kalau gigi tu sudah tiada tunggul, kemungkinan gusi akan dipotong sedikit bagi memastikan gigi dapat dicabut. Serius? Dipotong?
Sehari sebelum temujanji terus aku cancel. Aku cakap kami reschedule lain kali. Macam tidak sanggup aku membiarkan anak aku melalui proses-proses tersebut. Gerun aku.
Maka, aku buat sedikit kajian. Ianya diapanggil karies botol susuan. Anda boleh klik sini dan sini untuk pencegahan. Memandangkan aku ada satu peluang lagi, aku harap kali ni aku lebih bersedia la gamaknya. Huhuhu..

Salam puan. Nk tanye ape tindakan puan seterusnya? Adakah gigi dyana dicabut atau tidak sebab anak sy jg ade masalah yg sama. Harap puan dapat berkongsi pengalaman sbg rujukan sy.
ReplyDelete